Monday, June 13, 2011

Kenduri

Oh, hari Sabtu hari tu balik agak lewat. Dekat pukul 11 rasanya. Merayap dekat Bazar Larut Malam dekat Mines tu. Best jugak dibandingkan dengan downtown Velodrom tu sebab kat Mines tu teratur sikit tempatnya, pendek kata senang hati sikit nak shopping :)

Dah tu penat, balik rumah bukan terus tidur pulak tu. Online sampai dekat pukul 2 pagi agaknya baru masuk tidur. Malam minggu la katakan :p Sekali esoknya, sedar-sedar je dah pukul 12. Nasib baik handset tak habis bateri kalau tak pastilah menjerit tunang saya kalau dia dah sampai, saya baru bangun tidur kan. Hehehe, sangat tak cover perangai tau :p

Dia nak bawak saya pergi kenduri kawan baik dia. Gambar pengantin adalah takde nak ditunjukkan, hehe. Dekat nak kahwin ni, makin rajin pulak saya ke kenduri orang ye.

Ini bukan saya punya. Ini En Tunang yang punya. Lauk-lauk dia adalah bermacam jenis dan semuanya sedap hoih. Sangat mencabar nafsu sungguh lah. Memang tercabar pun, banyak saya makan :D Tapi kan, orang depan saya tu kan lagi tak agak. Boleh bayangkan tak dia amik ayam 5-6 ketul. Sangat buruk perangai kan?

2 bulan 2 minggu 6 hari, eh lama lagi tu tempohnya. Belum masuk dalam tempoh kuarantin lagi. Bulan puasa nanti Insya Allah kami tak jumpa :) Lagipun jumpa bukan huha huha dah, memang menyetelkan hal-hal majlis la ni..

Lepas kenduri, kami pergi cari barang kahwin. Itu nanti kalau saya rajin, saya share di sini :)

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

pRincESs_N said...

ayam die tempting gilerr..

nanonano said...

ye dok pinggan iim tu,
mcm xcaye je aku, hahahha

Zumie said...

banyak gile makan..ahaha.lagi bape bulan je dup dap dup dap

Redbloodsnow said...

eh yang..seriously, super lawa ko shawl yg ade muncung gitu. suka aku tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...