Thursday, May 19, 2011

Kereta

Waktu belajar dulu, masuk tahun ketiga tu dah merengek-rengek nak kereta kat emak ayah. Tu lah dia, ingat emak ayah cop duit ke main mintak-mintak kereta kan. Tapi waktu tu saya muda, mana fikir sangat semua tu.

Emak ayah pula, dah anak kata nak.. Jarang sangatlah diorang nak menghampakan hati anak ni kan. Masa tu emak pakai Proton Wira. Lepas anak sulung mereka ni mengada-ngada nak kereta, maka emak beli kereta baru untuk beliau. Dan bagi saya guna Proton Wira tu. Saya tak kisah kereta lama ke baru, janji ada kereta :)

Ya Allah bila fikir balik, emak ayah sangat baik apa yang anak-anak nak, jarang sangat tak bagi. Rindunya pada diorang, tsk. Takpe, esok nak balik kampung dah :D

Okay. Sambung cerita.

Dah ada kereta, duit pulak tak ada T__T Katanya student kan masa tu, ayahlah yang jaga Wira tu. Nak service ke, tukar itu ini je. Jujurnya saya memang reti bawak je. Jaga hampeh. Basuh kereta pun pemalas weh, sebulan sekali belum tentu. Ye, tau memang hampeh kan. Ee teringat zaman student dulu kan, memang ada tahap miskin takde duit isi minyak kereta RM5 tau tak. Bila ingat balik, Ya Allah macam mana lah aku tergamak isi RM5 untuk kereta. Hahaha. I know, kesian.

Wira ni banyak berjasa pada saya. Bawak saya pergi sana, pergi sini. Pergi kelas. Pergi kerja. Pergi dating pun pernah. Hehe. Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun dah saya pakai.

Sekarang, adik saya dah ada lesen. Dah reti bawak kereta. Maka dia pun jadi macam saya dulu-dulu jugak, nak keretaaa :P

Jadinya sekarang saya sebagai kakak, menurunkan Wira ni pada kakngah pulak. Saya dah kerja, biar saya beli kereta baru. Takkan nak bebankan emak ayah pulak lagi kan. Lagipun adik saya bukan kisah kereta baru ke lama ke. Janji ada kereta kan. Lagipun Wira ni sangat baik perangai dia. Jaranglah dia nak meragam. Kalau meragam pun, sebab silap saya. Saya tak jaga dia. Tapi all in all, semuanya masih dalam keadaan yang baik.

Gambar terakhir di tempat pemandu sebelum menyerahkan Wira kepada si adik. Ish, sentimental tau tak masa saya drive Wira ni semalam sebelum bagi pada adik. Saya sayang kereta tu. Tapi tau, kakngah jaga kereta mesti lagi baik dari saya. Sebab saya bukan reti apa-apa. Hehe. Kakngah tu amik taulah jugak hal-hal kereta ni kan.

Dan berceria dengan kereta baru saya !! Alhamdulillah ada rezeki untuk beli kereta :)

<--- Nang if you LIKE

15 comments:

nanonano said...

heheh itu namanye rezeki org nk kawen, tahniah,

ehh btw, mu pkai tudung bawal ke tu?
hikhik mane shawl lilit bagai mu slama ni? :p

atty's said...

tahniah iza..dpt pakai kete baru..

kty pun nanti kete kancil kot kasi kat si akak..yg lelaki mmg dah dpt moto dah .

skrg kalo takde transport pun payah jugakkan.

PutRee SeJiNjaNg said...

wah dah beli kereta baru...best nya..

ppsstt yunk...jom bawa tila jln2 huhuhu

chik star said...

waa !
kereta baru. vios tu.
diam diam je mu eyh !!

nk tumpanggggg..

Ietams said...

nak nengok kereta baru dia..

lily lotus said...

bagus, muda2 kumpul harta..hehe

pRincESs_N said...

Weeee....bau kidai lorrr....

Erina Asmawani said...

wahh best2! congratz yunk dah ade kete :) Pasni ley bawak Ena jejalan..hehe..vios eh? ;)

nyna said...

PUIYO VIOS PUTIH :D

boleh tak jangan sebut esk balik umah aku sedih tssk nak balik sama T_T

tu la rezeki yong.even kita bkn org senang mana pun still ade rezeki kan ok mcm sedih apesal tah ye ye aku rindu mak ayah :'(

Faizaharis2 said...

ehemmmm bila ek kerete baru nak muncol dlm entry blog ni?....
Insyaallah mudah-mudahan ada rezeki tu nanti kan

Zumie said...

awok comel la..heheh...

sweethOneY said...

Nano - Bukannya hari2 aku pakai shawl berlilit2 tu. haha. sekali mu nampak aku pakai tudung bawal terus chop aku x pakai shawl dh ke? :P

Kty - tu la kak, zaman sekarang ni mmg nak kena ada transport sndiri kan..

Tilla - hehe, kalau dekat yunk dah lama Izza bawak jenjalan..

Kak as - hehe, diam2 dahulu, heboh2 kemudian :P Jommm nk p mna?

Kak Zulie - hehe, tengoklaaa

Kak Lily - ni belum jadi harta lagi kak, baru hutang :P

Ayein - hehe, macehhhh

Ena - Jom yang, tp kena upah Fradoo tau :P

Nyna - heheh awak ni manjang sedih tau skrg ni. ce rock sikittttt. nnt aku bawak balik lauk banyak2 utk awk tauuu

Kak faizah - aminn, masin mulut akak :)

Zue - ko lagi comel :)

Redbloodsnow said...

jeles kat ko mak pak ada keta dulu. aku ni...semuanya kena berdikari...uwaaa. tp klo nk beli keta, mmg aku tak mampu lah...sbb gaji sekain² je.. so jeles kat ko mampu beli keta sendiri skrg ni

aku lak...dillah yg ada kan nnti...haha :D

M Fizan said...

leh bwk sy jln2..hee

feel free to follow me :)

a d y l a said...

beshnya awak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...