Tuesday, May 17, 2011

Ini Dapur Kita, Bukan Dapur Awak

Hi, hello ;)

Berat tak bontot nak datang ofis esok lepas cuti sehari di awal minggu? Ye, bontot saya berat *jujur T__T

Nak tau sesuatu tak? Saya telah menjumpai satu lagi port makan yang menarik dan best. Min yang suggestkan tempat ni, thanx Min.. Memang best ;)

Ini dapur kita, bukan dapur awak :P

Apa yang best sangat dekat sini? Best, sebab dia murah. Dan sedap. Dan menarik. Dan memang bestlah !!

Lunch buffet, eat all you can only @ RM 7 per head ! What say you?

I said yeayyyyyyy, I can eat everything that I want to without even worry about the price !!

Biasanya kalau makan nasi campur, kan kadang-kadang susah nak buat keputusan nak amik lauk apa kan. Itu nak, ini nak. Last-last amik ayam goreng dengan sayur pun dah RM 6. Kat sini, amiklah semuanya pun kalau lalu nak habiskan, tatap RM 7. Campur air dan dessert ye ;)

Warming up. Hehe. Nasi tu sikit sangat tau sebenarnya. Sila jangan tambah stress tegur aku dah tak diet dan dah gemuk. Haha *gelak dalam risau

Second serving. Ratah lauk je.

Dan ada third serving jugak, tapi lupa nak ambil gambar :P

Bukan lunch buffet aje yang ada tau. Breakfast buffet pun ada @ RM 4 per head. Satu hari nanti nak try breakfast dia pulak.

Eh, lupa nak bagitau kat mana tempat dia :D

No 9 & 9-1
Jalan AWF 3
Ampang Waterfront
68000 Ampang


Dari Ampang Point tu terussssss je. On the way ke Bukit Belacan. Nanti korang akan nampak kedai merah tepi jalan belah kiri ; Coffee, Sugar & Spice nama dia. Tapi bukan kedai tu, depannnn sikit lagi. Nampak signboard kuning Dapur Kita tu. Pergila try tau :)

P.s Sebenarnya risau juga ni, takut berat dah naik semula. Badan jadi berisi semula. Jadi saya isytiharkan mulai saat ini, saya kembali kepada mod diet !! Sila sound sikit kalau saya tak diet ok? Err, sound sikit je lah. Karang saya emosi susah pulak :P

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...