Wednesday, April 20, 2011

Si Pemalas

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!

Fuh ! Puas hati dapat jerit. Walaupun kat blog aje. Karang kalau jerit bebetul kat ofis ni karang, semua orang terkejut pulak T________T

Help me.

Tolong saya.

Semenjak dua menjak ni, saya tak ada mood untuk buat apa-apa pun. Datang kerja pun separuh hati. Tapi balik kerja dengan sepenuh hati. Hehehe.

Dan telah menjadi si pemalas secara maksimum. Kain berlonggok malas nak lipat. Pandang je, boley? Sanggup saya pergi campak kain-kain tu kat bawah katil dulu. Huwaa, kalau dulu lepas angkat kain je. Terus lipat sebab mata semak tengok. Tak tahan. Sekarang, rasa malas nak peduli.

Entahlah kenapa.

Dan saya juga tiada mood nak bercakap dengan orang. Kesian housemate saya asyik dok tegur tapi saya senyum je. Sorrylah geng, gua takde mood lah.Diorang tengok tv, saya lepak dalam bilik atas katil sambil online. Golek-golek. Lepas tu jap lagi dah azan Isyak, amik air sembahyang sekali dengan cuci muka terus. Solat, terus tidur.

Tidur pukul 9 malam pun, bangun pukul 6 pagi masih terasa malas.

Salah satu sebab saya berasa malas untuk ke ofis setiap hari, mungkin sebab dah tak ada hati nak kerja kot? I want a new job pleasee. Preferably in Shah Alam.

Saya berasa cepat panas hati dengan semua orang.

Cepat berasa jengkel. Ataupun berasa jengkel tak tentu hala. Apa masalah lah kau ni.

Oh, dan berasa sangat sukar sekali mengawal nafsu makan. Damn damn damn !! Mulut asyik nak mengunyah. Penat saya pujuk nafsu ni.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku. Bantulah aku untuk membuang segala perasaan negatif ini. Kau serapkan lah perasaan positif di dalam diri ini Ya Allah. Permudahkan lah segalanya untuk kami Ya Allah. Amin..

P.s Maaflah pagi korang dimulakan dengan membaca bebelan ini. Hehe. Maaf ye ! Semoga hari ini lebih baik dari semalam, amin.

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

Redbloodsnow said...

same goes to me yang. tp nak tak nak..kenaaa juga dtg kerja kan..alahaiii

Papa ♥ Mummy said...

chill yaw..mmg kdg2 kte pon rse cmtuh gak..x shari 2 mybe sminggu..tp xla bebulan2 lmenye..klo da mkn bulan mmg harus rse nk terjun bgunan..hikhikhik..

Erina Asmawani said...

chill yunk..nak piyed kot nih..hehe
wah..nak keje shah alam..ley jumpe nanti ;)

psstt..g x buang bulu keti tu yunk? ena x sempat..burn camtu je kupon..huhu..rugi

aNaYaNa said...

slalu saya nak datang bulan jer nak lempang semua orang..hehehe

pRincESs_N said...

Hopefully ko cpt2 dpt kje br beb..cian tgk kje ko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...