Monday, April 11, 2011

Lesen Kahwin

Salam. Hola guys !!!!

Srious weekend ini adalah yang tersangat penat memang tak ada yang lebih penat melainkan ini lah yang paling penat !!

We went to pre-wedding course at Shah Alam. Dekat bangunan SUK tu, depan Masjid Shah Alam. Penceramah dia not bad. Boleh tahan lah. Ada yang kelakar tak hengat, tapi adalah seorang dua yang buatkan peserta ni super sleepy. Aiyoyoo!

Minggu lepas, aku memang penat dan tak cukup tidur. Sabtu pulak bangun seawal 5.45 pagi sebab nak kena ada dekat shah alam pukul 7.30 pagi. Bersiap je dah amik masa sejam kan uols :P

Ahad pulak, lambat sikit lah baru balik. Pukul 6.30 pagi. Pun masih ngantuk mata terkulat-kulat. So dua-dua hari ni, lunch break je aku amik peluang melelapkan mata sekejap :D

Aimy, kita pinjam bantal awak buat tidur. Hehehe. Jangan risau, takde air liur meleleh. Hahaha.

Dan akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran menghadiri kursus pra perkahwinan selama 2 hari..

YEAY !! Dah dapat sijil kahwin. Jom kahwin yang :P

// Sapa suruh suka main-main masa aku nak amik gambar, rasakan letak gambar terpotong kat dalam blog. Hahahaha :P

Oh, satu pesanan kepada diri sendiri dan semua. Pergi kursus kahwin ni memanglah boring sikit. Dan rasa malas je nak pergi kan. Pergi pun sebab nak kahwin kan. Tapi, seeloknya bila kita pergi tu.. Kita ikhlaskan hati, niat datang majlis ilmu.. Untuk tambah ilmu pengetahuan. Kan lebih bagus begitu :)

<--- Nang if you LIKE

10 comments:

nanonano said...

tao xpe
eleh pndai je nasehat org
tp org tu ngntuk la
xmo tgk video la..
adehhh

Cik Shiqa said...

setuju.. kursus kawen sgt lah boring.huhu

pRincESs_N said...

Dua ari btl ekk..aku ritu sbtu start kul2..kt ptrajaya..yeayy..kawen!!

atty's said...

yeay..dah leh kawin dah nie..

sarah mohamad said...

yeay! bestnya! *jeles nih! hiks

sweethOneY said...

@Na
Kan cakap untuk diri sendiri jugak tu :D

@Cik Syiqa
Aah, tapi takpelah. menuntut ilmu. hehe.

@Ayein
Tu lah beb, isnin malas je. Weekend dah bangun awal sangat :P

@Kakty
Yeay! :P Lagi 4 bulan je kak ty

@Sarah
Hee, tak pergi lagi?

.:: Miu Miu ::. said...

ala nak amek kursus jugak.. tp belum ada masa sesuai lg. :(

azrin_zelina said...

tahniah2 dah dpt lesen kawen...mesti tak sabakan nak kawen...hiks!..:P

PutRee SeJiNjaNg said...

hehhe...sian en tunang izza tu...tak nampak muka dia...hehhe..

Redbloodsnow said...

EEE JELES NYA AKU TGK KO N IIM KURSUS SAMA. AKU N DILLAH ASING² :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...