Wednesday, March 9, 2011

Perihal kahwin

Salam to all readers ;)

Entry ini menceritakan sambungan hujung minggu saya yang sibuk itu. Hehe.

Sabtu hari tu kan dah penuh aktiviti, jadi balik malam tu memang terus tidur lah. Takde nak tengok TV ke, online ke sampai lewat malam sebab dah penat sangat. Rugilah malam minggu tidur awal kan :p

Esok paginya bangun, tengok handphone dah padam. Takde bateri lah tu. Memang tebiat kalau hari minggu, malas nak charge handphone. Nak tidur dengan puas tanpa gangguan. Hehe.

Bila on handphone, tengok jam pukul 8 pagi. Wah, rasa macam tidur dah lama rupanya baru pukul 8. Call encik tunang, tanya jam pukul berapa sekarang sebab rasa ragu-ragu. Rupanya dah pukul 11.30 pagi T_T

Ingatkan dah tahu pukul 11 lebih tu tahulah nak bangun. Rupanya tidakkk. Haha. Yang penting, tunang saya tu dia dah on the way baru nak call bagitahu suruh siap kan. Memang tak dapat lah sayang saya nak bersiap dalam masa setengah jam je :p

Muka terlebih cerah disebabkan efek cahaya. Sedar diriku ini berkulit gelap. Tsk.

So, kesimpulannya Ahad hari tu pergi food tasting kat RnR Awan Besar. Bukan pergi berdua je, mama dan baba pun ada sekali. Bab-bab merasa makanan ni, diorang lebih pakar kot :)

Selepas tu pulak, kitorang saja nak jalan-jalan. Singgah Mines kejap sebab rasa dah lama gila tak pergi sana. Sekali, langkah kanan uols. Ada pameran pengantin :D

Dan kebetulan masuk-masuk je, terus nampak booth kad kahwin Amazon ni. Memang hari tu lepas Ena cakap buat kad kat sini murah dan berbaloi, terus rasa nak pergi Shah Alam survey. Sekali dah nampak di situ, terus je lah. Jimat masa kita kan yang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...