Saturday, January 22, 2011

Cerita baju nikah lagi.

masih berkisar tentang baju nikah aku. baju dah hantar tailor, design belum finalize.. so sepanjang petang ni masa dihabiskan dengan menanya encik google dan juga baca blog B2B. hihi. seronoknya baca blog diorang, dapat idea jugak ;p

tapi sekarang nak tanya pendapat. aku masih confuse lah dengan design baju nikah ni. konon nak "less is more" tapi taknak lah simple sangat. hari tu cakap ngan tailor tu, buat kurung moden zip belakang, maybe nak jahit butang berderet kat belakang tu. lepas tu kain pulak buat kipas.

actually aku teringin nak buat tangan style kembang-kembang tu. apa ye nama dia ? bell ? tapi kak sal kata nanti nampak kosong sangat, manik-manik tu cuma ada kat kaki baju je lah. hmm.. so last time bagitaw kak sal, buat tangan kembang je lah. tapi sekarang sudah confuse !!

nampak tuu? tangan gitu comel sangat kan. aku siap mimpi-mimpi buat baju nikah tangan begitu lepas tu nak letak riben kat pergelangan dia. haha. mesti korang x dapat bayangkan apa aku cakap ni. aku pun tataw sama ada boleh terbayang ke tidak. haha. imaginasi terlampau.

lepas tu kain pulak actually nak buat jenis potong tu. yg ketat sampai lutut pastu ke bawah kembang. tapiii kanggg aku takut susah pulak nak bersimpuh masa akad kang. how how how ? apakah semua imaginasi aku cam takleh buat ni :( tu yang back to basic sudahnya. tapi aku masih memikir lah ni, rasanya nak jumpa kak sal tu lagi sekali before dia start jahit baju aku lepas CNY. nak consult lagi sekali.

ni, nak yang kembang gini pleaseeeee..

oh, lagi satu jenis kain yang aku minat, style kain tingkat-tingkat tu. alahai, comelnya. ishhh, dilema betul ! kejap kata nak simple, boleh pakai lagi masa raya aji ke. hehe. kejap lagik karang nak buat design pelik-pelik sampai rasa segan pulak nak pakai lepas tu. howwwwww !! aisey, baru part baju nikah dah confuse sakan. matiklah Iim nak melayan karenah aku bila dah masuk bab-bab lain ni kang..

chop~ satu lagi nota tambahan kot-kot lah dapat membantu korang bagi pendapat (kalau ada yang nak share lah :p), kain aku ni jenis beaded chiffon.. kain pulak chiffon kosong. lining dengan satin. kaler putih. entahlah kena ke tidak dengan kulit. haiyah ! hari tu tak terpikir pulak diri tak berapa nak cerah. sekarang kena redhaaa :p harap-harap saya dan putih akan ngam nanti !


9 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

izza, kebetulan bloghop pastu baca entry ni, lebih kurang nak sama dgn baju nikah i, oh i ex-b2b, hihi, i buat baju nikah kurung moden, belakang buat butang balut berderet (ni plg suka), lepas tu kain jahit ketat sampai lutut lepas tu kembang bawah, lengan pun puffy, i beli chiffon beaded so bawah je ada manik, simple je kira bolehlah

bila dah siap cantik je, ceh puji baju sendiri, blm jahit mmg la mcm xnampak, tp kalau yg kain ketat sampai lutut then kembang tu okay je, takde la susah sgt bersimpuh sebab u suh tailor tu jangan jahit ketat sgt, buat selesa untuk duduk

ok cukup, hope urs gonna turn gorgeous!

nyna said...

aku byk sgt idea smpai tak tau nk ckp kat awak idea yg mane.haha

nyna said...

yang sure baju deret deret butang tu komfem cantik.

sweethOneY said...

heyy hey heyyy nurulhuda.. thanx a lot for ur comment :) hye !

aah lah, lebih kurang pulak idea kite. hihi. ni yg buat i tak risau sangat untuk mintak tailor ubah design kain tu buat ala-ala skirt A tu.. nk buat mcm dlm gambar tu. hehe

actually rasa risau sikit, takut tak jd mcm apa kita bayangkan. n takut kite pakai pulak tak cantik.. sobs.

tp maybe cuak terlebih je kot ni. hehe. thanx againnnn, really appreciate ur comment ;)

Nurulhuda|Adlie said...

izza, boleh je ur rough design tu, workable, cuma i yg belakang tu tak buat zip+butang, buat butang je sebab tailor i kata tak boleh duo zip+butang, ikut jela, hihi, tatau la betul tak tp pakai butang je pun selesa la takde masalah mcm terbukak ke apa, hehe

lepas tu i beli kain 4 meter suku kot, lebihan suku je dpt sebab kain tu dah habis, so kain tu even i buat kain potong kat lutut tu mcm tak berapa nak kembang, bolehlah kembang dia, habis terus kain tu semua pakai, huhu, kalau izza bebetul nak kembang bg kain lebih2 kat tailor, dalam 2 meter mcm tak berapa jadi, tp dah beli kan? cantik sgt kalau dpt bebetul kembang ;)

rasa u ni cuak lebih, hihi, true i pun cuak dulu tapi bila dah siap baju tu okay jelah, kalau ikutkan cuak sampai bila tak habis, hihi, kdg2 dah dpt baju pun cuak lagi, sumpah penat cuak2 ni, selagi tak pakai masa akad, dah pakai legaaaa, haha

p R i n c E S s _ N said...

ko sketch laa beb design ko nk...wat 2,3 sketch...klo kak sal ok..die ley wat..bgs r...pape..kne tau die ley wat ke x..klo die cm ragu2..better xya..kang len jadik kang...

~dARlee zURiS~ said...

aku blh bayangkan.comel ok letak riben kat lengan tu.
ok pe.still leh pakai nak g function ke apa kan.
takpun..simpanlah ti kasi anak kau pakai time dia nak kawen lak ti.hihii

nanonano said...

aku xdpt bayangkan weh..
tp xpe la xlame dahh..
aku tggu mu pkai yg dah siap je sok..
hahaha xsbr plak aku wehhhhhhh

sweethOneY said...

nurul - haa.. i takut klo letak butang saje nnt terbukak2.. so plan nk buat hiasan je button berderet tu tp ini mmg suka sangat ! :D

btw, utk kain i beli 2 meter setengah. so rasanya boleh dh cukup kembang tu. hihi. betul2 tak sabar ni.. tp tu la x consult tailor lg, kena tny dlu boleh buat ke x. hehe

ayein - tu la, aku dh sketch dh.. tp apa2 kena consult balik ngan kak sal dlu..

akak zuris - hehee.. kot body anak sama ngan makk :p tp aku pun leh pki baju mak aku zaman dh beranak dlu. eh. ahha.. apesal lak bdn anak dara sama cam mak dara ni.

yeay, bestnya ada orang paham leh bygkan riben tu :D

nano - hehe. ini br bayangan aku je. apa2 pun terpulang pd tailor leh buat ke x.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...