Thursday, September 16, 2010

kisah hari raya

mula-mula berniat untuk buat edisi bumper raya macam si adik. tapi rupanya banyak betul gambar nak dikongsi, rasa kalau buat satu entry sekaligus.. panjang berjela sampai ke bawah la entry ini jawabnya. hihi.

tapi akan lebih banyak menyediakan pameran gambarajah daripada teks ucapan :)

cerita di pagi raya pertama, bangun pun lambat. hehe. pukul 8 lebih baru bangun. tapi lebih awal dari adik-adik. mereka semua tidur lambat kemas rumah. kakak yang baru sampai dari KL hari sebelumnya tu, memang tak larat lah nak berjaga sama kan.
aku di pagi raya :) baju raya warna warni pelangi. ada macam aiskrim paddle pop tak ? ( tiru ayat kakngah. hihi )

juadah di hari raya pertama, emak buat mi sup. sedap ~ tapi takde amik pulak gambar makanan. kalau tak, boleh tunjuk kat korang ;p raya pertama busy betul. nak ambil gambar satu family pun tak sempat. ada aje yang kurang. anak dara pak cik asri.candid ! ayah neh tak mahu duduk diam tahu. ish. pameran gambarajah berganda bersama nyna mirah - yong - nyna mirah - yong

baru perasan takde gambar dengan kakngah. beliau sibuk melayan kawan-kawan yang datang ke rumah. nasib lah ngah :P hehehe

korang masih sibuk beraya ke ni ? ke dah balik ke office ? hehe. mementang lah dia tak start kerja lagi ek, sibuk duk tanya orang dah balik office ke belum ;p

ada sapa-sapa nak invite pergi open house tak ? tak puas lagi makan lemang neh. hik hik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...