Actually kan, tiap kali ada buat aktiviti apa apa, mesti ada amik gambar. Tapi mana pergi la pulak wehhhhh mood nak terjemahkan gambar tu ke dalam sebuah entry. Tapi takpe, walaupun takde siapa mintak, nanti aku akan update jugak. Aku suka tulis diary ni, nanti boleh aku baca balik apa aku tulis ;D. Walaupun berasa malu dengan penulisan sendiri... ;p
Eh, ada sapa sapa pergi jugak tak exam tu tadi? Cane? Leh buat tak korang?????
tapi kan.. pas habis je exam tadi.. terus gerak pergi JJ. Niat nak beli barang tu dah ada. La la la lui~ Saya suka! Dah lama tak beli barang ;D.
Pastu, kitorang pergi tengok movie. Pisau Cukur! Best.. Suka jugak.. 3.5/5 kot.. Citer dah best, hero dah cukup handsome dan sejuk mata memandang. Eh, sapa yang berlakon jadi hero dengan Maya Karin tu eh? Apsal muka dia comel gila walaupun dia bergigi besi ekkkk?? Hahahaha.. Tapi background dia macam nampak sangat kaku laa.. Tak real.. Tapi takpe, citer dia aku suka <3. Korang tak suka, itu korang punya pasal ;P
Esok dah nak balik Harvard :(. Heh, Harvard kat Sungai Petani la.. kau ingat Harvard mana? Malasnya.. baju pun tak basuh lagi ni.. :|