Yuhuuu~
Masih sepi di sini.. Sini.. Sini.. (Uii.. Sepi gila! Macam dalam gua siap ada echo lagi.. Haha)
Takpe, takpe. Takde hal punya. Semua orang masih bercuti kan. Dunia blog masih lengang ;D
Hari raya pertama ingatkan nak duduk rumah je, takde pergi mana mana. Oh, btw menu utama kat rumah aku di pagi raya ialah soto dan bihun sup. Orang ramai datang daripada pukul 11 pagi. Sampai ke petang. Makanan memang cukup cukup. Itu yang seronok, sebab takdelah membazir kan. Senang hati tengok semuanya licin ;D
Ha, kan aku cakap raya pertama ingatkan taknak pergi mana mana kan? Pastu Kakyong datang rumah, ajak pergi beraya. Aku pun laju je la jom! Walaupun mata mengantuk dan badan letih, sebab tak cukup tidur ;D Pergi rumah kawan lama dekat Lubuk Merbau (saje sebut bagitaw je, taw korang korang bukan taw pun tempat neh.. Haha) Duduk melepak berborak dari Asar bawak ke Maghrib. Dah lama tak jumpa, sekali jumpa jadi macam banyak sangat pulak benda nak sembangnya.. Ngee ;D
Masa kat rumah kawan aku tu, makan nasi impit. Tapi Jawa style.Nasi impit dimakan bersama ayam kicap. First time jumpa neh.
Lepas Maghrib, pergi rumah Shahiza pulak. Pukul 10 malam baru balik rumah. Hee, lama tak keluar, duduk rumah saja. Sekali ada geng nak keluar.. terus lupa jalan nak balik rumah. La la la~