Wednesday, April 29, 2009

hantar sha p KTM

okey, ini cerita hari isnin
baru sempat nak transfer gambar dan update :D
isnin kitorang ada paper akaun khusus
habis exam pukul 3, sha nak balik kampung
so, aku tolong hantarkan sha kat stesen UKM
masa ni tengah tunggu sha salin baju kat toilet dectar
dah namanya pergi exam kan,
mestilah pakai baju kurung ;p
sha siap pakai kebaya hari tu,
tak dapat nak imagine kalau dia balik pakai kebaya,
angkut beg besar gabak tu :D
hiks

selepas tranformasi,
TADAAAAA!!!
dah macam student AF je ;p
haha

kitorang plan nak makan dulu b4 sha nek train
time ni dah pukul 4 kot..
gila laparrrrrr
kat area KTM tu, ade kedai makan..
so aku pun jalan la cepat-cepat ke situ
pastu kan..

boleh tak alih-alih aku tengok belakang,
beg yang sha tarik tu dah menyembah tanah!
haha

eh, cop cop
korang dapat imagine tak?
korang tengah tarik beg..
lepastu kannn
tibe-tibe kannn
tangkai beg tu bercerai talak satu dengan beg tu!!!
lepas tu.. beg tu pun terjatuh kat atas tanah
lepas tu, korang sedar kat tangan korang hanya ada tangkai beg tu..

haha, aku dahla tengah lapar gila
beg tu nak buat kelakar macam tu plak
krem kejap pewot aku kat situ
orang dah la ramai kot
cisss

dah tu, sha duk tegak je kat situ
dah takmo gerak pulak dia
aha, tergamam ekk ;p
last-last sha ajak balik UKM balik
nak tukar beg
haha.. adoiyai..tangkai beg yang pandai buat kelakar sendiri
terima kasih kerana menceriakan hari kami









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...