Showing posts with label kerjakahwin. Show all posts
Showing posts with label kerjakahwin. Show all posts
Wednesday, August 31, 2011
Monday, June 20, 2011
Kerja Keras
Hai, hari semalam adalah hari penuh emosi untuk kitorang adik beradik T_T
Tapi semuanya dah okay sekarang :)
Jadi, saya nak update cerita hujung minggu hari tu. Hari Sabtu macam biasa kerja, sepatutnya balik pukul 2.30 petang tapi sebab bos masuk lambat jadi kena tahan, pukul 3 macam tu baru balik. Sianlah En Tunang dah setia tunggu saya, sebab nak pergi uruskan hal kad kami :D
Btw, kad kahwin kami buat di kedai di Shah Alam. Booking masa Pameran Pengantin bulan 3 hari tu, hehe. Lama gila kan. Konon takut terlepas promosi. Padahal lepas tu berlambak-lambak pameran pengantin ni, pastu tiap kali pameran pun balik-balik vendor yang sama jugak masuk kan kan ?
Kedai kad kahwin yang mana, tunggu lepas saya dapat kad.. Saya akan bagitau. Boleh la buat review sekali kan. Hehehe. Sebenarnya kan hari tu masa Pameran Pengantin bulan 1 kot, kami dah tempah harga promosi jugak dekat satu kedai ni. Booking fee je, RM 50. Tapi kedainya dekat Seremban. Masa booking tu tak fikir panjang sangat sebab kad diorang sangat amat comel dan unik macam kad birthday dah, semuanya diuruskan online je. Tapi lepas tu rasa susah sikit lah, maka cancel yang itu dah beralih pada kedai sekarang ni.
So, Sabtu hari tu pergi bayar confirmation fee. Dan sign artwork diorang. Lepas tu pilih gift box yang berkenan di hati sebab tempah 1000 keping kad, percuma 1000 gift box dan juga 2 bunting. Hmm, pasal bunting tengah fikir lagi. Nak letak nama je ke atau gambar sekali ? Kalau nak letak gambar, kena ajak Cik Photographer pergi buat photoshoot ni :D
Hmmmmm, banyak yang tengah fikir dalam kepala ni. Nak DIY itu, ini hihihihi sempat ke tidak entah. Nak deco hantaran lagi. Lepas tu nak DIY bunga manggar. Nak DIY souvenir lagi. Hmm, banyak sangat fikir ni. Hmm, lagi saya pening lah fikirkan veil ni. Veil mak andam untuk sanding saya kurang berkenan, macam old fashion sikit. Rasa nak buat sendiri. Tapi reti ke? Ha, itu masalah jugak tu. Hahaha. Veil untuk nikah pun tak cari lagi. Kena tunggu baju nikah siap dulu baru boleh bawak pergi jumpa mak andam mintak tolong dia carikan veil yang sesuai.
Ok, goodluck untuk diri saya :)
Tapi semuanya dah okay sekarang :)
Jadi, saya nak update cerita hujung minggu hari tu. Hari Sabtu macam biasa kerja, sepatutnya balik pukul 2.30 petang tapi sebab bos masuk lambat jadi kena tahan, pukul 3 macam tu baru balik. Sianlah En Tunang dah setia tunggu saya, sebab nak pergi uruskan hal kad kami :DBtw, kad kahwin kami buat di kedai di Shah Alam. Booking masa Pameran Pengantin bulan 3 hari tu, hehe. Lama gila kan. Konon takut terlepas promosi. Padahal lepas tu berlambak-lambak pameran pengantin ni, pastu tiap kali pameran pun balik-balik vendor yang sama jugak masuk kan kan ?
Kedai kad kahwin yang mana, tunggu lepas saya dapat kad.. Saya akan bagitau. Boleh la buat review sekali kan. Hehehe. Sebenarnya kan hari tu masa Pameran Pengantin bulan 1 kot, kami dah tempah harga promosi jugak dekat satu kedai ni. Booking fee je, RM 50. Tapi kedainya dekat Seremban. Masa booking tu tak fikir panjang sangat sebab kad diorang sangat amat comel dan unik macam kad birthday dah, semuanya diuruskan online je. Tapi lepas tu rasa susah sikit lah, maka cancel yang itu dah beralih pada kedai sekarang ni.
So, Sabtu hari tu pergi bayar confirmation fee. Dan sign artwork diorang. Lepas tu pilih gift box yang berkenan di hati sebab tempah 1000 keping kad, percuma 1000 gift box dan juga 2 bunting. Hmm, pasal bunting tengah fikir lagi. Nak letak nama je ke atau gambar sekali ? Kalau nak letak gambar, kena ajak Cik Photographer pergi buat photoshoot ni :D
Hmmmmm, banyak yang tengah fikir dalam kepala ni. Nak DIY itu, ini hihihihi sempat ke tidak entah. Nak deco hantaran lagi. Lepas tu nak DIY bunga manggar. Nak DIY souvenir lagi. Hmm, banyak sangat fikir ni. Hmm, lagi saya pening lah fikirkan veil ni. Veil mak andam untuk sanding saya kurang berkenan, macam old fashion sikit. Rasa nak buat sendiri. Tapi reti ke? Ha, itu masalah jugak tu. Hahaha. Veil untuk nikah pun tak cari lagi. Kena tunggu baju nikah siap dulu baru boleh bawak pergi jumpa mak andam mintak tolong dia carikan veil yang sesuai.
Ok, goodluck untuk diri saya :)
Tuesday, June 14, 2011
Update - 2 Bulan 2 Minggu 5 Hari
Lepas pergi kenduri di Maluri (eh, macam pantun pulak), En Tunang ajak pergi beli barang untuk gubahan hantaran di Lovely Place Wedding dekat Ampang. Hari Ahad lepas last day sale dia.
Asalnya, En Tunang je nak cari barang-barang gubahan dia. Saya cuma meneman je sebab saya ada plan lain untuk gubahan hantaran saya. Ye, gubahan hantaran nak cuba DIY dengan girlfriend. Cuba-cuba je pun :D Plan asal nak guna bantal hantaran dan juga fresh flowers. Tapi fikir-fikir, ada sedikit masalah untuk mendapatkan stok bunga di kawasan saya, nak pulak time tu time raya. Dan kalau guna fresh flowers, pagi Jumaat tu baru dapat gubah. Setelah fikir masak-masak, tak berani untuk ambil risiko. Lagipun saya memang nak yang terpaling simple, terpaling senang dan tak susah. Sebab saya takde masa nak mengadap benda ni aje :)
Jadinya semalam kat kedai tu jugak saya buat kiraan budget kasar. Dan akhirnya ambil keputusan tukar plan. Tak jadi guna fresh flowers.
Saya akan buat gubahan menggunakan raga dan bunga satin :) Ya Allah, mohon dipermudahkan untuk kami.. Amin..
Rasanya agak berbaloi juga shopping di hari tu. Sebab ada member's card, dapat banyak diskaun. Contohnya raga tu harga asal lebih kurang RM 18, ada 50% diskaun. Agak puas hati juga membeli semalam. Emak pun lega sebenarnya bila saya dah tukar plan ni. Hahaha, selama ni emak risau dengan plan fresh flowers saya sebenarnya tapi taknk masuk campur sangat, tapi bila saya inform dah tukar plan barulah emak nak cakap yang beliau risau sebenarnya tak cukup masa kalau guna fresh flowers tu :p
Lepas tu, En Tunang ajak ke Nilai 3. Apa sayang saya tu ingat Nilai 3 tu sekangkang kera je ke nak main terjah-terjah. Saya dah cakap saya penat, tak larat tapi dipujuk-pujuk juga untuk pergi. Makanya hati terpujuk. Ke Nilai 3 lah kami.
Dan dengan ini, dengan rasa gembira saya nak bagitau salah satu lagi June To-Do-List dah boleh dipangkah :) Bekas telur dah setel, bunga telur pun dah setel. Goodie bag pun sudah. Alhamdulillah.
Cerita kad kahwin pulak, siang tadi dah dapat draf. Tapi saya tak sempat nak semak betul-betul lagi, nanti nak forward emel tu kat ayah dulu mintak ayah semak. Okay ke tidak semua. Insya Allah dalam lagi 3 minggu kad kami akan keluar. Weeeee, excited kot. Rasa tak percaya tengok kad tadi, ada nama sendiri dalam kad :)
Ok, itu sahaja update untuk kali ni. Saya nak pergi kemas kini budget kahwin pulak :D
<--- Nang if you LIKE

Wednesday, June 1, 2011
Jun - To Do List
Hi.
1hb June sudah hari ni. 3 bulan 2 hari dan tahap stress sudah meningkat. Kalau saya stress, agaknya banker (en tunang) lagi stress kot :p
Okay, mari check May - To Do List
1. Beli cincin kahwin - checked
2. Tempah kad - not yet
3. Beli jam - not yet
Hoi, benda ada 3 jenis pun susah nak setelkan semua. Yelah, benda yang takde dalam list pergi beli dulu kan.. (read : baby V) Tsskkkk.
Ok, tak mau tak mau ada kerut-kerut dahi. Lets move on.
1. Tempah kad
Ni nak taknak nak jugak setelkan minggu ni atau minggu depan selewat-lewatnya. Aku perlukan kad ni bulan 7 nanti. Aku ni lah satu masalah, dok melakar peta tak siap-siap. Orang tak reti baca peta nak melakar peta kan, memang bimbo lah jawabnya.. Takpe, google map kan ada :D
2. Beli bekas bunga telur
Ayein, aku curik gambar ko :DAku memang nak cari bekas macam ni sebijik. Aku bawak balik 3-4 jenis bekas contoh tunjuk kat emak, dan emak paling berkenan yang ini. So ayuh ke Nilai 3 nanti nak cari ini. Lagipun nanti nak lekatkan riben segala tu lagi, makan masa jugak tu. Fuhhhhhhhhhhh.
3. Cari baju menjalang
Err, menjalang tu berjalan selepas kahwin ek. Bukan menjalang yang itu ituuu. Karang salah paham pulak :p
Emak dah tanya, yong takde beli baju baru keeee nak buat jalan pegi rumah sedara lepas kawen nanti. Yeay, emak kasi green light suruh shopping :D Sekali harung baju raya la ni. Tsk, baju raya pun tak beli lagi oi.
4. Guest book
Erm, boleh print dah kot bulan ni? Ke bulan depan? Ke bila-bila pun takde hal. Apa-apa pun kita tunggu apa kata designer :)
Aku tak buat yang gantung-gantung kat pokok tu tau. Susah nak sesuaikan dengan keadaan rumah aku. Jadi jangan kecewa ye :P
5. Bunga pahar
Hari tu dah tempah bunga tisu tu. Tapi tu bunga pelamin. So, kena beli lagi lebih kurang 200 cucuk untuk bagi orang marhaban, kompang semua tu. Nak cari kat Nilai 3 jugak ni. Mak ai, kopakk.
Okay, dah la tu. Listkan banyak-banyak pun kena tanya poket dulu, boleh ke tidak. Tehehe.
Tuesday, May 31, 2011
B2B : Kain Untuk Family
Hari Ahad lepas, adik-adik ajak pergi beli kain. Nak buat baju untuk wedding kakaknya ni. 3 bulan 3 hari lagi yawwww !Sebenarnya boleh je budak-budak tu pergi sendiri tapi saje suka lettewww nak kakaknya ni jugak nak membawak kan kann :P
Ke Jakel kita. Cik bakal pengantin perlu nak kuruskan badan lagi, tapi rasanya lelemak ni semua dah tepu dan degil lah, takbley jalan dah !So, kain untuk family dah setel. Tinggal nak hantar tailor. Adik-adik aku ni excited banget nak tempah baju, nak yang glamor vogue da vasss je. Haha. Semangat ye korang, jangan mengalahkan kakak pengantin dah la :P Hihi, aku sukaaaaaa tengok diorang semangat. Dahla baju family sama kan, mesti comel je gambar family nanti :)
Habis shopping, ni budak ni nak makan Subway pulokk. Ey, budak ni kan.. Garang owh. Garang tapi kuat nangis. Hahaha, motip aku cerita kat sini? Macam cari gaduh je. Hahaha :P
Try amik wrap punya. Ternyata tidak memuaskan. Lain kali nak amik yang macam biasa aje lah.Untuk majlis nanti, warna temanya ;
Nikah : PutihOK. Kasut malam nikah tak cari lagi. Banyak benda lagi nak buat ni.
Sanding : Pengantin merah hitam, family hijau, girlfriends cream
Bertandang : Pengantin purple, family grey
P.s Ehhhhhhhhhh, saya sudah confused. Akak Zuris, pernah cakap kaler pink ke untuk girlfriends? Alamak, hilang ingatan la :| Cani, cani.. Kawan baik, kawan rapat, kakak-kakak kesayangan semuanya lahhhhhh.. semuanya girlfriends saya.. Susah tak nak cari baju kaler cream? Kalau sudi, carilah baju raya kaler cream ye ye ye? :*
Monday, May 16, 2011
Prosedur HIV Test
Hi, morning ;)
Saya nak share prosedur macam mana nak buat HIV test untuk bakal pengantin. Mungkin ada yang tak jelas lagi, jadi kat sini bolehlah saya tolong jelaskan, kan?
Mula-mula korang kena check dulu senarai klinik kesihatan yang boleh buat test ni. Sebab rasanya bukan semua klinik ada buat. Lepas tu call untuk setkan appointment. Sebab dia bukan boleh main walk in saje. Waktu dia pulak berbeza, so kena tanya betul-betul waktu set appointment tu.
Macam saya, saya buat kat Klinik Kesihatan Jinjang, Kepong. Waktu dia pukul 2-4.30 petang sahaja.
So, bila dah set appointment.. Lepas tu korang tunggu je hari tu tiba. Pergi klinik tu, amik borang dia. Isi.. dan bayar RM 1 sahaja ;) Nanti dia bagi panduan lah nak pegi bilik mana semua tu. Kemudian, pegawai kesihatan akan amik darah kita.. Ala, sikit je amiknya, macam kita nak check darah tu. Kat hujung jari je :)
Lepas tu, tunggu sekejap dan terus dapat resultnya selepas itu.
Of courselah negative kan :P
Sebenarnya ada niat nak buat talesemia test juga. Tapi hari tu orang ramai pulak, dan saya jadi penakut bila dengar kena amik darah :|
Siapa ada pengalaman buat talesemia test boleh tolong share tak? ;)
Saya nak share prosedur macam mana nak buat HIV test untuk bakal pengantin. Mungkin ada yang tak jelas lagi, jadi kat sini bolehlah saya tolong jelaskan, kan?
Mula-mula korang kena check dulu senarai klinik kesihatan yang boleh buat test ni. Sebab rasanya bukan semua klinik ada buat. Lepas tu call untuk setkan appointment. Sebab dia bukan boleh main walk in saje. Waktu dia pulak berbeza, so kena tanya betul-betul waktu set appointment tu.
Macam saya, saya buat kat Klinik Kesihatan Jinjang, Kepong. Waktu dia pukul 2-4.30 petang sahaja.
So, bila dah set appointment.. Lepas tu korang tunggu je hari tu tiba. Pergi klinik tu, amik borang dia. Isi.. dan bayar RM 1 sahaja ;) Nanti dia bagi panduan lah nak pegi bilik mana semua tu. Kemudian, pegawai kesihatan akan amik darah kita.. Ala, sikit je amiknya, macam kita nak check darah tu. Kat hujung jari je :)
Lepas tu, tunggu sekejap dan terus dapat resultnya selepas itu.
Of courselah negative kan :PSebenarnya ada niat nak buat talesemia test juga. Tapi hari tu orang ramai pulak, dan saya jadi penakut bila dengar kena amik darah :|
Siapa ada pengalaman buat talesemia test boleh tolong share tak? ;)
Saturday, May 14, 2011
Idea : Guest Book
Hi, lama tak membebel pasal hal kahwin kan? Hee, 3 bulan 2 minggu adalah satu jangka masa yang takdelah lama sangat. Pejam celik pejam celik, tup tup dah sampai pun our big day :)
Tadi adik saya tweet offer nak design guest book saya. Terus saya rasa hari ni nak menceceh pasal guest book lah. Sejujurnya saya belum betul-betul ready lagi untuk majlis ni. Banyak lagi benda nak disiapkan ni. Tsk, harap sempat. Tak sempat pun kena bagi sempat jugak !
Soooo.. Kat mana kita tadi?
Ohh, guest book.
Hari tu kan masa bincang dengan mak andam saya, beliau ada bagi idea untuk buat guest book tree. Cara beliau cakap, saya dah dapat bayangkan macam mana rupanya. Macam pokok yang kita guna gantung kad raya tu, tapi kali ni kita gantung kad ucapan kecik-kecik comel-comel dari kawan kita :) Idea ni sangat menarik ok. Saya suka sangat. Jadi, saya google tadi..
Jumpa ini.
Credit kepada website ini.Menarik kan, kita sediakan pasu.. Letak ranting pokok. Dan sediakan kad kecik comel sekali, so tetamu datang.. Tulis dan gantung. Akhirnya di penghujung majlis, pokok kad kita dah berbuah lebat.
Walaupun saya teramat sangat suka gila idea guest book tree ni, tapi rasanya tak praktikal kot dengan majlis saya. Kenduri di kampung, siapa nak sign guest book saya? Kawan-kawan tak tau lah ramai ke tidak datang, musim raya kan.. Dan adakah kena letak seorang penunggu untuk jaga pokok tersebut supaya tidak dikacau oleh budak-budak kecik? Hmm.
Credit kepada sini.Rasanya mungkin akan stick kepada guest book yang biasa kot. Boleh guna untuk kedua-dua side :)
Tak sabar nak bincang design guest book dengan Nyna. Yeay :D
Friday, April 29, 2011
Pre Wedding
Hi, salam semua ;)
Dua tiga hari ni saya asyik berfikir perihal pre wedding shoot. Nak buat ke taknak buat ke.. Ada kawan En Tunang nak sponsor tapi.. Dia nak buat video. Dan saya tak reti nak berlakon ! So, saya prefer kalau kita shoot photos sahaja. Hmm.
Bakal-bakal pengantin, ataupun mantan pengantin.. Kalau ada terbaca blog saya ni, sudilah bagi pandangan. Perlu ke tidak sebenarnya pre wedding photoshoot ? Ke bergantung pada diri kita sendiri nak ke tidak. Ikut selera masing-masing lah kan.. :|
Ikutkan hati perempuan saya ni, semua benda pun nak. Macamkan sekali tu je kahwin kan. Eh, memang kahwin sekali tuuuuuuuuu je punnnnn :P Tapi yang bagusnya, En Tunang pandai merasionalkan saya ni. Kehendak biarlah berpada dengan poket, ahaks. Kalau mampu, kita buat. Kalau tak, kita buat takat yang termampu aje kan :)
Ni baru mintak quotation baru dari official photographer (OP) saya. Kalau nak include pre wedding shoot, berapa extra chargenya.. Oh ye, haah. Saya dah jumpa saya punya OP :) Alhamdulillah dah setel hal ni.
Eeeee.. Suka melalut kan. Tadi nak tanya pasal pre wedding pastu dah menceceh entah ke mana. Hihik.
Sebenarnya kan, aku dah siap beriyer memikirkan tema dan konsep pre wedding sebab salah paham hari tu, ingatkan kawan En Tunang nak shoot gambar. Sekali dia suggest buat video, sebab kawan dia ni memang kerja dia shoot video ni. Alahai, pening dah kepala.
Patut ke buat je video tu, ataupun hire photographer untuk buat pre wedding shoot? Jujurnya aku tak berapa yakin sebab tak pernah tengok orang buat pre wedding video, kalau gambar compiled menjadi video tau lah.

Thursday, April 28, 2011
Spa & Facial
Hi, salam ;)
Mari kongsi cerita bakal pengantin lagi. Hihi.
Nak tanya, perlu ke tidak ye sebenarnya bakal pengantin tu untuk pergi spa dan facial tu? Kalau ikutkan orang yang rajin jaga-jaga badan dan muka ni, mesti spa dan facial ni rutin bulanan kan. Aku pulak spa dan facial tu tak rajin nak buat, tapi body massage memang kalau boleh setiap bulan nak buat. Cuma sejak akhir-akhir ni, sejak tabung kahwin dibuka.. Kena kurangkan sikit. Tskk.
Bila dah nak kahwin ni, hati tu terasa lah jugak teringin nak pergi buat spa dengan facial. Tapi being a cheapskate, kalau boleh nak yang murah dan best. Haha. Masalahnya, ada ke??
Teringin nak muka dibelai macam ni,
RM 48 untuk 60 minit body and herbal ball massageThis is definitely a steal right?!!
+ 90 minit facial, Aromatherapy foot soak + Ear candling + RM 30 treatment voucher + 1 Year membership at Amarylizz Beauty
Menarik tertarik kannn?
Lantas, aku pun terus purchase 3 vouchers ni. Maka, tak payah pening lagi fikir peruntukan untuk sesi memanjakan diri ni untuk 3 bulan ni, setiap bulan pun aku boleh pergi! Weehuuuuuuu~
Sedang memaksa orang kanan aku untuk ikut serta ke sesi spa ini. Hihi, come on love. Lets go together ;)
Kalau korang pun nak beli voucher ni, pergi je lah check dekat website MilkADeal ni. Hari ni last day untuk beli voucher tu. Selamat memanjakan diri!
P.s Eh Ena cayunk, bila kita nak pergi buat sesi bzzztt bzzzttt kiteww tu? Ahaks. Nanti free kasi tau okeh ♥
-Gambar kredit kepada Amarlylizz Beauty-
Monday, April 25, 2011
Wedding Shoes Idea
Hi, salam ;)
Entry fantasi perkahwinan lagi. Hehe. Semalam memang hari obses tentang hari perkahwinan lah. Sampai naik pening kepala aku ok. Mula-mula fokus, lepas tu bila dah start google, dari kasut ke gubahan hantaran ke pelamin ke hiasan bilik tidur ke tema ke situ ke sini ke sana, memang pening lah jadinya kan.
Nak share idea tentang kasut yang akan dipakai masa majlis nanti.
Untuk majlis nikah 2 September nanti, girlfriend bagi cadangan supaya pakai pump shoes saje. Sebab ianya comel dan satu kelainan. Aku pun bersetuju, rasa menarik jugak idea tu. Lagipun aku memang sangat sukakan pump shoes. Sekarang pun banyak pumps yang comel-comel kan, ada lace sana sini, ada manik-manik. Rasanya idea ni memang aku suka !
Contoh-contoh pump shoes yang comel ;
Terfikir untuk pegang bunga tangan ros merah, tapi nak pakai kasut merah jugakkah? Macam terlampau kontra aje. Jadi apa yang dalam fikiran ni, mungkin soft pink kot? Kita tengok rezeki macam mana nanti :)
Untuk majlis persandingan belah En Tunang, rasanya kena beli sendiri lah kasut sanding. Kasut mak andam saya tak muat.. Memang boleh pakai jugak satu size besar or kecik, tapi nanti pakai baju kebaya songket, kain bukanlah meleret kan. Jadi saya fikir dah alang-alang ada kasut di atas dulang hantaran, nak cari kasut yang boleh pakai untuk majlis sanding di KL teruslah :)
Sangat berkenankan peep toe heels ni ;
Rasanya mungkin cari warna dark purple kot nanti. Macam mana, ada pendapat tak kasut apa yang sesuai nak dipakai dengan baju kebaya songket? Kalau sudi, sharela sini :)
P.s Gambar kredit kepada website ini, ini dan ini
Sunday, April 24, 2011
May - To Do List
Hi.
Masa untuk merancang dengan serius. Maaf ya kalau ada yang rasa jengkel, mulai sekarang mungkin akan banyak update tentang persiapan perkahwinan saya :) See, baik tak aku ni. Siap mintak maaf pulak padahal bukan ada buat salah pun. Hahaha. Tak pasal :P
May ; To-Do-List
1. Beli cincin untuk En Tunang.
2. Tempah kad kahwin
Picture credited to this website.3. Beli jam untuk En Tunang (one of the hantaran)
Okay, cukup tiga je listnya. Hahaha. Ini pun dah cukup nak botakkan kepala. Tskkk, macam mana kalau duit tak sempat nak cukup menjelang majlis.. :|
Berdoa pada Tuhan semoga dipermudahkan semuanya untuk kami, dimurahkan rezeki untuk kami. Amin..
Saturday, April 23, 2011
Checklist
Wah, tup tup lagi 4 bulan je majlis :D
Tapi aku steady je lagi. Belum bertukar jadi bridezilla lagik. Kih kih. Sampai aku pun naik risau, biar betul aku ni rileks je. Apa aku dah takde menda nak setelkan, nak follow up ke? Ko biar betul Izza oi !
Aku ada buat checklist, tapi semua dalam Excel. Bape minggu dah tak update. Miahahaha. Ada beli buku konon-konon nak buat wedding planner lah tu. Tapi hampeh tak guna pun, update dalam laptop lagi senang kan. Itu aku lah, hehe.
Belah perempuan
Err, apa lagi ye? Itu je yang terlintas dalam kepala sekarang ni. Nanti balik karang aku check balik lah aku punya list. Ada tak yang korang rasa tertinggal ? Tolong, tolong tambahkan. Biasalah, kadang-kadang saya ni pelupa :D
Dalam nak buat persiapan ni semua, aku memang banyak bincang dengan girlfriend yang sorang ni. Tak kisahlah, idea ke.. tema ke, konsep ke even fantasi perkahwinan ke. Hahaha. Thanx babe for always be there for me. Tskk *kesat air mata terharu
P.s Ini baru checklist aku yang pertama. Banyak kekurangan sana sini. Insya Allah akan diperkemas lagi nanti okeh, terima kasih atas pandangan anda semua !

1. Kursus perkahwinan - checked
2. Kad jemputan - bulan ni baru nak pergi tempah. Booking sude. Design tak pilih lagi.
3. Cincin kahwin - hehe. Iim punya belum beli lagi. Sabar ye sayang :)
4. Tempat penginapan untuk majlis di KL - checked
5. Barang hantaran - almost done
6. Photographer - checked
7. Kanopi, kerusi meja, hiasan - checked
8. Katering - checked. Nanti gotong royong :)
9. Hiburan (kompang, marhaban, silat etc) - NOT YET!
10. PA sistem - ayah kata akan uruskan. Nanti check dengan ayah :D
11. Honeymoon - ehemm, CHECKED!
12. Pelamin - minggu depan nak ukur tapak pelamin dan nak tengok designnya.
13. Baju sanding - dah amik measurement, mungkin bulan 7 atau 8 baru fitting.
14. Baju nikah - dah tempah, nanti nak follow up dengan Kak Sal lagi. Last time aku call, enggak potong lagi kain guwe !
15. Bekas hantaran - checked. tapi ada lagi nak kena beli ni.
16. Fresh flowers - erm, minggu depan balik kampung nak booking.
17. Doorgifts - mak ayah akan uruskan. Hehe.
18. Bunga pahar - mak ayah uruskan :P
19. Baju pengiring - checked. Tapi kena curik. Haha. Ikut budget nak beli balik ke tidak.
20. Henna - baru nak survey nak siapa buat nanti.
21. Baju family - almost done.
22. Spa, massage, facial, manicure, pedicure
23. Guestbook
24. Lagu-lagu best masa majlis
25. ..
26. ..
Err, apa lagi ye? Itu je yang terlintas dalam kepala sekarang ni. Nanti balik karang aku check balik lah aku punya list. Ada tak yang korang rasa tertinggal ? Tolong, tolong tambahkan. Biasalah, kadang-kadang saya ni pelupa :D
Dalam nak buat persiapan ni semua, aku memang banyak bincang dengan girlfriend yang sorang ni. Tak kisahlah, idea ke.. tema ke, konsep ke even fantasi perkahwinan ke. Hahaha. Thanx babe for always be there for me. Tskk *kesat air mata terharu
P.s Ini baru checklist aku yang pertama. Banyak kekurangan sana sini. Insya Allah akan diperkemas lagi nanti okeh, terima kasih atas pandangan anda semua !
Monday, April 11, 2011
Lesen Kahwin
Salam. Hola guys !!!!
Srious weekend ini adalah yang tersangat penat memang tak ada yang lebih penat melainkan ini lah yang paling penat !!
We went to pre-wedding course at Shah Alam. Dekat bangunan SUK tu, depan Masjid Shah Alam. Penceramah dia not bad. Boleh tahan lah. Ada yang kelakar tak hengat, tapi adalah seorang dua yang buatkan peserta ni super sleepy. Aiyoyoo!
Minggu lepas, aku memang penat dan tak cukup tidur. Sabtu pulak bangun seawal 5.45 pagi sebab nak kena ada dekat shah alam pukul 7.30 pagi. Bersiap je dah amik masa sejam kan uols :P
Ahad pulak, lambat sikit lah baru balik. Pukul 6.30 pagi. Pun masih ngantuk mata terkulat-kulat. So dua-dua hari ni, lunch break je aku amik peluang melelapkan mata sekejap :D

Aimy, kita pinjam bantal awak buat tidur. Hehehe. Jangan risau, takde air liur meleleh. Hahaha.
Dan akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran menghadiri kursus pra perkahwinan selama 2 hari..
YEAY !! Dah dapat sijil kahwin. Jom kahwin yang :P
// Sapa suruh suka main-main masa aku nak amik gambar, rasakan letak gambar terpotong kat dalam blog. Hahahaha :P
Oh, satu pesanan kepada diri sendiri dan semua. Pergi kursus kahwin ni memanglah boring sikit. Dan rasa malas je nak pergi kan. Pergi pun sebab nak kahwin kan. Tapi, seeloknya bila kita pergi tu.. Kita ikhlaskan hati, niat datang majlis ilmu.. Untuk tambah ilmu pengetahuan. Kan lebih bagus begitu :)
Dan akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran menghadiri kursus pra perkahwinan selama 2 hari..
YEAY !! Dah dapat sijil kahwin. Jom kahwin yang :P// Sapa suruh suka main-main masa aku nak amik gambar, rasakan letak gambar terpotong kat dalam blog. Hahahaha :P
Oh, satu pesanan kepada diri sendiri dan semua. Pergi kursus kahwin ni memanglah boring sikit. Dan rasa malas je nak pergi kan. Pergi pun sebab nak kahwin kan. Tapi, seeloknya bila kita pergi tu.. Kita ikhlaskan hati, niat datang majlis ilmu.. Untuk tambah ilmu pengetahuan. Kan lebih bagus begitu :)
Monday, April 4, 2011
Bridemaids
Salam.
Balik dari kenduri Erina dan Amir ni, ajak en tunang singgah Jakel. Saya mau cari kain pasang :)
Bosan menunggu adik Jakel tu pergi cari kain kat stor. Adik tu pun bijak pandai sangat, dia dah potong part baju. Main potong je, tak kira dulu cukup ke tak cukup. Ujung-ujung lebih suku meter je kain tu. Nyarissss je kan. Kalau tak cukup menjawablah kau.Lepas tu part kainnya pulak, memang tak cukup kain pun. Patutnya kira dulu kain dengan baju cukup ke tak baru potong. Ni kau dah buat silap, terpaksalah gantikan aku dengan kain yang lebih mahal. Hihi. Suka~
Ada ke mula-mula dia nak campur je kain tu. Means mana yang cukup je. Selebih tu dia bagi je kain lain. Hello, of course aku melenting. Tu yang dia ganti kain lain tu.
Baju bridemaids saya dah dibeli. Meh meh datang amik. Hehehe.Oh, harapnya mereka suka lah. Sebab aku tak suka orang yang tak bersyukur dan banyak complaint ni :P tapi aku tau gadis-gadis kesayangan baik-baik je semuanya. Sebab tu lah mereka kesayangan ♥
Friday, April 1, 2011
Cadar pengantin
Salam.
Hari tu ada berjalan-jalan saja tengok cadar kahwin nanti. Tengok cadar pun hati berbunga-bunga. Haih, macam ni ke feeling orang nak kawen. Miahahaha :P
First round, sangat suka yang ini

Very nice and simple. I loike. Cadar pengantin aku tak perlu serabut-serabut serebeh-serebeh semua tu. Bilik pengantin nanti pun tak perlula nak pasang backdrop ke apa ke. Less is more.
Second round, terjumpa yang ini lalu meroyan sebab melonjak-lonjak hati ni nak sangat yang ini
Very very very very very nice and simple and elegent !! At least pada pandangan mata aku lah :)
Both are from Akemi.
Dinding bilik aku dah kaler merah dan pink. Jadi kaler-kaler hiasan ni kenalah tone downkan dia. Takleh amik kaler terang-terang jugak. Baju dah la merah jugak nanti ^_^
Sekali tengok, macam suka sangat yang second tu. Dua kali tengok rasa suka yang first tu. Tiga kali tengok suka yang second balik. Empat kali tengok, haih !!! Tak larat nak tengok dah :P
Aku memang ada masalah sikit nak buat pilihan ni. Macam masa nak pilih cincin tu lah, boleh tak sampai pening-pening kepala tengok cincin. Sampai kena keluar dulu dari kedai tu, kena pegi jalan-jalan kejap dulu. Minum jap tenangkan fikiran. Baru boleh masuk balik dah pilih. Hahaha.
Yes, I am that complicated :P
Masalahnya dalam nak kawen ni, banyak betul keputusan nak kena buat. Kan?
Second round, terjumpa yang ini lalu meroyan sebab melonjak-lonjak hati ni nak sangat yang ini
Very very very very very nice and simple and elegent !! At least pada pandangan mata aku lah :)Both are from Akemi.
Dinding bilik aku dah kaler merah dan pink. Jadi kaler-kaler hiasan ni kenalah tone downkan dia. Takleh amik kaler terang-terang jugak. Baju dah la merah jugak nanti ^_^
Sekali tengok, macam suka sangat yang second tu. Dua kali tengok rasa suka yang first tu. Tiga kali tengok suka yang second balik. Empat kali tengok, haih !!! Tak larat nak tengok dah :P
Aku memang ada masalah sikit nak buat pilihan ni. Macam masa nak pilih cincin tu lah, boleh tak sampai pening-pening kepala tengok cincin. Sampai kena keluar dulu dari kedai tu, kena pegi jalan-jalan kejap dulu. Minum jap tenangkan fikiran. Baru boleh masuk balik dah pilih. Hahaha.
Yes, I am that complicated :P
Masalahnya dalam nak kawen ni, banyak betul keputusan nak kena buat. Kan?
Tuesday, March 29, 2011
My dream wedding ring
I've found it ;)Hengat senang ke nak pilih cincin. Masalah membuat pilihan macam masa nak pilih cincin tunang hari tu berulang lagi. Haha. I know si dia stress dengan aku yang tak tau nak apa. Itu tak nak, ini taknak. Semua pun taknak, tak berkenan. Yang fancy ada bintang-bintang tu dia (dia merujuk penulis) berkenan pulak. Haip, nak kena sangat cik Izza ni kan.
Hai awak, menung panjang nampakkkk. Ingatkan siapa ni?Lelaki ini lelaki paling penyabar pernah aku kenal. Paling cool. Paling tahan dengan perangai buruk tahap kelapan aku ni. Paling pemurah. Paling penyayang. Paling kelakar. Paling pandai menyakitkan hati :p Dan yang paling ku sayang. Wihihihi.
Terima kasih syg kerana masih bertahan dengan saya.
Tuesday, March 15, 2011
Ringkasan cerita II
Ahad tu pagi-pagi dalam pukul 11, make up artist masa aku tunang dulu sampai kat rumah. Baik taw Joey ni, nak bawakkan aku dengan Iim pergi Taiping tengok butik kawan dia. Memang tolong je, padahal aku takde confirmkan lagi nak amik Joey lagi untuk majlis aku nanti. Hehe, kembanglah tu Joey kalau baca ni karang :p
Seronok jumpa kawan Joey ni. Harga berbaloi. Pakej okay. So, terus confirmkan je :) Warna pun dah pilih. Mesti korang terkejut kalau tahu warna apa. Hehe. Sebab warna ni aku tak pernah terfikir dulu.. Alih-alih warna ni jugak yang aku amik.
Ada hikmahnya masa pergi shopping kain tu, kain yang aku berkenan tu tak cukup. Sebab macam lari je warna tu kalau pilih. Nasib baik tak cukuppp, kalau tak.. Kan dah kena pakai jugak sebab dah beli :p
So far, baju dah pilih nak macam mana. Pelamin tunggu Edi design. Takdelah kebabom meletup sangat, janganlah menjangkakan yang luar biasa pulak wedding aku nanti :) Semuanya biasa-biasa je. Yang penting, aku tak suka cakap-cakap belakang dok komplen pilihan aku. Ada beza komen membina dengan komplen ok. Lainlah kalau aku mintak pendapat korang. Hehe.
Isu bridemaids.. Hmm. Aku masih confuse. Dan rasa nak cancelkan aje lah buat bridemaids tu. Pakai je lah apa yang korang nak kan. Masih berfikir dan berfikir lah ni.
Bila dah nak kahwin ni, barulah taw susahnya untuk buat persiapan. Nak kena fikir itu, fikir ini. Lepas ni nak penuhi kehendak semua orang. Tapi ingat senang nak penuhi? So tak payah! Haha, yang penting jaga hati keluarga dan kawan baik. Yang lain aku tak amik peduli sangat. Bukan tak kisah, tapi kalau nak amik kira semua, matiklah saya.
Lagi satu, aku selalu ingatkan diri. Ini majlis perkahwinan. Untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Bukan majlis nak menunjuk-nunjuk siapa lagi best ke apa. Bukan nak berlawan dengan orang. Buat biar dalam kemampuan, asalkan semua orang gembia. Jadi harapnya kawan-kawan nanti juga memahami. Takdelah yang nak compare sana sini. Ee, harap jangan ada kawan macam ni. Kalau ada, memang aku tanam dia hidup-hidup! Hahahaha.
Majlis saya (eh, tibe2 divert jadi ayu :p) tak lama sangat lagi, tak jugak dekat sangat. Lebih kurang lagi 6 bulan. 5 bulan 3 minggu lebih tepatnya :)
Ringkasan cerita
Salam and morning uols~
Hari ni nak buat ringkasan cerita :p Duk belek-belek handphone cari gambar, tapi takde T_T So, merasalah kita bercerita tanpa gambar ye.
Jumaat malam yang lepas, feeling macam orang dah kahwin pulak kan. Balik kampung bersama encik tunang :) Tapi tak feeling sangatlah, ada Ngah dengan Nyna. Miahahahha :p
Sampai rumah dekat pukul 3 pagi. Ada sesetengah tempat kat highway jammed terutamanya bila dah masuk area Perak. Yolah, highway Perak tu kan 2 lane je.
Esoknya, plan pagi-pagi lagi nak pergi jenguk butik pengantin dekat Ipoh. Tapi ada kenduri kahwin pulak dah dekat kampung tu. Sedara pulak tu. Kenalah pergi kan. Segan jugak pergi kenduri bawak tunang. Aku taw beliau lagi segan. Haha.
Lepas pergi kenduri, pergi butik pengantin kat pekan Kuale tu. Sembang-sembang. Harap maklum masa ni bakal pengantin ni masih tak tetap pendirian tentang warna tema majlis. Geleng-geleng kepala je ahkak butik tu. Haha.
Balik dari butik pengantin, singgah rumah amik emak dan adik-adik.. Zass pergi Ipoh pulak. Emak nak shopping kain. Cadangnya nak pergi tengok butik pengantin kat Ipoh yang tak sempat tengok pagi tu kan. Tapi pergi lambat, tak sempat nak jenguk pun :( Cari kain untuk bridemaids tapi bila jumpa yang berkenan, kain tak cukup pulak. Aku ada sikit isulah bridemaids ni. Hmm, takpelah. Nanti itu kasi fikir kemudian.
Makanya hari Sabtu, aktiviti penuh sampai ke malam. Punyalah penat. Cik abang saya yang drive tu lagilah penat kan. Cian dia, time kaseh awak :)

Aktiviti hari Ahad, sambung kemudian..
Wednesday, March 9, 2011
Perihal kahwin
Salam to all readers ;)
Entry ini menceritakan sambungan hujung minggu saya yang sibuk itu. Hehe.
Sabtu hari tu kan dah penuh aktiviti, jadi balik malam tu memang terus tidur lah. Takde nak tengok TV ke, online ke sampai lewat malam sebab dah penat sangat. Rugilah malam minggu tidur awal kan :p
Esok paginya bangun, tengok handphone dah padam. Takde bateri lah tu. Memang tebiat kalau hari minggu, malas nak charge handphone. Nak tidur dengan puas tanpa gangguan. Hehe.
Bila on handphone, tengok jam pukul 8 pagi. Wah, rasa macam tidur dah lama rupanya baru pukul 8. Call encik tunang, tanya jam pukul berapa sekarang sebab rasa ragu-ragu. Rupanya dah pukul 11.30 pagi T_T
Ingatkan dah tahu pukul 11 lebih tu tahulah nak bangun. Rupanya tidakkk. Haha. Yang penting, tunang saya tu dia dah on the way baru nak call bagitahu suruh siap kan. Memang tak dapat lah sayang saya nak bersiap dalam masa setengah jam je :p

Muka terlebih cerah disebabkan efek cahaya. Sedar diriku ini berkulit gelap. Tsk.
So, kesimpulannya Ahad hari tu pergi food tasting kat RnR Awan Besar. Bukan pergi berdua je, mama dan baba pun ada sekali. Bab-bab merasa makanan ni, diorang lebih pakar kot :)
Selepas tu pulak, kitorang saja nak jalan-jalan. Singgah Mines kejap sebab rasa dah lama gila tak pergi sana. Sekali, langkah kanan uols. Ada pameran pengantin :D
Dan kebetulan masuk-masuk je, terus nampak booth kad kahwin Amazon ni. Memang hari tu lepas Ena cakap buat kad kat sini murah dan berbaloi, terus rasa nak pergi Shah Alam survey. Sekali dah nampak di situ, terus je lah. Jimat masa kita kan yang :)

Tuesday, March 1, 2011
Ahad yang bahagia
Helo~ Salam semua. Ha, jawab salam dulu. Tak jawab salam berdosa :)
Ini aktiviti rentetan dari aktiviti BBQ di tepi sungai. Kami berpecah. Mama & baba pulang ke rumah. Along pun pulang ke rumah mereka. Manakala, kami singgah ke butik pengantin di Semenyih. Survey apa yang patut. Mak andam Puan N ni dulu. Saja nyinggah sembang kot lah nak ambil pakej dia nanti :)
Saya dan tunang ada try beberapa helai baju pengantin semalam. Halahai, rasa dekat sangat pulak dah majlis, padahal ada lagi 6 bulan :p
Antara baju yang kami cuba ;
Nampak itu deretan kasut? Sadis si empunya kaki bersaiz besar ini, takde saiz. Tsk.. Sayang, sayanggg.. Kite nak hantaran kasut buat pakai sanding ye nanti. Mekacehhhhhhhhhh :p
Abangku gagah perkasa. Hihi. Tak sabar nak tengok kekasih hati pakai baju melayu, siap samping siap dengan songkok masa malam nikah nanti. Mesti handsome kamu sayang, tak sabar nak tengok :D
Subscribe to:
Posts (Atom)