Tuesday, November 29, 2011

Resepi Simple Pavlova

Second time sebenarnya buat pavlova. Tapi yang pertama kali buat hari tu rupa agak menyedihkan jadi saya pun macam tak gamak nak letak :p

Jom semak resepi ;)

Pavlova

Bahan-bahan
3 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor (blend halus)
1 sudu kecil cuka buatan
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Putar putih telur bersama dengan gula kastor sehingga mencapai soft peak / bertanduk.


Ini contoh soft peak :p Bila kita terbalikkan bekas tu, adunan tak tumpah. Tips, pastikan takde bendasing (eg kuning telur, air, dll) dalam bekas tu.

2. Campurkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka buatan. Kaup balik sehingga sebati.
3. Panaskan oven 150C. Alas loyang dengan kertas surih dan tuangkan meringue tadi ke dalam loyang.
4. Bakar selama sejam menggunakan api atas bawah dengan suhu 100-120C - atau sehingga garing.
5. Selepas dah masak, biarkan selama setengah jam di dalam oven. 

Untuk topping atas dia, putar 1 cawan whipping cream sehingga kembang. Sapukan ke atas adunan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan segar. Hasilnya begini ;


Sedap pavlova ni. Bolehla cuba kannnn, simple aje. Kalau beli ni, mahal ni :p

Resepi kredit kepada Mek Nano :D


<--- Nang if you LIKE

Monday, November 28, 2011

Soon-to-be-taken

Sabtu yang lepas, one of my favourite girl getting engaged !


Single, Soon-to-be-taken, Taken

Congrats dear ! Walaupun saya adalah rasa bersalah kerana terlepas saat menyarung cincin sebab lambat gerak dari rumah :(


My partner in crime dalam kejadian datang lambat untuk majlis pertunangan bestfriend. Heheee


<--- Nang if you LIKE

Saturday, November 26, 2011

Kenapa Kejadiannya Begini -___-"

Hari ni saya bawak kek karamel pergi ofis. Semalam saya tidur pukul 2 lebih tahu sebab nak siapkan kek ni. First time guna mixer dan oven hadiah kahwin tu untuk buat kek. Hehe.

Tapi saya adalah tak puas hati. Apesal kejadian kek karamel saya ni tak secantik dulu ? Ergh tang mana silapnya entah. Karamel tak licin, pecah-pecah tepi tu. Jauh beza dengan kek karamel yang pertama




Pandangan sisi lagi hazab uols.

Tapi saya harap rasa dia akan sama sedap seperti dulu !

:)


Kek karamel pertama yang menjadi kebanggaan saya, haha.

Ini adhoc punya projek ni. Dengan kek cuma satu warna je, sebabnya saya lupa nak beli pewarna. Merasalah situ kek kaler natural aje. Takde dah nak warna-warni. Eh suami tengok saya buat ni, dia duk hint-hint kena buat satu untuk dia jugak. Yelah, tengok isteri buat kek tapi tak dapat rasa.. Mengidam lettew~ Hahaha.

Projek hujung minggu ni macam banyak.

Nak buat pavlova, cream puff dan kek karamel (again). Hee, macam banyak kan. Yelah, rumah saya tengah penuh sekarang. Emak, ayah dan adik-adik semua ada. Meriah !!

Nak resepi kek karamel, klik sini --- > RESEPI KEK KARAMEL


<--- Nang if you LIKE

Thursday, November 24, 2011

Gerbera-Theme Wedding

Putri, kita pandai-pandai je letak gerbera-theme wedding tu kan. Hehe kalau salah mintak maaf.

Saya kenal Putri ni melalui Twitter aje tau. (tapi mana entah Twitter awak sekarang ni Puan Put ? Hee)
Dan kebetulan rumah kitorang dekat aje. Jadinya masa beliau kahwin, saya pun pergilah. Sebab memang betul-betul dekat :p


Tema grey-pink. So sweet je. Seronoknya tengok orang kahwin tehehee rasa nak kahwin lagi sekali tapi masih nak kahwin dengan lelaki yang sama :)


Inilah pengantin yang soooo sweet itu.

Congrats untuk Put dan suami !

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, November 23, 2011

Life Is A Bliss, I Am Blessed

Eeee mana semangat nak menulis ni.

Ek ehem.. Test test.

Semalam kan, saya ada teman-teman wanita bersama di rumah ni. Ye, seorang suami dan dua orang teman wanita. Hidup ini memang indah :D Heheee

And guess what,

I cooked for our dinner last night. Simple aje, tomyam campur, telur dadar dan juga ikan pekasam. Sungguh terasa seperti dewasa. Ahaks. Boleh bayangkan tak 10 tahun yang lepas kitorang menghabiskan masa bersama dengan fly keluar asrama, sakan ulang-alik pergi cybercafe sebab ketagih mIRC. Sekarang semuanya dah ada kerjaya. Keluar naik kereta. Dulu keluar naik bas. Paling kelakar pernah keluar naik basikal pergi cybercafe ok. Ketagih tak ketagihnya. Dah la tu, yours truly adalah tidak reti mengayuh basikal dengan betul so Gg had to carry me ! Hahahaha thanks babe, takkan ku lupa jasamu itteww~

Oh paling penting sekarang saya dah ada suami. Hujung minggu ni pulak Gg akan bertunang. How time flies kan :')

Dan Zatil adalah sangat berbaik hati semalam. Konon nak ajar saya buat her signature dessert masa dia dekat UK dulu. Sudahnya kerja saya ajar nak buat cream custard je lepas tu selebihnya serahkan kepada diorang.

Tau-tau aje dah keluar hasil, 


Tiramisu. Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeedap okeh !!!! Thanks babes !

Oh, bahan utama nak buat tiramisu ni ialah mascarpone cheese. Dan untuk yang sakan mencari mascarpone cheese nak buat Red Velvet tu (ye, cakap kat mu Na. Ahaha) bolehla beli brand ini.


250gm for only RM 14. At Tesco.

Thanks darlings for staying here. And thanks Mr Husband for letting them stayed :)

Much love !


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, November 22, 2011

Resepi Pucuk Manis Masak Lemak


Hari tu pergi pasar malam, terjumpa sayur ni. Suami kata pucuk manis, saya mana kenal jenis-jenis sayur berdaun ni.. So iyerkan aje :p

Dah kata kenal pun tidak, retilah pulak nak masak kan ? Jadi saya berguru dengan Nanonor ni. Dari cara nak potong sayur sampai ke cara nak masak. Hee

Pucuk Manis Masak Lemak

Bahan-bahan
1 cekak pucuk manis, asingkan daun dan tangkai
2 biji bawang merah *hiris
1 tangkai cili merah *hiris serong
300 ml santan cair
200 ml santan pekat
1 ekor ikan kembung 
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Ikan kembung direbus kosong, diambil isinya dan kisar.
2. Masukkan isi ikan rebus yang dikisar ke dalam periuk bersama santan cair, bawang merah dan cili.
3. Masak dengan api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan pucuk manis.
4. Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam.

Memang sedap. Thanks Mekna ajar aku masak cara gini. Hihihi. Biasa aku buat masak lemak kosong je. Tapi bila tambah isi ikan tu, fuhhhhhhhhhhhhh meletup !


<--- Nang if you LIKE

Semangat Bola



Heheeeeee pagi-pagi ni layan lagu ni dulu, nak ? Tengah semangat bola lagi ni. Saya hampir hilang suara uols. Dek kerana asyik menjerit semalam. Dahla mula-mula sentap dengan suami saya sebab tak layan jerit sama. Tapi masa second half, sama naik jerit. Hahaa saya ingat masa Badrol sumbatkan gol tu, bergegar apartment. Kikikiki.

Tahniah Harimau Muda !!

Go Tigers !!

<--- Nang if you LIKE

Monday, November 21, 2011

Dinner For Tonight


Pucuk manis masak lemak, sambal sotong dan juga ikan kering.

Best !
 
<--- Nang if you LIKE

Di Sebalik Tabir Kejadian Cream Puff

Minggu lepas balik rumah mama. Saya dah alang-alang geram nak buat cream puff tak terbuat-buat, last-last sampai seru.. Pastu barang semua dah ada kan, tinggal nak beli sikit-sikit je. Maka lajulah kerja saya :)


Comel tak ? Hahaha. Bukannya reti tekan-menekan ni.


Saya bancuh adunan je, bab tekan-tekan ni saya serahkan pada En Suami je sebab beliau membebel kata saya tekan tak lawa. Ha apa kata Abang je tolong buatkan semua. Kikikiki :p


Tangan orang berseni #TDDMKA 

Ahahahaha gurau je cik abang


Tapi memang kemas dan cantik sikit pun suami buat kalau nak banding saya buat :)


Baru keluar panas-panas dari oven.


Belah tengah dia jangan sampai putus dan sapulah cream custard tu. Kau tengok melebih-lebih cream custard saya ni sampai tak boleh nak tutup. Kekeke.

Resepi cream puff sila klik sini ye --- > RESEPI CREAM PUFF

<--- Nang if you LIKE

Resepi Cream Puff



Akhirnya..

Tercapai juga impian saya nak buat cream puff ni. Hihi. Walaupun rupa dia tak semenggah sangat, tapi super puas hati. Barang-barang murah je nak buat dia, senang pun senang. So takde reason awak-awak semua untuk tak buat.. Nak-nak lagi kalau suka makan cream puff tu. Memang elok sangat try resepi ni ;)

Cream puff

Bahan-bahan
100ml air
45g butter - suhu bilik, potong 1 cm
60g tepung gandum - ayak
2 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul biar telur putih dan kuning bercampur.
3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga terbentuk doh. Kemudian, padamkan api.
6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. (Kalau takde, boleh potong aje bucu plastik anggaran 1 cm). Pipekan ke atas dulang, tekan bahagian bertanduk supaya cream puff nampak cantik.
8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selamat 25 minit.
9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


Cream Custard

Bahan-bahan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur size A
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam periuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
3. Masukkan telur dan kacau lagi.
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masak bancuhan ni atas api sederhana sehingga menjadi pekat. Adunan hendaklah sentiasa dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Sumber resepi dari Mek Kuantan :D Cream puff dia buat nampak macam lagi gebu jeeeess. Takpe, weekend ni saya nak repeat lagi buat cream puff ni dengan Cik Nina pulak.

Oh untuk pengetahuan, 1 bancuhan cream custard ni boleh guna untuk 2 bancuhan doh dia tu ye :D

Saturday, November 19, 2011

Misi Hujung Minggu


Nak buat ini. Harap menjadi dan dapat post gambar cream puff hasil buatan sendiri. Ni pinjam gambar dari tokey kek Kuantan :p

Kalau jadi, next week kita buat sama-sama pulak ye Nyna 

<--- Nang if you LIKE

Friday, November 18, 2011

Outdoor Photoshoot - 3 Sept 2011


Saya sedang mencari kerajinan dan kekuatan nak upload gambar-gambar sanding dan outdoor photoshoot dekat FB ni.

Tapi masih belum jumpa.

Tapi nak share dengan korang.

Tapi malas.

Acane ??

Share sekeping dulu ye !

<--- Nang if you LIKE

Thursday, November 17, 2011

Resepi Ayam Kunyit



Layan resepi lagi jom.

Ayam Kunyit

Bahan-bahan
2 ketul ayam
1 biji bawang putih *
1 biji bawang merah *
1 inci halia *
1 batang serai *
2 inci kunyit hidup *
5 tangkai cili padi
1 keping asam
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Kisar bahan bertanda *

Cara-cara
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan asam keping.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam kecut. Masukkan air separas ayam. Perasakan dengan garam.
3. Perlahankan api dan biar ayam masak sehingga empuk dan kuah sedikit kering.
4. Siap ;)

Resepi inspirasi dari SINI.

<--- Nang if you LIKE

Petua Nak Hilangkan Whitehead

Hah, hari ni saya nak kongsi petua :p

Saya ni takdelah rajin sangat pergi buat facial. Kalau rajin, sebulan sekali saya pergi. Kalau datang tak rajin tu, 2-3 bulan sekali pun ada. Muka jangan cakaplah, terasa horror aje pegang sana sini terasa ada bonjol-bonjol (whitehead)

Whitehead tu apa ? (Kita terdengar kamu tanyalah Farra :p)

Aler, whitehead tu yang macam rasa bijik-bijik kat muka tu terutama dekat hidung dan dagu. Memang rasa gerammmmm nak picit-picit je.

Saya cuba jugak pakai pore pack tu kan, terasa tak begitu effective. Hari tu saya tweetlah pasal masalah whitehead ni, datang Yot sebagai penyelamat :p Beliau bagi suggestion macam mana nak hilangkan ia.

Nak tau apa solution dia ?

1. Asingkan putih telur dalam mangkuk.
2. Ambil cotton pad, celup dalam putih telur tu dan tempek rata-rata kat muka.
3. Tunggu sampai kering.
4. Cabut cotton pad tersebut.

Haaaa, pasti korang teruja dengan hasil dia. Walaupun masa saya nak letak cotton pad celup telur tu kat muka rasa macam euwww euwwww euwww busukkk bau telur. Tapi tahankan ajelah. Nak buang whitehead ke tidak ?

Tapi memang berkesanlah. Licin terus terasa hidungku. Hihihihi ailikeee. Nak buat lagi pasni.

Ke korang ada cara lain nak buang whitehead ni ? Cer share.



<--- Nang if you LIKE

Wednesday, November 16, 2011

Dia Terima Nikahnya

Pengantin baru dua bulan dah dapat soft copy dari photographernya. Makaaaaa, haruslah kita kongsi ye di Facebook. Saya layan cd ni sambil tersenyum sorang-sorang. Ajak suami layan sama, nak taknak je. Hampeh kan. Perempuan memang suka feeling lebih :P


Siapa nak view, boleh click link ni 


Siapa yang bukan friend, sorry anda tak boleh view hehe

<--- Nang if you LIKE

Hadiah Dari Jauh

Ada satu hadiah kahwin ni, dikirim dari orang jauh nun. Jauhhhhhhhhhhhh kat area pantai timur nun ha. Dah lama tuannya passing pada sorang ni untuk bagi saya, tapi takde kesempatan lagi nak jumpa. Sampaikan saya sendiri dah sampai kat rumah orang Pahang tu lepas kahwin pun, hadiahnya masih belum ambik. Hehe.

Hari tu, saya sempat pergi jumpa kawan tu untuk tuntut hadiah yang dikirim ^_^


Laju-laju saya bukak tau. 


Eeee tima kaseh lah awok. Tenxs ailebiu 


Heheee, apa pun Na terima kasih banyak-banyak ye. Susah-susah je kirim hadiah. Sampai aku dah pergi rumah mu kat Kuantan nun, hadiah pun tak berambik-ambik lagi kan. Tak nyempat :D

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, November 15, 2011

Takde Air

Adoi, sabar ajelah saya malam ni rumah saya takde air lah korang. Semangat aje saya dari pagi tadi dah fikir nak masak apa malam ni. Dahla semalam suami request masak kangkung belacan, saya janji hari ni baru nak buat. Sekali air takde, nak masak apanya ?

Tadi kitorang ingatkan sebab tak bayar bil air lagi ke air kena potong ke paip kena kunci ke. Haha. Risau kejap sebab memang bil air yang RM5 tu masih belum berbayar lagi dekat management sini :D Haa, reti cuak kan. Cepat-cepat kitorang siap tadi nak turun bawah tengok paip air kita ni dah kena kunci ke..

Sekali turun bawah nampak notis ada gangguan bekalan air 15 dan 16 Nov uolsssss. Apakejadahnya ini sampai dua hari takde air ? Nasib baik ada satu bilik air ni masih ada air. Air sinki dapur dengan bilik air dalam master bedroom dah kering langsung. Jadi, awas ye jangan ada yang tuduh-tuduh saya tak mandi. Hahaha.


Muka budak dah mandi wangi-wangi (Budak ke kau ??? Haha)

<--- Nang if you LIKE

Masak Lemak Labu

Sebenarnya pagi ni berniat nak share sikit gambar-gambar nikah. Yeeeee, I knowwwww dah dua bulan kan. Tapi pedulik, saya baru je dapat CD soft copy dari photographer. So nak share jugak :p Tapiiiiiii masalah di sini, komputer ni tak boleh detect pulak dah. Lain kali je la ok.

So, pagi ni kita layan resepi lagi. Haha.


Masak Lemak Labu

Bahan-bahan
1/2 biji labu *potong dadu
1 biji bawang merah *hiris halus
2 biji bawang putih *ketuk
1 batang serai *ketuk
Sedikit ikan bilis *tumbuk kasar
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan labu ke dalam periuk bersama bawang merah, bawang putih, serai dan ikan bilis. Masukkan juga santan cair. Kacau rata atas api sehingga mendidih.
2. Tambah pati santan, perasakan dengan garam dan gula.

OK dah siap ! Hehe senang sangat kan ? Makan dengan ikan kering dengan sambal belacan adalah terbaik ok !!!!

Ini versi saya masak main agak-agak sebenarnya. Selalu orang letak udang kering tapi sebab stok udang kering takde jadi kita hentam sajelah kan. Lepastu kan, ini first time saya masak labu potong labu segala. Eh, labu ni keras rupanya ok. Bercinta nak potong dia, sakit-sakit tangan dok tekan pisau. Ke pisau saya yang tumpul entahlah.

Lagi satu masakan ni boleh je nak campur sayur-sayur lain kan. Contohnya macam kacang panjang ataupun pucuk manis. Sebut pasal pucuk manis ni, baru semalam beli dekat pasar. Baru kenal apa itu pucuk manis T_T 

Seronok beli barang dapur dekat pasar malam ye. Murah-murah jugak. Semalam pergi pasar malam konon nak beli makanan nak dinner sekali, pusing punya pusing tak berkenan apa pun. Suami pun takde rasa nak makan apa. Sudahnya saya cakap,

Dahla tu Abang. Jomlah kita balik. Saya masak, kita makan kat rumah lagi best.. Nak ?

Makan kat rumah sememangnya lagi best !

<--- Nang if you LIKE

Monday, November 14, 2011

Proud of Myself

Ye, entry haruslah bersifat makcik-makcik sikit sejak dah kahwin ni.

Lagi-lagi entry dia masak apa kannn.. Booooooooring. Nak buat camno jang, dah ini je modal saya ada. Kalau tak, tak berupdate lah blog ni.


Rotate clockwise : Daging masak kicap berempah-ikan kering-sambal belacan cair (haha)-masak lemak labu

Marvellous nyah. Saya sendiri terkagum masakan ni keluar dari dapur saya. Yelah, saya ni memang tak pernah memasak sebelum ni. Dah kahwinlah baru berjinak-jinak dengan dunia masakan ni. Eh, terkantoi pulak nanti kakak dan adik ipar baca :D

Rupanya memasak ni senang. Tinggal kita yang nak ke taknak. Kalau dah dari mula tanamkan dalam fikiran tu yang memasak ni susah, leceh, penat memang sampai ke sudahlah tak ke dapur kan ? (Hamaigad, sungguh terasa seperti makcik-makcik)

Moral ceritanya, saya dah rasa kenikmatan memasak untuk yang tersayang ♥ 


<--- Nang if you LIKE

Sunday, November 13, 2011

A Sunday Breakfast



We had this yummy sausage rolls this morning 

Sausage Roll 

Bahan-bahan
4 ketul sosej
4 keping roti
Sebiji telur (dipukul dengan sedikit lada hitam)
Nestum

Cara-cara
1. Rebus sosej.
2. Leperkan roti. Gulung sosej kemas-kemas.
3. Salutkan dengan telur kemudian golekkan dengan nestum.
4. Goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Siap !

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...