Friday, December 21, 2018

Resepi Homemade Playdoh / DIY Playdoh

HOMEMADE PLAYDOH

Salah satu sensory-messy play untuk kids, bagi uli playdoh sendiri. Resepi ni elok, tak sticky dan boleh mold. Dah banyak resepi saya cuba, ada yang elok ada yang hancuss haha so yang ni memang 👍👍

1 cawan tepung
1/4 cawan garam
Beberapa titis minyak
1/4 cawan air
Pewarna makanan

Gaul semua bahan kecuali pewarna sehingga membentuk doh yang tak melekat. Air tu jangan letak sekaligus, masukkan sikit sikit. Boleh tambah air/tepung ikut keperluan.

Dah elok adunannya bolehla masukkan pewarna. Selepas tu saya balut dengan cling wrap dan restkan dalam chiller lebih kurang sejam. Siap !

Nak main keluarkan je, lepastu tu cling wrap dan simpan dalam chiller semula. Tahan 3 bulan.

Thursday, December 20, 2018

Hari Anugerah Kasih

Sebelum cuti sekolah haritu, ada majlis Hari Anugerah sekolah Kasih. Cikgu siap pesan datang tau, sebab Kasih ada ambil hadiah mata pelajaran terbaik dan top 5 dalam kelas, Alhamdulillah.

Majlisnya waktu malam, konsep potluck so Mama order je brownies. Baru tahu yang Kasih dapat no 2 dalam kelas dan no 3 keseluruhan serta terbaik mata pelajaran BM dan Maths.

Tahniah sayang Mama. Yang penting bukan nombor tapi progress dan improvement. Mama doakan Kasih sentiasa berjaya dan dirahmati Allah, love you

Luth's Milestone -- Kebolehan Mengajuk 4-5 Patah Perkataan

Marked another achievement untuk Luth, boleh mengajuk sehingga 4-5 patah perkataan,

Contoh,

Mama, Luth nak purple pen (sambil tunjuk bekas pen atas meja)

Quite consistent dah. Cuma nak kena bagi general, boleh cakap dengan Papa, Kakak, Teacher dll bukan hanya dengan Mama je

Kalau bab skill, Luth pandai dan minat main puzzle. Kalau island puzzle tu memang dah expert. Dari segi matching skill dah tak sesuai, too simple for him. Tapi masih boleh digunakan untuk penceritaan.

Kalau bab menulis, he's quite advance. Less scribble dan nak tulis something meaningful. Dulu dia nak Mama pegang tangan dia guide untuk tulis 1 2 3 A B C. Sekarang dia dah start ambil buku Kakak dan trace dot dot tu. Dah boleh tulis 1-10, walaupun tak cantik dan senget tapi nampak rupanya, nanti Mama share sini ye

Pengalaman Jumpstart Kereta

Haritu macam biasa, nak bawa Luth ke kelas speech therapy dia. Angkut Kasih sekali sebab tengah cuti sekolah kan. Dan dan la jugak lif pun rosak. Turun bawah, sampai kereta try buka alarm, tak boleh. Aku dok fikir battery alarm habis ke (logik ?) , cari handphone nak tanya Abang, lahhhh handphone pun tinggal !

Maka tak ada choicelah. Berbondong bondong la memanjat tingkat 5 dengan dua orang anak. Kasih ok je energy dia banyak siap ajak lumba haha. Mama je ketar lutut rasa panjat tangga sambil bawa beban 11kg (Luth haha)

So dah ambil kunci dan handphone, try buka kereta masih tak boleh ! Lastly cuba buka secara manual, start enjin langsung takdak bunyi ! Tengok lampu dalam kereta terpasang, aduhai. Kes lupa tutup lampu ke apa ni. Jam dah 9.30. Whatsapp teacher Luth inform akan lambat sedikit dan call Ngah kalau dia free nak mintak tolong hantarkan. So tunggu Ngah sampai. Duduk dekat tangga lobi je sebab tak kuasala memanjat balik.

Ngah sampai almost 10am. Nak ke kelas, ETA 10.30, rugi masa ! Try call teacher lagi sekali minta reschedule. Mujur ada saaaatu lagi slot kosong this week, tidak burn lah duit kelas minggu ni.

Ok setel bab tu, teman Ngah dan Nina breakfast. Diorang baru balik jogging dan gym, takdan nak cari makan lagi jadi penyelamat kami haha. Lepastu terus pergi rumah Ngah menghabiskan masa, petang baru Ngah hantar balik rumah.

Then, kitorang nak try jumpstart kereta since Abang lately ni busy sangat, balik lambat selalu takut tak sempat nak tengok. Berbekalkan Google, kitorang pun try jumpstart. Ikut instruction,

Mati enjin
Cable merah ke merah
Cable hitam di negatif kereta yang OK, satu lagi attach dekat unpainted metal
Start kereta yang OK
Try start kereta yang K.O

TAK BOLEH START !

Call Abang tanya, Abang kata merah ke merah. Hitam ke hitam. Aku argue kata Google kata lain ! Abang pun taktau nak jumpstart kereta yaaaa (haha ye buruk perangai tak percaya cakap laki sendiri)

Dah beberapa kali start tak boleh jugak, Nina call husband dia tanya. Husband dia kata yang sama, merah ke merah, hitam ke hitam. Wpun Google satu kena Ground tapi biasanya buat hitam ke hitam je.

Ok, trylah.

Ngah connect je cable dekat hitam, ada spark dan alarm kereta terus bunyi. Panik kami ! Haha. Terus try start kereta dan OK ! Alhamdulillah.

Tapi nak bagitahu lah, jiran kawasan sini selfish yarabbi. Nampak dua wanita tengah struggle nak jumpstart kereta terkial kial, tak ada pun nak datang tanya dan tolong. Paling teruk ni jiran sebelah pintu, dia datang parking kereta dekat sebelah kami je lepastu jalan. Well tak apalah, apa pun kami dapat pengalaman berharga jumpstart kereta harini haha

Saturday, December 1, 2018

Perkembangan Luth

Dah lebih kurang 12 sesi speech therapy Luth pergi, memang sangat improve compared than before. Alhamdulillah.

Eye contact semakin bagus
Dah pandai request, Luth nak.. Susu, air, biskut, tidur (any words yang kita ajar dia)
Dah pandai request NAK sambil tunjuk apa yang dia nak
Kenal anggota badan dan tunjuk
Kenal Mama, Papa, Kakak, Tokwan, Tokma, makcik makcik sekalian dan dapat tunjuk orangnya

Kebolehan mengenalpasti dan menunjuk ni menurut kata therapist Luth merupakan satu milestone untuk dia. Alhamdulillah memang Luth cepat sangat catch up.

Favourite activity sekarang, menulis.

Akan datang dekat Mama bawa pen dan kertas sambil cakap, Mama ! Luth nakkkk tulissssss. Allahu happy sesangat tau dengar dia dapat request macamtu tanpa kita ajar dia berulang kali. Dia akan ambil tangan Mama untuk pegang tangan dia dan guide dia untuk tulis, nombor lah selalunya. Hehe. Sampai 99 kenal dah. Dah memang itu interest dia, kena extendkan word dia based dari interest dia tu lah.

Kakak Kasih pun pandai sangat, ikut apa yang Mama buat. Tiap kali Luth angkat tangan mintak barang dari Kakak, Kakak akan suruh dia cakap dulu, Luth nakkk.. Hehe

Good girl ! Pandai tolong Mama ajar Adik. Thank you untuk Papa jugak yang mencari rezeki untuk kita mampu hantar Luth ke terapi. Actually saya berniat nak share serba sedikit tentang ilmu dan cara yang terapis Luth ajar tapi belum ada masa nak buat. Lagipun takut takut juga ada info yang tersalah.

Mama doakan anak anak Mama Luth dan Kasih membesar dengan sihat dan sempurna ya sayang.

Tuesday, September 18, 2018

Luth's Class @ My Little One Speech Therapy

Harini start kelas ketiga untuk Luth dekat sini. Dia masih belum biasa dengan teacher dan takut takut lagi. Session ni one to one tapi setakat ni Mama join lagi sebab Luth belum biasa. Tapi tak boleh berlarutan sebab bila Mama ada sama, dia jadi distracted dan taknak dengan teacher. So tadi kami try bagi Luth 15 minit dengan teacher berdua. Pergh dia punya nangisssss haha aduii meruntun jiwa. Ketar ketar bibir dan macam trauma nak masuk bilik therapy tu balik takut kena tinggal lagi. Nampak betul dia takut tadi. Sorry ya Luth, this is for your own good tau. Kalau Mama ada nanti awak tak dapat improve dan belajar dengan cepat. Mama tunggu luar, tak lama pun.. Next session akan try 15 minit lagi berdua dengan teacher sebelum betul betul boleh tinggalkan dia for one hour.

So, task kelas sebelum ni Mama kena identified apa mainan/aktiviti yang menarik minat Luth. Antaranya :-

Number puzzle
Bubble
Balloon
Hide n Seek
Peek A Boo
Number book

Basically apa yang berkaitan number memang dia suka

This week punya task, Mama kena identified object/makanan/mainan yang dia point dan request nak. Oh ye! Anyway, Luth dah pandai point sekarang, Mama so happy

Tadi pergi makan, nampak Mama pegang air dia terus automatik point sambil cakap NAKKKKKK !!

Terkejut Mama dengan Cingah tau, sebelum ni biasanya cakap nak aje tapi takde bersungguh macam tadi

Ok i nak share pasal perkembangan kanak kanak dalam nak bercakap ni. Dia ada 4 stages :-

1) Own Agenda
Ni kanak kanak yang masih dalam dunia dia sendiri. Contoh reaction, menangis tapi kita taktau apa dia nak sebab dia tak minta

2) Requester
Stages ni anak dah pandai meminta dengan cara tarik tangan kita dan bawa kita ke tempat yang dia nakkan sesuatu.
    2a) Early requester - anak tarik tangan kita ke tempat yang dia nak sesuatu. Ataupun tunjuk apa yang dia nak. Masa ni ada satu atau dua patah words dari anak.
    2b) Later requester - anak tarik tangan sambil buat eye contact

3) Early Communicator
Tahap ni anak dah pandai nak berinteraksi dengan kita tapi few words. Nak bercerita tentang something, bukan hanya communicate bila ada demands sahaja.

4) Partner
Dapat berinteraksi lebih lama dan bermain lebih lama dengan orang lain. Lebih faham dan boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik walaupun masih ada kesukaran.

Disclaimer - ini simpflified version menurut apa yang saya faham therapist Luth explain. Untuk facts yang lebih jelas, refer yang pakar ya.

So far now Luth masih di peringkat requester, kadang kadang own agenda. Plannya sekarang untuk ajar Luth lebih pandai untuk meminta something, contohnya nak pass apa apa dekat dia, kita repeat cakap,

Luth nak.... susu
Luth nak.... Air
Luth nak.... Tidur

Doakan supaya Luth akan dapat cepat berkomunikasi macam kanak kanak lain ye ❤


Saturday, September 15, 2018

Resepi Tomyam Merah Tak Menggunakan Pes Tomyam

Sekarang dekat Shah Alam cuaca sejuk selalu. Sejuk sejuk ni mulalah terbayangkan menghirup sup atau tomyam panas, nyamannya rasa !

Jadi semalam saya masak dinner tomyam. Resepi kalini tak menggunakan readymade tomyam paste. Alhamdulillah, sedap rasanya. Bolehla simpan resepi ni untuk buat lagi nanti :)


RESEPI TOMYAM MERAH (TANPA PES)

Bahan bahan
Ayam/Daging/Udang/Sotong
2 biji tomato *
Sedikit halia *
Bawang holland 1 biji *
Bawang putih 3 ulas *
Daun limau purut
Serai 2 batang -ketuk
Sayuran
Bawang holland -hiris
Cilipadi -ketuk
Lengkuas -ketuk
Air limau nipis
Air asam jawa
Akar ketumbar -cuci bersih, nak masukkan dalam tomyam
Daun ketumbar -hiris halus

Bahan bertanda * diblend

Cara cara :-

Panaskan minyak, tumis serai & lengkuas. Naik bau, masukkan bahan kisar. Masukkan daun limau, hirisan bawang, cili padi, akar ketumbar. Dah mendidih, masukkan ayam. Agak dah empuk, masukkan sayuran. Masukkan jus limau dan sedikit asam jawa (tq Kakju Ahlia Azman , jadi pekat dan masam sedap tomyam saya 😘). Perasakan dengan garam. Rasa agak agak dah cukup masam manis pedas tu ok dah tu 👍 tutup api, taburkan hirisan daun ketumbar ❤

Makan dengan nasi banjir, layanzzzz. Cuba tau !

Monday, September 10, 2018

Luth Turns Two Celebration!

Alhamdulillah thank you Allah pinjamkan Luth Daniyal sehingga saat ini, 01/09/18 genap Luth berusia dua tahun

Celebrate birthday Luth kecik kecik aje dekat rumah Mama. Cousins dia semua tak balik minggu ni jadinya cuma kami aje lah. Oh kebetulan ada makcik pun datang rumah Mama masa tu, meriah la sikit. Thank u Maksu :)








Mama doakan Luth sihat selalu, membesar dengan sihat dan sempurna ya. We all love you so much.

Dan lepas celebration ni, Kasih apalagi, 24/7 asyik tanya bila nak sampai birthday dia haha

Macam macam dia request ha,

Kakak nak balloons, nak cake ice cream, nak crown, nak lapik meja birthday, nak hadiah, nak tutup mata lepastu kata surpriseeeeee

Haha ok Kakak, sabar jap ye. Tunggu birthday Kakak yang ke6 nanti :) sebelum ni pun bukan Mama tak celebrate birthday Kakak tau. Sambut kat sekolah dengan kawan kawan pun ada. Nanti Mama show pictures, ok ?

Oh dan dia request lagi,

Kakak nak hadiah. Tak pernah pun dapat hadiah. Lepastu Mama tanyalah,

Eh Mama Papa selalu kan belikan Kakak mainan tu semua hadiahlah tu.

Bukan, hadiah tu kena balut. Tak bagi nampak kotak dia tu dan kena ada riben besarrrr. Kakak tak pernah dapat pun :(

Haha baiklah Kasih. Mama fahamlah apa yang awak nak tu, nanti ye. Sebenarnya minggu lepas saya baru belikan dia mainan wooden maze magnetic tu. Dah niat nak balut cantik cantik baru bagi dia. Sekali poslaju (beli online)  datang hantar barang, Kasih yang terima lepastu being her, mana boleh tahan ! Barang yang sampai mesti semua dia sibuk nk siasat apa tu haha so tak menjadilah plan Mama nak bagi dia hadiah balut cantik cantik tuu. Tula Kakak, sapa suruh tak sabar :p

Friday, September 7, 2018

Victoria Corset a.k.a Arm Corset

Hi,

Sebelum ni ada juga customers yang tanya korset untuk kuruskan lengan sado sekali, haaa now kita dah bawak masuk produk baru under #HouseOfCorsetByChooyaya punya brand.

Victoria Corset ni two pieces, baju corset berlengan dan girdle yang cover sampai underbust. Memang best ni





Menarik tak ? Nak ke toilet pun senang, buka je macam seluar biasa, untuk yang tak pro guna korset bestseller 1piece tu bolehla consider yang ni.

Jom tengok measurements dia :-


Setakat ni korset ni kita takde jual asing ye, mesti kena beli one set. Harga murah je awak, RM155 free postage. 

Tak minat yang ni? Takde hal, ada banyak lagi jenis lain untuk awak pilih hehe


Whatsapp saya ye? 

Www.wasap.my/60196683098/Korset klik aje zas terus masuk ke Whatsapp saya, tak perlu save nombor lagi :)

Saturday, August 25, 2018

Luth's Milestone -- Speech & Language Delay




Ini masa 21/08/2018, Luth punya first session di My Little One, USJ. Untuk bantu Luth dengan masalah Speech And Language Delay dia. 

Ok, Mama nak ceritakan sikit tentang Luth punya perkembangan ni, Luth sekarang umur 1y23m, bulan depan dah nak masuk 2 tahun. Sejak Luth 18 bulan lagi, saya dah perasan Luth macam lambat bercakap. Some people said, anak lelaki memang lambat sikit cakap. Di umur 18 bulan, 

-- belum panggil Mama Papa
-- kadang kadang faham simple instruction, kadang tak (lebih kepada faham rutin eg bukak baju letak dalam laundry basket, bukak pampers buang tong sampah, nak keluar ambil kasut) 
-- kurang respons bila panggil (kadang datang kadang tak) 
-- sangat berminat dengan huruf dan nombor (boleh mengira 1-30, kenal A-Z dan kenal huruf besar kecil) 
-- few meaningful words (eg nak, taknak, nak susu, nak satu ni current state lah. Memang much better than before :)

Kebetulan ada sekali tu bulan May (Luth 20m), dia ada tak sihat. Alang alang jumpa Paeds, terus tanya perkembangan Luth. Memang Doc kata ada delay sikit dari segi speech. Tapi bab numbers, alphabets, shape semua dia advance. So Doc advise tunggu sampai next checkup KK bolehla inform dengan nurse nanti

Kemudian, 20 June, Luth warded Hospital Sungai Buloh sebab mutitriggered wheezing. First time admit hospital kerajaan, impress sangat sebab doktor teliti sangat. Katil, makanan semua pun not bad. Dan walaupun Luth warded sebab wheezing, doktor yang round akan tanya perkembangan dia sekali. Memang detailed sangat check dekat sini, puas hati 

Pendekkan cerita, saya punya concern sampai kepada Doktor Zahilah, pakar Paeds dekat HSB. Dr Za ni sangatlah baik dan concerns pasal Luth. Beliau sebutkan juga kemungkinan Luth ada mild autism based dari pemerhatian awal beliau, especially Luth yang tak berminat dengan people dan juga very poor eye contact. Dr Za request untuk Luth repeat test M Chart dan Luth failed. Yang Luth failed tu macam 

Tak tengok bila kita point dekat mainan or object yg jauh
Bila dia jatuh ada luka ke apa, takde datang nak tunjuk dekat Mama luka ke apa (tak berminat nak bercerita) 

Dan ada few points lagi yang saya dah lupa la. Kena refer buku vaccine tu balik. 

Dan bermulalah jadual untuk bawak Luth ke assessment dan test. So far dah pergi untuk ENT test dan juga Occupational Therapy. 3/9 first appointment untuk Speech Therapy di HSB

Anyway, Luth dah ada dua kali private session dengan Dr Za untuk assessment dan 1/8 haritu, Luth refer ke Child Development Paeds di Hospital Kuala Lumpur. Untuk assessment yang lebih details dan nak dapatkan referral ke Permata Kurnia.

Luth belum didiagnose apa apa lagi, cuma ikut nasihat Dr Za, better start Early Intervention Programme (EIP) untuk Luth memandangkan dia masih sangat muda dan berpotensi tinggi. So sangat rugi kalau tak buat apa apa, takut Luth makin ketinggalan esp bab komunikasi tu. 

Hasil appointment dengan Dr Ranjini di HKL, ini 3 benda yang Dr minta kami buat sebelum next appointment bulan Nov nanti, 

1. Zero screen time (screen time termasuklah HP, tv, ipad, games, wayang) means parents pun jangan main HP tepi anak ye
2. Betulkan waktu tidur Luth. Masuk tidur jam 8pm-7am. Kalau boleh no nap time, kalau terpaksa sebab dia letih sangat, bagi chance sejam je. 
3. Hantar Luth pergi EIP speech therapy 

So far, dah dua minggu sejak appointment di HKL, no 1 dan 2 memang dah buat. Alhamdulillah Luth tak cranky dan boleh adapt, lagipun memang kurang bagi dia HP. Cuma sebelum ni selalu pasang TV dekat rumah. Now, no more. Kakak pun faham.  

Untuk Luth punya therapy, 21/8 dah pergi assessment dekat centre tu dan kelas akan start Sept nanti on weekly basis. Doakan yang terbaik ye :)

Hikmah di sebalik semua ini, Mama pun kurang spend masa dengan HP. Banyak masa dihabiskan dengan anak anak tanpa HP. Kita selalu risau anak ketagih HP kan, yang sebenarnya makpak ketagih HP lagi teruk wehhhh. Sriyes, tak cakap orang lain, ni cakap diri sendiri -_-"

So rutin sekarang, pagi hantar Kakak ke sekolah. Balik main dengan Luth, masak, kemas rumah. Tengah hari amik Kakak, balik suap budak budak makan, lepastu mandi solat, buat latihan, dalam pukul 5 main kejar kejar atau main yang keluarkan peluh. Pukul 6 dinner, lepas solat Maghrib Kakak baca Iqra dan Bacalah Anakku dua mukasurat kemudian Mama bacakan buku cerita, light off dan tidur dua beradik tu.. Alhamdulillah dipermudahkan so far. 

Masa untuk bonding dan ajar Luth tu time Kakak ke sekolah la, Mama kena amik kesempatan utilize sepenuhnya masa berdua dengan Luth tu untuk stimulate dia. 

Anyway, result untuk assessment Luth dekat My Little One Speech Therapy Centre tu, teacher Jardian concerns tentang Luth yang not so interested in people. Tapi beliau yakin Luth akan boleh improve dan catch up once Luth start therapy :) :) :)

Oh, even saya hantar Luth therapy di luar tapi saya still follow jugak appointments di HSB dan HKL, 

Nanti next post insya Allah saya akan share cara cara yang Dr Za dan therapist ajar untuk encourage Luth bercakap :)

Till then, tata. 

PS - ini perkongsian saya dan cara saya handle Luth yang pada saya ada delay. Untuk parents lain, bolehla cakna milestone anak anak korang. Sebab lagi awal kita detect dan start EIP, insya allah lagi bagus untuk diorang. Start early. Jangan tangguh atau tunggu. Doakan urusan kami dipermudahkan ye :*

Friday, July 27, 2018

Lendlease Sdn Bhd Fun Day 2018

21/07/2018

Husband bawa saya and the kids ke event Lendlease Fun Day. Event dekat Taman Tasik Perdana. Excited jugak nak join sebab boleh dikatakan first time join family day office husband. Sebelum tidur malam tu dah confirmkan siap siap event pukul berapa, husband kata 9-11am. So oklah, esoknya siap siap bawak biasa sekali 7.45am macamtu dia bagitau, "eh yangg, registration pukul 8 lah, event sampai pukul 1"

(-_________-")

Malam sebelum lagi dah pesan suruh check tentatif semua tapi ambil mudah ha merasa pepagi dah kena bebel dengan wife haha. Dahla dah lambat, kitorang sesat nun ke Taman Tasik Perdana Pandan. Ko dah kenapaaa padahal bukan masing masing tak tahu Taman Tasik Perdana tu dekat mana lepastu gatal buka Waze lepas tu salah select location T___T

Ding dong ding dong pukul 10am baru tiba di Taman Tasik Perdana







Ada booth soft ice cream, popcorn, cotton candy. Ada clown yang fun dan talented. Ada face painting, coloring, potrait sketching dan macam macam aktiviti lain. Makanan pun sedap sedap tapi kami tak dapat enjoy sangat, well.. Kids dan open park, what do you expect ? Haha

Overall we are having fun. Tq husband, tahun depan kita join lagi ;)

Short Getaway to Sekinchan -- Farmville Cafe & Homestay

Hello !

Minggu last sebelum puasa haritu, saya dan Husband sempat bawa anak anak berjalan ke Sekinchan. Dah plan lama dah so dapatlah book bilik dekat Farmville Homestay. Saya perasan kan, kitorang ni suka sangat ke area Kuala Selangor sana haha. Kadang saje cari makan best, ada cendol Borhan, mi udang, asam pedas sedap, satay Hut etc haha kalau pasal makan laju aje kan :p

So kitorang ke Sekinchan dalam pukul 11 dari Subang. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari sini. Memang plan sampai sana, lunch dekat Restoran Eksotik Lembah Bernam lepas tu pukul 3 check in.


Kasih yang semangat nak jalan jalan. Masani dia tak tau lagi nak bawak tidur "hotel" dan mandi pool. Saje malas bagitau awal, tak larat nak jawab soalan nanti haha.


Ni lunch kitorang -- baung masak lemak, ayam hutan goreng berempah dengan rendang landak. Portionnya banyak untuk dua orang, siap bungkus lagi sebab berlebih. Harga dalam RM60 kot ni, lupa dah tapi reasonable la, tak mahal sangat. Rasa ok ok aje, kira sedapla jugak.

Lepas tu kitorang check in Farmville, bilik Deluxe King. Kat sini memang kena book awal tau, no terjah terjah, memang takde bilikla korang nanti hehe. Rate dia murah je antara termurahlah kalau container hotel ni. Ada pool semua, Kasih memang seronok habis 

Petang tu lepas bagi Kasih mandi pool, main trampoline dekat atas pulak. Ambil gambar view sawah padi, masa kitorang pergi memang musim padi menghijau nak menguning dah. Lawaaaa 




Dah puas mandi dan pusing pusing dalam tu, kitorang bawa anak anak ke Pantai Klebang pulak. Takde apa pun situ, jalan jalan main bubbles dan layang layang je. Tapi tak syok sangatlah, pantai kurang bersih dan banyak dogs
Malam pulak dah penat so alang alang keluar petang tu terus bungkus dinner dekat Satay Hut. Memang suka satay sini, sedap! 

Esoknya check out, pergi beli Mango King dengan jagung terus gerak balik ke Subang Bestari. 

Ini detailsnya kalau uols berminat :-


Farmville Homestay Sekinchan

11304, Jalan Tepi Sawah, 
Sekinchan, 45400 Selangor
017-2068666

Monday, April 9, 2018

Kasih Goes To School

Tahun ni Kasih dah 5years.. did I blogged about her birthday celebration at home & at the school yet ? Haih Mama kena sit down dan take time to write consistenly all of this memories otherwise it will fade away :(

So anyway tahun ni kitorang hantar Kasih ke Pasti. Tahun lepas ada try hantar juga tapi seminggu je haha tak tahan dengan drama menangis dia dan adala sikit problem dengan sekolah masa tu. How time flies kan. Kejap je Kasih dah 5 tahun dan sekolah dan.. it's already April guys !! Lagi sebulan je nak puasa and then before we knew it, comes 2019.. omg

Dah 4 bulan Kasih ke sekolah syukur alhamdulillah no more drama. Agaknya sebab Kasih dah kakak :) bulan first aje hari hari menangis nak mandi tu. Lepastu saya try buatkan dia jadual, malam by 10pm mesti kena tidur kalau tak next day mengantuk. Dan saya juga implement rewards system untuk dia. Guna sticker aje. Memang helps a lot !

Kasih Safiyya, Mama doakan yang terbaik untuk Kakak. Jadi anak yang solehah, anak yang baik dan mendengar kata. Semoga Kasih happy selalu dekat sekolah dapat ramai kawan. Dan diterangkan hati untuk menerima ilmu. Mama sayangkan Kasih sangat :*

Monday, January 29, 2018

Happy birthday yang ke 33 my soulmate !

This is a throwback entry. I should blog about this for the sake of memories :)

Ok so 3rd November is my husband's 33th birthday (last year punya event pls haha) . So aku nak prepare something special for him on his birthday. Kitorang ni bukanlah jenis celebrate birthday sangat. Tipikal celebration would be pergi makan makan and eat a slice of cake.

Aku plan nak buat surprise celebration untuk my husband so I booked a studio apartment in Cyberjaya for the event. Plan asal nak hire surprise planner untuk balloon deco and all tapi bila survey ahhh mahal la oi haha better aku buat sendiri je :p changed of plan lagi, instead of surprisenya di bilik hotel kita tukar dengan surprise di rumah lepastu baru kita checkin. Ala bukanlah surprise apa pun. I want to buy cake, flowers lepastu buat balloon deco and all that (initial plan).

Dengan semangat membara nak prepare everything on my own, aku pun belilah balloon (banyak gila k. Rasa dalam 30-40 biji. Mampos nak tiup ni haha) lepas tu beli balloon yang huruf huruf tu spells HAPPY BIRTHDAY. Then aku order chocolate bouquet. Aku dah siap book adik yang seorang tu untuk tolong hehe tq Ngah me love you so much :*

Pastu kan, nak jadi cerita aku terfikir. Eh nanti nak checkin dekat Cyber kan dah dekat dengan rumah Mama (my MIL) so kalau aku invite diorang sekali mesti Abang lagi happy kan :) so cancel surprise kat rumah. Tukar terus everything buat kat sana. Tapi tu pun bermakna I owe my SILs and BIL a big favour haha. They helped me setting up the place. Dan tiup balloons yang super banyak tu ! Haha thanks Along, Aimy dan Dikwan !!

So hari Jumaat tu (03/11/2017) Ngah temankan aku pergi ambil chocolate bouquet, hantarkan party supplies dekat Dikwan dan pergi kedai party untuk set balloons bouquet. Aku beli balloon sendiri dan hantar tiup helium di kedai je. Jimat dan murah ! Oh anyway balloon bouquet dan chocolate tu untuk midnight celebration dengan Papa.

Kasih punya excited jangan cakaplah. Haha dia tu dahla tak boleh simpan rahsia. Aku dah pesan dari beli belon tu semua cakap ini untuk birthday Papa tau tapi rahsiaaaaa. Jangan cakap. Haha. Balik rumah sementara tunggu Papa balik kerja, sorok kek dalam fridge, belon dan bunga dalam bilik belakang. Kasih excited gila dia melompat lompat masa kitorang sorokkan barang barang tu macam nak explode jantung dia aku tengok kahkah. Exaggerate nya kehkeh tapi serious tengok dia happy dan excited sangat sangat preparekan surprise birthday Papa tu. Dannnnn banyak kali kena ingatkan dia, this is a secret. Not yet not yet not yet. Bila Papa sampai rumah asyik tanya je bila nak bawak keluar belon ni Maaa haha

Then lepas Isyak aku tertidur ye. Penat gila seharian ke sana sini. Yang Kasih excited gila asyik asyik kejut, bila Mama ? Bilaaa bilaa haha. Dan finally detik 12am pun tiba :)

Papa tengok tv kat hall. Mama pergi dapur, Kasih keluarkan kek (a slice je pun) then Mama gigih nyalakan lilin tapi 2 3x pasang terpadam haha. Hall dengan dapur ni setentang tau so aku pun senyap senyap pasang lilin pastu sorok sorok nak cucuk dekat kek. Time ni la terpadam 2 3x. Last last Kasih geram dia angkut kek tu terus pergi tepi dapur supaya senang Mama nak cucuk lilin jangan padam padam dah haha. Punyalah cuak masa ni takut Papa nampak. Lepastu Kasih berlari pergi ambil balloons dan bunga. Mama bawak kek sambil nyanyi Happy Birthday untuk Papa :D


Love you so much. Happy birthday sayang

Cerita celebration dengan inlaws nantilah sebab gambar tak jumpa dalam hp >_<

Wednesday, January 3, 2018

Hello 2018 !

Bye bye 2017, hello 2018 !!

Haih azam nak teruskan menulis dengan konsisten makin kelaut dalam jadinya. Tak boleh jadi ni. I must write for the sake of memories. Ok marilah masukkan itu ke dalam wishlist 2018 juga haha.

So harini 2 Jan 2018, anak sulungku si Kasih yang pandai sangat bercakap tu dah masuk usia 5 ! Sekejapnya masa berlalu dah 5 tahun awak ye sayang. Harini juga first day Kasih at school. Mama dan Papa hantar bersekolah di Pasti. So far tengok nampak serasi dan happy. Taklah drama sekolah seminggu aje macam last year haha.

Setiap 2hb Jan Mama dan Papa wajib ambil cuti sejak dulu lagi -- nak celebrate birthday anak :)

So harini just surprisekan dia dengan sejambak balloons aje. Taklah segempak surprise birthday Papa dia Nov lepas (will blog about it later) tapi alhamdulillah Kasih happy sangat, kejap kejap

Terima kasih Mama sambut happy birthday Kasih

Sampai ke waktu nak tidur pun masih berpeluk dan berterima kasih, thank you surprisekan Kasih. Thank you Papa belikan balloons dan kek dan bawak Kasih jalanjalan

Kembang rasa hati bila anak tunjukkan penghargaan gitu sekali. Yang penting Kasih happy ok syg ?

Kasih dah 5 tahun tau sekarang. Dah besar dah. Sangat boleh diharap tolong Mama macam macam. Pandai jaga Adik. Rajin sangat tolong Mama dekat rumah. Maybe sebab awak nampak dah matured, Mama selalu lupa yang awak ni masih kecil lagi. Sian Kakak selalu kena marah dan bebel dengan Mama bila buat silap ataupun banyak sangat main. Sorry ye syg. Terima kasih sebab jadi anak Mama yang baik sangat, Mama doakan Kasih jadi anak solehah, kakak yang baik, dipanjangkan umur, gembira selalu dan semoga dapat semua yang terbaiklah. I always love you no matter what :*



Once again, HAPPY 5TH BIRTHDAY SAYANG. thank you allah for the gift, mohon dipinjamkan lebih lama anugerahMu ini kepadaku. Doaku juga semoga aku dapat menjadi Mama terbaik untuk mereka dan berikanlah aku ilmu untuk mendidik mereka sebaiknya. Aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...