Friday, March 29, 2013

Tilapia Tiga Rasa

Dah lama tak post masak masak kat sini kan. Hehe. Nak nak lagi sekarang adik duduk dengan saya, selalu dia yang masak :p

Ni baru je masak hari tu. Simple recipe. Goreng ikan sampai garing. Ketepikan. Lepas tu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia dan cili padi. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kalau pekat sangat, tambah air sikit. Perasakan. Dan tadaaaaaa, siap !



Tuesday, March 26, 2013

Kasih Safiyya & Kek Karamel


Senang hati pandang muka anak.

Balik kerja penat, pandang muka anak.. Main main dengan anak, rasa bersyukur sangat Allah beri saya peluang untuk rasa perasaan menjadi seorang emak. Thank you Allah untuk nikmat ini. Tapi kan saya risau juga dalam sibuk bagi perhatian kat anak, takut suami terabai. Hehe sayang, I love you too. (kena selalu cakap supaya dia tak lupa yang saya ni sayang kat dia :p OK PDA terlebih hahah)

Walaupun setiap malam kena berjaga pukul 4 pagi, tapi tak kisah. Berjaga dengan penuh kasih sayang, layan Kasih dengan hati yang sangat gembira. Tapi kalau dah galak sangat nak main sampai pukul 5 tak tidur tidur juga, memang saya pok pok dia suruh tidur heheh. 

Alahai Kasih.. Berat hati mama nak pergi kerja setiap hari tau. Berat hati nak tinggalkan Kasih. Rindu Kasih. Kan best kalau Mama ni housewife, heheh. Bolehlah Mama layan karenah Kasih setiap masa. Sorry sayang, sekarang Mama cuma ada masa untuk Kasih waktu malam je. Takpe, Mama tengah berusaha la ni untuk working from home. Harap harap Allah permudahkan niat dan usaha saya ni.

Ahem, bismillahirrahmanirrahim..

Saya sekarang dah bukak semula order untuk kek karamel ye. RM35/piece. Self pickup at Metro Prima area during weekdays 9 am - 6 pm. Weekends boleh self pickup dekat area Subang Bestari U5 ataupun kalau saya balik rumah MIL, boleh self pickup di Seri Kembangan sana. Hihi.

Limit one order per day. Itu je yang saya mampu ambil sekarang. Setakat ni, saya dah ada 3-4 orang repeat customers yang tertanya tanya sejak dalam pantang lagi bilakah boleh start amik order hehe so sekarang saya dah bukak, jemputlah order lagi ye :p


Saya budak baru belajar :)



Thursday, March 21, 2013

Kasih Merajuk




Gambar yang membuatkan ramai tertipu kihkih. Iolss tak kurus pun, dalam gambar ni je ha tah cemane boleh nampak kurus. Beza benar warna kulit Kasih dengan mama ye T__________________________T 

Kasih muka malas nak layan, semalam saya balik memang terkam dia dululah kan apa apa pun. Muka taknak layan je. Orang panggil pun buat keras dia je grrr. Saya syak dia merajuk kot sebab pagi tu saya terlambat tak sempat nak ngempengkan dia. Kih kih, dah pandai merajuk ye sekarang anak mama ni. Olololooooooo comel sangat dia ni tauuuu geram geram geram nak gigigigigigit pipi dia tu !



Rutin Harian

Hampir sebulan dah sejak masuk kerja semula. Hati tak gembira. Tak best. Tengah cari peluang nak bekerja dari rumah. Cari peluang kerja lain juga. Kalau hati tak happy, nak bangun pagi pergi kerja pun berat aje rasa. Nyampah !

Hari saya biasanya start seawal 5.45 pagi. Ni rekod bangun paling awal lah. Paling lewat, pukul 7 pagi pun pernah bangun hahah. Bangun awal bukan sebab apa, pumping session. Lepas tu siap mandi, siapkan baju suami semua, dalam pukul 7.15 macam tu kejut Kasih bangun untuk direct feed. Main main dengan dia sekejap, pukul 7.45 - 8 pagi dah kena keluar rumah dah kalau taknak lewat. Masuk office pukul 9 pagi tapi bos nak suruh sampai 10 minit awal, 8.50 pagi. 10 minit adalah sangat berharga OK untuk saya ? Tapi takpelah, dia kan bosssssss *mata ke atas

Saya cuba untuk exclusive breastfeeding Kasih, tapi nampaknya masih belum berjaya setakat ni. Demand tinggi, supply kurang. Masih berusaha. Semoga satu hari nanti saya dapat buang terus FM dari kabinet rumah tu. Tapi ingat, FM is not a crime. Janganlah mommies yang berjaya exclusive breastfeeding anak pandang serong pula pada mommies yang terpaksa campurkan FM. Adalah sebabnya, kan ?

Eh tadi nak cerita rutin harian pastu melalut ke cerita BF pulak heheh

Kat office, macam biasalah kerja 9-6 petang. Sharp pukul 6 balik, cepat macam mana pun mesti sampai area rumah paling awal pukul 7 malam. Tapi biasanya memang dalam 7.30 - 7.45 malam baru ada kat rumah. Balik aje memang nak mengendeng anak dulu. Main main dengan anak, tengok tengok jam dah 8.30 malam. Belum masak lagi semua. Saya memang dah lama tak masak pun, tapi ni ada adik adik kat rumah kesian pulak kalau asyik dine out. Lagipun malas nak bawak Kasih keluar malam malam. Dah berapa hari adik mintak masakkan paprik ayam tapi asyik tak sempat. Kasih ni tidur awal, dalam pukul 9 dah hanyut dah. So memang biasa saya balik kerja, mandi dulu semua.. Main main dengan Kasih, ngempengkan dia sampai dengan saya saya sekali pun hanyut hehe. Karang pukul 12 - 1 pagi barulah terjaga sebab perut lapar :p biasanya makan malam memang ala kadar, makan lebihan lauk yang adik masak tengah hari tu je. Pastu tidur balik, mana taknya gemok ! Pastu complaint hahah.

Badan memang rasa penat lah sekarang. Dah makan supplement pun masih terasa letih lesu pergi office nanti orang tanya tak cukup tidur ke, anak meragam ke padahal tak pun. Rasa macam lena je tidur malam tadi huhu. Sekarang saya kira OK lah lagi sebab ada adik adik kat rumah. Yang banyak tolong saya. Dahlah tolong jagakan Kasih, tolong masak, tolong kemas rumah, tolong cuci toilet, tolong sapu sampah, tolong jemur kain lipat kain. Sebab kalau harapkan saya, memang rasa tak larat nak buat kalau weekdays. Harapkan weekend ajelah tapi weekend pun jarang ada kat rumah. So bila zamannya nak kemas rumah huwaaa ! Serabut dah tengok rumah sepah ni sampai rasa nak panggil helper datang. Trima kasih ye adik adik ok janji malam ni akan masakkan paprik ayam dengan suun masak lemak, OK ? :D

Eh nampak macam banyak masa habis ke anak je, risau jugak kalau suami rasa terabai :( sorry sayang, love you ! :p

Bulan depan Kasih akan ke taska, so rutin akan berubah lagi !





Thursday, March 14, 2013

Nursery VS Babysitter

Terharunya saya ramai yang concern pasal Kasih dengan pengasuh dia ni. Terima kasih ye semua, terharu sampai nak nangis pun ada ni haaa.. Hmm, pengasuh Kasih ni OK, baik, peramah.. Kiranya memang OK lah sebenarnya put aside yang dia ni macam ala ala garang sikit dan macam susah sikit nak terima pendapat kita. Maybe sebab dia lebih makan garam kan, biasalah tu.

Saya pun tak tahulah kat mana silapnya tapi tengok Kasih dengan pengasuh dia ni tak serasi, hati saya kurang berkenan, terasa anak saya tak dialu alukan kat rumah tu bila mana hampir setiap kali (4 hari saje di situ) saya nak jemput Kasih, saya sampai je tengok barang semua dah kemas (ini biasalah, nak senangkan kerja ibu kan) dan Kasih pun dah siap duduk dalam carrier. Kesian kat anak sebab rasa macam hai makcik ni macam nak cepat cepat aje halau kita ni balik kan. Tapi kalau nak fikir positifnya, mungkinlah makcik ni nak senangkan kerja saya. Masa tu pun dah hampir Maghrib kan jadi mungkin semuanya nak cepat jadi siapkan lah semua nanti saya sampai tinggal nak angkut je. Lagipun saya ada terdengar orang cakap, "Kalau ambil anak pukul 7 petang ni, biasanya orang berat sikit nak terima jaga" ni antara ayat yang saya dengar dari calon calon BS Kasih lah. Ramai yang saya dah call. Semuanya boleh dikatakan menolak, adalah alasan mereka sendiri kan. Sedih dah saya ni, rasa macam kesiannya Kasih.. Kenapa orang taknak jaga dia :( takpe Kasih, kita cari sampai dapat k ! Mama takkan senang senang je hantar awak kat orang entah siapa siapa.

Fikir punya fikir, saya rasa nak hantar ke nursery lah. Rasa macam lebih selamat, lebih terjamin kot. Search dekat JKM punya website adalah jumpa 3 nurseries berdekatan rumah. Saya dah ada nursery idaman hati tapi tunggu nak jumpa owner dia dulu esok baru buat keputusan :)

Kasih, kalau mama hantar pergi nursery.. Kasih suka tak ?


Hmmmm, nanti Kasih fikir dulu ye Mama 


:P


Harap harap semuanya dipermudahkan, amin..


Monday, March 11, 2013

Kisah Pengasuh Kasih

Dah seminggu berlalu sejak saya masuk kerja. Kasih saya tinggalkan pada pengasuh dia dengan hati yang tak tenang. Macam macam hal lah. Runsing tahu tak nak pergi office macam ni. Kalaulah boleh jadi housewife jaga Kasih kat rumah kan syok kan sayang kannnn hehee..

BS Kasih ni seorang makcik yang takdelah tua sangat, tak muda sangat. Saya panggil dia makcik tapi dia bahasakan diri dia akak, so kita layan je lah huhu. Kakak ni nampak gaya waktu mula mula jumpa dulu nampak ok, macam suka baby semua tu.. Upah dia pulak RM300. Tapi baru 3 hari saya hantar, dah macam macam hal pulak.

First day, saya terlambat ambil. Jalan jammed sangat apsal tak tahu padahal dah keluar ofis tepat pukul 6. Janji ambil Kasih pukul 7 jadi bila pukul 7 masih tak dapat nak sampai rumah dia lagi, saya sms dia bagitau sorry kak lambat sikit hari ni jalan jammed. Bila sampai aje dalam pukul 7.40, tengok kakak tu dah gelisah semacam tak senang duduk dia. Terus pass Kasih kat saya, nah pergi kat Mama pulak. Lepas tu saya pun say sorry semua, akak tu kata tulah dia lupa nak pesan kat sana, jangan ambil lambat sangat. Akak ni nak mandi lagi, nak semayang lagi semua. Saya cuma mampu say sorry aje lah. Dan esoknya ya ampun berkejar aku balik. Tak tenang betul hati ni, selamat dapat sampai ngam ngam pukul 7 T__________T

Hari kedua, lain halnya pulak.


Ikat barut ketat sangat pulak dah. Sampai berbirat perut anak aku dibuatnya. Stress hokey bila bukak baju Kasih check barut dia, rasa ketat sangat ni. Bila bukak je barut tu, ha tengok. Berbirat ! Makcik, why laaa perlu ikat ketat nak mampos macam tu sekali.. Kesian Kasih tau, dia baby lagi.. Badan pun lembut lagi kenapa la buat begini :( syiannya anak mama ni..

OK takpe esok pagi kita pesan kat makcik tu lah pasal barut. Esok pagi (hari ketiga) pulak mama kelam kabot hantar Kasih pergi rumah BS sebab biasanya papa yang hantar tapi hari tu papa outstation.. Ye, di kala saya baru nak adjusting dengan new routine dah husband kena outstation pulak so hari ketiga hantar Kasih tu saya lah kelam kabut pagi hari ni. Pukul 5.30 dah bangun. Masuk office pukul 9 pagi tapi 7.30 dah keluar nak hantar Kasih dulu.. Dah langsung terlupa nak pesan kat makcik tu pasal barut tu. Tak teringat pulak nak call bila dah sampai office, lagipun hari ketiga tu hantar Kasih halfday je sebab nak bawak dia pergi monthly check up.

Bila ambil Kasih tengah hari tu, biasanya soalan pertama yang saya tanya.. susu Kasih cukup tak ?

Hari first saya bagi 6 botol 3.5oz, habis. OKlah sebab ambil lambat sikit kot sebab tu habis minum. Hari kedua, saya sempat prepare 4 botol 3.5oz je sebabnya supply agak kurang kena usaha lebih sikit jadi dalam proses berusaha keras la ni, so tulah hari kedua sempat prepare 4 botol je takut Kasih lapar so supply FM sekali. Saya ni dah redha je Kasih ni jap lagi kena minum FM lah ni sebab 4 botol tak cukup kot. Sekali masa ambil tu bila tanya BS, dia cakap cukup. Tak minum FM lagi.

Wah, saya punya happy time tu sengih lebar sampai ke telinga.. saya cakaplah, yelah kalau boleh nak fully breastfeeding. Taknaklah bagi susu tepung ni. Makcik tu menjawab, bagi orang jaga ni senang bagi susu tepung. Reaksi saya ? Terdiam. Pastu ada pulak makcik jiran jiran yang datang bertandang petang petang tu menyampuk, yelah sulam sulam la dengan susu tepung. Saya senyum je sambil cakap kalau boleh nak bagi susu badan.

Hari ketiga, kan saya hantar Kasih halfday je. So prepare 3 botol 3.5oz je, masih bagi FM sebab tak confident lagi. Sampai je tanyalah soalan biasa, makcik tu jawab.. cukup, akak campur campur susu tepung tadi. Berderau darah saya ! Kenapa kak ? Susu saya dah habis ke ? Eh, taklah. Ada lagi ni ha sebotol.

Eh, boleh begitu ? Serious marah gila time tu. Susah payah saya bangun tengah malam pumping semua, suka suki je makcik tu. Kalau EBM dah habis, takpe. Tak kisah. Tak marah. Ini dahlah stok EBM masih ada, bagi FM pulak. Lepas tu panaskan EBM waktu saya dah sampai, Kasih taknak minum botol dah. Jawabnya bazir je botol last tu. Hampeh gila makcik ni. Pastu check barut dia, masih berbirat lagi. Geram tak terkatalah hati ni kan.

Dah nekad ni nak stopkan BS ni. Khamis Jumaat terus saya ambil cuti nak jaga Kasih sambil menenangkan hati ni ha. Lepas tu bincang punya bincang dengan husband, dengan emak ayah semua.. akhirnya hari ni saya tetap hantar Kasih ke BS yang sama jugak uhukkkk :(

Adik saya ni ada kat rumah. Boleh je adik nak jaga sementara. Tapi sampai bila. Bukan senang nak cari BS baru. Saya cuba baru peluang seminggu lagi kat makcik ni. Dalam masa yang sama saya pun tengah cuba cuba cari BS baru ni, yang saya lebih selesa. Dalam dilema jugak ni, BS ke nursery. Ke berhenti kerja duduk rumah jaga anak je lahhhhhhhhhh hahahah

Harap harapnya Kasih baik baik saje kat rumah BS tu, semoga anak mama ni dilindungi Allah..


Love u baby so much. Mama will do the best only for you.

P/s maklumat tambahan, saya duduk di area U5, Shah Alam kot kot lah ada yang nak suggestkan BS ke, dialu alukan. Hihi. terima kasih daun keladi ;)




Saturday, March 2, 2013

Berduaan

Hari ni dalam sejarah, saya duduk berduaan dengan Kasih di rumah
. Suami balik rumah MIL Subuh tadi sebab nak uruskan hal pindah rumah, saya tak ikut sebab Kasih.kan baby lagi tak elok terdedah pada habuk habuk tu semua.

Plan asalnya ingatkan duduk rumah ni naklah mengemas apa yang patut. Tapi bila berdua dengan Kasih ni, dia macam tak boleh nak berenggang pulak. Saya nak ke tandas pun tak sempat. Mandi pun curi masa gitu. Nak kena iron baju untuk seminggu ni. Tak boleh lagi macam dulu iron baju di waktu pagi.

Ini dia dah tidur, patut patut dah saya pergi mandi hihi

Berakhir sudah

Ye, maternity leave hampir berakhir. Esok lusa tulat, Isnin depan dah kena kembali ke kantor. Masih belum bersedia nak masuk kerja balik tapi nak taknak kenalah masuk jugak, banyak komitmen yang dibayar kan. Sekarang tambah satu lagi komitmen, bayar duit pengasuh Kasih.

Dah jumpa pengasuh Kasih. Dah try hantar satu hari hari tu, Kasih ok je. Cuma bekalan EMB je yang merisaukan saya. Harap harap murah rezeki untuk Kasih nanti. Sekarang masih exclusive bf. Target jangka pendek, sekurang kurangnya nak teruskan exclusive bf Kasih sampai dia 6 bulan. Harap harap Dia permudahkan urusan saya, amin amin amin.

Sekarang ni bersiaran langsung dari JB. Ikut suami outstation. Sementara cuti masih berbaki ni kan, tapi bukan nak berjalan sakan pun. Dah namanya ikut suami pergi kerja, memang macam kerja la juga. Saya duduk diam diam je dengan Kasih dalam bilik. Kasih good girl, tak menangis beriyer pun. Semalam pun tidur lena sangat tiga beranak ni, dua tiga kali terjaga tapi tak pagi pagi jugak hihih.

(punyalah lama mendraft entry ni, dari kat JB bersambung pulak kat rumah ni ha.. tak habis habis :p)

Tak tahulah macam mana nak hadapi minggu depan ni. Rutin dah berubah, kena bangun extra awal untuk siapkan Kasih hantar ke rumah BS pagi pagi. Plannya suami yang hantar, balik saya jemput. 7pagi sampai 7malam, RM 300. Memang standard upah BS macam ni kot kan ? Lepas tu nak siap ke ofis lagi semua, balik kerja nak uruskan rumah, anak dan suami lagi.. huwaa dapat bayangkan penatnya nanti T___T

Kasih sekarang dah pandai nak main. Kita agah agah dia, dah reti nak gelak. Dah reti tegur tegur orang, dok ter aaa aaa dia. Kuat menjerit pulak tu, kadang kadang jerit sampai terbatuk batuk. Suka tengok TV, jadi biasanya kalau dia taknak tidur duduk diam macam tu je saya bagi dia tengok TV heheh. Sebenarnya tak tahu apa lagi aktiviti yang patut bayi berumur 2 bulan ni buat, dah boleh ajar dia warna tu semua kot ? Banyak lagi benda saya kena belajar dalam mendidik anak ni. Eh, anyway hari ni 2hb March.. Genap 2 bulan umur Kasih !!! Sekejap betul masa berlalu..


Saya dah pandai gelak sakan. Rindulah mama saya nanti bila dia pergi ofis Y__________Y 

Hish bila fikir pasal nak pergi kerja tinggalkan anak kat orang memang susah hati saya dibuatnya :(


Terlalu cinta. Buah hati mama dan papa ni :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...