Wednesday, July 31, 2013

Kasih's First Solid Food

Lagi dua hari puteri saya akan berusia 7 bulan. How time flies !!! Cepatnya anak mama membesar.. Rasa macam baru je lagi bersalin :')

Saya dah start solid food untuk Kasih almost 3 weeks kot sekarang. Saya start dengan bagi puri buah buahan dengan sayur dulu. Masih belum start bubur nasi lagi. Nak test perut dia dulu. Lagipun usia 6 bulan ni baru nak bagi dia rasa rasa dulu. Kalau cakap bab bagi makan dekat anak ni, semua orang ada pendapat masing masing kan. Payah cakap lebih lebih hal ni. Senang, anak sendiri.. Dia lah yang buat keputusan ye :D

So, first solid food yang saya bagi Kasih ialah puri pear. Main main aje makan mulanya. Amalkan 4 days rules ye untuk pastikan anak kita OK dengan makanan tu. So far, untuk Kasih saya dah try pear, apple, Japanese sweet potato, carrot, kacang buncis, avocado dan yang terbaru butternut squash. Oh, ada dua hari try pisang, tapi Kasih jadi susah nak poo poo. Aiyak. Saya memang ada baca pisang boleh sebabkan sembelit, tapi dia cakap kena pilih pisang yang masak ranum then OK. Tapi try dua hari tengok dia susah je nak poo poo, saya pun stop je lah.

Kalau ikutkan, saya nak bagi dia makan sendiri. Tapi dah hantar taska, macam mana kan :( Saya bekalkan Kasih dua bekal puri setiap hari. Harap mereka amanah la dalam bagi anak saya makan. Sebenarnya saya excited buatkan puri butternut squash ni untuk Kasih, sebab baunya sedap ! Labu kan sedap, nyummss ! Tapi sayang tak dapat nak suapkan Kasih makan ni, balik karang nak tanya taska lah Kasih suka tak puri hari ni :)

Setakat ni yang saya perhatikan, Kasih sangat suka puri apple dan sweet potato. Kacang buncis dia makan jugak. Avocado dia reject terus, satu sudu je makan. Mungkin mama salah pilih avocado kot. Seronoknya tengok dia makan. Ter aaa aaa macam anak burung. Haha. Lambat sikit suap, nanti jerit. Hihi comelnya anak mama. Geram tengok.

Saya masih belum beli highchair lagi. Ikutkan perkakas dapur saya pun masih belum lengkap untuk prepare makanan Kasih ni. Blender saya guna yang biasa saje, tak pakai hand blender pun. Nak beli baby cooking tools Anakku pun masih belum beli. Baby cubes pun tak beli lagi, guna bekas kecik comel beli kat Aeon je. Saya kepingin nak beli Avent punya blender tu lah. Hoho. Ataupun dapat beli hand blender je pun jadilah :D Thermal cooker untuk Kasih bawak bekal bubur ke taska nanti pun masih tak ada T__T

Saya plan nak start bubur Kasih this weekend. She's big enough now untuk makan bubur nasik pulak ! Excitednya hihi.



Wednesday, July 24, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Simple


Yayy, manage to share recipe lagi di sini. Ingatkan bulan puasa ni takde peluang nak masak :P

Nak share resepi asam pedas simple ni. Sesuailah untuk beginner macam saya. Thanks Kak Ana for the recipe

Resepi Asam Pedas

Bahan bahan
2 potong ikan (saya taktahu apa nama ikan saya guna ni, ni emak yang kasi bekalan mentah hari tu :D)
4 ulas bawang putih *
2 biji bawang besar *
Halia *
Kunyit hidup *
Belacan *
20 tangkai cili kering (rebus dan tos biji) *
1 sb serbuk kari ikan
Daun kesum
Lada hitam
Terung atau bendi
Asam jawa
Garam dan gula

Kisar bahan bertanda *

Cara-cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali, minyak jangan sikit sangat. Banyak sikit tak apa tapi janganlah sampai bertakung minyak pulak, agak agaklah sesuai dengan bahan kisar tu. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan gula. Kacau di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Tahap kepekatan sila adjust sendiri mengikut selera masing masing.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam. Biarkan merenih, tak payah kacau sangat nanti ikan hancur.
5. Masukkan daun kesum dan juga lada hitam.
6. Last sekali, masukkan terung. Biarkan merenih sehingga terung dah empuk tu ok dah tu !

Sedappp tau slurp slurp kuah dia tu, terkagum kejap saya dengan hasilnya semalam muehehee :p

Selamat menjamu selera dengan asam pedas buatan rumah (homecooked) !


Friday, July 19, 2013

Nursing While Babywearing - I Made It !

Bulan puasa ni, rasa macam makin penat. Sebab bangun lebih awal kan. Nak pulak sekarang ni office saya dah pindah, dulu dekat je 15 minit dah sampai. Sekarang jauh, memang kena keluar awal. Jadi penat berganda sekarang ni. Selera makan pun macam makin kurang je, harap harap boleh kurus lalala :P

Kasih sekarang ni kan, asal saya bangun je dia pun bangun. Tak kiralah saya bangun tu pukul 2 pagi ke, pukul 4 pagi ke, 6 pagi ke.. Tapi selagi saya tidur, dia pun tidur. Pernah kitorang tidur petang bersama, 3-4 jam dia boleh tidur. Cuba kalau biar tidur sorang, nak dapat sejam pun payah T_T

Dia pulak sekarang kan dah makin ligat, memang saya tak berani nak tinggal. So, solutionnya sekarang saya kena bersiap sebelum husband pergi kerja. Pukul 6.15 saya bangun slow slow turun katil, pergi mandi. Tengah mandi karang, terdengar la dia dok ter ek ek ek. Habis mandi, tengok memang dia dah bangun. Papa dia elok je lagi lena, entah sedar ke tidak anak dah bangun tu :P cepat cepat solat Subuh, lepas tu iron baju kerja (patutnya kena iron malam sebelum tapi selalu saya terbabas tidur awal), siap siap pakai baju, susukan Kasih tukar pampers tukar baju semua, terus masukkan dia dalam carrier. Sambil duk gendong dia tulah saya kemas dapur lah, jemur kain, kemas beg semua.

 Lepas tu pagi tadi dia tak senang duduk dalam carrier tu, asyik berusaha nak melepaskan diri hahah. Lapar kot, biasanya baby memang akan cranky kalau dia lapar lepas tu kita carry dia. Tapi saya tengah sibuk prepare puri dia kat dapur ni. Kalau letak Kasih ni, sure nangis. Kalau letak Kasih lepas tu saya pun baring sekali, ada yang tak pergi kerja karang hahah. So, bila keadaan dah memaksa, terdesak macam tu kita mesti cari cara kan. Saya pun cuba cuba lah nursing sambil carry dia. Sukses ! Elok aje dia menyusu tu. Yang penting hidung baby mesti jaga, jangan sampai terpenyek. Lepas tu once in a while, check la dia. Ni rules biasa kalau gendong baby lah, bukan sebab nursing aje kan. Kasih menyusu sampai tertidur, yang saya ni dah nak turun ke parking tapi dia masih nak menyusu taknak stop. Ah, gamble ajelah. Cover pakai pashmina, tengok cermin.. Ok lulus, memang cover semuanya, takde ternampak apa yang tak sepatutnya.

So drive ke taska sambil menyusu sambil menggendong Kasih. Multitasking habis. Taska dekat aje, dalam kawasan perumahan area situ jugak. Don't worry, takkan saya nak buat perkara yang membahayakan baby sendiri kan. Actually saya dah terbiasa drive sambil carry Kasih ni dalam 2 minggu dah kot. Sebabnya dia dah taknak masuk carseat. Masuk pun, menangis macam kena dera. Jadi dari saya tak senang duduk, biarlah saya carry dia. Lagipun dia duk diam je dalam carrier tu, selalunya sampai taska dah lena tertidur dia :)


Hi Mama. (testing Mama nampak ke tidak kelakuan saya ni)


Hmm, Mama busy aje tu. Boringlah, nak buat apa ye?


Gotcha baby ! Amboi amboi dia, dah start memanjat sekarang ni. Eksyen pulak tu, kalau panjat badan kita siap lepas tangan sebelah. Tu yang ada sekali dua terlentang ke belakang, kesian anak mama. Kasih ni merangkak pun belum laju lagi, baru 3-4 tapak ke depan je, tapi dah nak memanjat pulak dia.

Anyway, Kasih punya latest check up last Wednesday..

Berat : 5.8 kg (border)
Tinggi : 63 (border jugaa)

Takpelah, sekarang kita dah start solid food kan sayang, harap dapat gain weight dengan lebih bagus ! Membesar dengan sihat ye sayang.


Tuesday, July 16, 2013

Happy Ramadhan !


Rindunya dengan makwe kenit ni. Asyik tengok jam dari pagi aje bilalah nak 4.30 ni, tak sabar nak ca alif bottt !!

Sekarang ni musim dia tengah mengada. Pantang letak, pantang nampak mama hilang dari mata mulalah menangis. Saya, kalau duduk rumah berdua aje dengan Kasih, memang tak jadi apa jawabnya. Tak boleh nak buat apa. Kalau nak kemas rumah, jemur baju tu bolehla sambil gendong dia. Terima kasih Boba Carrier hahah. Lepastu nak lipat baju pun boleh, sambil bergolek golek kat depan tu. Tapi nak masak, ya ampun. Susah sangat. Taktahulah macam mana housewife boleh memasak sambil handle baby ni ye. Maybe anak saya yang mengada kot, tak bolehlah mama ni hilang kejap. Mandi pun serupa mandi kerbau. Kena cepat cepat sebab Kasih sekarang dah laju ke depan. Kejap merangkak, kejap menjulur. Takut ada yang terjun katil karang T_T

Kasih tengah kurang sihat ni. Runny nose, mata pun dah naik merah. Nasib baik tak demam. Apa yang saya buat, guna kaedah garlic socks tulah. Nampaklah kurang sikit tapi baru satu malam je buat. Mudah mudahan Kasih cepat sembuh, esok nak pergi check up nak kena cucuk pulak kan. Janganlah sampai demam, amin..

Bulan puasa ni, saya belum sempat memasak untuk berbuka. Mana nak sempat, balik dah awal 4.30 dah keluar office. 5.30 sampai rumah (ye, ofis-rumah jauh !). Kena layan Kasih golek golek dulu, tengok tengok jam dah pukul 6.30 ! Terkejar kejar. Kalau husband balik kerja awal, bolehlah masak yang simple simple. Sahur pulak memang saya masak simple simple aje. Ikan bilis goreng kicap, telur sweet sour, ayam goreng.. Ada hari yang mengantuk bangun makan kurma dan minum air je :p Kasih ni, saya bangun, dia pun bangunnnn. Jadinya memang setiap hari sahur sambil pangku dia huhu.

Berbuka apa ye hari ni ? Dalam kepala ni dah fikir menu, harap harap husband dapat balik awal bolehlah saya masak :)

Selamat berpuasa !


Wednesday, July 10, 2013

Video - How Kasih Entertain Herself

Remember previous entry, saya drive berdua aje dengan Kasih nak jemput Cikna dia kan ? Mama yang pelupa ni terlupa nak ambil mainan dia seketul dua untuk entertain Kasih sepanjang perjalanan lebih kurang sejam tu.

See how Kasih entertain herself while Mama is driving ;D


Cute kannnnnn ?

Regards,
Mama yang suka puji anak sendiri LOL


Tuesday, July 9, 2013

SSC Boba Carrier - Very convenience for our sisters outing !

Assalamualaikum,

Sekarang ni, rutin kerja suami saya dah berubah. Beliau dah kena kerja di hari Sabtu T_T tak syok sungguh weekend cuma ada satu hari aje nak spend dengan husband. Takpelah, demi mencari rezeki kukorbankan perasaan ini ewahhh

So, biasanya Sabtu saya akan ajak Nina datang tidur kat rumah untuk meneman kakak dia ni. Biasanya jugak Kakngah akan hantarkan Nina ke rumah saya. Tapi hari tu Kakngah busy tak dapat nak hantarkan Nina. Tapi sebabkan nak keluar jugak jugak, saya bertekad nak pergi jemput Nina kat rumah dia. Walaupun sama sama duduk Shah Alam, tapi sorang utara sorang selatan haha jauh okeh. U5 ke Seksyen 25. Kental gila nak drive berdua aje dengan Kasih demi nak jemput Cikna dia tuewww.


Suka ye dia mama nak bawak pergi jalan jalan ? Behave ye sayang, mama nak drive ni hihi.

Alhamdulillah, sukses ke rumah Nina walauponnnn sesat barat. Saya ni failed ye bab jalan ni. Lapan ploh kali pusing Shah Alam tu pun masih sesat. Dan sebab dah lama sangat dalam kereta, dah hujung hujung nak sampai rumah Nina tu Kasih dah start uwek uwek. Panik saya kejap. Pujuk pujuk dia sampai kering tekak mama ni T_T

Kitorang ke Setia City Mall !! 



Cikna tukang carry Kasih. Oh, we just upgraded from Boba Wrap to Boba Carrier ! Suka sangat carrier ni, syiokk.



Kasih memang sangat behave bila masuk carrier ni. Biasanya dia akan observe sekeliling lepas tu bila dah penat, tidur dengan sendirinya :')

Menurut pemerhatian saya dengan Kasih, biasanya dia memang akan behave bila segala keperluan dia dipenuhi. Perut kenyang, selesa, tidur cukup and she's one good baby ! Love you sayang.



Tengok tu, happynya dia. Sebelum tu dia memang dah puas tidur bila saya dengan Nina meronda dalam mall tu. Perut pun dah kenyang masa ni, seronok lah Parents Room dekat SCM ni. Besar, selesa dan syokkkk. 

Next time kita boleh jalan jalan lagi ye Kasih, nanti kita ajak Papa sekali ye :)

P/s gambar memang no filter haha mesti kena kutuk dengan adik adik ni sebab saya memang jenis suka upload gambar malas nak edit :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...