Tuesday, May 18, 2021

New Life

 2021

Tetiba sis teringat kewujudan blog ni and how i use to write and pour my emotions here. Miss those good old days. Where I have more friends than now. More people in my life. And be happy.

Now, still happy. But with little circle of my life. Seriously now my life cumalah family. My husband dan anak anak. I talk on daily basis only to my sisters. Ramai kawan kawan lain, tapi tak ada yang rapat sampai boleh share like everything. Nowadays I like to keep things only to myself. I am grateful for all those people that come and go in my life, I am happy for them. seriously am. Still can smile when reading their stories, still love them. But yeah all in the past - is a past.

I want to be happier. 

Okay, move on !

This year, Kasih dah darjah 2. Tiba tiba je dah 8 tahun anak Mama ni. Tiba tiba je dah big girl. Baik budi sangat, rajin tolong Mama. Kawan gaduh Mama jugak. Tapi I know all she wants is her Mama's attention. Selalu complaint Mama ni lebihkan adik je. Asyik Adik Adik Adik..

I am so sorry sayang for making you feel this way. Never my intention. Dua dua anak Mama, Mama sayang, okay ? Thank you for being my best daughter, my bestfriend.

Kesian anak anak kan, tak merasa sangat nikmat bersekolah sekarang. Asyik online class ajelah now. Nak bersosial main dengan kawan kawan pun tak dapat sekarang. Kasih is mild dyslexia, last year pulun ajar membaca. This year dah better sangat, boleh baca buku cerita semua. Cuma P dan Q masih terbalik kadang kadang, B dan D. Nampak dia berusaha belajar tu and I am proud of you sayang.  

Luth this year 5 tahun dah. On and off ke playschool. Ni sejak Covid mengganas kembali, mana ada ke sekolah dah. I pun risau nak hantar dia ke sekolah. Since sebelum puasa lagi rasanya tak sekolah. Contemplating la nak teruskan hantar ke nak terminate je. For now dah dua bulan bayar saja without going. 

LUTH,

- masih struggle nak potty train dia. basic semua faham. cuma mama ni ha kadang malas. on dan off pakaikan pampers. tapi basic, nak kencing, nak berak.. kena ke toilet.. itu dia faham. Cuma nak initiate ke toilet tu, kadang kadang je berjaya bagitahu sendiri. Most of the time, I will bring him to pee selang setengah jam. Kadang lupa, tercicir. Dan... when it comes to poop, Luth tak pandai lagi nak bagitahu. Sedar sedar dah settled ahaha kelam kabut la bawa ke toilet dan mencuci lepastu. Mohon doakan I tabah dan gigih nak melatih Luth potty train ni. Tahap wajib dah ni. Dah big boy sangat dah.

- communication improved a lot. Tidaklah sampai tahap boleh bercerita story telling semua. Tapi he can tell his feeling, what he wants. Boleh bagitahu nak apa, hows the wheather. Bolehla simple ayat tu.

- academic - not to worry sangat. Since 2-3 years old he already can write, read and do simple maths. Sekarang teacher Nasom dia ajar calculation tambah tolak semua. Im not too worried about this. my focus now nak improve social skill dia dan juga life skill. basic menguruskan diri and all.

My work life, masih sustain di sini sebagai agent Coway. Last December, I challenge myself to try a new business. A network marketing business. And i put it on stop last month. Sis tak boleh dah nak carry on. Personally i think the effort is too much to compared to the benefit. Long term, yes. tapi tulah tak sesuai lah for me so i decided to let it go. dan fokus lah kepada apa yang terbukti berjaya dah. I choose Coway to be my career dan I want to be success doing it.

Love life - as normal. Gaduh je selalu. Im surprised dengan tahap kesabaran my husband yang annoying tu ahaha. I love you sayang, thank you for always give in with me, for doing everything for me, for giving the best to us, provide us with shelter and food and love. I'll try to be a better wife, promise !! love you


Tuesday, May 26, 2020

Resepi Brownies Kedut Classic


Baking this brownies for second batch. Mendapat sambutan hangat nampaknya hujan hujan ni 😋😋

Texture dia yang atas crunchy dan bawahnya moist, fuuuuu sedap uih 😋😋

Thank you Kak Azlita masam manis yang berkongsi resepi, saya share resepi yang saya dah alter di sini ya ❤

RESEPI CLASSIC BROWNIES

bahan bahan
400gm dark chocolate compound (boleh opt nak guna milk chocolate  tapi saya suka ada rasa bitter)
150 gm butter
150 gm brown sugar
4 biji telur size A
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara caranya
1. Cairkan dark chocolate dan butter secara double boiling (panaskan kuali berisi air dan letak mangkuk lain atasnya, bontot mangkuk takmau sentuh air, ok?)
2. Sementara tunggu chocolate dan butter cair, dalam bekas lain masukkan gula dan telur. Whisk aje.
3. Bila chocolate dah cair, matikan api dan masukkan bahan 2 ke dalam adunan.
4. Satukan tepung + serbuk koko dan ayak ke dalam adunan coklat
5. Tuang ke dalam loyang yang sudah dilapis dan digris butter.
6. Bakar dengan suhu atas bawah 160 selama 30 minit. Bila dah masak, renggangkan sikit pintu oven selama 15 minit sebelum keluarkan ia.

Resepi asal dari sini,

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2015/08/chocolate-brownies-kedut.html?m=1

#izzamasak
#brownieskedut

Friday, May 1, 2020

PERSONAL SHOPPER TESCO - FREE OF CHARGE

Korang saya nak share ni, slot delivery Tesco selalu full kan? Saya berminggu check, tak dapat dapat secure slot

Ni dah ada cara yang lebih senang untuk shopping di Tesco tau

"Order & Collect"

Korang just Whatsapp nombor Personal Shopper (PS) kawasan masing masing,

Bagi list belian, nama dan tarikh pickup

Nanti pergi je Tesco, tunjuk conversation tu dan straight pergi ke counter customer service. Pickup barang dan boleh balik, yay

Cuma ingat tau kalau ada pesan barang basah, bendanya diorang simpan dalam freezer. Jangan lupa tanya dan ambil. Sebabnya husband saya semalam tak perasan ayam, daging dan lamb takde 😑 dah tu dianya takde la nak bertanya.. Bendanya tak bayar lagi la sebab takde kat kaunter, tak scan. Dah otw balik baru nak bagitau takde dah satu kerja pulak kena singgah kedai acheh g beli 😒😒 haha tapi apa pun kita tetap kena berterima kasih pada ketua keluarga yang menyudikan diri untuk tolong belikan barang, okay ? :*

So korang bolehlah guna service ni ya. Mudah dan pantas 👍

Thursday, April 16, 2020

iLestari - Cara Mudah nak Keluarkan RM500 EPF Kalau Takde i-Akaun


Haa... Korang dah buat tak?

Ni posting khas untuk yang BELUM ADA i-akaun ya.. Yang dah ada i-akaun tu teruskan je buat guna i-akaun ya?

Okay, jom tengok step by step

1. Buka laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/

2. Pergi ke "Permohonan Baharu"

3. Isikan details yang diminta

4. Klik setuju dan hantar!

Yess dah siap! Sesimple A B C, kan? Nanti kalau nak check status permohonan pun boleh pergi situ juga https://ilestari.kwsp.gov.my/ ambil bahagian "Semak Permohonan", okay?

So, korang yang tak ada lagi i-akaun ni.. #dudukrumah #stayathome tauu.. Tak perlu lagi nak ke EPF untuk ambil no pin nak setkan i-akaun tu

Klik je link yang saya bagi tu.. This link is genuine from EPF website ya.. Nanti tengok dekat gambar saya share

Yang nak tengok video pun boleh, click bawah ya 😘

Apply cepat tau korang kalau ada niat nak keluarkan. Last EPF boleh dikeluarkan March 2021 jadi katalah korang buat Jan 2021 nanti, korang cuma ada 3 bulan jela tempoh pengeluaran, faham kan?  😊

Nota tambahan - i-akaun ialah account EPF online dan untuk first time login, kena dapatkan no pin dari pihak EPF dulu. Nanti habis PKP, korang jangan lupa set i-akaun tu ya?

#izzacoway #CSTeam #cowaybyizza #ilestari #epf


Monday, April 6, 2020

Resepi Roti Jala



Tak pernah pernah menjala, kalini menjala pula dia 😂😂

Nasib ler jadi jugakla menurut tekak husband sis. Terkejut dia buka tudung saji tengok,

Wowww... Roti jala!!
😂😂

Resepi dari Azie Kitchen, thank you Kak Azie. Kalau nak details resepi uols google je la ye

RESEPI ROTI JALA
1 cawan tepung gandum
1 cawan air/santan/susu
Garam
1 biji telur

Blendkan. Tengok kepekatan kalau tak putus putus tu, okay dah boleh dahla nak menjala tu. Kalau cair sangat, tambah tepung. Kalau pekat sangat, tambah air ya

Saya takde alat dia tu jadi guntingkan hujung plastik je. Gunting haluihh ja kalau tak nanti dia jadi roti kelambu 😂😂 yang first saya buat tu huduh pasal lubang besar aha

So guna non stick pan, sapu minyak sikit, buatla petak petak ikut suka tak perlu terbalikkan. Dah garing sikit terus angkat dan lipat. Sekian #izzamasak

Sunday, February 2, 2020

Happy 2020 !!

Assalamualaikum,

wah akhirnya berjaya kita ke tahun 2020 hihi

Lama sangat negative post ni dekat bawah ni. Anway, the playschool was closed in December due to some internal issue. Saya baik dengan principal dia, sampai sekarang. Principal dia baik dan sangat memahami children. Unlike the staff yang saya taknak komen lanjut. Principalnya ada buka new playschool, saya tak tengok lagi. Kalau the same teacher, saya taknak la hantar Luth lagi ke sana.

Anyway buat sementara Luth ke Nurkids dulu untuk bab bersosial. 3 kali seminggu je saya hantar half day. Nak tengok dulu macam mana sebab saya nak cari persekitaran bermain macam Kinder Kaizen tu.. but unfortunately KK tak terima autistic child.

Other news, Kasih dah start bersekolah tahun ni. Dah 7 tahun my princess ! Dan.... kami (saya dan husband) baru dapat kesan yang Kasih ada masalah mild dyslexia around October tahun lalu. Patutlah Kasih ada sikit struggle untuk membaca. Untuk info, dyslexia bukanlah satu penyakit. Ia cumalah learning disorder yang boleh diimprovekan melalui terapi yang betul. Saya cerita ni bukan sebab apa, sebab some people bila saya inform (bila perlu) yang Kasih dyslexia, responnya,

Yeke ? Nampak okay je ?

*sigh*

What do u mean nampak ok? Of course ler okayyyy. You will never encounter the problem until duduk dan ajar dia membaca (dan ada lah isu isu lain juga) which surprisingly cikgu prasekolah dia tak pernah pun raise this issue to me.. Actually memang dah lama tengok Kasih quite struggle nak membaca. Buku Bacalah Anakku sampai sekarang masih di buku 7. Lepas tu selalu confused huruf d dan b. Adalah tanya pendapat kawan kawan guru tadika tapi mostly kata tak perlu risau, umur macam tu selalu confused. Kemudian bila membaca atau mengaji, Kasih selalu terlangkah baris. Macam dia lupa dia stop mana, kemudian teringat pulak cerita Kak Di share tentang anak dia dyslexia jugak, dia nampak tulisan tu beralun alun. Then Kasih kerap jugak mirror image. Tulisan terbalik dari kanan ke kiri macam jawi tu.

So kitorang bawa Kasih untuk assessment dekat Pusat Dyslexia HQ di Jalan Ampang. Dan seperti dijangka, yes, Kasih dyslexic. Dan kitorang enroll Kasih ke Pusat Dyslexia untuk term Jan-Mar 2020 untuk sharpen kan 3M skills sebelum pindah semula ke Sek Kebangsaan. Cikgu kelas dia dan GB maklum tentang ni dan memang Pusat Dyslexia ada bagi official letter untuk inform yang Kasih bercuti sementara untuk bersekolah di PDM. May everything goes well for both of you kids :)

And, that's how I start my first entry in 2020 hehe. How about yours ? Hope you all had a blast too! May all of us forever be in Allah's guidance and rahmah, amin.

Saturday, November 16, 2019

Finding New Playschool for Luth

Sekarang ni Luth pergi playschool once a week di satu playschool di Setia Alam. Tapi haritu ada issue yang membuatkan Mama nak stop hantar Luth di sini dan cuba cari tempat lain yang lebih sesuai. Walaupun Luth baru 3 tahun, tapi pentingnya untuk hantar Luth ke playschool untuk ajar Luth bergaul dengan kawan kawan dan adapting to surrounding. Yelah, Mama tak selamanya boleh jaga Luth kan. Jadi Luth kena belajar berdikari, okay sayang ?

Anyway, jadual kami sekarang agak sibuk. Pagi memang full. Selepas hantar Kasih ke sekolah, sama ada Mama akan masuk office Coway untuk attend Morning Learning ataupun akan bawa Luth ke kelas terapi 2x seminggu. Selepas tu nak berkejar kejar untuk jemput Kakak balik sekolah. Waktu balik sekolah diorang ni sama. Jadi kalau hari yang Luth ke sekolah, Mama akan jemput Kakak dulu baru jemput Luth. Dan itulah issue yang asyik diutarakan oleh teacher Luth

Mama   Luth lambat

Sedangkan Mama dah discuss dengan principal, memang akan lambat sikit sebab perlu jemput Kasih dulu. Dan still within time frame contohnya jika balik pukul 1, ada time frame sehingga 1.30 untuk parents jemput anak. Tapi setiap kali Mama jemput Luth, setiap kali tu Teacher Ain nak pesan,

Puan, appreciate ya kalau dapat ambil on time (TEPAT)

Biasanya Mama just sorry dan ignore sebab yelah, I have discussed about it with the principal kan.

Tapi last two weeks mencabar kesabaran betul,

Mama sampai lambat 20 minit tapi still dalam time range dibenarkan. Teacher pesan,

Puan, mintak tolong ya ambil tepat. Kesian Luth terpusing pusing taktau nak buat apa. Kami ajak tidur, dia taknak. Lepas tu Luth asyik mintak makan je, sedangkan dah bagi makan.

Saya reply,

Maaf ya, waktu balik diorang sama. Saya perlu ambil Kakak dulu sebelum ke sini.

Betul betul sentap rasanya masa tu. Terus call pricipal dia complaint. Dan adalah Teacher Ain tu msg minta maaf semua dan cuba justify. Tapi saya tak boleh accept. Jadi saya putuskan untuk tak hantar situ lagi.


Saya tak boleh terima untuk jangka masa 20 minit , takde seorang teacher pun boleh temankan Luth ke sampai Luth terpusing pusing tak tahu nak buat apa ? Situ playschool kan ? Takde buku ? Takde toys ? Ke sebab Luth taknak nap, jadi rasa menyusahkan kena jaga extra 20 minit ? Sedangkan masih lagi dalam time frame dibenarkan !

Dan lagi, pasal mintak biskut. Nak cakap macam tu. Punya berkira dengan budak ? Tarik nafas panjang kalau fikir pasal ni sebab saya memang geram dan marah.

Luth autisme. Jadi mungkin ada sikit behavior dia yang di mata cikgu yang tak biasa dengan special ni macam "pelik" , contohnya Luth kalau takde buat apa dia memang suka bergerak ke sana sini sambil cakap sorang sorang dan tangan writing in the air. Itu sebenarnya ada something dalam fikiran dia yang dia cuba terjemahkan dalam bentuk tu. Cubalah faham dan berempati. Agaknya Teacher Ain tu tak selesalah tengok Luth macam tu dan dia tak tahu how to handle.

i forgive you. tapi i can't forget how you have the heart to treat my kid like that. just because he's a bit different, it doesn't make him lesser. he such a special gifted kid and you choose to ignore that. shame on you.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...