Showing posts with label downsize me. Show all posts
Showing posts with label downsize me. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Obsesi

Hi, salam ;)

Hari ni kan, gua terbeli korset baru. Hmm, bukan terbeli lah sebenarnya. Memang dah lama nak beli baru, memandangkan korset lama dah longgar. Apa petandanya, saya pun tak pasti. Longgar pasal kualiti dia tak elok ke, pasal badan saya dah makin kurus ke, ehemmmmm :P

So, duit nak buat beli no plet sudah lari ke korset. Ucapkan selamat tinggal kepada 3379, ada umur kita jumpa lagi. Ahaks. Eh, En Tunang tak tau lagi ni aku sudah gunakan duit tu untuk tujuan lain, tapi karang dia baca blog ni, dia taulah.. Tak marah kan sayang?

Bila aku pakai korset baru tu, memang pinggang nampak kecik sangat. Pada pandangan sayalah, karang korang kata saya perasan sorang-sorang pulak. Hehe. Jadi, bila tengok cermin rasa macam "eh keciknya pinggang aku, selama ni memang macam ni ke? Aku nak kurus tahap mana lagi ni.." Tiba-tiba ada rasa macam kena tamparan je masa tu tau, saya rasa macam kenapa saya tak bersyukur, dah cukup kurus dah sekarang ni.. Dah jadi macam satu obsesi pulak. Padahal tak sedar tu, dah ala-ala nak menjurus pada tak sihat.

Okaylah, mulai saat ini.. Saya taknak terlalu obses pada badan yang kurus sekeping cantik macam model tu. Akan bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dan akan cuba maintainkan aje badan macam ni sampai kahwin nanti.. Tak mau stress-stress lagi, nanti jerawat naik banyak :P

Tata.

P.s Kena buat nota ni, jap lagi semua orang kata saya beli PB. Haha. Takde duit lah nak beli PB tu. Lagipun kan saya cakap duit nak beli no plet dah guna beli PB, duit no plet tu berapa ratus je pun :D
<--- Nang if you LIKE

Friday, April 15, 2011

Diet Yang Hancus

Tsk.. Sedang kecewa dengan diri sendiri ni :(

Kenapa lah sejak kebelakangan ni, kekuatan melawan nafsu makan tu makin menipis? Hoih, dah turun 5kg, lepas tu stop kenapa? Lepas tu dah asyik mengelat kenapanya? Patutnya bila ada kemajuan, mesti lebih bersemangat kan. Ini tak, lagi dilanggar pantangnya.

Bertahan lebih kurang 3 minggu je kot? Sheeshhh, loser !

Nasi tu masih boleh ditahan la keinginan dia. Tapi roti, mi, bihun.. Susah benor teman nak mengatakan tidak !! Ha, mula lah saya nak membebel pada diri sendiri ni.

Hey diri sendiri ! Kuat sikit. Lebih kurang lagi 4kg je nak kurangkan. 4kg bukan banyak. Kalau dalam Biggest Loser tu, kadang-kadang dalam seminggu je dorang dah boleh lenyapkan tau. Tapi kalau nak macam tu, kau jangan buat apa lah. Asal celik mata je exercise sampailah kau nak pejam mata karang :P

Oh, btw.. Ini kegagalan aku yang terkini.

Mi goreng daging yang yummy. Semua ni gara-gara pagi tadi baca blog Stilla lah ni. Terus aku mengidam nakkan mi goreng daging ni jugak. Yunk, kamu bersalah :P

Haha. Seronok kan. Diri sendiri yang salah tak dapat kawal nafsu tapi pandai je nak blame orang lain :P

Apa pun, mari bersyukur sebab masih boleh makan yang sedap-sedap. Alhamdulillah.

<--- Nang if you LIKE

Monday, April 11, 2011

Jangan pandang belakang

Jumpa adik-adik semalam. Semua nak excited cakap aku dah kurus. Nyeh nyehhhh~

Ni yang menyemarakkan lagi semangat nak diet dengan tegar balik. La ni kan diet yang yok je :P

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 7, 2011

Apa sudah jadi????




Huwaaaaa~ Apa dah jadi pada aku punya Atkins diet ni!!!!!!!!!!

Nasi, yes. I can avoid. And still avoiding. Dah lama tak makan nasi pun. Tapi lately ni nafsu makan ni tak beradap sangat. Itu nak makan, ini nak makan. Fast food, nescafe, biskut, mi, kuetiau semua dia sebat!!

Syukur je berat maintain tang situ je. At least tak naik kan walaupun takde penurunan. Tskkkkk. Sedihhh dan geram!!! :(

Izza, chayokkkk!! Kuatkan sikit azam tu. 4 bulan je lagi pun. Lepas tu hantam saja lah :p Eh tak tak tak, pas kahwin pun akan tetap jaga badan. Hik3.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, March 29, 2011

Diet still on track

Salam.

In case ada yang tertanya (masalahnya ada ke. ahhaha), aku masih berdiet. Cuma lost track je. Malas dah nak bergambar ke apa. Tulis pun malas. Tapi weekend ritu ada ngelat-ngelat gak. Aku pergi makan char kuetiau kat Porntip. Sebab ko lah ni yang :p Cey, tu dia sendiri yang ponteng diet, pastu salahkan orang sebab suggestkan tempat makan best. Hahaha.

Ini menu hari tu. Hari bila aku tak ingat. Sabtu kot. Hari apa pun dah tak ingat. Adoi.

Breakfast,Nyums~ salad dan tuna. Sedap. Nak-nak pulak sebab salad tu rangup. Krukkkk krakk bila makan :D

Lunch & dinner,Ayam beli kat Carrefour. Eh, jangan ingat aku habiskan pulak. Hengat jin ke hape nak makan sekor ayam sorang :P

Sekian cerita diet hari Sabtu.

P/s Berat masih tak timbang. Macam busy benar bunyinya rasa nak sepak-sepak je kan :p I need to buy my own weight scale lah.

<--- Nang if you LIKE

Saturday, March 26, 2011

Diet : Day 9

Salam.

Ikutkan malas nak update diet hari ke 9 ni. Haha. Sebab hancus, kantoi, rasa malas, rasa lapar, rasa nak makannnnn je semua ada dalam diri ini ! Hahahahantu betul lah !!

Breakfast ; 2 chicken slice with cheese + 1 bottle water

Lunch ; Fried foo chuk + 1 bottle water

Dinner ; Aku lenjan makan maggi kari + telur + cili api. Miahahaha. Teringin punya pasal, dah teringin tu makan je lah. Mana yang boleh tahan tu, tahan. Mana tak tahan tu, sesah aje lah.

Tapi 9 hari diet, dengan 8 hari tanpa nasi. Adalah satu pencapaian besar untuk diri aku yang dasar kuat makan ni :D Sebab tu lah pergi reward diri sendiri makan maggi T__________T Hahahaha. Baik punya cover line ek.

Apa-apalah, yang penting aku akan cuba bertahan berdiet selama yang mungkin. Tapi aku diet pun just untuk maintain macam ni je kot. Jap lagi tak tau pulak mana satu tiang lampu, mana satu aku. Hahah. Okay, tak lawak pun :P

Oh, satu lagi isu berkaitan diet ni. Kita pun tau kan lain orang, lain diet ni. Si A mungkin diet kalori, si B mungkin diet Atkins, si C mungkin diet nasi dan banyak lagi mungkinlah. Jadi yang penting kat sini kita ikut apa yang kita percaya, tapi jangan memperlekehkan pilihan orang lain. Belajar respect orang lain sikit ;)

Okay, goodluck semua tukang-tukang diet di luar sana !

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 25, 2011

Diet : Day 8

Salam.

Ada orang yang dah boring tak baca update menu diet ni? Angkat tangan sikit nak tengok. Hehe. Takyah lah boring ek. Kan bagus aku share menu-menu diet ni. Kot sapa nak diet boleh lah amik idea nak makan apa kan kan kan? :P

Breakfast ;

2 bijik telur rebus + mayo + air satu botol

Jujurnya aku tak lalu makan telur rebus. Rasa terpaksa je telan. Haha. Next time aku akan buat telur setengah masak ataupun goreng je terus.

Lunch ;

Ikan keli sambal + sayur kobis + air satu botol

Pastu pukul 4 rasa lapar, makan chicken slice sekeping :D

Dinner ;

Telur dadar bungkus. Ini sedap. Nyumsss~

Nak buat senang sangat. Goreng telur dadar 2 bijik. Sapu nipis tuna mayonis. Inti dia tu, potong salad halus-halus, potong dadu chicken slice lepastu gaulkan dengan sos lada hitam + sos cili. Bungkuskan. Siap! :D

<--- Nang if you LIKE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...