Showing posts with label makan best. Show all posts
Showing posts with label makan best. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Island BBQ Steamboat, Kg Melayu Subang

Minggu lepas, suami saya terasa nak makan steamboat buffet. Mula-mula ingat nak makan dekat satu restoran steamboat buffet dekat Dataran Sunway tu tapi kemudian saya was-was pula status halal dia. Kalau dah was-was, baik elakkan.. Kan ?

Selepas puas search, terjumpa satu restoran steamboat buffet dekat Seksyen U5. Ha, dah molek !! Dekat sangat-sangat dengan area rumah :)

Kitorang pergi ke Island BBQ Steamboat.




Terkejut jugak waktu sampai dekat sini, sebab tak sangka dalam kawasan kampung ada restoran steamboat yang besar macam ni. Sebelum ni selalu je lalu situ, tapi tak pernah terfikir nak masuk ke dalam lorong tu. Yelah, gelap.. Siapa yang nak masuk kan :P



Open area, diorang buat macam khemah tu. Orang ramai.. Hairan, manalah diorang tau dalam ceruk ni ada restoran :P

Eh, tapi tempat ni best tau. Siapa yang dekat, bolehlah singgah makan.



Antara seleksi makanan dia. Banyak juga pilihan. Siap ada grill tu yang seronok :D 

Harga dia,

RM 21.90 untuk dewasa
RM 9.90 untuk kanak-kanak
Bawah 5 tahun adalah percuma

Memang value of money !!

Kalau nak pergi sana, boleh tengok map dalam website diorang --> ISLAND BBQ STEAMBOAT

Semua gambar juga adalah kredit kepada website di atas.



P/s Next time, kitorang nak try Flaming Steamboat yang baru bukak dekat Seksyen 33 tu lah :D



Tuesday, February 28, 2012

Aimar Corner TTDI Jaya

Ni pengaruh Kak Mass la ni :P

Terus saya pun ajak suami datang makan sini. Yelah, katanya sedap dan murah. Dah tu, dekat je dengan rumah kitorang. Mestilah pergi, kan :D

Nak cari dia tak susah sangat pun, kalau dari Guthrie tu traffic light belah kanan masuk Giant Shah Alam.. Nak pergi Aimar Corner, sila ambil simpang ke kiri. Terus je lagi sampai nampak Esso. Lepastu pusing je lah dalam tu, dia memang belakang Esso tu je pun. 

Jadi, disebabkan tengok beberapa review orang asyik recommended char kuetiau dia.. Jom kita try. Ambil sepinggan je sebab lepas ni nak melantak macam-macam lagi. Haha. Datang waktu perut kelaparan gila, pukul 10 malam dah kot time tu, baru nak dinner. Mana taknya, selera makan macam bela jin.


Char kuetiau. Rasanya sedap. Dan cepat sangat dia buat. Dalam 5-10 minit lepas order terus je sampai. So, kalau dah lapar sangat tu, order ni dulu. Sebab yang nasi ataupun goreng-goreng tu adalah lama proses menunggunya T______T


Lepas tu, makan nasi pulak :P



Lauk macam-macam. Meriah kot. Dan murah. Dan sedap.

Kat bawah ni saya share diorang punya set promosi. Rasanya memang murahlah.



 Overall, adalah sedap ! Thank you Kak mass kerana recommend kedai ini

:D


Friday, January 13, 2012

Mee Ketam

Ni salah satu pengaruh blog jugak ni :p


Salahkan blog Kak Jemah. Sapa suruh dia sanggup datang dari Seremban semata-mata nak makan mi ketam dekat Shah Alam sedangkan saya yang duduk Shah Alam ni pun tak pernah tau kewujudan restoran ni :p

Hehe.

Nasiblah suami saya rajin melayan kehendak bini dia yang comel ni kan. Bluwek :p


Mi ketam yang sedap. Tapi kalau takde tambah ketam tu lagi best kot. Lecehlah nak makan ketam ni. 

Mi ketam plain = RM4
Mi ketam plain + ketam kecil = RM7
Mi ketam plain + ketam biasa = RM8


Saya dengan Nyna makan mi ketam plain + ketam biasa. Suami pulak makan nasi goreng ketam. Suami kata ketam kat Bagan Lalang lagi best. Ala sayang, tu lain la sayang. Itu memang betul-betul fresh baru naik dari laut. Mana nak sama, kan ? Apapun, saya suka je kuah mi kari dia. Sedap.

Kat mana ?

Dekat Seksyen 7 Shah Alam, belakang kedai Hakim lama tu. Dekat Kompleks Anjung. Atas dia ada kedai D'Attap Seafood.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, October 5, 2011

TGIF

Ehhhhhh, belum Friday lagi dah TGIF ???
Hehe, kat sini everyday is Friday kan.. First time saya dan suami cuba makan di sini.


Lamb chop - RM 46.90

Suami sebagai penggemar kambing confirmed akan pilih lamb chop je di mana-mana western restaurant pun. Saya pun penggemar jugak tapi kali ni rasa nak cuba benda lain pulak.


Steak - RM 56.90

Saya pilih Tennesy Steak. Adalah sedap tapi tidak memenuhi expectation saya. Rasa lamb chop jugak yang sedap. Haha. 

Lain kali saya nak cuba lamb chop di Suzi's Corner pulak lah. Boleh tak En Suami ?

Harga keseluruhan menu di atas beserta air dan juga service charge dan tax adalah RM 142.45. Sekali-sekala bolehlah. Hari-hari memang botak T_T

P/s Baru update harga sebab ada yang tanya. Betul jugak kan, kadang kita teringin nak masuk tapi tak tau range harga macam mana, so sini saya letak sekali ye :D Zue, next time I nak try Gardens pulak :D (eh, bukan kat atas kata nak pergi Suzi's ke? #dasarkuatmakan)

<--- Nang if you LIKE

Friday, September 23, 2011

Bawal Power

Hari ni saya sorang-sorang aje kat ofis. Adalah sunyi dan bosan. Sebab takde orang kat ofis, saya sempat lari keluar pergi beli breakfast kejap :D


Hari ni pakai hijau hitam. Pagi tadi masa bersiap, suami tegur..

Syg punya tema hari ni hijau hitam ye ?

Hehe *sengih je

Macam pokoklah syg ni.. Hijau je..

Tapi pokok mana ada hitamlah !

Hitam tu syglah.. *big grin

Ko tengok, suami saya ni memang suka menyakat :)

Btw, hari tu kan suami bawak saya dinner dekat food court sebelah Sunway Giza tu. Alaa, ada dalam The List saya ni :P

Ini nama dia bawal power. Rangup krup krup. Boleh cari dekat food court area sana lah ye, tapi saya tak gemar sangat makan bawal, so biasa-biasa je :P

<--- Nang if you LIKE

Monday, August 22, 2011

Teman Makan


Ini saya. Saya ni seorang gadis yang kuat makan. Dah cerita kan sebelum ni ?

Ini boyfriend saya. Dia pun sama kuat makan. Sebab tu dia montel. Kih kih, takpe montel lah saya suka.. Hehehee. Perlu keeee tulis begini =.=

Boyfriend saya ni baik tau. Dahla baik, sangat memanjakan girlfriend dia pulak tu. Jarang sangat apa saya nak tak dapat. Dah jadi spoilt brat dah saya ni. Hehehe (ini segmen puji boyfriend sendiri)

Ingat lagi tak entry sigadiskuatmakan ni sebelum ni ? Ala, yang siap buat list nak makan apa tuuu. Hehe, sian boyfriend dia kan. Memanglah sigadis tak pernah paksa siboyfriend tu untuk penuhi keinginan dia. Tapi siboyfriend mana boleh duduk diam bila sigadis dah cakap yang dia nak :)

Nyums. Mi udang MakJah yang srious adalah lazat~ Sedap, hirup kuah sehingga ke titisan terakhir. Memang bestlah mi udang ni. Udang adalah banyak, kena selak udang baru jumpa mi :D Confirm nak repeat lagi lepas ni.

Boleh scratch satu daripada 5 benda dalam list tu dah sekarang !

;)

Thanks sayang !

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, August 17, 2011

The List

Entry ini khas untuk En Tunang saya sebenarnya.

Saya ni kan kuat makan orangnya. Nafsu makan yang kuat sebenarnya, bila dapat makan tu tak habis pun kadang-kadang. Buruk kan perangai. Kalau nak tu, dan-dan tu kalau boleh nak. Dah dapat makan, kadang tak habis pun. Ataupun selalu frust sebab tak sama dengan expectation.

Dannnnnnn.. Saya adalah seorang yang sangat cepat terpengaruh. Nak nak lagi bab makan sedap. Hoih, orang buat review sedap.. Terus melonjak-lonjak rasa nak pergi jugak. Ataupun blogwalking dekat blog masakan, selalu drooling je. Telan air liur weh kalau tengok blog masakan ni kan. Nak-nak bulan puasa ni. Coooobaaaaannnn..

En Tunang selalu perli saya, dia cakap kepala saya ni macam ada keluar bubble yang semuanya pasal makanan je. Dasar kuat makan. Haha. Kadang-kadang tengah makan benda lain ni, kepala otak dan mereka nak makan benda lain pulak NANTI.

Semalam beliau cakap kat saya, Sayang cuba listkan tempat makan yang Sayang nak pergi.. Nanti kita pergi ye.

Dengan ini, saya nak listkan di sini ye sayang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ?

1. Burger SS 15 Subang Jaya
2. The Humble Chef, Pusat Bandar Damansara
3. Mi Udang Mak Jah, Wangsa Maju
4. Asam pedas tetel (tak tahu mana sedap, masak sendiri ok jugak kot? :p)
5. Bawal Power @ Selera Central

Eh, 5 je ? OK, buat masa ni lima ni aje. Boleh tak penuhi keinginan saya ni sayang ? Boleh ye ye ye ??

Saya tau En Tunang perli saya je sebenarnya suruh buat list bagai ni, tapi ada saya kisah ? Hehe, janji untuk ditunaikan ye sayang.. love you :P

P/s I put backlink without the owner permission. If you are the owner and would like it to be remove, kindly inform me. Tq.


<--- Nang if you LIKE

Tuesday, May 17, 2011

Ini Dapur Kita, Bukan Dapur Awak

Hi, hello ;)

Berat tak bontot nak datang ofis esok lepas cuti sehari di awal minggu? Ye, bontot saya berat *jujur T__T

Nak tau sesuatu tak? Saya telah menjumpai satu lagi port makan yang menarik dan best. Min yang suggestkan tempat ni, thanx Min.. Memang best ;)

Ini dapur kita, bukan dapur awak :P

Apa yang best sangat dekat sini? Best, sebab dia murah. Dan sedap. Dan menarik. Dan memang bestlah !!

Lunch buffet, eat all you can only @ RM 7 per head ! What say you?

I said yeayyyyyyy, I can eat everything that I want to without even worry about the price !!

Biasanya kalau makan nasi campur, kan kadang-kadang susah nak buat keputusan nak amik lauk apa kan. Itu nak, ini nak. Last-last amik ayam goreng dengan sayur pun dah RM 6. Kat sini, amiklah semuanya pun kalau lalu nak habiskan, tatap RM 7. Campur air dan dessert ye ;)

Warming up. Hehe. Nasi tu sikit sangat tau sebenarnya. Sila jangan tambah stress tegur aku dah tak diet dan dah gemuk. Haha *gelak dalam risau

Second serving. Ratah lauk je.

Dan ada third serving jugak, tapi lupa nak ambil gambar :P

Bukan lunch buffet aje yang ada tau. Breakfast buffet pun ada @ RM 4 per head. Satu hari nanti nak try breakfast dia pulak.

Eh, lupa nak bagitau kat mana tempat dia :D

No 9 & 9-1
Jalan AWF 3
Ampang Waterfront
68000 Ampang


Dari Ampang Point tu terussssss je. On the way ke Bukit Belacan. Nanti korang akan nampak kedai merah tepi jalan belah kiri ; Coffee, Sugar & Spice nama dia. Tapi bukan kedai tu, depannnn sikit lagi. Nampak signboard kuning Dapur Kita tu. Pergila try tau :)

P.s Sebenarnya risau juga ni, takut berat dah naik semula. Badan jadi berisi semula. Jadi saya isytiharkan mulai saat ini, saya kembali kepada mod diet !! Sila sound sikit kalau saya tak diet ok? Err, sound sikit je lah. Karang saya emosi susah pulak :P

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, May 10, 2011

Makan Time

Yeah, entry yang ditunggu-tunggu oleh kakak kesayangan kitewwwww ni :P

Entry makan di Bagan Lalang !!

Oh, entry bawah ni.. Dapat agak tak dekat mana ?? Ye, rujuk ayat sebelum ni.. Di Bagan Lalang. Orang lain dah pergi lama, aku ni kena merengek-rengek dulu baru dapat pergi. Ahaha. Siap efek hentak kaki lagi. Kesian tak? Tapi takyah nak kesian sangat, sebab dah dapat pergi dah hari tu :D

Nasib baik kakak kite ni suka pergi sana, so tanya dia je macam mana nak pergi sana dan kedai mana yang best. Kitorang pergi kedai 1st tepi padang tu. Memang ramai gilak orang. Takde tempat ok. Melilau mencari sekali waiter tu kata amik order dulu, nanti dia carikan tempat.

Ni aku cerita untuk orang yang macam aku, yang baru pertama kali ke sana.. Yang dah expert tak payah masuk campur. Ahahaa, garang siot :P

Kat situ dia bukak satu wet section.. Pilih lah barang basah apa ko nak. Ikan apa ko nak, sotong ketam lala kepah kerang dan sebagainya. Lepas dah pilih tu, bagitau lah dia ini nak masak apa, itu nak apa.. Kitorang pilih ikan cencaru, sotong dengan siakap hari tu.

Cencaru sumbat bakar sampai dulu. Kuah dia best.

Satu je kurangnya sini, lama gilak tunggu baru makanan sampai.

Muka orang lapar tunggu makanan lama sangat :P

Kalau ko order bakar-bakar je, Insya Allah lah cepat sampainya. Kalau order macam kitorang ni, bermacam-macam.. Ya ampun, dekat 45 minit okay tunggu. Muka masing-masing dah macam apa. Haha. Makanan sampai jer, macam piranha. Terkam, nak amik gambar pun lupa :P Jadi hasilnya, gambar yang diambil selepas diterkam piranha adalah tak berapa nak cantik.

Siakap stim.

Sotong goreng tepung yang sedap gilak. Suka berganda.

Pastu kan korang, makan ni risau jugak. Cemane kalau mahal gila karang. Yelah, kata sotong besar gila amik. Ikan pun besar gila. Kalau makan kat Sekinchan ni, mau cecah ratus kan. Sekali masa brader tu bagi bil, RM50 je. Aku pandang En Tunang, En Tunang pandang aku.. Serentak cakap, murahnya.. Biar betul !

Jadi lepas ni, memang boleh pergi lagi layan seafood kat Bagan Lalang :D

<--- Nang if you LIKE

Monday, May 9, 2011

When You Have Too Much To Tell

Helo, hi ;)

Monday blues ? Aku, hari-hari pun blues. Haha. Tapi hari ni berjaya sampai ofis awal, yippieee ! How's your weekend ? Mine was awesome. I have a lot to tell, but don't know where to start.

Err, let me start with this ..

The best satay kambing I've ever taste ! Sedap !!!

I'm not sure which picture is more convincing so I decided to put both. Ahaha. Can ? Best, best, best tengok gambar pun dah rasa teringin nak pergi lagi. Dia ni gerai je, dekat area Galaxy Ampang tu. Err, ke Kampung Pandan ek ? Excuse me, aku memang failed bab jalan ni. Wherever it is, ia adalah memang sedap ! En Tunang kata ini makanan Jawa tulen ni. Betul ke ? Satay kambing served with white rice. Eh yang hitam-hitam itu bukan hangus ye, itu kuah kicapnya. Pergilah rasa tau, pergi tauuu (suruh orang pergi rasa, tapi direction bagi pun failed. Ahaks)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 14, 2011

Seoul Garden

Salam.

Ini cerita minggu lepas :D Dah nak masuk minggu baru, yang cerita minggu lepas pun masih hegeh-hegeh nak update kan. Sekarang bukan hanya sedara mara baca blog, rakan sekerja pun terbaca???? Entah dari manalah jumpa sebab aku nak elakkan add rakan sekerja di mana-mana laman sosial. Colleague is colleague, friend is friend. Kan?

Okay, takpelah yang itu. Aku buat muka tak tau sajalah kat office tu nanti. Hehe.

Hari tu bawa adik-adik pergi Seoul Garden. Dah lama sangat berjanji nak bawak pergi sana. Akhirnya tertunai jugak :')

Lelaki kesayangan. Dulu, kini dan selamanya. Haha. Adoi, srious rasa kurang selesa nak menulis. Korang tengok gambar je lah ek ek ek.

Jemput makan.

Sisters.

Sisters.

Sisters.

Sisters.

Dapat makan, tak peduli dah orang nak snap gambar ke apa :P

Masakan sendiri di sana :P Sedap~

Highly recommended untuk orang yang kuat makan macam kitorang. Nyeh nyeh. Ye ke kitorang? Ke aku sorang je? Haha.

Sini best, sangat best. Favourite place kalau nak celebrate apa-apa ataupun kalau rasa nak makan best :P Daging marinate dia memang terbaikkk. Sila lah pergi ye kalau nak rasa jugak makanan-makanan di atas tu.

Search je Seoul Garden, jumpalah korang nanti ;)

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, June 16, 2009

restoran gelas besar

sapa-sapa yang duk area ipoh..
or datang ipoh..
meh sini meh nak promote satu kedai makan neh
pada aku best lah..
sedap + murah (:

muka orang yang kelaparankitorang amik set untuk 5 orang

5 pinggan nasi putih
satu jug air tembikai
tomyam campur
udang goreng tepung
siakap tiga rasa
kailan ikan masin
sotong masak sambal
lala masam manis
sambal belacan

only costs us rm48
worth it rite?arun thai @ restoran gelas besar
adik aku cakap gambar neh dah macam orang takde rumah
sedih T__________T
hahaha

sapa-sapa mau try,
sila boleh terjah (:
dekat area lost world.. (:










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...