Jeng jeng, saya dah pandai buat mi goreng basah ! Heheh itupun nak bangga kan, yelah orang ni kalau pertama kali buat, menjadi pulak tu.. Riak dan jakun dia lain macam sikit :p
Sebenarnya saya teringin sangat nak makan mi goreng basah tapi nak yang masak sendiri, tak mau makan kat kedai. Jadi inilah hasilnya ;
Resepi Mi Goreng Basah
Rujukan : tulip77@MyR
Bahan-bahan
1 peket mi (450gm)
Daging (rebus, air rebusan daging diketepikan)
Udang
Sotong
Sawi
Cili giling
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Kicap pekat
2 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling, agak-agak dalam 2-3 sudu besar tu. Biar sampai pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika sehingga agak empuk.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Adjust rasa mengikut selera sendiri. Masukkan sedikit garam juga. Sikit je sebab mi biasanya memang dah sedia masin. Masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan udang dan sotong. Kacau rata.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa kuah, sila masukkan mi. Biarkan seketika bagi perencah tu meresap ke dalam mi. Kalau air dah kering, boleh tambahkan air lagi. Masukkan sawi, kacau seketika.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Untuk cili jeruk ;
Cili hijau (potong serong)
Cuka
Garam & gula secukupnya
Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas. Adjust rasanya. Ok, cili jeruk dah siap ;D
Jemput makan ! Husband suka sangat mi goreng basah ni, saya pun rasa happy sangat :) Salah satu sebab kenapa saya suka nak masak di rumah daripada makan luar adalah kerana respons dari suami. Biasanya waktu suami call saya petang petang, mesti akan tanya soalan ni ;
Sayang, malam ni kita nak makan apa ? Makan kat mana ?
Hari ni kita makan kat rumahlah, saya nak masak ;D
Yeaaay, bestnya sayang nak masak ! Tak sabar nak balik rumah cepat nak makan.
Hehe comel betul perangai, sayang dia banyak banyak !!