Showing posts with label beautycare. Show all posts
Showing posts with label beautycare. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Women's Day Promotion


FB PROMO SPECIAL FOR WOMENS DAY!
RM49 ONLY
French Facial Treatment + 30minutes back massage + ear candling
Appointment in MARCH ONLY
Call 0361422208 for appointment!


FB Women's Day Promotion!
RM29 only!
For 45minutes back massage + ear candling
Appointment in MARCH only!
Call 0361422208 0r 0172822699 for Appointment!
Hurry!

For more info, you can find it on their Facebook page -- > AMARYLIZZ PRIDE SPA


Tuesday, February 28, 2012

Review : Chocolate Pampering

Sticky post for 3 days. Please scroll down for new entry

Hai !

Hari ni saya nak buat review tentang chocolate pampering dekat Amarylizz Pride Spa. Actually ini adalah complimentary treatment untuk saya. Yippieee ! Thank you Liza !

Jadi, Sabtu lepas saya sempat singgah spa ni. Untuk buat chocolate pampering ni. Dalam treatment ni dia offer ; Sauna + Cocoa Body Scrub + Chocolate Body Wrap. Masa untuk treatment ni pulak lebih kurang 1 jam.

Treatment dimulakan dengan foot soak selama lebih kurang 10 minit. Selepas tu akan buat sauna/steam bath. Ini adalah sangat mencabar minda ye. Saya dah lama tak pergi sauna. Like seriously lama gila kot. Tiba-tiba kena buat steam bath selama 20 minit. Pitams. Adalah dekat 4-5 kali saya keluar sekejap ambil udara. Sebab dah rasa lemas dan sesak nafas kat dalam tu. Steam bath ni fungsi dia untuk buka liang roma semua, senang untuk buat scrub lepas tu. 

Tapi result selepas buat steam bath ni memang best. Berpeluh lencun tu jangan cakaplah, dah tu memang fungsi dia kan. Terus terasa macam eh kalau buat steam bath hari-hari ni boleh kurus ni :P

Selepas steam bath, therapist akan bagi kita rehat sekejap. Bagi minum air, relax sekejap. Jantung saya berdegup kencang betul masa ni. Mungkin sebab lama sangat dalam steam bath kot :P 

Kemudian, tibalah masa untuk treatment yang sungguh mengasyikkan !


Cocoa Body Scrub !

Sedapnya bau coklat rasa nak ngap ngap je. Bau dia macam anda sedang membakar kek coklat di dalam oven. Harum wangi semerbak. Cocoa Body Scrub ni fungsi dia di samping membuang sel kulit mati, ia juga adalah untuk tujuan relaxing. Baring-baring sambil coklat disapukan dekat badan, tak seronok ?? Sambil scrub tu sambil therapist urut juga.

Selepas tu, dia akan wrap badan kita a.k.a body mask. Lebih kurang 20 minit kot. Entah saya pun tak berapa pasti durasi dia kerana masa ni dah tertidur. Hehe.

Habis treatment ni, bersihkan badan mandi semua. Memang rasa segar. Balik rumah pun suami tegur masih berbau coklat. Hewhewhew.

Harga treatment ni adalah RM 245, tapi hari tu Amarylizz ada buat promotion dekat Facebook diorang jadi RM 88 je. Saya tak pasti promotion ni masih ada ke tidak. Kalau nak tahu, apa kata korang like je lah Facebook diorang, lagi senang. Klik sini --- > FB AMARYLIZZ PRIDE SPA

Alamat spa ni : 41-1, Jalan Cecawi 6/1,
            Seksyen 6, Persiaran Mahogani,
            Kota Damansara, Petaling Jaya.

Atau boleh call untuk maklumat lanjut : 03-6142 2208

Untuk baca review saya sebelum ni, boleh click link berikut :



Cuba tau, jangan tak cuba !


Thursday, November 17, 2011

Petua Nak Hilangkan Whitehead

Hah, hari ni saya nak kongsi petua :p

Saya ni takdelah rajin sangat pergi buat facial. Kalau rajin, sebulan sekali saya pergi. Kalau datang tak rajin tu, 2-3 bulan sekali pun ada. Muka jangan cakaplah, terasa horror aje pegang sana sini terasa ada bonjol-bonjol (whitehead)

Whitehead tu apa ? (Kita terdengar kamu tanyalah Farra :p)

Aler, whitehead tu yang macam rasa bijik-bijik kat muka tu terutama dekat hidung dan dagu. Memang rasa gerammmmm nak picit-picit je.

Saya cuba jugak pakai pore pack tu kan, terasa tak begitu effective. Hari tu saya tweetlah pasal masalah whitehead ni, datang Yot sebagai penyelamat :p Beliau bagi suggestion macam mana nak hilangkan ia.

Nak tau apa solution dia ?

1. Asingkan putih telur dalam mangkuk.
2. Ambil cotton pad, celup dalam putih telur tu dan tempek rata-rata kat muka.
3. Tunggu sampai kering.
4. Cabut cotton pad tersebut.

Haaaa, pasti korang teruja dengan hasil dia. Walaupun masa saya nak letak cotton pad celup telur tu kat muka rasa macam euwww euwwww euwww busukkk bau telur. Tapi tahankan ajelah. Nak buang whitehead ke tidak ?

Tapi memang berkesanlah. Licin terus terasa hidungku. Hihihihi ailikeee. Nak buat lagi pasni.

Ke korang ada cara lain nak buang whitehead ni ? Cer share.



<--- Nang if you LIKE

Friday, June 17, 2011

Spa's Membership

Hehehe, spa talk again (I can see your boring face :p)

Remember Amarylizz Spa that I reviewed earlier ? Their service are really satisfying and I'm glad that I decided to buy 3 coupons before :D And I will continue to visit the spa even without the coupon ;)

Because.. Now I am already a member, I can get 50% discount on Member's Day, tralala. And even can get 40% off for facial treatments everyday tralala. Also get 30% off for body treatments everyday tralala. And 20% off to buy any products tralala. How can I am not happy :D


Oh, I forget. Not only me getting the benefit from the card. If I bring friends or family, they can get 50% off for all treatments for themselves :D And now, I have RM 30 cash voucher to be redeem before 26th June. Anyone interested to use it as I don't think I have a time to go since I already went there yesterday.



In case anyone interested to become a member too, the fee is RM 388 for a lifetime.


Eh, about the cash voucher, I am serious to give it away. Who want ? The spa is located in Kota Damansara.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, June 15, 2011

Kecewa

Tsk, kecewa tau tak kecewaaaaaaaaaaaa.

Semangat dan excited saya menunggu petang ni sebab lepas kerja ada spa appointment kat Amarylizz Spa. Tapi baru ni staff diorang call sebab masseur tak berapa sihat, makanya tunda esok. Takpelah, esok pun esoklah janji dapat pergi jugak :)

Again, saya nak redeem kupon :D Alahai, bestnya.

Erm, baru teringat, sepatutnya dapat kad keahlian. Tapi hari tu diorang tak bagi kad apa-apa pun. Mungkin lupa kot, takpe. Esok saya ingatkan.

Best tau spa ni. Memang kalau korang duduk area Kota Damansara sana, sila la pergi. Saya yang di Kepong ni pun sanggup pergi sebab best. Kalau nak ada diskaun, meh meh pergi dengan saya. Sebab saya member dekat sana, kalau bawak kawan.. Kawan akan dapat 50% diskaun ;)

Eh, dah macam duta Amarylizz pulak. Ahaks, bukan apa.. Benda baik kan elok dikongsi.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, June 9, 2011

Watsons Revitalizing Facial Mask

Saya memang pengguna setia facial mask brand Watsons. Girlfriend yang mencadangkan supaya saya cuba produk ni. Best hokeh. Sebab tu lah dah berbulan-bulan saya pakai facial mask dari Watsons ni.

Facial mask ni ada macam-macam jenis. Ada untuk anti-aging, untuk moisturising, untuk rehydrate kulit kita. Saya dah cuba hampir kesemua jenis facial mask ni.

Baru-baru ni, Watsons ada promotion. Beli satu, dapat beli yang kedua dengan harga RM 1 je. Eh, of course lah beli. Kebetulan pulak, memang facial mask saya dah habis time tu. Saya biasa pakai facial mask dua kali seminggu :D

So, kali ni saya cuba beli yang ini,

Picture credited to Sugar Coated Muffin

Dan antara semua jenis yang saya pakai, this one is the best! Best gila sampai duk tweet, duk kecoh dekat FB segala. Hehehe. Srious best lah. Rasa macam calming je. Tenang je muka bila pakai. Bau dia sedap. Muka berbau ros, sedap gila nyum nyum. Best tidur semalam muka berbau ros, badan berbau mango :p Haha, okay perempuan ni dah tak dapat mengawal diri :p

Siapa yang suka duk pakai facial mask ni, boleh lah cuba beli. Kalau taknak beli sekotak, boleh beli sekeping, baru RM 5.90 :)

Definitely will repurchase this ;)

<--- Nang if you LIKE

Friday, May 27, 2011

MAD Spa Review

Hi.

Eee, tahu tak terujanya saya nak buat review tentang spa ni. Sebab pada pendapat saya, best sangat. Tak sabar nak kongsi dengan korang ;)

Hari ni kan, saya cuti. Saya ada interview. Pengalaman interview tu, nanti kemudian saya ceritakan. Sekarang ni, kita dulukan apa yang penting dulu ok :P Hahah.

(Haah, yelah tu teruja. Malam tadi tulis takat atas ni je. Pagi ni baru sambung selebihnya :P)

So, petang semalam pukul 4 saya ada spa and facial appointment dekat Amarylizz Spa, Kota Damansara. Terpusing-pusing saya cari spa centre tu. Terima kasih pada GPS kerana dan dan tu jugakkk ko memilih nak jadi gilaa.. Nasib baik jumpa jugak.

Masuk je, disambut dengan senyuman. Mesra gila okay pekerja dia. Terasa dialu-alukan sangat. Hihihi.


Duduk sini kejap isi borang. Sambil minum ginger tea yang sedap. Nyums.


Lepas bilik kita dah ready, dia panggil masuk lah. Semalam saya buat massage dulu baru facial.


Rendam kaki dalam air bunga. Sambil org urutkan gosok-gosok kaki. Bestt wa cakap lu.


Lepas tu, massage selama sejam. Ada buat macam bertungku tu jugak. Lepas tu buat ear candling sekali. Alamak, yang selepas ni saya takde amik gambar la pulak. Sebab sedap tidur. Haha :P

Btw, untuk semua treatment semalam.. Body massage sejam + herbal ball massage (tungku) + ear candling + foot spa + signature facial lebih kurang sejam setengah hanyalah RM 48. Sila percaya.


Tu lah hari tu kan dah suruh beli voucher kat MilkADeal ni jugak tapi degil takmau :P Kan dah tak dapat pergi spa murah. Kih kih


Di samping tu, dapat jugak RM30 cash voucher dan membership selama setahun. Memang sesuai sangat deal ni untuk cheapskate selera besar macam saya ni. Ahaks.

Actually ni bukan kali pertama saya beli spa deal, ni kali ketiga. Tapi yang dua spa saya pergi sebelum ni tak best, tak rasa nak review :P

So, kesimpulanya saya memang sangat suka dengan Amarylizz Beauty ni. Definitely akan pergi lagi, lagipun hari tu saya beli 3 voucher terus. So, paling tidak akan ada lagi 2 appointments. Hihi. Sukaaaaaaaaa~

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 28, 2011

Spa & Facial

Hi, salam ;)

Mari kongsi cerita bakal pengantin lagi. Hihi.

Nak tanya, perlu ke tidak ye sebenarnya bakal pengantin tu untuk pergi spa dan facial tu? Kalau ikutkan orang yang rajin jaga-jaga badan dan muka ni, mesti spa dan facial ni rutin bulanan kan. Aku pulak spa dan facial tu tak rajin nak buat, tapi body massage memang kalau boleh setiap bulan nak buat. Cuma sejak akhir-akhir ni, sejak tabung kahwin dibuka.. Kena kurangkan sikit. Tskk.

Bila dah nak kahwin ni, hati tu terasa lah jugak teringin nak pergi buat spa dengan facial. Tapi being a cheapskate, kalau boleh nak yang murah dan best. Haha. Masalahnya, ada ke??

Teringin nak muka dibelai macam ni,Teringin nak badan dimanjakan begini,

Lepas tu kan korang kannn, si cheapskate ni terjumpa deal yang berbaloi di MilkADeal. Best gila rasa teruja dan gembira

RM 48 untuk 60 minit body and herbal ball massage
+ 90 minit facial, Aromatherapy foot soak + Ear candling + RM 30 treatment voucher + 1 Year membership at Amarylizz Beauty
This is definitely a steal right?!!
Menarik tertarik kannn?

Lantas, aku pun terus purchase 3 vouchers ni. Maka, tak payah pening lagi fikir peruntukan untuk sesi memanjakan diri ni untuk 3 bulan ni, setiap bulan pun aku boleh pergi! Weehuuuuuuu~

Sedang memaksa orang kanan aku untuk ikut serta ke sesi spa ini. Hihi, come on love. Lets go together ;)

Kalau korang pun nak beli voucher ni, pergi je lah check dekat website MilkADeal ni. Hari ni last day untuk beli voucher tu. Selamat memanjakan diri!

P.s Eh Ena cayunk, bila kita nak pergi buat sesi bzzztt bzzzttt kiteww tu? Ahaks. Nanti free kasi tau okeh ♥

-Gambar kredit kepada Amarlylizz Beauty-

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 18, 2011

Topeng kecantikan

Hari tu try pakai masks brand Watsons atas cadangan si teman wanita kesayangan.

Best gilos masks tu. Lembuttt je rasa muka lepas tu. Lalu bercita-cita nak pakai masks dua kali seminggu. Persiapan diri nak naik pelamin la kononnya ni :p

Satu keping = RM 5.90

Beli satu kotak, ada 5 keping = RM 17.90 sebab Watsons tengah ada diskaun!! Untung weh. Go go go get urself one too. Nanti leh kita sep sep sama-sama pakai masks Watsons ni :D

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 4, 2011

Sental daki

gambar credit to bussainaazka.wordpress.com

Hari ni nak cakap pasal lulur. Tahu tak apa itu lulur? Apa kegunaan dia? Macam mana cara nak pakai dia? Tahu? Kalau tak tahu, meh sini hari neh aku nak terangkan. Cewah! Macamkan terel sangat padahal dia pun baru berjinak-jinak dengan aktiviti ni :p

Siapa yang tak biasa dengar lulur.. Scrubs anda tahu? Ha! Lulur tu scrubs lah, lulur tu indonesian term. Scrubs itu dalam bahasa inggerisnya.

Aku ni bukanlah reti sangat nak berlulur ni. Ingat rajin ke nak sental badan sendiri hari-hari? Sental hokeh. Bukannya guna body wash sabun badan macam biasa dengan bernyanyi riang tu. Untuk yang rajin mengulit badan, hari-hari amalkan ni.. Thumbs up bebeh! Kamu sangat rajin! Hee, aku tak rajin. Seminggu adalah dua kali.

Yang mengajar aku berlulur badan bagai ni adik aku si Kakngah tu lah. Dia tu memang obsesi cantik sikit. Miahahahaha. Ini puji taw Ngah, bukan kutuk :p sebab awaklah aku dah kenal produk-produk kecantikan ni. Hihihi.

Dah lama dah dia ajar pakai lulur ni. Semenjak dua menjak ni ha baru terrajin sikit. Nak kahwin la katakan. Hahaha. Memoyo je lebih :p

Btw, yang aku pakai sekarang adalah seperti dalam gambar di atas. Syok jugak. Tapi yang adik aku pakai lagi best kot masa try dia punya hari tu, Putri Binari jugak tapi kaler putih coklat bekas dia tu.

Murah je ni, RM10++. Siapa nak cuba boleh dapatkan di kedai jamu berdekatan :)

Wednesday, April 8, 2009

minumlah innershine!

meh-meh nak promote benda alah ni
taw tak korang apa atas tapak tanganku itu?

itulah innershine pati prune

sedang cuba mengamalkan minum innershine ni
patutnya kena minum sebotol sehari
tapi sebab aku kedekut,
aku minum selang sehari :D
ngee!

6 botol = rm23++
dibeli di watson

sebenarnya aku nak beli pati berry sekali
pati berry untuk mata
pati prune untuk kulit muka
untuk permulaan ni, aku cuba pati prune lah dulu

ada sapa-sapa pernah minum tak innershine ni?
meh lah share :D








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...