Thursday, September 29, 2011

Inai Di Jari

Hari tu masa majlis dekat Perak, saya pergi pakai inai dekat kedai je. Malam tu nak nikah, petang tu baru terhegeh-hegeh pergi pakai inai. Hehe. Sebenarnya saya nak pakai dari hari sebelumnya tu lagi, tapi Farra cakap nanti takut inai pudar, maka saya ikut nasihat dia :D

Sedara-mara yang datang tolong di rumah semua sibuk tanya, pengantin tak berinai ke ???

Ye, makcik.. Saya nak pergi pakai inailah ni :P

Of course I had my henna session with the girls, beloved girlfriends !


Gadis-gadisku nak jugak henna tu. Tapi saya dah paksa mereka pakai yang simple-simple je, tak boleh lebih-lebih. Nanti overshadow saya. Kahkah. 

Hahaha #kelaskaujah letak muka sebesar-besar alam tanpa make up. Bagus, confident tu yang kita mahu. Hahaha.

Saya rindu mereka. Dah kahwin ni kan, susah sikit nak catch up things. Harap mereka faham and pleaseeeeeeee don't leave me behind :P 

Inai di kaki dan tangan cuma RM 40. 

Tapi inai ni memang cepat pudar pun. 4-5 hari je dah pudar. Masa majlis di Seri Kembangan, kena pakai inai baru.

Tak payah ukir-ukir bagai. Kita pakai cara lama je. Sukaaaaa sangat-sangat pakai inai macam ni. Dekat kaki tu pulak buat keliling kaki tu, dekat tumit tu. Tahu kan ? Terasa ayu gitu, dah la pakai baju kebaya songket kan. Hahaha.

Emak yang pakaikan saya inai tau masa ni. Ada satu perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana bila emak pakaikan inai untuk saya. I love you emak !

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, September 28, 2011

Funny Keyword #2



Seriously saya tak faham sebenarnya dari mana datang idea nak kaitkan Izzatul Azma dengan model. Tolong jangan buat lawak please. Tak kelakar ok. Ingatkan dah habis dah keyword merapu ni. Ish ish.. 


Satu-satunya orang yang pernah buat statement panas ni Cik Lilred ni lah. Farihah, ko hengat senang aku nak korek balik Twitter ko semata-mata mencari tweet yang satu ni ? Hahahaa tabah kan aku..

Ko yang google tu, tau tak exaggerate tu apa ?

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, September 27, 2011

Jeans Bersaiz 26 Yaww


Suami belanja kita beli jeans :D

Tapi macam risau mana tau 3-4 minggu lagi entah-entah dah tak boleh nak sarung. Selera makan bukan main menakutkan sekarang. Ada satu hari tu, breakfast nasi lemak.. Lunch makan nasi. Dinner pun makan nasi. Aiyoyoooooooo. 

Korang yang dah kahwin, masih diet tak ? Macam mana korang diet ? Boleh ke sekadar memandang dari kejauhan je suami makan nasi, kita ratah lauk je *rolling eyes

<--- Nang if you LIKE

Monday, September 26, 2011

What's For Dinner Tonight ?

Alhamdulillah, selesai dinner malam ni. Hari ni suami saya tak sihat, demam. Kesian dia alololooorr.. 

Simple dinner for tonight,

Sup sawi, ayam goreng berempah dengan sambal belacan. Licin semuanya, senang hati saya :)

Btw, ayam tu kan saya gaul dengan serbuk kari, letak daun kari sikit, garam lepas tu perap setengah jam dalam fridge, lepas tu goreng.. Sedap dan rangup wa cakap lu..

<--- Nang if you LIKE

Candid


<--- Nang if you LIKE

Saturday, September 24, 2011

Resepi Kari Ayam

Semalam kan rasa bersalah sebab tak sempat nak siapkan breakfast untuk suami, walaupun beliau kata tak kisah.. Saya yang kisah sebenarnya, saya nak buat. Dengan senang hatinya. Tu la pasal bila tak sempat nak buat tu, rasa bersalah pulak. Over kan mak #macamkausorangjeadalaki

So, saya plan nak masak dinner special sikit. Haha special katanya. Takdelah special, tapi saya nak masak lauk kegemaran suami, iaitu kari. Hantu kari beliau ni :p

Ini dinner kitorang semalam, 


Simple aje. Kari ayam, baby sawi goreng, ikan masin, ulam dan sambal belacan.

First time saya cuba masak kari ni. Resepi mintak dari girlfriend. Jangan tak tahu, resepi sambal belacan pun mintak dari girlfriend. Haha, kantoi kan. Jadi nak share sini, mana tau ada isteri seperti saya tengah google resepi kari ayam simple ke kan :p 

Peringatan, resepi untuk rujukan amatur sahaja. Haha.


Resepi : Kari Ayam
Sumber : Girlfriend

Bahan-bahan

Ayam
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Herba 4 serangkai (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga)
Kerisik
Santan
Daun kari
Asam keping
Kentang
Serbuk kari

Bahan bertanda * dikisar/tumbuk

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar/tumbuk.
2. Masukkan herba 4 serangkai dan daun kari.
3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh likat bersama kerisik.
4. Kacau sehingga pecah minyak, lepas tu masukkan santan cair.
5. Masukkan kentang dan ayam.
6. Selepas kentang dah empuk, ayam dah masak.. Masukkan santan pekat.
7. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam, sesuaikan rasa.

Siap kari ayam kita ! :D

Eh, lupa nak cakap.. Kuantiti sila agak-agak saje sebab saya pun main taram je. Haha.

Tihihihi, selamat mencuba.


<--- Nang if you LIKE

Friday, September 23, 2011

PDA

Saya nak cerita sikit tentang Public Display of Affection (PDA) ni. Semuanya sebab girlfriend saya cakap, saya komen-komen di wall suami tu sort of PDA tapi tahap penerimaan tu kan bergantung kepada diri masing-masing. Kan ? Sesungguhnya komen-komen tu adalah komen yang biasa je (pada saya) tapi tu lah.. tahap toleransi kita pada PDA ni berbeza kan, subjektif.

Kita tengok ye jenis-jenis PDA yang biasa berlaku.. Saya copy dari website ni, malas nak translate sebab bila translate pelik bunyinya. Hehe.

Holding hands

PDA meter : Acceptable

Kissing

PDA meter : Acceptable, within limits

Declarations of love

PDA meter : Unacceptable

Pet Names

PDA meter : Unacceptable

Babying

PDA meter : Unacceptable

Space inavasions

PDA meter : Acceptable, but tacky

Ass smacks

PDA meter : Acceptable, but not advised

Hmmmmmmmmmm.. Sejujurnya saya pun tak suka tengok orang BERLEBIHAN (keyword penting ni) menunjukkan sayang di tempat awam ni. Berlebihan tu macam duk bergesel-gesel lah, bercium-cium lah.. Pegang itu, pegang ini. Tapi sekali lagi ditegaskan tahap penerimaan ni kan berbeza untuk setiap individu. So, mungkin apa yang saya boleh terima.. Korang tak boleh terima. Mungkin apa yang saya tak boleh terima, korang boleh.. Kan ?

Takpelah, kat sini saya mintak maaflah ye kalau dalam blog ke, FB ke saya ada menunjukkan unsur-unsur PDA yang berlebihan dan membuatkan ada pihak-pihak yang rasa jengkel.

Tapi apa susah, orang tu ada pilihan untuk menulis, dan kita ada pilihan untuk baca atau tidak, yedak ? :D

P/s sumber dari website ini www.askmen.com

<--- Nang if you LIKE

Bawal Power

Hari ni saya sorang-sorang aje kat ofis. Adalah sunyi dan bosan. Sebab takde orang kat ofis, saya sempat lari keluar pergi beli breakfast kejap :D


Hari ni pakai hijau hitam. Pagi tadi masa bersiap, suami tegur..

Syg punya tema hari ni hijau hitam ye ?

Hehe *sengih je

Macam pokoklah syg ni.. Hijau je..

Tapi pokok mana ada hitamlah !

Hitam tu syglah.. *big grin

Ko tengok, suami saya ni memang suka menyakat :)

Btw, hari tu kan suami bawak saya dinner dekat food court sebelah Sunway Giza tu. Alaa, ada dalam The List saya ni :P

Ini nama dia bawal power. Rangup krup krup. Boleh cari dekat food court area sana lah ye, tapi saya tak gemar sangat makan bawal, so biasa-biasa je :P

<--- Nang if you LIKE

Masak ke Makan Luar ?

Salam,

Hari ni saya bangun pagi dengan rasa bersalah pada suami. Sebabnya semalam saya tak sihat, tidur awal. Bangun pagi pulak lambat, tak sempat nak siapkan breakfast.

Sejujurnya, saya ni bukanlah pandai masak. Tapi sekarang ni semua kan kat hujung jari je, nak masak apa.. Google aje kan. Hampir 3 minggu menjadi isteri ni, boleh bilang dengan jari berapa kali saya memasak di rumah. Selebihnya makan di luar aje. Cuma breakfast aje yang saya akan buat hari-hari.

Nak tanya pendapat korang yang dah kahwin ni, kalau duduk berdua je selalunya masak ke makan luar ? Kadang-kadang kan, suami kita tak kisah.. Takut orang lain kisah pulak kan. Kadang-kadang suami isteri termanja tergurau lebih sikit dekat public pun, orang sakit hati juga kan ? Payah. Tak kahwin pun kena, dah kahwin pun kena ?

Eh kenapa para isteri yang rajin memasak tu, share lah sikit resepi apa korang selalu masak.. Saya ni suka yang simple-simple aje. Leceh-leceh ni tak suka :p


<--- Nang if you LIKE

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #6





<--- Nang if you LIKE

Tuesday, September 20, 2011

Cuti-cuti Cinta

Wihihihi, geli tak tajuk entry ? :P
Selesai je kenduri belah saya 3hb September hari tu, esoknya 4hb kitorang pergi Sabak Bernam hantar adik saya balik hostel. 5hb pulak terus ke Lumut.. Kalau dah ke Lumut tu, nak ke mana lagi kan.. Jom ke Pangkor kita :)
Jangan tak percaya, saya yang anak jati Perak ni.. Ini baru pertama kali sepanjang 25 tahun hidup jejakkan kaki ke Pangkor ni tau. En Suami pun dah pernah pergi rasanya. Saya je yang jakun :p 



Peace ! Laki saya ni memang pose kegemaran dia buat peace kot. Tak percaya ?


Kan dah cakap !! :p

Kat Pangkor weols jadi rider uols..  First time ni saya nak naik motor dengan lelaki. Saya dah la tak suka naik motor. Cuak kebebeh. Tapi redah jugak sebab sewa kereta adalah tak logik untuk dua orang je, nak-nak pulak jalan kat Pangkor adalah sempit dan mempunyai selekoh yang banyak. Memang rempit adalah pilihan paling tepat.


Rider sejati. Motor ni masa kitorang dekat Jeti Lumut lagi dah booking. Ada la orang yang deal dekat dengan kaunter tiket tu. RM30 satu hari. Okay kot kan. Tapi motor dia bagi buruk ok uols. Pangkor kan berbukit, masa naik bukit tu saya cuak je.. Kalau tiba-tiba enjin mati sebab tak berdaya membawa beban dua orang dengan beg yang banyak ni, acaneeeee T________________T Tapi nasib baik kejadian seperti itu tak berlaku, cuma bunyi motor semput je lah. Tergelak-gelak dengar bunyinya :D


Penuh muatan. Tak boleh tumpang dah ok.
Adik-adik saya tengok gambar di atas, dorang gelak bukan main. Amboi ! Tapi sumpah kelakar pun, dengan helmet kura-kuranya tu. Ya ampun..

Masa dekat Pangkor, kitorang stayed dekat Anjungan Spa & Resort atas cadangan Putri dengan KakDi. Oklah situ, dekat dengan pantai. Yang tak bestnya, gerai-gerai yang banyak tepi jalan dulu dah takde. Sebab sekarang diorang nak buat proper kedai kot. Construction di depan resort, memang tak berapa nak best lah kan.
Tak banyak aktiviti pun yang kitorang buat kat Pangkor. Pergi snorkeling tapi saya cuma memandang dari kejauhan je. Tak berani nak masuk air laut yang dalam. Lagipun pantai dia tak berapa cantik pun. Sekadar pergi cuti-cuti rehatkan diri bolehlah :)
Tapi, makanan dia best ! First day kitorang makan dekat Daddy's Cafe. Nasi dengan kari kambing dan sambal udang petai, fuh sedap ! First time juga saya try makan petai, cannot go lah :p Tapi makan situ sedap, dan banyak. 

Esoknya kitorang makan nasi campur dekat area Pekan Pangkor. Lagi best !!



Lauk-lauk kat kedai tu cuma ikan je yang ada. Ikan dan sayur. Maybe sebab perkampungan nelayan kot. Hehe, tapi ikan dia sedap. Fresh, isi manis. Dan murah. Nyums, dan adalah lapar la pulak membayangkan makanan petang-petang gini.

Sekian cerita cuti-cuti cinta kami ke Pangkor. Lepas ni kita cuti-cuti cinta ke tempat lain pulak :D

<--- Nang if you LIKE

Sekeping Gambar


Saya suka gambar ni, thank you girlfriend kerana share gambar ni dengan saya :D Sesungguhnya saya memang takde gambar kahwin sendirian berhad punya, yelah bila masanya nak bergambar guna kamera sendiri kan.. Kata kahwin :p So saya banyak tengok gambar kawan-kawan dan family tagged dekat FB je. Tak sabar owh nak tunggu gambar dari official photographer. Wihihihihihi.

Thanks pada yang share gambar dekat FB ye ! 

<--- Nang if you LIKE

Monday, September 19, 2011

17th September


Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan kami. Lepas ni tak payah nak fikir dah hal majlis ni semua, kita fokus pada kehidupan berdua pulak, cewahhhh :p 

Thanks sangat pada family yang banyak tolong dalam menjayakan majlis ni.

Dan thanks juga kepada yang datang, seronok tengok nampak ada muka-muka blogger yang datang. Hihihi, harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi ye :)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #5

<--- Nang if you LIKE

Wordless Wednesday #4

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, September 13, 2011

Izzatul Azma cantik seperti model


OMG ! Siapa yang google ni ? Siapa ? Siapa kamu di Shah Alam yang google ni ??? Kamu cari apa sebenarnya ni ?

Keji okeh. Haha dan sangat kelakar. En Suami gelak guling-guling, nak-nak lagi part

izzatul azma cantik seperti model

HAHAHAHAHA !!!

Sorrylah kecewakan kamu wahai si penggoogle. Saya ni takdelah cantik seperti model, tak juga paling cantik. Tapi izzatul azma love aziim tu dah betul dah tu :D

<--- Nang if you LIKE

Minnie Mouse

Sambungan entry beraya sebelum ni. Balik dari rumah Farihah, lepas Maghrib ada makan-makan pulak dekat rumah ex housemate. Ee, makan-makan saje. Hihihihihi, jaga-jaga Cik Salmah, awak tu ada satu lagi majlis minggu ni.. Karang baju sanding tak muat tak tahu ayokkkkkkkk *gulp!

Ye, gambar ni tak ready. Motif nak letak jugak sebab nak tunjuk tuan rumah tu :D Dia kannnnnn, ada baby gegirl kannnn yang comel sangat. Dah lah manja pulak tu. Manja dengan saya jelah, sebab dah biasa dengan saya sebelum ni. Kesian En Suami, dipujuk-pujuk nak pegang si gegirl tapi gegirl lari. Hahaha. Budak-budak tak suka kamu la sayang, lalalaa.

Ololooorrrr, muka manis ayu je. Senyum simpul malu-malu, haish. Geram.

Ini paling geram. Tengok gambar ni, rindu pulak kat ini budak. Grrr ! Tengoklahhhh senyuman dia tu, mencairkan hati.. Macam Minnie Mouse kan muka dia ? Haha, kena belasah dengan ibu dia karang cakap anak dia Minnie Mouse :p Babies are cute indeed.

Ops, jangan tanya bila nak ada anak pulak ye.

I baru 2 minggu kahwin, rileks la dulu !


<--- Nang if you LIKE

Monday, September 12, 2011

Pergi Beraya

Baru semalam saya sempat beraya dalam erti kata memang betul-betul beraya. Minggu sebelum tu kan ke kahwin. Manalah sempat nak ke mana-mana, raya kedua pun orang dah pasang pelamin semua. Otak pun mana dan nak rileks.. Fikir banyak benda. Syukur semuanya dah selesai :) Eh, belum selesai sepenuhnya. Minggu ni selepas majlis bertandang sebelah lelaki, selesailah, alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan.

Hari tu Farihah tweet buat makan-makan di rumah dia. Saya pun naklah pergi beraya :)

First time jumpa Farihah. Such a nice lady. Sebenarnya saya penyegan nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. En Suami pun kata ok je, last-last saya pun beranikan diri ajelah pergi beraya rumah dia :D

The foods were great. Sedap. Ayam masak merah yang pedas tak hingat nasib saya ni orang Perak reti makan pedas :p Cheesecake yang yummeyh, apa lagi ye. Oh, dan ada satu kuih tu.. Sedapppppp, saya tak tahu apa namanya. Pendek kata, everything was good :D Tak terasa baru jumpa pun, sebab kitorang pun rajin bertweet. Semua makanan hari tu dimasak sendiri ok, rasa kagum :D Untung Incikkaseh oit ! Haha.

This is Farihah's little brother. Tengok muka dipaksa ke apa tu bergambar dengan kakak. Handsome betul budaknya. Hihi. Dan lasak. Jangan main-main oh, silap gaya boleh kena smackdown dengan Dedek ni :p

Thanks babe atas layanan mesra anda membuatkan saya dan En Suami selesa di sana. Hihi.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...