Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Diet Yang Hancus

Tsk.. Sedang kecewa dengan diri sendiri ni :(

Kenapa lah sejak kebelakangan ni, kekuatan melawan nafsu makan tu makin menipis? Hoih, dah turun 5kg, lepas tu stop kenapa? Lepas tu dah asyik mengelat kenapanya? Patutnya bila ada kemajuan, mesti lebih bersemangat kan. Ini tak, lagi dilanggar pantangnya.

Bertahan lebih kurang 3 minggu je kot? Sheeshhh, loser !

Nasi tu masih boleh ditahan la keinginan dia. Tapi roti, mi, bihun.. Susah benor teman nak mengatakan tidak !! Ha, mula lah saya nak membebel pada diri sendiri ni.

Hey diri sendiri ! Kuat sikit. Lebih kurang lagi 4kg je nak kurangkan. 4kg bukan banyak. Kalau dalam Biggest Loser tu, kadang-kadang dalam seminggu je dorang dah boleh lenyapkan tau. Tapi kalau nak macam tu, kau jangan buat apa lah. Asal celik mata je exercise sampailah kau nak pejam mata karang :P

Oh, btw.. Ini kegagalan aku yang terkini.

Mi goreng daging yang yummy. Semua ni gara-gara pagi tadi baca blog Stilla lah ni. Terus aku mengidam nakkan mi goreng daging ni jugak. Yunk, kamu bersalah :P

Haha. Seronok kan. Diri sendiri yang salah tak dapat kawal nafsu tapi pandai je nak blame orang lain :P

Apa pun, mari bersyukur sebab masih boleh makan yang sedap-sedap. Alhamdulillah.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 7, 2011

Apa sudah jadi????




Huwaaaaa~ Apa dah jadi pada aku punya Atkins diet ni!!!!!!!!!!

Nasi, yes. I can avoid. And still avoiding. Dah lama tak makan nasi pun. Tapi lately ni nafsu makan ni tak beradap sangat. Itu nak makan, ini nak makan. Fast food, nescafe, biskut, mi, kuetiau semua dia sebat!!

Syukur je berat maintain tang situ je. At least tak naik kan walaupun takde penurunan. Tskkkkk. Sedihhh dan geram!!! :(

Izza, chayokkkk!! Kuatkan sikit azam tu. 4 bulan je lagi pun. Lepas tu hantam saja lah :p Eh tak tak tak, pas kahwin pun akan tetap jaga badan. Hik3.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, March 29, 2011

Diet still on track

Salam.

In case ada yang tertanya (masalahnya ada ke. ahhaha), aku masih berdiet. Cuma lost track je. Malas dah nak bergambar ke apa. Tulis pun malas. Tapi weekend ritu ada ngelat-ngelat gak. Aku pergi makan char kuetiau kat Porntip. Sebab ko lah ni yang :p Cey, tu dia sendiri yang ponteng diet, pastu salahkan orang sebab suggestkan tempat makan best. Hahaha.

Ini menu hari tu. Hari bila aku tak ingat. Sabtu kot. Hari apa pun dah tak ingat. Adoi.

Breakfast,Nyums~ salad dan tuna. Sedap. Nak-nak pulak sebab salad tu rangup. Krukkkk krakk bila makan :D

Lunch & dinner,Ayam beli kat Carrefour. Eh, jangan ingat aku habiskan pulak. Hengat jin ke hape nak makan sekor ayam sorang :P

Sekian cerita diet hari Sabtu.

P/s Berat masih tak timbang. Macam busy benar bunyinya rasa nak sepak-sepak je kan :p I need to buy my own weight scale lah.

<--- Nang if you LIKE

Saturday, March 26, 2011

Diet : Day 9

Salam.

Ikutkan malas nak update diet hari ke 9 ni. Haha. Sebab hancus, kantoi, rasa malas, rasa lapar, rasa nak makannnnn je semua ada dalam diri ini ! Hahahahantu betul lah !!

Breakfast ; 2 chicken slice with cheese + 1 bottle water

Lunch ; Fried foo chuk + 1 bottle water

Dinner ; Aku lenjan makan maggi kari + telur + cili api. Miahahaha. Teringin punya pasal, dah teringin tu makan je lah. Mana yang boleh tahan tu, tahan. Mana tak tahan tu, sesah aje lah.

Tapi 9 hari diet, dengan 8 hari tanpa nasi. Adalah satu pencapaian besar untuk diri aku yang dasar kuat makan ni :D Sebab tu lah pergi reward diri sendiri makan maggi T__________T Hahahaha. Baik punya cover line ek.

Apa-apalah, yang penting aku akan cuba bertahan berdiet selama yang mungkin. Tapi aku diet pun just untuk maintain macam ni je kot. Jap lagi tak tau pulak mana satu tiang lampu, mana satu aku. Hahah. Okay, tak lawak pun :P

Oh, satu lagi isu berkaitan diet ni. Kita pun tau kan lain orang, lain diet ni. Si A mungkin diet kalori, si B mungkin diet Atkins, si C mungkin diet nasi dan banyak lagi mungkinlah. Jadi yang penting kat sini kita ikut apa yang kita percaya, tapi jangan memperlekehkan pilihan orang lain. Belajar respect orang lain sikit ;)

Okay, goodluck semua tukang-tukang diet di luar sana !

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 25, 2011

Diet : Day 8

Salam.

Ada orang yang dah boring tak baca update menu diet ni? Angkat tangan sikit nak tengok. Hehe. Takyah lah boring ek. Kan bagus aku share menu-menu diet ni. Kot sapa nak diet boleh lah amik idea nak makan apa kan kan kan? :P

Breakfast ;

2 bijik telur rebus + mayo + air satu botol

Jujurnya aku tak lalu makan telur rebus. Rasa terpaksa je telan. Haha. Next time aku akan buat telur setengah masak ataupun goreng je terus.

Lunch ;

Ikan keli sambal + sayur kobis + air satu botol

Pastu pukul 4 rasa lapar, makan chicken slice sekeping :D

Dinner ;

Telur dadar bungkus. Ini sedap. Nyumsss~

Nak buat senang sangat. Goreng telur dadar 2 bijik. Sapu nipis tuna mayonis. Inti dia tu, potong salad halus-halus, potong dadu chicken slice lepastu gaulkan dengan sos lada hitam + sos cili. Bungkuskan. Siap! :D

<--- Nang if you LIKE

Thursday, March 24, 2011

Diet : Day 7

Salam.

Hari ke 7 yang tak begitu sukses. Walaupun begitu happy jugak sebab entry sebelum ni. Hehehe. Okay, fine. Aku perasan lebih :P

Breakfast,1/4 tuna = 2 carbs

Ayam brand tuna ni carbs dia rendah. Boleh makan. Yang brand lain aku tengok semua tinggi-tinggi belaka.

Lunch,
Kantoi hokeh. Tapi makan suku dah loya. Sebab berminyak. Ataupun maybe perut dah biasa makan lauk je? Haha. Itu gedik. Frust dengan suku kuetiau yang dimakan, perut masih lapar. Order dua bijik telur setengah masak. Lagi sodap.

Dinner,Chicken chop. Fries dan sos tu menu terlarang tu sebenarnya.

Siapa-siapa nak diet, janganlah tiru cara aku yang kurang berdisiplin ni. Pasal penurunan berat badan, aku tak pasti sebab aku tak timbang lagi. Selanjutnya pasal Atkins diet, nanti aku rajin dan ada masa.. Aku buat ye :D

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, March 23, 2011

Diet : Day 6

Salam.

Sorrylah merasa korang hari-hari dok ngadap menu apa aku makan je kan. Memanglah takat benda makan je kan, kadang-kadang berulang. Tapi aku just nak ada rekod pemakanan aku. Sila bersabar ye. Sambil-sambil tu kalau ada cerita lain, aku update jugak pasal lain eh.

So, macam tak percaya tiba-tiba je dah sampai hari ke6. Apsal rasa dah lama gila diet ni? Haha. Tu dia, penantian satu penyeksaan :p Tapi nak kata ini 6 hari yang berjaya tak jugak, kan dah cakap hujung minggu hari tu kantoi nasi T____T

Breakfast,
Scrambled egg + mayo with salad. Yummeyhhhh!!

Yes, boring taw hari-hari dok ngadap telur je. Memang banyak lagi benda lain boleh makan, tapi untuk breakfast memang aku prefer telur je sebab paling sonang kan. Hengat aku ada masa sangat nak bangun awal-awal weekdays untuk prepare breakfast? Ini pun sekarang bangun jam 6 pagi. Cecepat siap, sambil siap rebus telur ke apa ke. Hentam je, janji perut terisi.

Lunch,
Dinner,Dinner was made by none other than, yours truly. Hehehe.

Daging beli yang dah potong siap kat Carrefour, marinate pastu bakar dia. Hias-hias sikit dengan salad kasik nampak cantekkk :p Asyik dok ngunyah salad je semalam. Breakfast sulam ngan salad, dinner pun sama.

Rasa tak sabar nak timbang berat weekend ni. Harap-harap paling kurang pun tolongla turun 1 kg :D

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, March 22, 2011

Diet : Day 5

Salam.

Alhamdulillah hari ni everything back on track walaupun aku ada macam ngelat jugak sikit. Haha. Apa daa. Pendiet tak tegar lah aku ni :p

Breakfast, tak sempat nak buat. Pergi cari benda makan kat 7e, jumpa ini je yang best

Carbs = 2g

Lunch,

Makcik kedai tu dah risau tengok aku tak makan nasik. Padahal I steady je ni makcik. Don't worry, tak makan nasik tak bermakna tak kenyang kan.

Dinner,

Ngelat. Teringin karipap. Beli karipap sardin kat Esso, layan dengan cappucino. Nikmatnya dapat merasa air manis semalam. Ngahahahha. Macam ni punya gaya diet, boleh ke berat aku turun ni. Haih.

<--- Nang if you LIKE

Monday, March 21, 2011

Diet : Day 4

Salam.

Dimaklumkan berita buruk, diet di hari keempat saya. Resultnya HANCUSSS!!!

Breakfast je yang ok,

Telur setengah masak + cheese + air masak satu botol

Lepas tu, agenda semalam pergi kenduri cukur jambul anak kawan Iim.

Sangat comel buaian baby ni :)

Okay, nak cerita ni macam mana boleh kantoi. Biasanya kalau kawan en tunang yang ni buat majlis makan-makan, akan buat kat rumah dia which is area Sg Buloh. Lepas tu semangat lah pergi rumah dia kan, pukul 2.30 kot dah time tu. Perut menggelegak dah. Sekali bila sampai rumah dia, tengok berkunci okeh. Hahaha

Rupanya kenduri kat rumah mak mertua dia kat Batu Caves. Berkejar lah ke sana pulak kan. Aku dah diam je, kerana perutku terlampau lapar. Karang banyak cakap kang, banyak tenaga pulak guna :P

Sebab en tunang risau je tengok aku macam orang lapar sesangat sampai bad mood, dia pergi singgah kedai mamak belikan aku ayam goreng. Hahahaha. Buruk perangai okeh cik Izza ni. Nasib baik dapat kekasih yang baik hati :D

Jadinya pepaham la bila perut dah lapar gila mendidih, sampai sana pulak. Niatnya memang nak makan lauk je. Tapi.. bukak bekas nasi tu, nampak nasi putih berasap-asap.. fuhhhhhhh. Tergodaaaaaaaaaa!! Rasa macam sedappppppppp sangat. En tunang dah ingatkan aku dah, jangan. Pergi makan lauk je. Tak payah makan nasi. Tapi emo, cakap en tunang tak kasik aku makan! Hahah. Ye, perangai memang buruk. Kalau dah lapar tu, perangai menjadi bertambah buruk :P

So, kesimpulannya lunch semalam makan nasi. Tsk.. Hancus rekod aku 3 hari tak amik nasi T____T

Sebabkan lunch dah kantoi, dinner aku bantai mi goreng daging. Lantakkkkkk!

Tapi, hari ni chayok-chayokkk. Start balik diet :)


<--- Nang if you LIKE

Sunday, March 20, 2011

Diet : Day 3

Salam.

Memandangkan aku sekarang konon-konon ON DIET kan. Maka, hari-harilah akan aku update food diary aku. Aku malas nak buat satu blog lain untuk diet ni, maka semua aku sumbat sekali kat blog lah ye. Okay kan? Tak rasa semak kan?

Hari ketiga, breakfast telur setengah masak 2 bijik + air masak separuh botol
Telur setengah masak menjadi. Yippie!! Itupun dah nak jadi telur rebus dah dia. Ish.

Lunch,
Rendang paru + bayam + tofu + air suam segelas (Haha, segelas je. tapi balik office teguk air banyak-banyak gak taw)

Dinner, Telur dadar 2 bijik + sup brokoli + air masak satu botol

Actually nak makan ikan untuk dinner tapi aku pemalas nak singgah kedai beli barang basah. So, balun je lah apa yang ada kat rumah kan.

Nota : Aku buat diet Atkins. So mungkin menu aku adalah tak sama macam menu orang lain yang diet ikut cara lain tu. Nanti ada masa, aku story lebih banyak pasal Atkins ni ye. Sekarang ni, dua blog ni lah jadi rujukan aku. @Kakty dengan @Dzul. Bolehla klik-klik sana dulu ye.



<--- Nang if you LIKE

Saturday, March 19, 2011

Diet : Day 2

Salam.

Ni cerita hari kedua aku berdiet. Ceh, nak ngaku diet pun malu buek kena gelak dek orang je sebab diet main-main kan :p

Breakfast ; Telur rebus 2 bijik + air masak satu botol

Actually nak buat telur setengah masak, apakan daya masa nak ketuk pecahkan telur tu, sekali tak pecah daaa. Terlebih rebus kot ni. Sebelum ni, dah dua kali terkurang rebus. Telur tak masak. Tapi takpe, dah dapat tips dari @Lilred dengan @Chika.. Harap lepas ni telur setengah masak akan menjadi :p

Lunch ; Ayam goreng 2 ketul + sambal belacan + air masak satu botol

Dinner ; Bihun sup ayam + air masak satu botol

Tak berapa okay ni. Tapi nafsu tak kuat sebab en tunang bawak dinner kat JJ Balakong. Buat pejam mata je lah ni sebab carb nya lebih kurang 10 g (err, muka risau)

Tapi kan tak sodar diri jugak lagi lah minah ni, dah la ngap bihun sup.. Ngap jugak blueberry cheese tart. Share dengan en tunang.

Si mata sepet sebelah :p

P/s Perut aku dah kembung asyik minum air je. Sampai ada tahap rasa tak lalu sangat dah nak nelan air kosong tu T_T

<--- Nang if you LIKE

Friday, March 18, 2011

Diet : Day 1

Salam uols.

Ni dia orang yang duk pung pang pung pang nak diet tu. Diet main-main dia ni. Saje je taw. Karang gemuk baju nikah tak muat baru dia tahu kan.

Dinner hari tu makan steamboat style sendiri :p Rebus-rebus je, cicah ngan sos. Actually kalau nak diet, tak elok makan benda ni. Sebab ia benda yang diproses kan. Aku pun tak tahu motif aku nak upload jugak gambar ni :p Tehehe. Gambar ni takde kaitan ngan kisah diet main-main aku ni :D Saje gatai upload.

Okay, lepas tu beralih kepada breakfast pagi semalam. Di mana hari yang kononnya budak ni nak start Atkins diet dia tu kan.

Breakfast ; seperti yang dah disebutkan dalam entry sebelum ni.

3 slices smoked chicken - Lulus
Air masak satu botol - Lulus

Okay, mari kita lihat lunch pulak..
Ayam sambal seketul - Lulus
Tempe - Tak pasti. Lulus kot
Sayur hijau - Lulus
Air masak satu botol - Lulus

Bagus, bagus.. Tengok dinner pulak.

Perghhhh !!!!! INI KANTOI BESAR JANG OI !!

Breakfast dan lunch dan cantik kan. Alih-alih pergi spoiltkan dengan ambil lauk dinner macam tu. Bukan masalah masak lemak cili padi tu, tu takde hal. Yang ada hal tu, sotong tu ha. 4 ekor kot dah selamat berada di dalam perut T____T

On my defense :p aku beli stok barang basah sehari sebelum aku bercadang nak buat Atkins diet ni :p so kenalah habiskan kan ? Hahahahahantu punya pendiet !

Hari first pun dah kantoi besar ??? Apa daaaaa!

<--- Nang if you LIKE

Thursday, March 17, 2011

Atkins Diet

Salam.

Korang tahu tak Atkins Diet tu apa? Aku tak tahu mula-mula, tapi lepas Kak ty berdiet guna cara ni, barulah aku tahu.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. <-- Of course copy kat blog Kak ty. Hehe. Apa yang aku paham, diet ni jenis low-carbs. Tak boleh lebih dari 20 gm carbs sehari kalau nak kurus! Kalori pulak tak diambil kira. Means boleh makan je macam mana nak, tapi kurangkan karbohidrat. Hee, yang aku mengulas panjang pasal Atkins diet ni bukan apa. Ingat nak try lah tapi dah 3 hari bertangguh ok. Tension saya. Hari ni kata esok, bila dah esok kata esok lagi. Sudahnya dah 3 kali esok dah ni :( Tak kuat semangat langsung kan. Tapi nak diet, tapi lembik. Jiwa tak kental. Ye, tahu ada yang cakap dah kurus dah tuuu. Tak payah diet. Eh, perluuu. Korang tengok gambar mana tahu kan. Mungkin aku seorang yang pandai mencari angle nak ambil gambar bagi nampak kurus. Ataupun mana gambar yang gemuk aku tak upload kat blog. Hahaha. Sekarang berat aku 57 kg ok. Berat kan. Dengan penuh rasa bangga pulak bagitahu kat tempat awam ni. Haha. Nak kurangkan kepada 53 kg ni. Helo, 4 kg pun payah bebeno ke nak buat. Makan tak banyak sangat dah sekarang, dah kurang makan. Tapi mungkin tak kena cara, berat duk tang tuuu jugak. Exercise pulak, hmm. Hehe. Macam takde je :p Kalau ada pun, tebiat aku sekarang tak guna lif. Naik turun menggunakan tangga. Tapi rumah aku tu pun tingkat 5 je, bukan tingkat 15. So kesan tu takde sangat kot :p Ni hari ni konon azam baru lah, nak start diet. Jadi, hari ni Breakfast, 3 slices smoked chicken Air masak satu botol (tataw brape liter) Lunch, Ayam seketul + tempe + sayur hijau + air satu botol Nantikan selepas ni sama ada kantoi tak masa dinner :D Korang bagilah semangat dekat aku ye!! Oh ye, sebelum kondemn apa-apa pasal diet ni.. Tolong rujuk website Atkins dulu. Ataupun boleh tengok kat blog diet Kak ty :D Kak ty, takpe kan saya linkkan ni?

P/s Lupa nak cakap, tinggi aku 163cm :D So Weiyda, kalau berat aku 38kg, apa je yang tinggal???? Miahahaha

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...