Tuesday, July 31, 2012

Family is my priority

Dalam hidup saya, saya memang letakkan family yang teratas sekali. Whatever it is, family comes first. Tak ada siapa yang boleh bagitau saya supaya buat sesuatu benda yang membelakangkan family saya. Lagipun saya ni sebenarnya seorang yang degil, dah kalau namanya degil tak payahlah orang nak bagitau saya kena buat macam tu, macam ni untuk jadi sekian sekian. Bukan saya tak boleh terima pandangan, tapi kalau setakat cakap cakap kosong tu, hentikan je lah. Sebenarnya saya marah ni sebab bila saya nak balik kampung, ada pula yang cakap kalau balik kampung selalu, macam mana nak simpan duit. Sebab tu lah tak boleh nak simpan duit, sebab asyik balik kampung. Cuba cakap, sebulan sekali tu kerap ke ? Sebenarnya saya memang tak amik port pun apa dia cakap tapi saya cuma nak bagitau je, serius anda mengjengkelkan sangat.

Jadi, minggu lepas saya spent weekend di kampung. Lama sungguh tak balik. Last balik awal bulan June. Tsk. Gerak hari Jumaat malam lepas berbuka, plannya nak berbuka dalam perjalanan nanti je tapi saya ni balik kerja dahla pukul 6.30 baru sampai rumah, lepas tu kemas rumah lagi buat itu ini sedar sedar dah azan heheh. Sampai rumah pun dah tengah malam. Mak saya masak mi bandung pulak tu heheh yayy sedapnya.

Dekat rumah saya ni, memang jenis sahur meriah. Semua orang kena bangun sahur. Selagi tak bangun, selagi tu ayah bising kejutkan hahah. Masa sahur, mak akan masak macam macam lauk panas yang sedap sebab nak pancing selera anak anak :') Biasa kat rumah, kitorang akan bangun sahur pukul 5. Makan makan makan sampailah waktu imsak.

Hari Ahad pulak, suami kata tak kisah kalau nak balik lepas berbuka. Cuma harapnya jangan jammed ajelah jalan kan. Yang bestnya, mak nak masak apa semuanya mengikut selera saya heheh syioknya mak kata teringin nak makan apa apa, bagitaulah hewhew bestnya selera dilayan begini :P hari tu kitorang start masak awal, dalam pukul 1 lebih dah start masak, sebabnya nak kena hantar adik saya balik asrama dekat Gerik. Dah alang alang tu nak singgah jenguk opah sekejap dekat Gerik juga.

Masa sampai rumah opah, saya rasa sayu sangat tengok opah tinggal seorang. Rumah opah pun dah tak macam dulu. Bahagian belakang dah ada rumput yang meninggi, pokok pokok pun macam tak terjaga. Sedihnya hati saya tengok. Mak ajak opah tinggal dengan kami masa bulan puasa tapi biasalah orang tua selalunya mana nak tinggalkan rumah sendiri kan. Lagipun opah ada kawan dekat situ, alasannya kalau datang rumah anak anak nanti kesian jiran takde kawan. Setahun lebih dah saya tak menjejakkan kaki ke rumah opah ni. Dari sebelum saya kahwin tahun lepas. Memang lama sangat. Rumah opah ni jenis rumah tiang. Saya tengok tangga nak naik rumah opah pun dah ditukar papan dia supaya lebih kukuh. Kalau anak tangga yang lama tu, kecil kecil aje kemungkinan nak jatuh ikut celah celah tangga tu memanglah tinggi heheh.

Masuk je rumah opah, saya terasa macam kecilnya. Terasa sempit rumah opah. Rumah tempat kitorang berkumpul ramai ramai setiap kali raya, kenapa saya terasa lain sungguh. Jenguk dapur opah, rasa suram je. Padahal bila semua berkumpul, memang meriah sangat. Ini pertama kali suami sampai ke rumah opah. Saya tengok opah gembira cucu datang jenguk, asyik peluk cium sebak hati saya ni. Tapi ralat juga sebab kami mengejar masa, nak cepat nak balik berbuka dengan mak ayah saya kat rumah pulak, kalau tak mesti boleh temankan opah berbuka. Takpe, raya nanti saya balik rumah opah lagi ye :')

Korang dah balik berbuka dengan family bulan puasa ni ? Minggu depan nak balik rumah mak ayah lagi yayyyyyy !!



Thursday, July 26, 2012

Restoran Lontong Klang

Beberapa hari ni saya asyik terbayangkan lontong lah. Syak ini adalah pengaruh Mek Kuantan tu jugak, asyik masak lontong je kan. Sebenarnya senang je nak buat, tapi saya malas. Hehe aci tak ?

Maka, kalau dah teringin tu.. Nak nak lagi bulan puasa ni, harus dapatkan jua hoyeahh. Lepas tu saya ni mengada pulak, taknak lontong lain. Nak lontong Klang jugak sebab katanya sedap. Yelah, kata teringin sangat kan, karang main makan je kat mana mana lepas tu tak sedap, tak ke boleh menimbulkan amukan ?

Nasib suami saya baik hati hari tu melayan karenah bininya ni. Heheh nasiblah bini kan, kalau tak kuasa jugak nak layan :P

Inilah lontong yang dimaksudkan !


Actually, restoran ni ada juga cawangan dekat Shah Alam tapi bulan puasa ni dia tutup pulak. Dah tu, saya tak sabar kot nak tunggu sampai raya nanti baru boleh pergi sana makan. Maka ajaklah jugak pergi ke Klang, tak jauh sangat pun, dekat depan area Pasar Jawa tu je. Dalam setengah jam dari rumah. Tapi kan, kawasan tu creepy lah, saya takut. Hahah jalan takut takut pandang keliling padahal sebelah pasar tu masjid, ramai je orang. Mungkin kawasan tu gelap kot itu yang rasa semacam.

Puas hati dah dapat makan lontong ni. Sambal sotong dia sedap ! Cumanya bayangan saya lain sikit sebenarnya. Saya terbayangkan kuah lodeh tu lebih kuning lepas tu banyak sayuran macam kobis heheh. Suami cakap lontong terbaik yang mama buat, memanglah sayang.. Masakan ibu tu kan yang terbaik sekali. Terima kasih ye dah menunaikan hasrat tekak saya yang mengada ni. 

Lepas ni kalau cakap teringin nak coconut shake dekat Klebang, agak agak boleh dapat tak ? Hahah




Wednesday, July 25, 2012

Sahur Ekspress

Salam, dah hari kelima pun berpuasa hari ni. Sekejap je rasa, tak sabar nak tunggu weekend ni, nak balik jumpa mak ayah adik adik wee bestnya nak balik kampung.

Semalam saya berniat nak masak, tapi bukanlah waktu berbuka. Kononnya berbuka makan kuih, ataupun mi ke apa ke yang ringan ringan dulu lah, lepas tu sementara suami ke masjid, bolehla saya prepare makanan. Suami balik dari masjid, bolehlah makan kan. Itu rancangan asalnya. Tapi, boleh tak saya bantai tidur pukul 9 ? Hahaha. Semalam memang penat melampau, perut sakit dari pagi tapi gagahkan juga puasa. Saya salahkan susu coklat yang saya minum di pagi hari. Perut ni memang tak boleh nak tolerate susu pagi hari ni pun tapi gatal ambil jugak kan, mendapatlahh T__T

Jadinya sebab saya dah mendapat tidur yang cukup seperti bayi semalam, pagi ni bangun nak masak sahur pukul 4.30 pagi. Patutnya dah siap goreng ayam, potong potong bahan yang nak dimasak hari ni malam tadi tapi dah katanya tidur awal, semua pun kelam kabot buat pagi ni jugak. Sambil masak nasi, sambil goreng ayam, sambil potong sayur semua. Ekspress sangat, bertenaga saya pagi pagi ni haha. Nasib baik sempat habis masak pukul 5.15 pagi, cepat cepat kejut suami ajak makan sahur. Alhamdulillah, sempat jugak saya siapkan walaupun lintang pukang dapur aku pastuh. Haha.

Lepas sahur, kemas dapur sapu rumah semua basuh baju siap bercita cita nak mop lantai lepas tu baru sedarkan diri, eh hari ni panjang lagi jap lagi belum petang dah flat macam mana T_T pas sahur hari ni tak tidur yayyy harapnya saya bertahan sampai ke petang. Jangan macam semalam, lembik habis naik tangga pun dah macam nak pitam. Itu satu hal lagi, lif rumah saya masih rosak tak boleh digunakan huwaaa hari hari panjat tangga 5 tingkat. Walaupun 5 tingkat je, tapi penat untuk saya yang stamina kurang ni :P harap harap boleh kurus hahahaha.

Hmm, nak berbuka apa hari ni ? :P



Tuesday, July 24, 2012

Hits


Rasa macam baru first time nak tampal hits blog ni dekat sini. Bukan apa, saya teruja tengok ramainya readers 2-3 hari ni. Err, ramai bagi sayalah. Janganlah bandingkan ramai saya tu dengan ramai blogger popular pulak.

Agaknya orang ramai cari resepi ye ? Apa pun, thanks sebab seronoklah tengok hits macam ni heheh :D



Monday, July 23, 2012

Nephew !

Hai, saya dah 14 hari (rasanya) dapat anak buah baru. Seronok sangat dalam lebih kurang 2 minggu ni membelek baby. Anak orang, saya yang lebih lebih :P



Saya pinjam gambar dari FB Along ni, harap Along tak marah :)

Comel kan, comel kannnnn ! Baby newborn padahal, bukan reti buat apa pun kecuali tidur kan. Dia lapar, dia bangunla menangis hehe tapi itupun semua orang duk mengadap dia 24 jam. Asyik paksa si kecik bukak mata hehe. Kesian dia asyik kena kejut je, semua orang asyiklah duk adik, adik bangunla.. Maka adik pun terkebil kebil la macam payah benar nak bukak mata dia tu tau, comel sangat ! :)

Ini baru gayanya anak orang, saya punyalah mengadap membelek tak jemu jemu ! Macam mana gayanya nanti kalau ada anak sendiri, nanti nak kena pergi kerja tinggal anak tskkk (emo sebelum waktunya :P) Dahla baby ni kan ada bau dia sendiri, oh sedap sangat yummy yummy !! Sedapnyaaa wanginyaaaa awakkk, maklang suka cium :')

Oh, lupa pulak. Nama baby comel ni Mohd Khalish Afiq (kalau Along masih tak tukar fikiranlah, heheh). Gambar atas tu kalau tak silap masa umur 7 hari la kot ? Sekarang Khalish dah botak, masih tetap comel seperti mula mula keluar. Rambut dia punyalah lebat siap boleh buat pacak pacak heheh :D

Ok, itu saja.. Bai !



Saturday, July 21, 2012

First Ramadhan

Alhamdulillah, dapat jumpa Ramadhan lagi tahun ni.

My first Ramadhan as a wife.

Rasa macam besar tanggungjawabnya, dua tiga minggu sebelum Ramadhan datang lagi saya dah nervous, cuak kebebeh. Yelah, selama ni pun memang biasa saya puasa sendiri, maksudnya dekat rumah sendiri.. Bukan dekat rumah kampung. Tapi masa tu kan masih anak dara, cuma perlu fikir tekak sendiri aje. Rasa malas nak bangun sahur, minum air dengan makan kurma je ataupun kadang kadang tak bangun pun. Sekarang tak boleh macam tu lagi, bukan tekak sendiri je yang perlu dijaga. Tekak suami tu yang lagi penting kan.

Macam pagi ni, saya bangun dalam pukul 4.45. Masak nasi, lepas tu goreng ikan bilis kicap je. Hehe simple sangat kan. Faktor utamanya, suami saya suka masakan sahur yang kering kering aje, contohnya macam ayam masak kicap je, ikan goreng garing ke, macam gitu lah. Faktor sampingannya pulak saya mengantuk, nak cepat masak lalu cepat makan dan boleh cepat tidur balik :P Syukur berjaya jugak bangun dan masak untuk bersahur walaupun ringkas aje kan.

Dah jadi rutin setiap kali bulan puasa, ayah akan telefon pukul 5 pagi kejut bangun sahur, tanya sahur apa semua. Yang tak bestnya bila tanya saya sahur apa, lauk biasa tak meriah pun. Tapi bila tanya emak masak apa, huwaaa terus semuanya terliur ! Haha kesian saya, nasib puasa di perantauan :P lepas tu dah biasa kalau bangun sahur ni mesti nak kena ada air panas, pembuka selera kan pagi pagi ni. Kalau kat rumah, emak saya biasa bancuh teh tarik ataupun teh o saja. Minum air panas segelas, lepas tu minum bergelas gelas air masak sampai rasa nak termuntah air balik pun ada -_-" ahh seronoknya puasa dekat rumah, tak sabar nak balik kampung minggu depan !

Harapnya tahun ni dapatlah nak puasa penuh. Harap juga dapat berterawih sebulan penuh. Kalaupun tak larat pergi masjid, saya akan ikhtiarkan untuk buat sendiri juga di rumah. Harap bulan puasa kali ni dapat membersihkan hati, membimbing diri untuk jadi lebih baik, amin.

Terlupa pulak saya, this Ramadhan also going to be the first to celebrate as a husband and wife for my two favourite girls. Seorang duduk serumah, seorang lagi PJJ. Harap tabahlah ok babe untuk PJJ ni, dapat bersahur dan berbuka 2-3 kali sebulan bersama pun dah ok kan :) Untuk girlfriend saya seorang lagi, hati hati ye, awak tu baru 2 minggu kahwin. Haha. Be good to your husband, ok? Ah, too much happiness and blessing in my life, alhamdulillah.

Salam Ramadhan semua !



Friday, July 13, 2012

Resepi Rendang Ayam Cili Api

Resepi dari Mek Kuantan, aku tepek sini ye mek. Senang nak refer lain kali. Hihi.

Ni gara gara dok sembang kat Twitter lah ni, terus saya teringin nak makan lemang dengan rendang ayam basah. Sedapnya. Alamak, teringin balik pulak. Tekak ni memanglah, sekarang datang musim mengada dia.


Resepi Rendang Ayam Cili Api

Bahan bahan

1 ekor ayam (potong kecil)
6 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Seketul kunyit hidup *
Segenggam cili api *
Lengkuas *
Halia *
4 batang serai *
Belacan
1 kotak santan kecil
3 gelas air
Kerisik
Daun limat purut & daun kunyit

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara cara

1. Tumis bahan kisar. Selepas seketika, masukkan belacan sehingga naik bau. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ayam. Kacau sebati.
3. Tambah santan dan juga air.
4. Masukkan kerisik.
5. Setelah ayam masak dan sebati dengan kuah rendang, bolehla matikan api. Taburkan daun limat purut dan daun kunyit sebelum dihidangkan.

**********

Resepi Na memang terbaik ! Tapi.. haa ada tapinya. Haha, saya telah termenderhaka kat resepi rendang ni secara banyak. Maksalah dia, sebenarnya saya lupa hehe. Lupa nak masuk kerisik. Na kata kalau tak masuk kerisik, hilang nikmat rendang -_- takpelah, percubaan kali pertama. Tapi tak tipu, rasa memang sedap. Ala, cukup garam gula sedaplah dia kan. Hehe cuma tak asli dahla kot rasa dia.

Lagi satu, saya skip santan tu. Guna susu cair. Saya kononnya nak makanan yang sihat aje sekarang, cuba skip yang berlemak lemak tu. Yelah tu :P ok juga rasa dia. Sebenarnya saje try test aje. Nasib baik menjadi. Dan saya pun taklah buat sampai sekor ayam. Dua orang makan je kot. Pandai pandailah adjust sendiri. Saya awal awal belajar memasak dulu, memang rigid. Mengikut resepi bulat bulat. Kalau tak cukup satu bahan tu jadi tak senang duduk. Tapi sekarang, dah malas sikit. Hehe masak ikut sedap lidah je lah. Janji rasanya sedap. Eksperimen di dapur katanya, heheh.

Tapi, lain kali saya nak cuba lagi resepi ni.. Nak rasa macam mana sepatutnya rasa rendang cili api yang sebenar ^_^


Wednesday, July 11, 2012

Resepi Cucur Roti

Saya dah pernah try resepi cucur roti sebelum ni tapi kurang menjadi bancuhannya, pasal apa entah. Lepastu semalam blogwalking, ternampak resepi cucur roti dekat blog Hana, mommy-to-be.  Senang sangat sangat pulak tu. Hihi yay nak try lah ! Thanks Hana !


Resepi Cucur Roti

Bahan bahan

4 keping roti *dicarik kecil
2 biji telur
Segenggam udang/ayam/daging (terpulang kepada diri sendiri)
Hirisan bawang
Hirisan cili padi
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
2. Kepalkan bulat-bulat. 
3. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga garing. Sedia untuk dihidangkan.



Monday, July 9, 2012

My Bestfriend's Wedding

After Gg's wedding, this is another wedding that I am looking forward to attend ;D

Another girlfriend's wedding ! Tahun ini memanglah tahun meraikan cinta. I was planning to slept over at her house a night before. But unfortunately saya telah jatuh sakit ketika itu. Takde masa lain nak sakit, time itu juga. So sorry girl.



Before the majlis. Sedang dup dap agaknya masa ni. Menunggu ketibaan rombongan. Hehe. I envy those yang berpeluang mendengar akad nikah oleh suami dan ayah ye. Because I missed that chance during mine.


Beberapa ketika sebelum bertukar status dari Cik ke Puan.


Mulanya Gg can't make it sebab dia ada event dekat sekolah. Tapi last minute, tiba tiba boleh pulak. But we keep it as a surprise hihi saje je nak buat pengantin terharu tapi kan, saya tak nampak pun pengantin nangis hari tu. Penat je pass tisu dari belakang masa selepas akad nikah tu. Haha


May Allah bless this friendship forever, amin.


And yeah, finally. 

Semua orang sudah menamatkan zaman bujang :) Selepas ini akan hang out bawa suami pulak, haha maybe bawak anak anak pulak ke, ewahhh :P

I did cried a little (little only ok, maybe bertakung je kot. Haha why so defensive, Izza) sewaktu akad nikah. Haha orang lain yang bernikah, saya pulak yang melebih lebih. Hihi dalam hati saya, rasa relief sangat. Rasa macam, yeahhh finally this is it !


Babe, selamat menjalani ibadah sebagai suami isteri. I know I'm not in the place to give you advice on how to be a good wife, but what I can say.. Menjadi isteri banyak pahala yang senang senang je nak dapat. I wish you guys happily ever after (cliche sangat. Haha). And Khairy, please take a good care of my girl.. I know you will. Happy newly wed !!



Saturday, July 7, 2012

Resepi Sup Ekor

Bukan semua orang makan sup ekor kan ? Hehe. Saya pun belajar makan sup ekor ni lepas kahwin. Memang lepas kahwin ni, macam macam lah benda baru saya belajar makan. Sambal udang petai lah, sup ekor lah, pulut makan dengan mangga (tapi masih tak reti makan, heheh). 

Mak mertua saya pelik tau banyak benda saya tak pernah makan. Contohnya hari tu mak mertua belikan asam, err nak explain pun tak reti. Asam jawa eh ? Entahlah, tapi rasanya asam jawa kot. Orang memang makan buat ala jeruk eh? Diorang beli kat Terengganu. Saya pun pelik tak pernah jumpa benda ni pun. Haha kalau yang dah siap buat asam merah tabur gula tu tahulah -_-" err tak pasti korang paham ke tidak. Hahaha.

Berbalik pada cerita sup ekor, hari tu tiba tiba suami balik dari pasar bawak balik ekor. Saya mula mula terbayang ekor siap ada bulu bulu huwaaa macam mana nak masak ni. Hahaha. Rupanya dah siap potong semualah, tinggal nak masak je ;D

Jom tengok cara masak sup ekor yang mudah ni. Kalau taknak buat ekor, boleh guna daging juga. Ini tak pakai sup bunjut ke apa tau.




Resepi Sup Ekor

Bahan bahan

Ekor (tak pasti berapa banyak tapi satu ekor tu lah)
1 labu bawang besar *belah 4 (saya guna bawang holland)
3 ulas bawang putih *ketuk
3 inci halia *ketuk
3 batang serai *ketuk
8 biji cili api *tumbuk kasar
3 biji limau nipis (kuantiti bergantung pada tahap kemasaman yang dikehendaki)
1 biji tomato *belah 4
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Masukkan separuh labu bawang besar, halia dan juga ekor ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
2. Tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan serai dan juga separuh lagi bawang besar tadi. Kacau sebentar.
3. Masukkan tomato, daun limau purut dan juga cili api. Tumis sebentar. Masukkan ekor beserta air rebusannya tadi.
4. Didihkan sup tersebut. Perasakan dengan garam dan gula. Perah limau nipis. Sedia untuk dihidangkan.

*********


Suami saya memang sukalah ! Yay, misi memasak sup ekor adalah berjaya, hihi. Cuma terpedas sikit lah, berapi mulut makan. Pedas pedas masam, dah rasa macam tomyam putih pun ada juga. Kalau nak rebus daging ataupun tulang ni, biasanya nak jimat masa kita guna pressure cooker kan. Rumah saya takde lagi pressure cooker ni. Mama kata biasanya rebus dalam rice cooker pun cepat empuk juga. Jadi, kita belasahhhh haha. Saya rebus dalam rice cooker selama 2 jam wuwuwu lama gilos eh. Hasilnya memang lekang betul daging dan tulang tu. Lagi satu, sebab saya ni ala ala pemalas juga hehe malas nak masak banyak lauk sekali, makanya dalam sup tu saya campak juga sekali carrot, ubi kentang dan juga saderi. Heheh.

Anyway, resepi ni olahan daripada sini ---> RESEPI SUP EKOR


Thursday, July 5, 2012

Gelagat Anak Bulus

Saya nak share baaaaaaaaaaaaaaaanyak gambar Ace Ventura ni. Geram betul dengan dia tapi tak boleh gomol sangat, tak berani dekat sangat pun risau bulu bulu dia tu hehe. Lagipun, jangan lupa.. Anak bulus ni garang kemain, pagi ni tangan saya dah tercalar sikit. Sibuk betul dia ni, apa yang orang pegang itu yang dia nak terkam. Tu yang terkena tangan saya :( 

Dia ni suka mengekor mana kita pergi. Kalau kita tengok tv, dia duduk dekat hall. Kalau masak, dia duduk dapur. Bila balik kerja, dah tunggu siap depan pintu nak gesel gesel kaki :') So ni gambar saya snap masa Ace teman saya tengok tv.



Posisi kegemaran. Kalau tak terlentang macam ni, dia meniarap kaki terlunjur. Haha comel gila badan dahlah panjang. Umur baru je lebih kurang 5 bulan tapi besar kemain.


Suka sangat main sepit rambut saya. Kadang tu elok tengah duduk, ataupun tengah baring ke datang cakar cakar rambut. Apa kau ingat besttttt ? Sakit ok t___t


Gebus. Tapi rasanya boleh gebukan dia lagi ni. Any tips nak gebukan lagi kucing tak ? ;D


Saya tengok time ni dia macam dah mengantuk. Macam lali je..


Kan betul !!!


Eh, bukak balik mata sebab bunyi camera o.O


Pejam balik. Memang betul betul mengantuk agaknya ni. Baru pukul 8 malam kot masa ni.


Hah !! Tersengguk sengguk sampai ke belakang kepala dia. Hahahahaa saya tahan gelak je masa ni hihihihi


Tak boleh tahanlah tidur duduk, tukar posisi. Baring terlentang macam ni lagi best.


Betul betul tidurlah rupanyaaaaaaaa T_____________T


Hati hati saya jengket kaki pergi belah sana sebab nak snap muka dia tau tapi terjaga jugak dia. Hehe. 


Comel kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !!!! Saya tengok gambar gambar ni pun senyum dibuatnya ;D tak sangka sungguh rupanya kucing sungguh adorable. Tapi saya bukanlah pencinta kucing sebenarnya. Saya cuma pegang Ace seekor je ;D



Wednesday, July 4, 2012

Pembaziran Makanan

10 bulan 2 hari bergelar isteri, saya masih belum pakar lagi dalam nak mengagak agak berapa banyak kuantiti patut dimasak untuk dua orang. Kalau nasi tu, tahu sangat dah cukup cukup 1 pot tu just nice lah. Tak terlebih, tak terkurang. Tapi kalau tiba tiba hari tu rasa nak masak special sikit ataupun hari tu selera jin datang, masaklah 1 suku ataupun 1 setengah pot. Yang saya selalu failed nak agak ni adalah lauk, terutama yang berkuah. Kalau yang masak ayam ke ikan goreng tu takpelah, tau nak agak. Dah dua orang, dua ekor lah yedak ?

Contohnya kalau masak sup ke, kari ke.. Selalu berlebih banyak kuah tu. Dengan isi isinya macam sayur, kentang, fishball tak habis. Isi utama ayam ke ikan ke daging tu of course lah langsai. Saya pulak jenis tak suka lah nak simpan simpan ni. Saya suka setiap kali masak, selesai tang tu jugak. Boleh nak cuci periuk semua tak perlu nak simpan simpan dah. Nak simpan pun, tinggal kuah aje kan dengan isinya tu lah. Ada orang kreatif, esok boleh panaskan balik tambahlah apa yang patut kan. Tapi, lalu nak makan dua hari berturut lauk yang lebih kurang sama ? Hari ni sup, esok sup lagi ? Saya tak berapa lalu, hehe. Jadinya, kadang buang je kuah berlebih tu. Sayang sungguh rasa.

Macam buat mi kari ke, mi sup ke, kuah banyak lebih.. Mula mula memang simpan lagi sebab fikir oh esok esok kita nak makan, kita celur mi je lah. Berhari dalam fridge, takde rasa nak makan pun. Sudahnya buang juga. Alahai, sayang sangat rasa main buang buang je makanan kan. Korang kalau memasak kuah kuah ni macam mana agak ? Ke memang normal la tu makanan berkuah ni selalu tak habis mesti ada je baki kuah dengan isinya sekali tu.. Kalau takat kuah je takdelah rasa sayang sangat kan.. Err sampai ke tidak entah pertanyaan saya ni. Hehee.

Lagi satu saya kalau masak sayur, tak reti nak agak banyak mana nak potong. Haha sayur ni kan selalu kecut bila kita masak.. Jadi masa potong biasanya nampak banyak, dah masak jadi sikit je kan. Atas dasar nilah, potong kemain banyak. Masuk kuali, ha kauuuu banyak gila sayur saya masak. Hahahaa takpelah makan sayur banyak baik untuk kesihatan kan (pujuk diri sendiri)




Monday, July 2, 2012

Tetamu Kami

Cerita minggu lepas, atau dua minggu lepas. Hehe. Kali pertama rumah saya menerima tetamu di kalangan kawan kawan :) punya excited ada yang sudi nak datang rumah juga, walaupun rasa penat tapi gigih juga nak masak nak menjamu mereka.. Saya masak mi kari hari tu, gambar dah upload hari tu --> Curry Mee, Homemade

Nak cerita apa pun dah lupa, maklumlah dah lama. Hehe tampal gambar jelah buat kenangan.



Lama gila tak jumpa Maya ni. Last jumpa dulu cinonet lagi. Sekarang bukan main petah lagi dia. Tapi mula mula sombong ohh dah nak balik baru nak cuit sana, cuit sini. Hehe


Paksa Maya senyum :P


Lawak ok, nak ambil gambar sama tapi taknak duduk dekat dengan auntie T______T


Terima kasih ye kakak dengan Sharil sudi datang rumah kami hari tu ;D


Sunday, July 1, 2012

Resepi Sambal Udang Petai



Fuhhhh, kenal tidak menu di atas ? Kalau tak kenal tu memanglah dia, dah terang lagi bersuluh. Hehe. Saya tak pernah makan petai seumur hidup ok. Tapi hari tu makan udang petai kat rumah in law, rasa sedap pula. Dah rasa sedap tu tak apalah, tapi duk teringat ingat. Tak boleh jadi ni.. maka jadilah menu sambal udang petai di hari Ahad yang indah ini ;D

First time saya masak sambal udang, tak sangka rasanya sedap. Hehe tak tipu tau, memang sedap. Mungkin sebab kali pertama saya guna cili kering rebus blend tu agaknya. Selama ni guna instant cili giling je, so dah reti guna cili kering tu, bye bye la kot cili giling ?

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan

Segenggam cili kering (bergantung kepada tahap kepedasan masing masing, potong pendek rebus atas api dulu sampai mendidih) *
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 tangkai serai *
Secubit belacan *
20 ekor udang size XL
Hirisan bawang besar
3 papan petai (bijinya dipotong dua)
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga harum. Teruskan kacau sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga cili sedikit garing dan pekat.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan juga petai. Kacau sebati. Kalau pekat sangat, boleh tambahkan air mengikut citarasa masing masing.
4. Masukkan udang. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau dan sedia untuk dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...