Wednesday, June 27, 2012

Sedondon

Saya ada satu tabiat, suka nak pakai sedondon dengan suami ;D 

Walauponnnnnn bukan semua warna baju saya beliau ada, dan bukan semua warna baju beliau saya ada kan.. tapi sedaya boleh nak bagi sedondon jugak. Nak nak lagi kalau pergi keluar jalan jalan, hihi. Rasa best pulak. Kalau saya iron baju kerja pun, selalu akan pilih warna yang sama :)



Dah pakai baju lain time ni, tapi gediks tengok suami pakai kemeja jalur warna hijau. Saya pun ada juga kemeja yang lebih kurang ! Hehee


;P



Tuesday, June 26, 2012

Kereta Rosak

Pagi tadi, on the way pergi kerja saya nampak ada seorang pakcik ni tengah tolak motor dia. Rasa sedihla tengok orang tolak motor ni. Nak lagi kalau pakcik pakcik. Pernah jugak nampak ada pakcik tolak motor, dengan ada anak dia sorang ikut dari belakang, pakai baju sekolah. Ini mesti on the way nak hantar anak pergi sekolah lepas tu motor rosak :( tapi pada masa tu, apa je yang mampu saya buat. Mampu tengok je lah, kita pun mengejar masa jugak nak ke pejabat kan.

Bila tengok orang kena situasi macam tu, rasa bersyukur setakat ni saya tak pernah lagi kena pengalaman stranded kat tengah tengah jalan. Contohnya, kereta tak boleh start ke apa ke. Tak dapat bayangkan macam mana kalau dekat traffic light, tiba tiba kereta buat hal tak boleh jalan ? Macam mana nak mintak tolong tu.. Ataupun tengah drive, tayar tiba tiba pancit ke. Huish, mintak dijauhkanlah dari saya. Saya ni dahla memang bukan jenis berdikari. Semuanya sangat bergantung harap pada orang lain. Dulu sebelum kahwin, bergantung harap dengan ayah. Alangkan ayah tu jauh, hehe. Kalau dekat, pening kepala nak melayan karenah anak dara ni (dulu :P). Sekarang dah kahwin, tempat bergantung saya tak lain tak bukan suami saya lah. Bab bab kereta ni memang serahkan pada dia ajelah tukang menjaganya :')

Tapi kan, saya bukan tak pernah berdepan masalah kereta rosak. Pernah. Masa tu dekat Sungai Petani, ada kursus kat sana. Malam tu, saya dengan kawan kawan keluar pergi Tesco Sg Petani. Ate, kat Sg Petani.. Tesco je lah yang ada masa tu. Haha. Lepas tu nak jadi cerita, time nak balik tu kereta langsung tak boleh start. Saya berdua je dengan kawan masa tu. Kawan perempuan pulak. Haaa eloklah dua dua tak tahu apa apa pasal kereta. Masa tu baru pukul 9 malam kalau tak silap. Masa tu still pakai Wira lagi. Try banyak kali tak boleh boleh juga. Ada Chinese couple ni kesian tengok kitorang, offer pinjamkan jumper. Cuba banyak kali tetap tak boleh juga. Maknanya bukan masalah bateri. Dahla try call suami (masa itu masih boyfriend), tak berangkat sampai ke sudah t____t

Akhirnya putus asa. Dah dekat 2 jam sangkut dekat parking Tesco tu. Call kawan suruh pick up. Takde pilihan, tinggalkan kereta dekat situ. Esoknya datang balik, bawak mekanik sekali.. Try tolak, boleh start pulak. Masa tu saya yang drive. Mekanik tu suruh drive pergi bengkel dia, dekat aje dengan Tesco tu tapi kena lalu traffic light lah apalah. Cuak kebebeh masa tu, macam mana kalau tiba tiba enjin mati kat traffic light t_____t tapi nasib baik berjaya sampai ke bengkel tanpa mati enjin. Haha itu pengalaman berharga saya tau. Tak pernah pernah kena kereta rosak ni. Itulah, masa pakai kereta dulu.. Bayangkan bertahun saya pakai, seingat saya.. Saya sendiri pernah bawak pergi servis adalah 2 kali kot ? Ke sekali ? Yang lain tu, ayah yang bawak servis, itupun bila saya bawak kereta balik kampung. Bukannya setiap kali saya balik kampung, saya bawak kereta kan. Phew, tak sayang harta benda betul.. Tapi sekarang dah reti sikit dah, hehe. Dah pandai dah, kena hantar kereta pergi servis ikut schedule :)




Monday, June 25, 2012

Tips For Getting Increments & Promotions




Tips di atas dari CLEO bulan July. Dah baca, tapi tak percaya. Haha in fact, saya langsung tak berminat nak mengenali bos saya. Konon tipsnya kalau kita kenal perangai bos kita, lebih senang untuk kita berbincang tentang increment dan promotion. 

Mungkin tips ni bukan untuk saya, tapi sesuai untuk korang. Siapa rajin, bolehla baca ;D


Friday, June 22, 2012

Resepi Bihun Goreng Singapore / Putih

Hari tu masa potluck, saya masak bihun goreng Singapore. Sungguh tak confident rasanya nak bagi orang lain makan hasil masakan saya -_- taaaaapi salah sorang tukang merasa masakan saya dah mintak resepi la, kwang kwang :P

Hehe itu bukanlah maknanya sedap sangat kot, biasalah isteri isteri yang baru belajar masuk dapur lepas berkahwin, share resepi tu kan perkara biasa :) so ni resepi dia ye Asna. Tapi gambar takde, hari tu kelam kelibut masak tak teringat nak amik gambar pun.

Bihun Goreng Singapore

Bahan-bahan

1 peket bihun - rendamkan selama lebih kurang 2-3 jam
2 sb udang kering *kisar
5 ulas bawang putih *kisar
2 sb lada hitam *kisar
3 sb lada sulah / putih *kisar
Satu mangkuk isi ayam
Satu mangkuk fishcake
Carrot - parut halus
Kobis - hiris halus
Sedikit kiub ayam *kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan isi ayam, fishcake. Kacau rata.
2. Masukkan sayuran dan juga sedikit air. Masukkan bihun. Goreng sehingga bihun lembut.
3. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Senang sangat kan ? Selamat mencuba ye ;)

P/s kuantiti lada hitam boleh disesuaikan mengikut selera masing masing.





Curry Mee, Homemade


Malam semalam, saya menerima tetamu. Excited sangat rasa bila ada kawan cakap nak datang rumah sebab ini first time. Haha. The girlfriends tak kiralah, they are practically a family kan. Jadinya dah alang alang tu, saya masak mi kari ! Kalau ikutkan menu masakan seminggu saya pun, memang menu semalam adalah mi kari :)

Kakak, saya harap masakan saya semalam memenuhi piawai selera akak. Hehe.


Sekarang dah rajin buat list ni setiap minggu. Sebab senang nak beli barang dapur. Dan hari hari tak perlulah nak fikir nak masak apa. Kalau tak, asyiklah tweet hari ni nak masak apa ye :P dah lama terfikir nak buat benda ni, asyik bertangguh.. At last thanks to Asna, atas kerajinan dia buat list ni.. Maka saya pun dah terpengaruh sekali. Hehee.



Wednesday, June 20, 2012

Random



My second dress from Poplook. Bestnya chiffon dress dia ni ;D bolehlah beli lagi next time. Hihi.


Ini sahur saya pagi tadi. Ye, hari ni puasa. Last minit baru nak ganti puasa macam ni lah gaya dia. Mula mula dah bangun puku 4.30 makan kurma dua bijik dengan minum air je. Baring, cuba tidur balik pusing sana sini tak terjaga. Yang suami tak sedar apa dah, saya kejut sahur pun dia cakap hari ni taknak puasa t__t last-last fikir dari dok terpusing pusing tak boleh tidur baik bangun makan nasi, kenyang pun ye. Hahaha. Tengok dalam periuk ada lagi nasi, yayyy mari kita goreng telur. Maka jadilah sahur seperti di atas, hehe.


Ini si anak dara, Ace Ventura. Jangan tertipu dengan muka comel dia tu. Garang dan kuat menggigit. Time dia nak manja cumalah di waktu pagi dengan waktu kita balik kerja. Pagi tu pun sebab satu malam tinggal dia luar bilik kan, haha padan muka dia rindulah tu bila pagi-pagi saya bukak pintu bilik je datang jilat kaki. Tapi awas, dalam 5 minit je macam tu lepas tu mula lah menggigit. Lepastu main lompat-lompat sana sini, monyet ke apa kau ni ?



Port favourite Ace setiap pagi. Suka tengok suasana kat luar kot. Hehe kesian kau Ace, tak pernah jejak tanah. Makan rumput pun, rumput organik tanam dalam rumah. Hehe inilah nasib duduk rumah atas langit ye ;D


Ok, bye !!



Tuesday, June 19, 2012

Home-cooked Meal Is The Best !

Lately ni saya terlampau suka makan burger ayam special with cheese. Gilo, tak hagak hagak selera kan. Dalam seminggu mesti nak sekali. Mana taknya kalau badan makin mengembang t_____t

Jadi, sebab saya asyik duk nak makan burger ayam special ni je hatta di tengah tengah malam pun, suami saya pun teruslah beli bahan-bahan nak buat burger ni semua. Haha. Tak perlu lagi nak keluar rumah tengah malam semata-mata nak mencari burger :P



Pandai suami saya masak burger yang sedap. Hehe terima kasih sayang, lain kali tolong masakkan lagi ye :*



Monday, June 18, 2012

Small Potluck

Ini plan ad hoc minggu lepas. Tweet punya tweet, terkeluar idea nak melawat rumah baru Ayein. Masa kenduri doa selamat minggu lepas, saya tak berkesempatan nak pergi. Kemudian, alang alang Asna pun nak turun area sini, timbullah idea untuk buat small potluck dekat sana.

Alah, 3 couples je pun. Hehe bukan ramai pun. Sejujurnya saya pun lebih senang berada dalam circle yang kecil macam ni dari circle yang besar, yang kita bukan kenal semua orang pun. Kalau gathering besar-besaran tu, teragak agak juga nak join. 

So, kali ni the potluck is ON !

Saya dengan gigihnya masak bihun goreng Singapore. Ahaks, taktahu rasa dia macam mana sebab saya tak rasa pun tapi suami kata ok, okaylah kot tu :P harap-harap tekak diorang yang lain pun rasa ok lah. Small potluck je ni, kitorang nak datang melawat rumah. Tapi taknaklah menyusahkan tuan rumah nak masak itu ini ke apa kan. Itu yang masing-masing bawak serba sikit. Asna pulak bawak piza. Tuan rumah pun masak jugak, nasi ayam. Memang kenyanglah kitorang petang tu asyik makan je. 



Seronoklah sekali-sekala berkumpul macam ni. Tapi Asna gerak cepat, saya dekat Maghrib baru gerak. Siap buat lawatan ke Paya Indah Wetlands lagi. Haha.

Bestlah tengok orang dah ada rumah sendiri ni, harap-harap murah rezeki lepas ni boleh beli rumah juga !! ;D



Friday, June 15, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

This entry have been drafted since a week ago, kalau tak silap. Recently, me and my girl we had some issue that makes me feel reluctant to continue writing this entry. But now as everything is going back to normal, yayyy mari kita sambung !!



Saya rasa sesiapa yang rajin baca kisah hidup saya mesti tahu saya ada dua orang girlfriends yang mukanya seiras, selalu orang confused, mesti nak cakap mereka ni twin.


Yes, memang sama muka diorang. Dah lah sama comel, ketinggian pun nak lebih kurang je. Saya si gadis tinggi ni terpaksalah kelihatan seperti kakak bila keluar bersama t________t


Antara semua girlfriends saya, saya orang terawal sekali yang menamatkan zaman bujang. Jadi, layanan tu dapatlah special sikit. Hehe lucky me ! Few weeks before I'm getting married, Gg & Zatil came to my house and we had a makan makan to celebrate our friendship. And to spend our very last time together before I'm being someone wife :')

No matter how much we want to deny it, but everyone get the fact that once you are getting married, things are not gonna be the same again as before. Right ?


One of the special treatments that I got as the earliest one to get married ; I have bridemaids ! Baju mereka sama lagi, they bought the same dress together just for my ceremony. Actually, I have prepared the kain for them but long story short, bad things happened and the kain was gone. 

I am one lucky girl to have them in my life.

For my ceremony, even it is hold during raya... 7th hari raya if I'm not mistaken, but they were managed to come early. 2 days earlier, I tell you ! During hari raya. Ada ke orang lain nak buat pengorbanan macam ni untuk kawan baik diorang :') Not to mention, Zatil did me a big favour, she sponsored my hand bouquet. From my engagement day, to my solemnization night.



Red and white roses for my engagement day


And lily for my solemnization night.


All are made with love by none other than herself.


Alamak, dah tengok gambar gambar ni jadi mengimbau kenangan pulak. Hehe. Rindunya kenangan tu.

Kemudian, ditakdirkan cuma beberapa bulan selepas saya berkahwin.. Giliran Gg pulak menamatkan zaman bujang. Tapi being a wife, masa saya sungguh terhad untuk beliau. I can't do the exact things she has done for me during my day. Tak payah nak cakaplah, during her engagement day pun I was late ! I can't have a sleepover at her place. I can't do this, I can't do that. Banyak rintangan dan halangannya. I felt bad, of course :(

Even during her ceremony, I can't be there early. I can't be there 2 days earlier. Not even a night earlier. I just arrived at her place in the morning during the day.



Ketika malam pernikahan. Waktu ni saya boleh spend dari pagi sampai ke malam dekat rumah Gg sebab suami pandai membawa diri, pergi melawat kawan beliau dekat area sana. Again, Zatil sponsored hand bouquet untuk Gg. Memang gadis hand bouquet la dia ni.

Malam tu, saya tak boleh tidur sana pun. I have husband. And I need to go back to my family's house as well. I promised her I will come early tomorrow morning. But, I broke my promise. Tsk. 


Sampai ketika Gg sedang nak berarak T_T 

I should be there sebelum dia bersolek lagi sepatutnya !! Dan tak dapat nak pakai baju sedondon dengan Zatil. We just followed the color theme ; purple.


Kan saya cakap, jodoh itu rahsia Allah. Only a week later, sampai pula jodoh girlfriend saya seorang lagi. 


Tak tahu nak cakap betapa gembiranya saya waktu ni. Sebab ini memang tak dijangka jangka. Boleh baca kisah percintaan beliau kat entry sini -> Zatil's E-Day

Tengok, inai kat jari Gg pun masih ada lagi ! Tak sangka kan, tahun lepas mereka jadi pengapit saya. Tahun ni, giliran mereka pulak. Jangan tak tahu, pengapit suami saya pun dah selamat melangsungkan perkahwinan beberapa minggu lepas. Jadi, ada betulnya kot siapa jadi pengapit, nanti cepat bertemu jodoh. Haha :P

Dan cuma tinggal lagi 2 minggu sahaja sebelum Zatil join the club. Dup dap dup dap tak terkata. Eh, saya pulak tumpang debar :P

And, again.. Of course I can't be at her place earlier :( One of the barrier is I'm working on Saturday. Another one, my annual leave is only 2 days left. Yeah, one excuse after another. The ceremony will take place on Saturday evening. So, I will try my best to stay over at her place on Friday night. Husband already gave permission. So girl, I will try my best ok for you.

I know, this is nothing to compare for what have you done for me. I'm feeling really guilty I can't do much for you. I want to be there. I want to help her doing this, doing that. I want to help her putting on her nikah attire. I want to watch her doing her make up. I want to sleep together with her during the night before knowing that after this we can't do that again. I want to have pillow talk with her. It's look like the time is running fast and I feel like we haven't spend too much time for each other lately. And I'm afraid I will lose her once she get married. Forgetting the fact that she already lost me when I'm getting married. I rarely pick up the phone at night. I rarely answer the phone during the weekend. I am one selfish woman.

I'm not always there when she need me yet she's always there everytime, anytime I need her. But, this time I'm NOT going to miss it. Perasaan saya sangat bercampur campur sebenarnya ni. I am very happy for her tapi dalam masa yang sama terasa sedih juga. Haha crazy woman. Emosi lebihlah saya ni. Tak sabar saya nak tunggu hari tu tiba !!

Saya berharap kemanisan sisterhood ini akan berkekalan sampai bila-bila walaupun kesemua kami telah berkahwin. Bergaduh sikit sikit tu biasalah kan, sebenarnya lepas bergaduh kita akan jadi lebih rapat. Saya tak sanggup gadaikan persahabatan yang berbelas tahun ini hanya kerana satu pergaduhan bodoh ;)



p/s wowwwww this is one very LONG entry ! Anyone managed to finish it ? ;D



Wednesday, June 13, 2012

Yang Simple Aje

Ha, dah start balik saya tempek hasil masakan yang tak seberapa ni. Maknanya semangat nak masuk dapur tu dah ada balik la kot :P

Hari ni balik dari ofis lambat. Lambat sangat. Lepas tu tak tahulah kenapa entah jammed gila 8.30 malam baru saya sampai rumah. Stress betul driving dalam jammed ni. Saya ni jarang jarang mengadap jammed. Sekali kena hadap, amik kau 2 jam terus !

Serius sampai rumah memang dah rasa longlai sangat dah. Baring mata pun dah nak terpejam. Suami pun cakap tak payah masak lah kalau tak larat, nanti dia masak burger ke apa ke yang simple simple lah. Tapi saya dengan semangat jitu pasal minggu ni dah mula buat menu masakan untuk seminggu, jadi kenalah semangat nak ikut jadual tu :P hahaha

Lagipun suami dah tolong cuci sayur semua. Senang je kerja saya, masak yang simple aje :) Memang kalau ikut list menu saya pun, inilah menunya hari ni



Bayam merah masak lemak dengan sambal telur ikan bilis. Simple sangat kan. Tapi takpelah, untuk perut kami je pun. Kalau nak masak untuk family tu, seganlah jugak kan kalau ini aje :P

Saya ni kan sukakan pujian dari suami. Jadi bila saya masak, mesti duk mengharap dia puji sedap. Walaupun dia makan dah tambah nasi dua tiga kali ke, saya tetap tertunggu tunggu pujian tu keluar dari mulut dia. Haha tak malu kan. Tapi biarlah, kalau bukan suami saya yang puji, siapa lagi :P 


Oklah, badan saya penat sangat ni. Goodnite semua.



Resepi Nasi Ayam Simple & Sedap



Oh, picture really doesn't do justice. Ini dinner kami semalam. Saya masak nasi ayam. The look maybe not so convincing but believe me, the taste is good. Well, at least to me and my husband :P nasinya pun tak jadi kuning sangat sebab nasi dah nak masak baru teringat lupa nak letak kunyit sikit. Hehe. Itu ada cendawan tu pasal nak habiskan stok. Lama lama dia memerap dalam fridge pun buat rosak je kan, jadi dalam sup ayam tu saya campur cendawan sekali. Hehe.

Nak buat dia sangatlah senang. Dalam lebih kurang sejam je dah siap prepare. Sambil buat ini, ko boleh siapkan itu. Sambil tunggu ni masak, boleh potong ni dulu. Gitulah, itu yang cepat.

Saya ikut resepi ni, senang dan simple. Yang penting rasa dia sedap. Trylah ye --> RESEPI NASI AYAM SIMPLE & SEDAP


Ni kali kedua buat menggunakan resepi yang sama, ada improvement lah dari segi rupa dan rasa heheh --> Nasi Ayam Simple



Monday, June 11, 2012

Birthday Party Cyrus

Saya kan mula mula kan, malas nak pergi birthday party Cyrus ni. Bukan apa, mak penyegan orangnya. Agaga. Tapi memikirkan saya duduk rumah pun bukan ada buat apa, dahla majlis tahun lepas saya tak datang kan. Hehe tahun ni nak bagi alasan lagi ?

Lagipun, lama gila tak jumpa Miera ni :) last jumpa masa dia datang majlis saya dulu, 9 bulan yang lepas ye ;D

Orang BBST tu cakap nak gerak lepas Zohor. Itu dia yang duduk jauh kan :P Saya yang duduk dekat ni 3 lebih baru keluar rumah. Majlisnya start pukul 2 petang. Lepas tu tersesat sesat pusing sana sini mencari Blok 8 rumah Miera ni. Adalah dalam setengah jam kot terpusing pusing dekat situ. Asyik asyiklah nampak Blok 1, 2, 3. Rupanya kena masuk ikut situ baru jumpa 8 nya T_______T manalah tahu, signboard tak tulis pun. Haha.

Elok saya sampai, dari jauh lagi dah nampak dah Mek Ena tu. Itu muka memang saya cam. Haha. Boleh dia tak cam saya, tapi cam suami saya pulak. Ko jangan macam macam beb. Haha. Nebes tau first time jumpa ni t_t Naurah pun elok je nak salam, siap kiss kiss lagi saya, hehee. Jadilah dapat jumpa kejap, diorang pun dah nak gerak balik time tu.. Katanya rekod tetamu terlama duduk situ. Hahaha.

Lepas tu, dapat jumpa Kak Ana juga. Dapat praktis pegang baby Zara, ngeh ngeh. Birthday boy pun masa mula jumpa, elok je mood dia boleh salam kiss kiss juga. Lepas tu dia dah taknak kawan dengan saya pun, tsk.

Happy birthday Cyrus ! Bestlah party awak. Auntie suka sangat char kuetiau dengan roti jala tu, sedap !! Hehe. Baju ibu awak tu pun meletup kebabom glamor betul. Itu baru namanya majlis harijadi kan. Esok esok awak kahwin, auntie rasa baju ibu awak mesti lagi glamor :P Ngeh ngeh. 

Baju ko memang cantiklah Miera, suka tengok !




Ini satu je hasil tangkapan di sana. Ena tu dah tak nyempat nyempat nak balik, laju jeeeeee tak sempat pun kita nak mengambil gambar bersama kan. Mehla turun Shah Alam lagi, kita pergi makan ayam penyet. 


Saturday, June 9, 2012

Tarikh Hari Bapa 2012

Orang selalu galak nak sambut Hari Ibu je eh ? Bila tang Hari Bapa, ramai yang terlupa. Betul tak ?

Macam Hari Ibu jugak, tarikh sambutan Hari Bapa ni berbeza mengikut tahun dan negara. Bagi negara kita, Hari Bapa akan disambut pada setiap Ahad minggu ketiga bulan Jun. Jadi, pada tarikh hari bapa pada tahun 2012 ni jatuh pada 17hb Jun, Ahad depan !




Ini ayah saya. Yang riak mukanya nampak sungguh garang sampai suami saya dulu masa datang rumah pun takut. Keke, itu sebelum kahwin lah. Yelah, belum kahwin kan haruslah ayah tunjuk garang. Dah kahwin ni ok je. Ayah saya ni kelakar dan kuat mengusik orangnya. Tapi kan kan, ada satu yang kelakar.. Ayah saya masih tak biasa bahasakan diri "ayah" pada suami. Hahahahaa selalu nak tergelak bila ayah mengelak nak guna perkataan ayah tu bila cakap dengan suami :P ayah... ayah.. Pemalu ye? Hehe.

Apapun, saya sayang ayah sangat sangat !!


Friday, June 8, 2012

Finally, I Changed It !

Dah bertahun saya pakai compact powder Silky Girl dan juga eyeliner In2It. Sebab mereka adalah best. Dan murah. Dah best dan murah kenapa nak tukar kan ?

Tapi, saya telah tergugat dengan loose powder Simply Siti milik si Nyna tu. Pandai dia mempengaruhi kakak sulung dia yang memang cepat terpengaruh ni tau. Kalau nak tahu, sebenarnya dulu saya hooked up dengan compact powder Silky Girl dengan eyeliner In2It tu pun sebab dia yang start pakai dulu la. Heheee. Kali ni, saya tewas lagi dan terpengaruh. Elok pulak compact powder pun dah habis, yessss just in time to buy a new one !!

Sebenarnya kan, bukan saya sorang terpengaruh ni. Kakngah pun dah tukar compact powder jugak. Haha hebat betul lah awak ni Nyna :P jangan esok esok Mirah pun nak tukar compact powder dah la. Awak patut buat marketing, ngeh ngeh.

So, saya dah bertukar dari compact powder Silky Girl ke loose powder Simply Siti. Harga jauh beza lahhhhh T____________________________T lama saya termenung tadi, nak beli ke tidak. Nak beli ke tidak. Nak beli ke tidak. Nak beli ke tidak. Last last, beli juga. Sebab best. Saya tahulah, dah selalu pakai yang Nyna dengan Kakngah punya. Haha bestnya ramai adik beradik perempuan ni kan. Cakap, apa je yang tak kongsi ???

Eyeliner pulak, saya try brand Rimmel. Sebenarnya cari In2It tapi Watsons tak carry brand tu kot. Tak jumpa pun. Last last beli je lah apa yang ada, dan ehemm masih dalam budget. Haha. Dasar kedekut. Yelah, ni kira pembakar semangat supaya at least lepas ni muka berseri lah sikit. Adalah jugak benda yang ditempek kan. Dari macam sekarang ni ha, kosong je. Tapi kat ofis bukan ada sapa pun nak melawa :P






Sekarang tak sabar nak pergi solat sebab lepas tu nak try make up baru kitewwww hahaha :P



Thursday, June 7, 2012

Dapur Kembali Berasap

Semalam saya rasa sungguh normal sekali. Balik kerja, keluarkan ayam, sayur semua yang nak dimasak. Sementara tunggu ayam thaw, sapu rumah, kemas dapur dan buat laundry. Selepas tu, mandi.. Solat, masak dan having dinner together at home. Bestnya. Lama sungguh rasanya tak dinner dengan suami di rumah. Dah sebulan saya gantung kuali tau tak. Badan rasa penat aje. Suami pulak manjakan aje kan, tak larat masak makan luar je :)

Alhamdulillah ada tenaga semalam. Ke sebab saya makan VCO ? Dah lama tak consume VCO ni, baru start balik aje. Sebelum ni asyik terlupa. Hehe.

Tapi yang saya mampu yang simple simple aje. Itupun tengah masak, rasa penat pulak. Saya kadang kadang rasa mengah atau sesak nafas lah. Pelik betul, kadang tengah bersembang dengan suami pun rasa sesak nafas, rasa penat. Ye ye, orang tua lah katakan :P Hahahaa

So, untuk dinner semalam saya berjaya masak sup petola dengan suhun dan juga ayam goreng cincai tu. Haha nampak ke ayam gorengnya ? Nampak capsicum je lebih tu T_T



Alhamdulillah, harap terus diberikan kekuatan selepas ni pun :)

Psttt, saya rasa kannnn suami rindu masakan saya kot ? Haha tiga kali beliau tambah nasi semalam :P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...