Saturday, April 30, 2011

Fenomena

Hi, salam ;)

Semalam balik kerja awal, ada hal sikit.. Lepas tu En Tunang ajak jumpa. Maklumlah, hujung minggu ni kami berdua balik ke kampung. Tak dapat lah nak dating :P Hihik.

En Tunang nak bawak saya pergi makan nasi curry dekat Sushi King, yang saya dah mengidam dari 2 minggu lepas. Tak sangka dia masih ingat saya pernah cakap teringin sangatlah nak makan nasi curry tuuu.. Hee, mekaseh sayang.. You are so sweet :)

So, kami ke Mid Valley semalam.

Ha, dah alang-alang ke Mid Valley.. Ada satu benda yang aku teringin sangat nak rasa. Yang asyik disebut-sebut dalam twitter nun. Tukang start fenomena ni Kak Jemah tu ha, lepas tu sorang-sorang menggelupur carik.. Mula-mula Peej, lepas tu si Farihah tu.. Lepas tu Ceera, elok pulakkkkk si Ceera tu bako-bako akuuu kan cakap sedap semua wajib rasaa.. Aku ni mana boleh kan :P

Jadinya,

Nyums~ Pancake durian sudah di tangan ! Ahaks

Sedap, memang rasa durian sebenar. Aku rasa kan inti dalam dia tu memang durian, cuma dibungkus dengan kulit luar tu kot? Kot lah. Ahaha.

Kedai dia, eh bukan kedai.. Dia macam booth tu.. Kat depan Big Apple nun. Pegi lah korang cari sana kalau nak rasa. Hehe. 10 ketul = RM 6.

Kelasss weh makan durian dalam mall. Haha. Lepas tu masing-masing cover, sendawa bau durian. Wakakaka :P

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 29, 2011

Pre Wedding

Hi, salam semua ;)

Dua tiga hari ni saya asyik berfikir perihal pre wedding shoot. Nak buat ke taknak buat ke.. Ada kawan En Tunang nak sponsor tapi.. Dia nak buat video. Dan saya tak reti nak berlakon ! So, saya prefer kalau kita shoot photos sahaja. Hmm.

Bakal-bakal pengantin, ataupun mantan pengantin.. Kalau ada terbaca blog saya ni, sudilah bagi pandangan. Perlu ke tidak sebenarnya pre wedding photoshoot ? Ke bergantung pada diri kita sendiri nak ke tidak. Ikut selera masing-masing lah kan.. :|

Ikutkan hati perempuan saya ni, semua benda pun nak. Macamkan sekali tu je kahwin kan. Eh, memang kahwin sekali tuuuuuuuuu je punnnnn :P Tapi yang bagusnya, En Tunang pandai merasionalkan saya ni. Kehendak biarlah berpada dengan poket, ahaks. Kalau mampu, kita buat. Kalau tak, kita buat takat yang termampu aje kan :)

Ni baru mintak quotation baru dari official photographer (OP) saya. Kalau nak include pre wedding shoot, berapa extra chargenya.. Oh ye, haah. Saya dah jumpa saya punya OP :) Alhamdulillah dah setel hal ni.

Eeeee.. Suka melalut kan. Tadi nak tanya pasal pre wedding pastu dah menceceh entah ke mana. Hihik.

Sebenarnya kan, aku dah siap beriyer memikirkan tema dan konsep pre wedding sebab salah paham hari tu, ingatkan kawan En Tunang nak shoot gambar. Sekali dia suggest buat video, sebab kawan dia ni memang kerja dia shoot video ni. Alahai, pening dah kepala.

Patut ke buat je video tu, ataupun hire photographer untuk buat pre wedding shoot? Jujurnya aku tak berapa yakin sebab tak pernah tengok orang buat pre wedding video, kalau gambar compiled menjadi video tau lah.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 28, 2011

Spa & Facial

Hi, salam ;)

Mari kongsi cerita bakal pengantin lagi. Hihi.

Nak tanya, perlu ke tidak ye sebenarnya bakal pengantin tu untuk pergi spa dan facial tu? Kalau ikutkan orang yang rajin jaga-jaga badan dan muka ni, mesti spa dan facial ni rutin bulanan kan. Aku pulak spa dan facial tu tak rajin nak buat, tapi body massage memang kalau boleh setiap bulan nak buat. Cuma sejak akhir-akhir ni, sejak tabung kahwin dibuka.. Kena kurangkan sikit. Tskk.

Bila dah nak kahwin ni, hati tu terasa lah jugak teringin nak pergi buat spa dengan facial. Tapi being a cheapskate, kalau boleh nak yang murah dan best. Haha. Masalahnya, ada ke??

Teringin nak muka dibelai macam ni,Teringin nak badan dimanjakan begini,

Lepas tu kan korang kannn, si cheapskate ni terjumpa deal yang berbaloi di MilkADeal. Best gila rasa teruja dan gembira

RM 48 untuk 60 minit body and herbal ball massage
+ 90 minit facial, Aromatherapy foot soak + Ear candling + RM 30 treatment voucher + 1 Year membership at Amarylizz Beauty
This is definitely a steal right?!!
Menarik tertarik kannn?

Lantas, aku pun terus purchase 3 vouchers ni. Maka, tak payah pening lagi fikir peruntukan untuk sesi memanjakan diri ni untuk 3 bulan ni, setiap bulan pun aku boleh pergi! Weehuuuuuuu~

Sedang memaksa orang kanan aku untuk ikut serta ke sesi spa ini. Hihi, come on love. Lets go together ;)

Kalau korang pun nak beli voucher ni, pergi je lah check dekat website MilkADeal ni. Hari ni last day untuk beli voucher tu. Selamat memanjakan diri!

P.s Eh Ena cayunk, bila kita nak pergi buat sesi bzzztt bzzzttt kiteww tu? Ahaks. Nanti free kasi tau okeh ♥

-Gambar kredit kepada Amarlylizz Beauty-

<--- Nang if you LIKE

Saya Kena Belajar Masuk Dapur

Hi, selamat pagi semua ;)

Semalam balik kerja kan, terus singgah rumah En Tunang. Nak hantar kereta yang dipinjam, lepas tu mama suruh tunggu dinner sekali. Jadi, saya pun tolong lah menyibuk sama di dapur :D Memang tolong menyibuk je pun, takde apa aku reti nak buat. Hahaha.

Pastu, mama kata tolong potong mempelam lah. So, saya pun potonglah dengan berhati-hatinya. Dah lah mempelam tu juicy, berlengas-lengas tangan aku ni haaaa. Pastu kan, aku memang main potong je. Suka hati aku je nak kerat ikut celah mana.

Pastu En Tunang tengok, boleh tak dia pergi dapur cakap kat mama, "Mama, tengok Izza tak pandai potong mempelam" Hahahaha. Siot kan?

Elok pulak lepas tu, baba lalu tepi meja tu. Pastu baba tegur, "Awat potong macam ni, salah ni. Terbalik. Dia kena potong dari atas ke bawah, kalau tak dia jadi tak cantik." Hahahahaha. Sumpah weh, tebal muka aku tersengih-sengih je time tu. Pegang pisau pun dah macam haiyaaaakkkkkkkk! Tersenyum-senyum je dorang tengok aku. Tskkkk.

Malu okeh.. Nampak nau main hentam keromo je kalau masuk dapur kan.

Sebelum ni potong pulut tak kemas, tak reti. Pastu potong tembikai tak reti. Pastu siap buat sup ayam hotdog yang En Tunang dengan bangganya letak atas meja makan kat rumah dia tu. Hahaha. Hadoi.

Lawak betullah, takut mama dengan baba risau pulak nanti fikir apalahhhhh bakal menantu diorang ni nak kasik makan si bujang tu kan. Takpe, kamu jangan risau ok sayang. Saya akan belajar memasak nanti :D

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, April 27, 2011

Pengalaman Dilamar


Hello, hi, salam semua ;)

Pagi ni masa on the way pergi office, macam biasa aku memang pendengar tegar Hot.Fm. Suka dengar Hot Chat pagi-pagi tu. Sapa dengar Hot.Fm jugak pagi ni, angkat tangan ! Best kan tajuk dia hari ni. Hehe.

Pengalaman dilamar ataupun melamar.

Tajuk ni diinspirasikan daripada satu artikel dalam paper ni. Artikel ni mengisahkan tentang seorang lelaki melamar girlfriend dia dengan menggunakan teka silang kata. Unik kann ? Nak baca artikel tu, klik sini ; Melamar menggunakan teka silang kata

Unik dan romantik bukan lelaki tuuuu, syioknya dilamar begitu. Hehehe :P

Nak share kisah saya pulak. En Tunang ajak saya kahwin masa bulan puasa tahun lepas, itu yang lepas raya kami terus bertunang.. Dan sekarang menghitung bulan untuk berkahwin ♥

Ini kisah bagaimana si dia melamar saya, hik hik. Malu lah cakap macam ni, tapi siapa nak baca boleh klik link ni ; Kad raya saya yang pertama ♥

Nampak tak ada cincin emas putih tu? Walaupun simple, tapi sangat istimewa pada saya. Hik hik, sumpah geli ayat bunga-bunga rasa nak lempang diri sendiri empat puluh kali :P

Mehlah share pulak, macam mana korang dilamar ataupun untuk lelaki, macam mana korang melamar awek korang ??

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, April 26, 2011

My Precious

Dear,

Semalam 25th April, hari kelahiran kamu yang ke 25 :)

I wish you happiness in your life. And thank you for the priceless friendship that we've shared.

10 years of friendship, boleh celen tak korang? :P Hehe. Dari zaman sekolah lagi, tak sangka sekarang masing-masing dah besar ok. Haha. Taknak mengaku tua :P Masa sekolah dulu kan, GG ni tukang amik breakfast pagi-pagi sebab aku bangun lambat. Haha. Tapau breakfast kat dewan makan, lepas tu makan sama-sama kat kelas. Sebab GG dah jadi tukang tapau, makanya aku adalah tukang basuh bekas. Haha. We really had a good time back then :D

Happy birthday dear, you know I you, both of you SOOOO MUCH !

The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. ~Elisabeth Foley



P.s Quote ni plagiat dari Facebook Zatil Iman. Hihihi :P

<--- Nang if you LIKE

Monday, April 25, 2011

Wedding Shoes Idea

Hi, salam ;)

Entry fantasi perkahwinan lagi. Hehe. Semalam memang hari obses tentang hari perkahwinan lah. Sampai naik pening kepala aku ok. Mula-mula fokus, lepas tu bila dah start google, dari kasut ke gubahan hantaran ke pelamin ke hiasan bilik tidur ke tema ke situ ke sini ke sana, memang pening lah jadinya kan.

Nak share idea tentang kasut yang akan dipakai masa majlis nanti.

Untuk majlis nikah 2 September nanti, girlfriend bagi cadangan supaya pakai pump shoes saje. Sebab ianya comel dan satu kelainan. Aku pun bersetuju, rasa menarik jugak idea tu. Lagipun aku memang sangat sukakan pump shoes. Sekarang pun banyak pumps yang comel-comel kan, ada lace sana sini, ada manik-manik. Rasanya idea ni memang aku suka !

Contoh-contoh pump shoes yang comel ;Warna tak fikir lagi sebab saya sangat suka idea Xora tentang padankan warna bunga tangan dan kasut :)

Menarik sangat kan. Gambar kredit kepada website ini.

Terfikir untuk pegang bunga tangan ros merah, tapi nak pakai kasut merah jugakkah? Macam terlampau kontra aje. Jadi apa yang dalam fikiran ni, mungkin soft pink kot? Kita tengok rezeki macam mana nanti :)

Untuk majlis persandingan belah En Tunang, rasanya kena beli sendiri lah kasut sanding. Kasut mak andam saya tak muat.. Memang boleh pakai jugak satu size besar or kecik, tapi nanti pakai baju kebaya songket, kain bukanlah meleret kan. Jadi saya fikir dah alang-alang ada kasut di atas dulang hantaran, nak cari kasut yang boleh pakai untuk majlis sanding di KL teruslah :)

Sangat berkenankan peep toe heels ni ;Dan juga sangat suka lah kasut yang ada bunga kat depan tu, comel sangat rasa.

Tapi tengah pening jugak, kebaya songket can it goes well with peep toe heels? Ataupun saya kena dapatkan design heels yang macam ni?Yang tali-tali kekonon kaki nampak sexy tu. Hihi. Tatau lah apa pasal google gambar heels ni semuanya hot pink aje yang keluar.

Rasanya mungkin cari warna dark purple kot nanti. Macam mana, ada pendapat tak kasut apa yang sesuai nak dipakai dengan baju kebaya songket? Kalau sudi, sharela sini :)

P.s Gambar kredit kepada website ini, ini dan ini

<--- Nang if you LIKE

Take Me Home

Hi, salam ;)

Semalam hari Ahad, dan terperap kat rumah je. Seharian aku mengadap laptop duk kemaskini bajet kahwin, idea-idea semua tu. Hehe. Rasa macam montot dah kembang seinci asyik duk duduk aje. Hahaha.

Sumpah weh, pemalas gila nak menguit semalam. Nak pulak hujan. Makan pun delivery aje :P

Indah ok. Lama dah aku mengidamkan si Nando's ni. Nyums.

Nak order seperti biasa, 1/4 chicken with 2 sidelines. Tapi, minimum order adalah rm25. Jadinya, kita upgrade ke 1/2 chicken. Nyehhhh.

Tapi nasib baik pun amik 1/2 chicken. Ko tengok besar mana ayam dia tu. Halahai, kecik amat ok. Terkejut, tapi takpe. Syukur, ada jugak rezeki :)

Double indah. Nak-nak nasi dia yang sedap tuuuuuuuuu~

Terima kasih Peri-Medic. Hiks. Hotline dia ni namanya Peri-Medic line. Kalau call pun, mesin tu akan cakap "Press 1 to place your emergency order.. bla3"

Nak try jugak tak Nando's delivery ni ? Boring jugak kan kalau asyik delivery McD ataupun pizza.

1300-88-6555

<--- Nang if you LIKE

Sunday, April 24, 2011

May - To Do List

Hi.

Masa untuk merancang dengan serius. Maaf ya kalau ada yang rasa jengkel, mulai sekarang mungkin akan banyak update tentang persiapan perkahwinan saya :) See, baik tak aku ni. Siap mintak maaf pulak padahal bukan ada buat salah pun. Hahaha. Tak pasal :P

May ; To-Do-List

1. Beli cincin untuk En Tunang.

Nak cari yang simple macam ni saje :) Dan rasa nak mintak engraved nama dekat cincin tu. Cincin saya ada niat jugak nak engrave, tapi ada orang cakap rugi engrave cincin emas, sayang duk buang-buang emas dia tu. Hehe. Orang katalah. Picture credited to this website.

2. Tempah kad kahwin

Picture credited to this website.

3. Beli jam untuk En Tunang (one of the hantaran)

Picture credited to this website.

Okay, cukup tiga je listnya. Hahaha. Ini pun dah cukup nak botakkan kepala. Tskkk, macam mana kalau duit tak sempat nak cukup menjelang majlis.. :|

Berdoa pada Tuhan semoga dipermudahkan semuanya untuk kami, dimurahkan rezeki untuk kami. Amin..

<--- Nang if you LIKE

Oh, Indahnya Pagi Ahad

Helo, morning sweethearts !

Pagi Ahad ni ingatnya nak lah tidur lama sikit, tapi pukul 8 pagi dah celik mata :P

Breakfast roti canai kosong. Beli dua keping, makan sekeping pun dah kenyang. Tu lah dia orang tamak :P Eh, tapi tak tipu selalu aku makan dengan Iim, dua keping licin ohhh~

Okay, selit sikit tips diet. Ahaks. Macamlah ahkak kurus sangat siap nak bagi tips diet weh. Ok, ok serius. Pada pendapat aku, untuk orang nak diet.. Boleh lah mulakan dengan diet Atkins dalam 2-3 minggu. Lepas tu control makan aje lah. Sebab kan, aku sekarang makan sikit je dah kenyang. Agaknya masa minggu diet tu perut dah terbiasa makan sikit, cepat je kenyangnya. So, bolehlah korang cuba jugak ;)

Lagi satu, kalau nak cepat turunkan berat.. Elakkan gula. Nescafe, milo dan segala air manis tu lah, elakkan. Kuih, ais kacang semua tu jugak elakkan.

Tapi, aku ni elok lepas pekena roti canai.. Kita minum nescafe panas satuk ! Ahaks. Sedap weh, lama tak minum :P

Hari ni mood ada baik, nak update checklist kahwin :)

Selamat hari Ahad !

<--- Nang if you LIKE

Saturday, April 23, 2011

Checklist

Wah, tup tup lagi 4 bulan je majlis :D

Tapi aku steady je lagi. Belum bertukar jadi bridezilla lagik. Kih kih. Sampai aku pun naik risau, biar betul aku ni rileks je. Apa aku dah takde menda nak setelkan, nak follow up ke? Ko biar betul Izza oi !

Aku ada buat checklist, tapi semua dalam Excel. Bape minggu dah tak update. Miahahaha. Ada beli buku konon-konon nak buat wedding planner lah tu. Tapi hampeh tak guna pun, update dalam laptop lagi senang kan. Itu aku lah, hehe.

Belah perempuan

1. Kursus perkahwinan - checked

2. Kad jemputan - bulan ni baru nak pergi tempah. Booking sude. Design tak pilih lagi.

3. Cincin kahwin - hehe. Iim punya belum beli lagi. Sabar ye sayang :)

4. Tempat penginapan untuk majlis di KL - checked

5. Barang hantaran - almost done

6. Photographer - checked

7. Kanopi, kerusi meja, hiasan - checked

8. Katering - checked. Nanti gotong royong :)

9. Hiburan (kompang, marhaban, silat etc) - NOT YET!

10. PA sistem - ayah kata akan uruskan. Nanti check dengan ayah :D

11. Honeymoon - ehemm, CHECKED!

12. Pelamin - minggu depan nak ukur tapak pelamin dan nak tengok designnya.

13. Baju sanding - dah amik measurement, mungkin bulan 7 atau 8 baru fitting.

14. Baju nikah - dah tempah, nanti nak follow up dengan Kak Sal lagi. Last time aku call, enggak potong lagi kain guwe !

15. Bekas hantaran - checked. tapi ada lagi nak kena beli ni.

16. Fresh flowers - erm, minggu depan balik kampung nak booking.

17. Doorgifts - mak ayah akan uruskan. Hehe.

18. Bunga pahar - mak ayah uruskan :P

19. Baju pengiring - checked. Tapi kena curik. Haha. Ikut budget nak beli balik ke tidak.

20. Henna - baru nak survey nak siapa buat nanti.

21. Baju family - almost done.

22. Spa, massage, facial, manicure, pedicure

23. Guestbook

24. Lagu-lagu best masa majlis

25. ..
26. ..

Err, apa lagi ye? Itu je yang terlintas dalam kepala sekarang ni. Nanti balik karang aku check balik lah aku punya list. Ada tak yang korang rasa tertinggal ? Tolong, tolong tambahkan. Biasalah, kadang-kadang saya ni pelupa :D

Dalam nak buat persiapan ni semua, aku memang banyak bincang dengan girlfriend yang sorang ni. Tak kisahlah, idea ke.. tema ke, konsep ke even fantasi perkahwinan ke. Hahaha. Thanx babe for always be there for me. Tskk *kesat air mata terharu

P.s Ini baru checklist aku yang pertama. Banyak kekurangan sana sini. Insya Allah akan diperkemas lagi nanti okeh, terima kasih atas pandangan anda semua !

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 22, 2011

Hujan

Wops ! Lupa nak update blog hari ni. Macam busy. Tapi macam kesian kat blog sebab tak update dia hari ni. Hehe. Padahal tak perlu kesian pun :P

Tadi pergi TTDI, hujan lebat gilaak. Dari bank nak ke parking, sempat basah lencun aku. Dah lah parking di hujung doniaa, jauhh. Betul-betul sebelah pokok pulak tu. Makin risau dibuatnya. Laju-laju masuk kereta, start enjin je terus jalannnnn.

Risau hujan lebat-lebat sangat ni. Lengkap pakej dengan guruh dan kilat. Risau sangat.

Dekat area ofis aku ni, ada satu warehouse baru bukak. Jualan gudang Rorine. Memang pesta lah situ, tengok orang pun ramai. Aku tiap kali balik lalu situ, tapi lalu je lah. Dah penat balik kerja, tak kuasa nak singgah.

Dua hari lepas, hujan lebat sangat. Siap banjir dalam ofis ni sebab bocor. Ahaha :P Dengan guruh dan kilatnya. Campur angin kuat sekali. Sama macam tadi lah.

Dan, pada hari tu.. Masa aku lalu kat kawasan warehouse tu.. Mengucap panjang aku..

Astaghfirullah.. Seram sejuk aku rasa. Tertanya-tanya ada je yang cedera ke apa. Yelah, tempat jualan tu besar kan. Masa runtuh ni, ada orang tak dalam tu. Tapi aku takdelah sampai tahap nak berhenti kepochi sekali. Hehe.

Kerugian dianggarkan 1 mil.

Dahsyat kan?

Jadi kalau hari hujan, carilah tempat berlindung ok. Jangan pergi tempat-tempat terbuka, dekat pokok ke, kawasan yang tak kuat macam ni ke. Ok, be safe !

P.s Pictures courtesy to Steve

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 21, 2011

KFC Online Voucher

Selamat tengahari semua~

Lunch apa hari ni? Hari ni saya cuba KFC Chicken Chop yang baru ni.

Tengok rupanya macam sedap eh?

Lagi best sebab ada online voucher tau. Tu lah yang saya nak share ni. Ingat saya buat entry semata-mata nak bagitau korang yang hari ni saya lunch KFC ke? :P

Kalau korang nak makan set ni jugak, apa kata korang print voucher ni dulu.

Boleh click gambar ni untuk print voucher

Dengan adanya voucher ni, bolehlah korang upgrade potato wedges tu kepada cheesy wedges nyum nyumss~

P.s Ini bukan iklan. Hehe.

<--- Nang if you LIKE

Kawan Lama

Hi.

Malam tadi, saya berjumpa seorang kawan lama. Kawan lama yang baik dan kemudiannya bergaduh. Dan akhirnya setelah beberapa tahun tak jumpa, saya dapat panggilan dari beliau ajak berjumpa malam semalam.

And, surprisingly I said yes.

Saya pernah memberitahu diri sendiri, selepas peristiwa dulu jangan ada hubungan langsung dengan beliau. Mungkinkah saya dah jadi seorang yang pelupa sekarang ? T__T

Tapi tak apa, benda yang lepas biarlah lepas. Tak payahlah nak diungkit-ungkit lagi kan :)

Dan benda ni membuatkan aku terfikir. Aku dah mula berfikir secara matang ke? Haha. Memang tak lah kot, perangai masih macam budak-budak. Kuat merajuk, panas baran, cepat naik angin. Itu semua yang buruk-buruk itu akulah. Sebab tu en tunang kata perangai buruk aku ni, dia sorang saja boleh tahan :)

Aku bukan jenis yang suka cari pasal dengan orang. Aku jenis suka menyendiri, buat hal sendiri je. Dan tak suka berkawan. Booooooo, kera sumbang !

Memang pun. I don't mind being alone. As long as I have all my sweethearts with me

Tapi pantangnya kalau orang yang cari pasal dengan aku. Hoih, memang selagi kau tak mintak maaf dengan aku, sampai tu lah aku tak maafkan. Ha, sapa ada buat salah dengan aku tu. Meh sini salam cepat !

:P

Minta maaf ye kalau ada terbuat salah kat korang. Kalau betul saya yang salah, for sure saya akan mintak maaf. Tapi kalau dah terang-terang engkau yang salah, memang tak adalah saya nak mintak maaf nak berdamai melainkan kau seorang yang sangat istimewa dalam hidup saya ni.

OK. Hari ni saya isytiharkan sebagai hari berbaik-baik :)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, April 20, 2011

Asam Pedas Daging

Helo. Selamat hari Rabu ! Weehu, sat je eh dah sampai Rabu.

Dah lunch ? Hari ni pagi-pagi kena keluar pergi bank. Balik ofis je muka rasa berpasir, panas oh kat luar tu T__T

Hari ni saya lunch makan asam pedas daging. Sedap. Sebelum ni pernah makan sekali kat rumah en tunang. Hari ni tiba-tiba teringin.

Ini asam pedas daging ke asam pedas bendi ni ? Kehhh. Hakikatnya banyak daging dalam tu, tenggelam belaka. Pekat gilos kuah dia, tersedak-sedak saya makan tadi.

Yeay, dah tak diet dah. Hahaha. Boleh sebat nasi, dalam seminggu tu kita kasilah dalam 2-3 kali makan nasi :)

Pagi tadi kan, timbang berat. Turun 1kg lah. Hati gumbira sebab kan dah tak diet. Tapi masih jaga makan lah, idaklah pulak mementang tak diet aku pegi sebat semua makanan. Tidak.

Dah lunch ke ? Siapa teringin asam pedas jugak, mintak maaf awal-awal dulu sebab terbangkitkan nafsu kamu yek. Kih kih.

<--- Nang if you LIKE

Si Pemalas

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!

Fuh ! Puas hati dapat jerit. Walaupun kat blog aje. Karang kalau jerit bebetul kat ofis ni karang, semua orang terkejut pulak T________T

Help me.

Tolong saya.

Semenjak dua menjak ni, saya tak ada mood untuk buat apa-apa pun. Datang kerja pun separuh hati. Tapi balik kerja dengan sepenuh hati. Hehehe.

Dan telah menjadi si pemalas secara maksimum. Kain berlonggok malas nak lipat. Pandang je, boley? Sanggup saya pergi campak kain-kain tu kat bawah katil dulu. Huwaa, kalau dulu lepas angkat kain je. Terus lipat sebab mata semak tengok. Tak tahan. Sekarang, rasa malas nak peduli.

Entahlah kenapa.

Dan saya juga tiada mood nak bercakap dengan orang. Kesian housemate saya asyik dok tegur tapi saya senyum je. Sorrylah geng, gua takde mood lah.Diorang tengok tv, saya lepak dalam bilik atas katil sambil online. Golek-golek. Lepas tu jap lagi dah azan Isyak, amik air sembahyang sekali dengan cuci muka terus. Solat, terus tidur.

Tidur pukul 9 malam pun, bangun pukul 6 pagi masih terasa malas.

Salah satu sebab saya berasa malas untuk ke ofis setiap hari, mungkin sebab dah tak ada hati nak kerja kot? I want a new job pleasee. Preferably in Shah Alam.

Saya berasa cepat panas hati dengan semua orang.

Cepat berasa jengkel. Ataupun berasa jengkel tak tentu hala. Apa masalah lah kau ni.

Oh, dan berasa sangat sukar sekali mengawal nafsu makan. Damn damn damn !! Mulut asyik nak mengunyah. Penat saya pujuk nafsu ni.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bantulah aku. Bantulah aku untuk membuang segala perasaan negatif ini. Kau serapkan lah perasaan positif di dalam diri ini Ya Allah. Permudahkan lah segalanya untuk kami Ya Allah. Amin..

P.s Maaflah pagi korang dimulakan dengan membaca bebelan ini. Hehe. Maaf ye ! Semoga hari ini lebih baik dari semalam, amin.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, April 19, 2011

Make Malaysia The FB Capital Of The World

Wah, orang Malaysia ni memang kaki Facebook lah korang ! Korang tau tak, orang Malaysia mempunyai jumlah kawan terbanyak secara puratanya di Facebook ! Dan juga, paling banyak menghabiskan masa di Facebook. Kui kui.

Apa korang takde kerja lain ke pagi petang siang malam dok ngadap Facebook ni weyyyyyy?

Eh, rileks rileks. Bawak bertenang dulu. Jangan marah sama aku. Hehe.

Dah alang-alang korang, ehemmmm.. KITA menghabiskan masa begitu saja kat Facebook tu, ada eloknya jugak kalau kita support DiGi Party For All ni.

They want to make a super duper large petition using our pictures to get Facebook to acknowledge Malaysia the Facebook capital of the world ! Lets support them !

Show your support by add your profile picture to the Movement gallery and allow the application. It will be a super duper huge petition that Facebook cannot ignore us !

Ha, lagi satu. If you are lucky enough, you can get 2 exclusive tickets to go to DiGi Live FB Party !!

Support the petition by clicking this sentence ;)

<--- Nang if you LIKE

Kereta Pinjam

Sehari dua ni kan, saya telah menjadi pemandu kereta Kancil. Pinjam kereta lama en tunang. Sebab kereta saya, adik pinjam.

Yang nak ceritanya di sini, Kancil tu turbo wohhh. Saya yang jakun ni kejap-kejap bawak laju, pastu main lepas minyak lalu ber kachingggggggg lah enjin kereta tu. Kih kih.

Jakun.

Eh tak sayang, main sikit-sikit je. Nanti ada kena tegur pulak, jangan asyik main turbo tu. Nanti minyak cepat habis :P

Lagi satu, kereta tu gearnya auto. Fuh, seronok rupanya bawak auto ni. Saya sebelum ni mana pernah bawak kereta auto. Pinjam orang punya, bawak kejap-kejap tu adalah kan.

Okay, itu saja nak cerita. Saya takde modal sebenarnya ni, tapi kesian tengok blog tak diupdate dua hari :P

Tata.

<--- Nang if you LIKE

Sunday, April 17, 2011

Cukur Jambul Aryyan Rifzain

Salam semua.

Semalam gigih lepas kerja terus pecut ke rumah Mama Aryyan. Ada majlis cukur jambul.

On the way.

Comel kan katil si Aryyan ni. Dengar cerita ni hasil kerja orang lelaki ni. Hihihihi :P

Ye, tiba-tiba aku nampak macam pregnant pulak. Hantu betul. Hahaha. Eh, waktu en tunang nampak aku pakai begini, dia cakap.. "Baju apa hang pakai niiiiiiiiii. Macam baju mengandung je" Cakap depan mama dia pulak tu. Hampeh kan. Hampeh. Pastu bila dah jalan-jalan, boleh pulak dia cakap, "Abg suka lah syg pakai baju ni. Longgar." :P

Tak sangka ko dah ada baby Ayein T_T Dalam 5 tahun je, macam-macam dah jadi ek. Hehe.

Si comel. Mata asyik pandang atas je. Melilau je mata dia. Pastu kaki tangan dia, ya ampunnn kuat menendang. Tak berani auntie nak pegang tau tak. Dia macam aktif, dahlah kecik lagi. Seriau.

Tapi tak kira, auntie nak pegang jugak :P

Kaku semacam. Kih kih.

Oh syg, tinggal 4 bulan 2 minggu je lagi. Tiba-tiba nervous!!

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...