Tuesday, January 13, 2015

Kasih's Birthday Treat - A Visit to Zoo Negara

Assalamualaikum.. Hello !

02012014 - genap dua tahun Kasih dipinjamkan oleh Allah kepada kami. Anugerah terindah, alhamdulillah. Mama doakan yang baik baik saja untuk Kasih. Membesar jadi anak yang solehah, cerdik bijak pandai cantik comel cerdik menyenangkan hati semua orang.. yang lain lain Mama simpan dalam hati saja lah, tak perlu taip semua hehe.

So saya dan husband dah sepakat, birthday Kasih.. Kita kena ambil cuti bawak Kasih pergi jalan jalan. Tahun lepas pergi Zoo juga haha susah juga rupanya nak pilih tempat untuk bawa budak kecil berjalan ni.

KASIH SAFIYYA TURNS ONE (Klik untuk baca entry)

Kasih dah pernah pergi Zoo Negara ni tokwan dan tokmak bawak. Tapi takpelah kalini pergi dengan Mama dan Papa pulak la. Trip kali ni dia lebih enjoy, dah kenal banyak binatang tapi ini budak memang banyak akal. Takmau naik stroller dia. Blergh.. terpaksala Mama dengan Papa gilir gilir dukung Kasih ni. Patah pinggang dibuatnya T_T

Boleh suruh Kasih jalan tapi agak slow la nak tunggu dan hari dah nak hujan. Tu yang cecepat aje jalan, takut kebasahan nanti. Kitorang pergi lepas Zohor. Ngam ngam sampai masa Animal Show dah nak mula. So enjoylah, first time pun saya pergi Zoo Negara ni hahah.

 Si kenit yang tak reti duduk diam. Naik turun tangga, berlari kejar bird aduhhhh kok sabarin saja haku


Beli jugaklah family potrait ini buat kenang kenangan walaupun harganya ya ampunnnnn ! RM 25 satu ni. Kat photobooth ni no personal camera is allowed. So redho saje lah. Jadinya pergi Zoo ini dua je gambar yang ada hahahaha.

Happy birthday sayang !! Muah ciked :*

P/s eh sesiapa ada idea any good place to bring the kid please feel free to share ya.. :)

6 comments:

Zumie said...

2 je gambar???????

Hayati Buya said...

Kak Iza !! ni bety. hihi
follow blog baru bety.
http://theanwarsfamily.blogspot.com/

ct cheery said...

member member sy suka bawak ank diowg pegi kidzania..budak budak paling suka.hihi

antalya said...

icity, aquaria pon best

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam izza,
salam perkenalan yer
waaaaaaaaaaa kasih pun baby jan. jugak yer
boleh gang dengan aunty & abang fayyadh la he3
tapi kasih lagi awai naaaaaaaaa
2 jan yer
happy birthday kasih
moga sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah AMIN
pa pun kalo izza sudi jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)

tenku butang said...

dah lama giler teman tak gi Zoo.. masa last gi time tu bebudak lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...