Tuesday, September 17, 2013

Sup Ayam Simple

..dan sedap !! 


Haha, boleh gitu ? Tak maluewww iyew tueww puji masakan sendiri hahaha.

Betul ni, ini cara saya masak sup yang cepat, mudah dan insya Allah sedap. Kisahnya semalam saya nak mengemas rumah, tapi perut dah lapar. Dan adik adik saya dah nak balik time tu. Nak masak apa dalam masa yang singkat, kan..

So, lets buat sup ayam cara saya :P



Bahan bahan

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang besar (belah 4 tak putus)
Sedikit halia (ketuk)
2 biji tomato (hiris kasar)
1 batang serai (ketuk)
Serbuk sup Adabi
Garam
Cili padi - kalau nak pedas

Caranya,

Lebur semua dalam periuk, biarkan merenihh dengan api kecil. Macam saya semalam, lama jugak kot renih sup ni. Agak agak koranglahh sampai dah dapat rasa yang diingini hehe.

Sesambil tunggu sup siap tu, bolehla masak nasi, kemas rumah, mop lantai, lipat kain, jemur kain dan sebagainya.

Friday, September 13, 2013

Me, Shrink !

Nampaknya saya ni memang dah melupakan dunia blogging lah. Entry sebulan sekali aje up. Hihihi.

Saya nak share something exclusive dekat sini. Yang saya tak pernah share lagi dengan orang lain. 


Ni gambar maternity photoshoot saya pada 23rd December 2012. Tahun lepas. Masa birthday saya hehe. Bulatnya perut masa tu :P Yelah seminggu lepas tu dah beranak kot kihkohh. Ni memang time time last sebelum beranak ni. Berat saya masa tu, 79kg agaknya. Berat. Sungguh berat, nak menguit pun rasa payah haha. Berat saya sebelum pregnant, 59kg.

Selepas saya bersalinkan si puteri Kasih Safiyya yang comel omel omel tu, berat saya turunlah SEDIKIT. 70kg. Habis pantang, berat stuck dekat 68kg aje. Frust sungguh rasanya. Orang dalam pantanglah dapat kurus sebab makan yang sihat sihat aje. Saya pulak berat statik dekat situ. Masuk ofis masih bawa badan yang ada lelemak degil hasil pregnant dulu T___T

Dan, saya pun dah putus asa sebenarnya dengan berat badan saya ni. Dah give up. Dah fed up. Dah malas nak peduli. Dah malas nak timbang. Sampailah habis bulan puasa hari tu, saya tengok cermin nampak diri macam dah kecik sikit :P Try sarung jeans lama, hoyeahhhhhhhh muattttttttt rasa macam nak gangnam style kat situ jugakkkk !!

Latest me.

58kg. Yay !

Lost 21kg dari selepas pregnant. Basically lost 21kg in 9 months. Tapi masih belum puas ni. Nak capai 53kg barulah boleh tersenyum :)


Nanti next entry, saya share apa yang saya amalkan dan makan ye.

Tatah for now !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...