Monday, September 10, 2012

Lepas Gian

Lama betul tak buat kek. Malas dan takde orang nak makan pun. Weekend lepas duduk rumah saje saje rasa boring pulak, maka jomlah kita buat kek. Lagipun teringin pulak nak makan kek karamel. Makan sejuk sejuk ermmmm sedapnyaaaaa

Ni lah hasilnya, 


Hari tu saya terlebih rajin, bukan main lagi melapis kek ni kan. Kecik kecik pulak tu lapisannya tu, biasanya saya malas saya curah je terus 3 kaler tu takde nak lapis macam ni :P


Amatur buat kek, macam ni lah. Karamel tak licin pun, tak rata pun lagi tsk. Ikut nasiblah, ada lah sekali dua dapat cantik gila karamel. Lain dari tu, out ! Lepas tu dah alang alang nak pergi open house rumah Ayein esoknya, saya pun bawak la kek ni ke Seri Kembangan niatnya nak bawak sikit ke rumah orang tu esoknya. Dah on the way balik rumah mama, cousin message suruh datang open house rumah dia pulak. Saya pun teruslah angkut kek ni ke rumah dia tapi tak tahulah habis licin ke tidak tak tunggu sampai habis. Masa nak balik tu tengok ada separuh lagi tapi kalau ambil bawa balik karang macam buruk siku pulak kan :P dahla tetamu masih ramai masa tu hahah. 

Saya pun sempat rasa satu slice aja iaitu yang dalam gambar di atas tu je. Rasanya balik karang nak buat lagi sebijik lah, tak puas makan hari tu :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...