Thursday, September 6, 2012

Cameron Highlands

Dah lama saya menyimpan angan angan nak pergi ke Cameron Highlands memandangkan sepanjang 26 tahun hidup ini, sekali pun tak pernah pergi lagi. Kesian tak ?

Jadi kali ni tak kira, mahu suami bawak sambut anniversary di Cameron. Dah alang alang balik raya kan, cuti pun lama.. so on the way balik ke KL tu singgah la Cameron dulu. Kitorang exit ikut Simpang Pulai. Jauh ye rupanya nak naik atas ni, berlingkar lingkar pening nak tunggu nak sampai tu. Dekat highway tak jammed tapi kat atas nak ke Brinchang tu jammed pulak dia.

Kitorang ni nak kata ad hoc plan tu tak jugak, dah lama terfikir tapi taklah booking hotel ke apa. Main redah juga kat atas tu, nasib ada juga bilik kosong hehe. Itupun padan muka saya sebab malam tu tak boleh nak lena tidur, biasalah saya ni bila tidur tempat baru mulalah fikiran tu entah ke mana mana kan. Tak boleh tidur sampai kena pasang ayat Quran baru boleh lelapkan mata :P


Dalam perjalanan, baru je start mendaki masa ni. Muka masih boleh senyum heheh cuba kalau ambil gambar 20 minit kemudian tengok sikit muka tu dah jadi macam mana -_-"





Antara makanan best kat atas tu.

Seronok jugaklah Cameron ni, beli strawberi je pun yang best. Nak kata sejuk tu, tak sejuk sangat pun. Apapun puas hati sebab akhirnya dapat juga datang ke sini, tapi cukuplah yang ni pertama dan terakhir kot. Saya tak ada niat nak repeat ke sini lagi heheh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...