Thursday, April 19, 2012

Resepi Ayam Masak Cili


Resepi Ayam Masak Cili

Bahan-bahan

Bahan A *dikisar
3 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 biji buah keras *
3 tangkai cili merah *
7 tangkai cili padi *


Bahan B
4 ketul ayam
2 cawan air
1 keping asam keping
Setengah kiub pati ayam
1 biji tomato (belah 6)
1 sudu kecil kunyit
4 sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan bawang besar

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar beserta dengan serbuk kunyit hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan juga asam keping.
3. Masukkan ayam. Biarkan merenih di atas api yang kecil sehingga ayam masak dan kuahnya menjadi pekat.
4. Masukkan kiub pati ayam, tomato, sos tomato dan juga hirisan bawang besar.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.



2 comments:

nanonano said...

aku xpenah msk gune buah keras even lauk2 tu kne guna,
tatao ape beza dia, huhu

sharEna said...

siryes nampak sedap. bile nk bg aku rase masakan ko neh?

mekna, buah keras setahu aku utk memekatkan kuah. usually org guna utk pekatkan sup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...