Thursday, December 8, 2011

Perjalanan 2011 Saya

Saya sedang mencari kekuatan untuk buat entry ini. Takde siapa-siapa paksa pun buat, tapi kenalah buat untuk diri sendiri. Kenangan 2011 ni. Hehe. Siap explain bagai tak tahan :p

Saya memulakan tahun 2011 dengan bertukar kerja. Saya start kerja di tempat sekarang mulai awal tahun hari tu. Kejap je masa berlalu, dah hampir setahun kat sini. Dalam tak seronok tu, bertahan jugak setahun. Hehe. Ops.

Lepas tu, bulan September (haha, dari Januari terus kau lompat ke September ?), saya telah menamatkan zaman bujang. Haha geli siot tulis ayat skema macam ni. Pertukaran status dari Cik Izzatul ke Puan Izzatul. Sendiri pun masih janggal nak guna. Even kalau jawab telefon pun masih address diri sendiri sebagai Cik. Tehehehee :p

Perubahan yang bukan hanya pada diri saya tapi pada keluarga saya jugaklah kan. Emak ayah mendapat menantu sulung. Adik-adik dapat abang ipar. Suka tak ? Haha.


Eh sebelum tu lupa, bulan Ogos hari tu saya telah berjaya membelikan diri sendiri sebuah kereta secara hutang. Hahaha. Hutang pun kira kereta sendirilah kan, sendiri bayar :p


I am a proud owner of my Baby V ;)


Sewaktu honeymoon di Pulau Pangkor lepas majlis di Kuala Kangsar. Oh waktu ni suami sangat sweet oh. Dah naik feri nak ke Pangkor lepas tu baru sedar beg make up saya tertinggal dalam kereta. Jauh jugak ye kalau nak pergi ambil tu. Suami kata nak keluar dari feri sekejap. Lama saya tunggu tak balik-balik. Dalam hati dah risau ni, feri dah nak jalan ni. Karang kena tinggal acane ? Takkan saya pergi Pangkor sorang-sorang ? T________T

Rupanya suami berlari pergi ke tempat parking kereta ambil beg make up tu. Hehe. Agak-agak sekarang sudi lagi tak berlari untuk ambil beg make up saya yang tertinggal, sayang ? ;)


Kesimpulannya, ada tiga perkara terbesar terjadi dalam hidup saya pada 2011 ni. Kerja baru, kereta baru dan suami baru. Ops. Dan suami. Hehe.

Next.. Nak fikirkan apa azam 2012 

:D


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...