Friday, October 21, 2011

Kekecohan Melanda

Fuh, tahukah anda baru sebentar tadi kekecohan berlaku di rumah saya ni ? Mestilah tak tahu, bukan ? :p Ni lah yang baru nak cerita ni..

Tadi, masa tengah enak menjamu selera.. Tiba-tiba terdengar bunyi benda jatuh dari siling. Saya ni dah la kaki menjerit, apalagi menjeritlah kan !! 

Saya dan suami dua-dua serentak pandang siling rumah.


Abang, siling rumah kita berlubang !! 

Haah lah, tapi selama ni abang tengok bertutup je.

Ee, tapi pelik kenapa boleh terbukak petak siling tuuuuuu ??

Suami ambil kayu, jolok-jolok balik petak siling yang terbukak tu bagi rapat semula. Saya siap suspen lagi sebab nampak kesan tangan kat petak siling tu, hairanlah macam mana benda tu boleh terbukak. Siap suruh suami check setiap bilik dan bilik air just untuk pastikan dalam rumah ni hanya ada kitorang berdua sahaja. Paranoid kan ?

Tau tak apa benda yang terjatuh dari lubang tu tadi ? Seekor tikus OK !!!! Maunya saya tak menjerit kuat gila macamkan ada apa je dalam rumah kan. Lepas tu, elok pulak dia berlari masuk ke laundry room. Ah sudah, dalam tu dah la barang-barang penuh gila OK.

Elok pulak tengah makan kan, nasib baik dah hujung-hujung memang dah nak habis makan pun. Saya dah tak selera dah nak sambung ratah lauk sebab ternampakkan si tikus ni tadi. Habis je makan, kemas meja semua.. Suami pun menjalankanlah tanggungjawab beliau. Apa lagi, menjaga keamanan rumahtangga kan :p

Habis tu, takkan saya pulak nak kena halau tikus tu keluar ? Gilakah saya seberani itu ? Tak tercapai dek akal.

Sebabkan saya ni penakut, dengan semua benda pun takut.. Maka suami buat benteng kerusi dan kotak dekat pintu masuk dapur dan suruh saya sembunyi kat situ sementara beliau cari tikus tu dan halau dia keluar rumah.


Benteng kotak dan kerusi untuk si isteri penakut bersembunyi daripada seekor tikus "-,-

Lepas saya dah sembunyi selamat-selamat di sebalik benteng tu, suami pun memulakan tugas beliau. 

Hahaha. Mencari tikus tadi dan halau dia keluar. Ya Allah, ingat senang ke ? Itu pun dah tutup semua pintu bilik yang lain, lepas tu dah siap keluarkan barang-barang dalam tu, lepas tu dah siap buat macam laluan untuk si tikus ni ke pintu lagi. 

Dari laundry room dia berlari ke hall, saya yang dok mengintai dari celah dapur ni yang jadi tukang sorak suami. Haha. Akhirnya suami berjaya halau si tikus ke arah pintu tapi malangnya dia pergi menyorok dekat belakang pintu pulak !! Tah macam mana suami buat, akhirnya tikus tu berjaya keluar dari rumah kami hidup-hidup. Clap clap clap !!

Tapi dah satu kerja pulak saya nak kena mengemop satu rumah T____T

Fuh, setengah jam yang cukup saspen bagi saya dan suami ! Keranamu si tikus, laju saya update blog malam
 ni tau ! 

Ruang tamu yang tunggang langgang diserang tikus. Nasib rumah saya ni masih kosong, tak banyak perabot. Takdelah banyak port si tikus nak sembunyi. Hahahaha.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...