Kebelakangan ni saya adalah sangat tak gembira dengan kerja. Sangat sangat sangat sangat sangat TAK GEMBIRA. Tak reti macam mana nak gambarkan lagi, tapi kalau saya boleh berhenti kerja sekarang Ya Allah teramatlah indahnya dunia ni. Malangnya, saya tak boleh. Saya ada komitmen, dan saya masih boleh mengawal diri supaya berfikir dengan waras. Kalau lah saya tak waras .. Hmm, memanglah. Tapi ikut hati, mati kan ?
Semalam saya sangat bengang, marah, benci, menyampah. Pendek kata semua yang negatif ajelah saya rasa. Dan menangis kerana terlampau marah. Serius ini tak tipu saya tersangat marah semalam. Oh tapi kan saya rasa takde masalah kot kalau saya berhenti kerja sekarang sebab notis saya 3 bulan. Sempat kot dalam masa 3 bulan tu nak cari kerja lain :)
Ok, tinggalkan cerita tak best sampai di situ. Buang masa je mengenang orang yang membencikan, kan?
Baik cerita benda yang happy, lagi bagus. Tak adalah muka saya ni nak berkerut aje, buat cepat tua je. Hihi
Hari ni kan, saya sangat happy. Bangun pagi rasa segar je sebab tidur dah cukup, memang permulaan Ahad yang baik selepas Sabtu yang #@$%$^^&. Lepas tu mengemas rumah, sapu sampah, mop lantai terutamanya lantai dapur yang sokmo berminyak rasa nak tampal notis je lepas memasak tolong mop lantai tapi takpe sebab mood aku baik hari ni, mop aje dengan senyuman (tipu). Lepas tu bersiap nak keluar, yeayyyyy :)
Hari ni pusing-pusing tengok rumah. Dan dah jumpa rumah yang sesuai. Kitorang sewa dulu, belum mampu lagi nak beli rumah. Minggu depan nak jumpa owner dia nak bayar deposit settle agreement semua. Bulan 8 saya pindah masuk, duduk dengan adik dulu.
Kemudian jalan-jalan tengok perabut. 3-4 kedai jugak singgah. Oh, Fella Design Bukit Subang ada buat jualan gudang. Tapi walaupun jualan gudang tak tercapai jugak dek poket kami. Satu set bilik tidur semuanya RM6000++ tak mampu lagi, mampu tengok je dulu. Hehe
Tapi akhirnya ada rezeki, jumpa set bilik tidur dekat area
<--- Nang if you LIKE