Saturday, May 7, 2011

Obsesi

Hi, salam ;)

Hari ni kan, gua terbeli korset baru. Hmm, bukan terbeli lah sebenarnya. Memang dah lama nak beli baru, memandangkan korset lama dah longgar. Apa petandanya, saya pun tak pasti. Longgar pasal kualiti dia tak elok ke, pasal badan saya dah makin kurus ke, ehemmmmm :P

So, duit nak buat beli no plet sudah lari ke korset. Ucapkan selamat tinggal kepada 3379, ada umur kita jumpa lagi. Ahaks. Eh, En Tunang tak tau lagi ni aku sudah gunakan duit tu untuk tujuan lain, tapi karang dia baca blog ni, dia taulah.. Tak marah kan sayang?

Bila aku pakai korset baru tu, memang pinggang nampak kecik sangat. Pada pandangan sayalah, karang korang kata saya perasan sorang-sorang pulak. Hehe. Jadi, bila tengok cermin rasa macam "eh keciknya pinggang aku, selama ni memang macam ni ke? Aku nak kurus tahap mana lagi ni.." Tiba-tiba ada rasa macam kena tamparan je masa tu tau, saya rasa macam kenapa saya tak bersyukur, dah cukup kurus dah sekarang ni.. Dah jadi macam satu obsesi pulak. Padahal tak sedar tu, dah ala-ala nak menjurus pada tak sihat.

Okaylah, mulai saat ini.. Saya taknak terlalu obses pada badan yang kurus sekeping cantik macam model tu. Akan bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dan akan cuba maintainkan aje badan macam ni sampai kahwin nanti.. Tak mau stress-stress lagi, nanti jerawat naik banyak :P

Tata.

P.s Kena buat nota ni, jap lagi semua orang kata saya beli PB. Haha. Takde duit lah nak beli PB tu. Lagipun kan saya cakap duit nak beli no plet dah guna beli PB, duit no plet tu berapa ratus je pun :D
<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...