Thursday, February 17, 2011

Nama saya Maklang

Hari ni dah Khamis ye? Cepat betul masa berlalu sejak sajangnim dah masuk office balik ni. Kejap-kejap kena panggil, pergi keluar sana sini bla bla blaa. Tak sempat nak bertenggek seperti selalu kat FB, YM dan Twitter. Hehe. Bagus lah gitu ek.. :p

Ahad lepas, en tunang call bagitahu mama ajak datang lunch sama dekat sana. Sebab mama masak daging asam pedas yang aku tak pernah makan sebelum ni. Mula-mula I segan yawww. Tapi lepas along pun kata come, comee meh la datang :p.. So, buat tak malu je lah pergi :p

Lagipun, Kalisya anak along ada. Kot tak tahu sangat nak sembang apa, kita layan baby je lah kan :pBaby terlebih ceria. Kalisya ni sombong owh dengan Maklang masa mula-mula sampai. Amin tangan pun taknak ye. Sombong ye dia, biasa ni. Tanak kawan dia. Tanak bawak dia main kat taman taw!

Tapi kejap je kesombongan dia :pLepas tu asal sua tangan je bertatih dua tiga langkah nak pergi kat kita pastu jatuh. Hehehehe. Tapi kan en tunang tu kan, dia suka lah penjeles. Sibuk taw. Time aku nak main, dia pun saje dengki tarik Kalisya kat dia taw. Dengki taw syg ni, bluwek!

Eh, jangan terpedaya dengan gambar kat atas ni. Walaupun dia nampak masam tak sudi jer bergambar dengan Maklang, tapi sebenarnya dia sangat sudi tahu. Comel je taw budak kecik ni belajar berjalan. Asal ada benda nak dicapai buat penahan jatuh, main tarik je spek mata ke.. tudung ke.. redha. Haha. Baby adorable sangat kan :DDah tu asyik nak main tangga je. Penat hakuuuuu kejar taw. Dah terel dah dia main panjat turun tangga ni ha. Sapa ajar ni sayang oi? Jatuh karang sakit tak tahuuuuuu :pSusah ok nak snap gambar Kalisya. Asyiklah bergerak-gerak. Jadinya gambar pun blur. Haha. Asal hado sudah. Baba yang bahasakan diri aku Maklang kat Kalisya. Miahahahhaa. Auw, kitew segan tawww! Maluwww tawww belum apa-apa lagi dah dipanggil Maklang :p Comel taw budak kecik ni salam orang. Dia amiknya tangan kita, cium.. lepas tu cakap Mmmmmmmmmmmmmmmuah! sumpah panjang gila mmuahnya. Miahahaha. Kalisyaaaaa.. oh Kalisya. Comel sungguh perbuatan tersebut.

Percaya sangatlah aku ni penyegan kan. Mula-mula je kot. Lepas tu kan dah duduk rumah orang, pukul 9 malam kot baru balik rumah. Hahaha. Petang tu siap duk buat acara membuat pulut panggang lagi. Konon nak bakar kat luar lah, tapi cik abang aku tu ha.. Hidupkan api sampai ke sudah tak mahu berbara. Dah la tu yang oi, kita guna oven je la :p

Owh, perasaan ini adalah indah :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...