takpelah, bulan puasa nanti di samping kita berpuasa menambahkan amal, ambil peluang bagi perut berehat juga lah kan (ayat penyedap hati untuk orang yang terlebih makan)
antara lokasi melantak minggu lepas.. haha. dah macam jalan-jalan cari makan pulak. JJCM takpe, jangan jalan-jalan cari pasal sudah. hihi
ini restoran steamboat and grill.. rate, 3 bintang.ini di chilis. eh, gambar atas neh kan.. ye, betul-betul atas neh.. lamb shoulder.. sungguh laaaaaaaaazaaatt ! siapa penggemar kambing, sila cuba :D
dessert yang atas sekali tu, mungkin sedap la kalau perut tak bebetul full. tapi masa tu, kitorang dah tahapp.. errrghh, cannot go dah neh ! ish, tak baik betul makan macam neh bila fikir-fikir balik. takpe, next time jangan buat lagi. okay sayang ? lain kali kita makan sedang-sedang aja taw, jum kita diet sama-sama. hahaha
rate, 4 bintang. sedap tapi bagi aku yang tak biasa sangat makan mahal-mahal neh.. err, tak boleh amalkan selalu lah makan di sini :) bagi aku lah, bagi korang.. itu pendapat masing-masing.. hehe
ini pulak aktiviti melantak yang terbaru sekali.. tenji restaurant kat solaris, mont kiara. japanese buffet..
owh, kat sini sungguh lah teramat lah puas gila makan ! hahaha. kaki makan macam aku, sila serbu ! harga tak sure, sebab bukan sendiri bayar. bos baik hati nak belanja :) hehe. tapi kalau tak silap dalam RM 50++ per pax. tapi berbaloiiii owh~ sedap ! puas ! GEMUK !! hahaha (gelak dalam takut)
asyik makan kambing je minggu neh.. takuttt. okay, lepas neh pantang jangan makan kambing selama sebulan. ini teman makan saya. biar sama-sama gemuk, baru puas hati. sorang aje yang badan naik, mana aci kan. waa ! cakap macam senang hati je aku neh, padahal susah hati yang amat dah neh. :( ditambah pulak dengan mata kanan aku. entah apahal merah nak keluar air mata aje. tapi dah jumpa doktor, beliau kata jangan pakai contact lens seminggu T___T spec dah la tak ada. macam mana kah mahu drive ini macammm ?????
aish, tadi intro macam seronok sangat nak cerita pasal makan, hujung-hujung terbabas ke cerita sedih pulak. tak tetap pendirian punya orang !
doakan mata aku tak merah dah taw lepas neh, aku rajin makan ubat taw :)
tata you all.