Wednesday, February 19, 2014

It's a Pinky Day !

Assalamualaikum,


Dah siap packed makanan Kasih, barulah aku perasan yang semuanya pink hoi. Tahulah Wednesday is a pinky day kan, awat lah bento hang pun kena jadi pink semua ni kan. Tapi nasibla, aku dah lambat pagi tadi. Takdan nak repack lain. Walaupun bangun pukul 6 pagi, tetaplah kelam kabot pasal aku bangun, Kasih pun bangun. Buah pun takdan nak potong, biskut pun tak sempat nak bubuh. Makanla prune je ye sayang hari ni.

Tu nasi goreng pink pasal aku guna bayam merah. Kasih ni kena makan bayam hari hari buat pelawas dia. Tak kiralah menu apa pun, saya tetap akan selitkan bayam. So pagi tadi, blend bayam merah, bawang holland, bawang putih, ayam dengan kacang buncis. Tumis dengan olive oil, masukkan kuning telur, kacau kacau masukkan nasi lembik. Maka, jadilah nasi goreng pink. Harap harap makanlah ye sayang :D

Membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang ye sayang ! Mmmuah, love you !



Tuesday, February 18, 2014

Resepi Spaghetti Bolognese Junior

Assalamualaikum,

Hehe kemahen lagi tajuknya kan. Saya kadang rasa buntu la nak masak apa untuk Kasih ni. Kesian pulak dia kalau hari hari dok mengadap bubur aje. Tak boring ke kan. So, semalam saje la nak try sesuatu yang lain. Nak buat pasta *peace*


Spaghetti gittew~ comot dah bekas kuahnya tu pasal Mama lewat semalam. Kelam kabot daku tung tang tung tang kat dapur Y___Y lambat macam mana pun, saya akan pastikan Kasih ada bekal. Alhamdulillah masih belum ngelat bab ni takat ni :D

Nak share resepi untuk baby ni ;)


First sekali, mari kita buat homemade tomato sauce dulu. Buat banyak banyak, frozenkan. Lain kali nak guna, senang :)

Homemade Tomato Sauce

Bahan bahan

Tomato
Bawang holland
Bawang putih
Unsalted butter

1. Buat tanda X pada buntot tomato. Rebus sehingga tomato lembut.
2. Buang kulit dan biji, blend bersama bawang holland & bawang putih.
3. Tumis bersama dengan unsalted butter. Masak sehingga kaler bertukar gelap sikit. Kalau ada herbs, bolehla masukkan mixherb ke apa apa italian herbs yang sesuai. Saya takde stok, so skip.
4. Sejukkan. Bahagikan dalam bekas kecil kecil untuk sekali guna, simpan dalam freezer.

Spaghetti Junior

Bahan bahan

Bawang holland *blend
Bawang putih *blend
Homemade tomato sauce
Minced meat/chicken
Brown mushroom
Carrot

Panaskan olive oil. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan minced meat/chicken, biar sekejap. Masukkan cendawan, brown mushroom dan carrot. Biar sekejap sampai kuah pekat. Then blend. 

Untuk spaghetti rebus je macam biasa. Saya guna angel hair so nipis la sikit. 

Seronok dengar Kasih suka makan semalam. Takdelah jemu sangat hari hari mengadap bubur aje ye sayang. Kasih masih makan bubur. Nasi lembik dia tak minat sangat. Saya jenis malas nak stress atau fikir terlebih hal ni. Esok esok dia nak makan yang kasar kasar, saya bagi la yang kasar kasar k. Daripada buat yang kasar, lepas tu Kasih taknak makan.. Ha lagi naya kan. Hehe. 


Tuesday, February 11, 2014

Kasih Tukar Taska

Assalamualaikum,

Dah lama saya nak share cerita ni kat sini tapi tak sempat aje nak menaip. Ingat tak entry masa saya mula mula hantar Kasih ke taska dulu.

http://sweethoney86.blogspot.com/2013/04/taska-pilihan-mama.html

Setelah setahun Kasih kat situ, saya buat keputusan nak tukarkan taska Kasih. Adalah beberapa perkara yang tak memuaskan hati saya, dah banyak kali cakap pun masih takde improvement maka saya pun terpaksalah bertindak tukarkan taska anak walaupun dengan hati yang berat pada awalnya. Salah satu sebab asyik dok bertangguh nak tukar taska tu pasalnya rasa sayang dah banyak beratus untuk yuran tahunan taska, yuran tahunan saja dah RM 300++ . Kalau bayarannya berbaloi, tak apa. Ini tidak. Saya malas nak cerita details sangat, tapi cukuplah saya katakan memang tak memuaskan hati saya dan suami. Nak masuk taska baru, kena bayar lagi sekali pulak. Tak ke double charge di situ. Nak taknak masa tu saya pendamkan saje hasrat nak tukar taska tu, bertahan lah dengan apa yang ada.

Berbulan jugalah saya dok pendam hasrat saya nak tukarkan taska tu. Kesian dengan Kasih pun ye sebab dia dah seronok berkawan kat situ. Mesra dengan pengasuh dan kawan kawan dia. Tapi setelah 3 kali anak saya balik dari taska dengan ada benda dalam mulut, memang tak dapat nak dibendung dah kesabaran saya ni. First, getah oren tu dok kunyah kunyah. Jenuh saya korek ingatkan apa dalam mulut dia, tengok tengok ada getah. OK, takpe.. saya diamkan aje sebab rasa biasalah tu budak tengah syok merangkak, mengutip. Pengasuh dia terlepas pandanglah kot. Kali kedua, cebisan kain alas kaki tu. Ergh, dah tension dah masa ni. Tapi paling tak boleh nak sabar sebab kali ketiga, jumpa Kasih dok kulum bijik asam. Lepas ambil Kasih nak masukkan dalam carseat, tengok macam ada benda dalam mulut. Saya tadah tangan depan dia, terus dia luahkan bijik asam. Mendidihnya darah saya macam tu, rasa menyirap darah naik ke kepala. Kalau tak disebabkan hujan masa tu, saya dah keluar bawak Kasih pergi jumpa pengasuh dia untuk bagitau hal tu masa tu jugak. Tapi hal Kasih kulum bijik asam ni saya tetap mention dengan pengasuh dia, mintak tolong peratikan Kasih. Jangan cuai, jangan lalai. Bahaya, boleh tercekik. Pengasuh macam biasalah, mintak maaf semua. Sebenarnya saya tak salahkan pengasuh taska ni. Cuma ada dua orang je. Mana taknya terlepas pandang. Mana nak masak lagi, nak mandikan budak lagi, nak itu ini semua kan. Dulu ada lah dalam 4-5 orang asyik bertukar ganti, hujung hujung dua orang je tinggal. Sabar aje lah. Ni lah yang saya cakap bayar mahal tapi tak berbaloi. Nama aje berdaftar dengan JKM tapi tak comply langsung.

Tapi apapun, saya tetap berterima kasih sangat dekat pengasuh taska tu yang dah jaga Kasih sejak dari Kasih 3 bulan sampailah setahun. Terima kasih :)

So, tulah.. Start tahun baru ni saya dah hantar Kasih ke taska lain. Minggu minggu pertama hantar, jangan cakaplah. Sayu, sebak hati saya ni dok fikirkan perasaan Kasih ditinggalkan dengan strangers. Pengasuh baru dia pulak cakap memang Kasih taknak main. Duduk diam je kat situ. Ayoooo susah hati ohhhhhh siap masa tu saya dah terfikir nak pergi taska lama balik. Punyalah hati tak kental. Tapi husband dok pujuk pujuk suruh bertahan, maka saya bertahanlah demi keselesaan anak :) dan sekarang alhamdulillah, takde lagi drama bila hantar Kasih pagi pagi. Hehe. Err, kadang kadang nangis jugak dia pasalnya pengasuh taska ni ramai, dia masih belum biasa dengan semua orang. Tapi bila ambil petang dia happy je, saya tengok dia seronok main. Setakat ni, saya dan suami memang puas hati :) Kasih balik pun wangi ajeeee, kuku pun pengasuh tolong potongkan, mainan pun banyak.


Bekal hari ni. Cuba bagi Kasih makan nasi yang tak payah blend. Nasi lembik, lagipun ada sup tu kan. Menu hari ni ; nasi putih, ikan goreng dengan sup bayam. Cookies takdok harini pasal saya dah tak reti nak selit celah mana biskut tu, dahla biskut tu rapuh huhu. Harap harap Kasih suka makan ! :)

Mama and Papa love you so much, Kasih ! 

Monday, February 10, 2014

Bento #2

Assalamualaikum,

Poyo tak Mama Kasih ni yuhols haha. Baru hari kedua berbento gegediks je nak update kat blog. Kalau besok besok tu saya senyap je tu paham paham ajelah ye. Tapi saya doakan supaya minat dan hobi yang baru nak develop ni akan berterusan sampai Kasih dah besar, amin.

Bukan nak show off. Jap lagi ada yang tak senang pulak dengan saya :( tapi sebagai motivasi untuk diri saya supaya istiqamah dalam menyediakan bekal anak. Sejak Kasih tukar taska ni (awal tahun haritu, ni nanti saya nak cerita jugak), tak pernah lagi lah saya mengelat buat bekal Kasih. Saya ni cerewet. Tolong jangan menyampah hahah. Yelah saya kan terpaksa bekerja sekarang. Tak dapat nak jaga dan mengadap Kasih 24/7 gitu. Jadi saya cubalah adakan juga personal touch saya untuk masa dia di taska tu. Sebab tu lah sekarang pun pagi pagi sebelum hantar Kasih ke taska, saya akan mandi dan siapkan dia dulu :)

So, menu hari ni..


Bubur ayam + bayam + zuchini. Blend hancur mengikut kehendak tekak anak. Datang mood dia nak makan kasar kasar karang, kasar la jugak saya buatkan. Janji dia nak makan. Untuk snek, sebiji epal merah dengan biskut butter. Resepi biskut butter di sini --> Homemade Butter Biscuit for Baby


Comel kan bekas ni. RM 5 je kat Daiso. Rambang mata masuk Daiso ni ha. Semua nak dicapai. Maaflah ye saya ambil gambar takde nak setup ke hape. 


Anak dara kesayangan yang tertidur lepas mandi dan bagi susu. Sayu rasa hati bila pagi pagi nak pergi kerja kena kejutkan dia, masuk dalam Boba lepas tu masuk dalam carseat pulak. Masa hantar kat taska tadi pun masih lagi lena. Hmm, kena usaha keras dari sekarang supaya di masa akan datang saya akan dapat menikmati setiap saat Kasih Safiyya membesar :)

Anyway, bulan ni Shaklee buat promotion buy 6 free 1 --> VITALEA. Vitalea ni multivitamin tertua di dunia ye uols. Sehari cuma ambil sebiji saja dah cukup. Basic vitamin untuk semua orang. Untuk yang mengalami masalah tekanan darah rendah pun memang elok sangat ambil. Harga murah aje, tak sampai RM100 pun sebotol ni ha. Kalau nak, whatsapp saya ye 019.668.3098.



First Bento for Kasih #1

Assalamualaikum,

Dua tiga minggu ni hati saya rasa terpanggil nak sediakan bento untuk Kasih. Saya ni memang hari hari akan masakkan bekal untuk Kasih di taska tapi packing biasa sajelah. Tengok kawan kawan prepare happy food untuk anak masing masing,  rasa terpengaruh pulak hehe.

So pegila Daiso membeli serba sedikit barangan. Harapnya minat dan rajin berkekalan, jangan hangat hangat tahi ayam je :P

Lagi satu kan, dengan Kasih ni saya tak berapa berani nak bereksperimen dalam sediakan makanan la. Sebab kalau tak biasa makan, memang dia taknak makan. Saya pun rasa penat dan geram jugak bila kita dah buatkan makanan dia last last takmau makan. Awak dapat lapar, mama dapat penat Y___Y contoh macam hari tu, semangat saya buatkan kuetiau kungfu untuk Kasih, sesuap pun dia tak mau. Dah masuk mulut luah balik eeeeiiii gewammm mama !

So saya selalu ambil jalan selamat. Buat je makanan yang dia biasa dan confirm akan makan. Biasanya bubur ayam dengan sayur la macam bayam, labu, zuchini,  carrot. Kadang direct seminggu menu sama haha. Takut dia jemu tapi bila buat lain sikit karang teacher dia kata takmau makan. Hmmmm dah pandai memilih makan ke sayang mama ni... tak ke boring asyik makan tu aje sayang oi. Tekstur pulak nak yang blend or lenyek. Kalau nasi lembik tu tak berapa layan. Tapi biskut dengan buah dia kunyahla waktu santai santai tu.

Eh mama ni lewat gini tak tidur lagi kan. Sah esok pagi kena ambil Vitalea dengan B Complex untuk hilangkan stress dan pastikan badan bertenaga sepanjang hari.

Goodnite lovelies !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...