Tuesday, May 31, 2011

B2B : Kain Untuk Family

Hari Ahad lepas, adik-adik ajak pergi beli kain. Nak buat baju untuk wedding kakaknya ni. 3 bulan 3 hari lagi yawwww !

Sebenarnya boleh je budak-budak tu pergi sendiri tapi saje suka lettewww nak kakaknya ni jugak nak membawak kan kann :P

Ke Jakel kita. Cik bakal pengantin perlu nak kuruskan badan lagi, tapi rasanya lelemak ni semua dah tepu dan degil lah, takbley jalan dah !

So, kain untuk family dah setel. Tinggal nak hantar tailor. Adik-adik aku ni excited banget nak tempah baju, nak yang glamor vogue da vasss je. Haha. Semangat ye korang, jangan mengalahkan kakak pengantin dah la :P Hihi, aku sukaaaaaa tengok diorang semangat. Dahla baju family sama kan, mesti comel je gambar family nanti :)

Habis shopping, ni budak ni nak makan Subway pulokk. Ey, budak ni kan.. Garang owh. Garang tapi kuat nangis. Hahaha, motip aku cerita kat sini? Macam cari gaduh je. Hahaha :P

Try amik wrap punya. Ternyata tidak memuaskan. Lain kali nak amik yang macam biasa aje lah.

Untuk majlis nanti, warna temanya ;

Nikah : Putih
Sanding : Pengantin merah hitam, family hijau, girlfriends cream
Bertandang : Pengantin purple, family grey
OK. Kasut malam nikah tak cari lagi. Banyak benda lagi nak buat ni.

P.s Ehhhhhhhhhh, saya sudah confused. Akak Zuris, pernah cakap kaler pink ke untuk girlfriends? Alamak, hilang ingatan la :| Cani, cani.. Kawan baik, kawan rapat, kakak-kakak kesayangan semuanya lahhhhhh.. semuanya girlfriends saya.. Susah tak nak cari baju kaler cream? Kalau sudi, carilah baju raya kaler cream ye ye ye? :*
<--- Nang if you LIKE

Food : Big Brother

Actually, saya dan Erina ada date tu kerana kami sama-sama beli voucher MilkADeal kat situ. Dekat My Body Secrets, so apa kami buat adalah secret ye :P kalau Erina ada cerita itu nasib koranglah dapat tau. Hehe

So, after the bzzttt bzzzttt session (eh, macam terbagitau je. Hehe), we went for makan-makan session. Pusing-pusing dekat The Strand tu. Memasing tak biasa jalan kat situ. Nampak restoran Big Brother ni, rasa macam pernah nampak blogger review. Eh Elyn, kita nampak restoran Ayer Rocks jugak !

Kambing adalah sedap gila. Dan banyak gila. Dan berbaloi dengan harganya :D

Ena yang happy go lucky aje orangnya.

Not bad juga ye Kota Damansara ni. Walaupun berbelit-belit kerana saya tak biasa, tapi banyak juga kedai-kedai menarik kat sini :D

Oh, yang pasal deal kali ni. I'm not so happy about it. Lain kali selidik betul-betul dulu kot. Taklah kena tipu, tapi rasa macam tertipu. Ayat belit-belit ni. Err, ayat ringkas dia.. Oklah, saya ceritalah habis-habisan :P Kami pergi buat IPL permanent underarms hair removal. Tapi rupanya untuk mendapatkan permanent tu, kena sign up package la pulak. Cis. Ingatkan sekali pergi dah ok, sebab katanya deal tu tulis permanent kannnn. So, lain kali selidik dulu. Tapi takpe, I still love MilkADeal ;)

<--- Nang if you LIKE

Sunday, May 29, 2011

Blogger : Meeting Erina

Hi.

Kali pertama saya jumpa Ena masa beliau kahwin hari tu. Dan hari Sabtu lepas, kitorang ada date lagi. Kali ni barulahhh dapat jumpa sembang puas-puas. Itupun macam-macam cobaan on the way nak jumpa tu. Dengan yang tayar pancitnya, dengan sesatnya. Haha. Tapi akhirnya, dapat gak jumpa.

Nice meeting you, yunk ;)

P.s Ena ni comel tau !

<--- Nang if you LIKE

Saturday, May 28, 2011

Must Grab : Spa Murah !!

Oh, ada juga yang teruja dengan MAD Spa Review aku tu ye. Hehehe. Nak pergi tak spa murah macam tu? Sebab ada lagi spa deal yang murah dan hopefullynya best la kan ;) Apa kata korang try, nanti cerita kat aku pulak best ke tidak..

RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations [88% OFF]

2 Locations tu dekat Ampang dengan Shah Alam. Korang cekidaut sendirilah dekat page tu nanti.

Nampak cozy dan tempting gila.. Tergoda, tapi saya dah ada spa appointment dah. Karang semua deal saya nak beli, bila masa nak redeemnya kan. Jadinya ni untuk korang.. Yeayy !!

Klik kalau korang nak beli deal ni ;)

Eh, cop ! Jangan lupa register MilkADeal dulu. Dah alang-alang tu, pergila register Churp churp sekali :P (sempatttttttt. Haha)

<--- Nang if you LIKE

Pengalaman Interview

Hi.

Baru nak masuk cerita pergi interview. Actually saya bukan nak cerita apa pun, cuma nak kongsi pengalaman je kan. Manalah tau ada orang nak pergi interview kat situ jugak lalu dia google "tips interview di SIRIM" keeee.. (macam cakap pasal diri sendiri je. ahahaha)

Interview saya pukul 12.20 tengah hari, dah dekat benar waktu lunch kan. Tapi dia suruh datang pukul 11. Sebab sementara tunggu turn interview tu, kena jawab essay test dulu. Soalannya simple je, tapi sebab dah lama tak jawab soalan mencabar ni.. Terus jadi blur nak tulis apa. Nak start dari mana semua. Lalu msg Ayein tanya dia ada idea tak. Haha. Main ngelat kan, alaaa.. Bukan strict pun test beriyer ada meja segala bagai tu. Santai je ;)

Lepas tu, masa interview tu.. Dia just sembang je. Tanya background semua. Nah, saya selalu failed bab ni. Bila orang suruh cerita background, saya akan cerita lah study mana, duduk mana, asal mana, family background, kerja blah blah blah.. Lepas tu saya stop. Lalu bilik tu senyap. Saya macam blur, nak suruh sambung cerita lagi ke ni saya dah takde benda nak cerita dah. Hahah. Kalau dia yang tanya, itu lagi senang kan. Dari dia bagi arahan umum, ceritakan tentang diri awak.

Tapi basically panel dia memang baik je. Dan sinis juga ye. Tapi memang takdelah dia soal pasal company pun. Yang saya pergi hari tu, 1st stage interview. Kalau lulus, dia akan call untuk 2nd interview pula.

Hmm, kenapa saya nak cari kerja baru? Alasannya senang je, saya nak cari kerja kat Shah Alam sebenarnya ;)

Habis interview dalam pukul 1 lebih macam tu. Spa appointment pukul 4, maka melepak di McD sorang-sorang mengira masa. Hehe.

<--- Nang if you LIKE

Friday, May 27, 2011

MAD Spa Review

Hi.

Eee, tahu tak terujanya saya nak buat review tentang spa ni. Sebab pada pendapat saya, best sangat. Tak sabar nak kongsi dengan korang ;)

Hari ni kan, saya cuti. Saya ada interview. Pengalaman interview tu, nanti kemudian saya ceritakan. Sekarang ni, kita dulukan apa yang penting dulu ok :P Hahah.

(Haah, yelah tu teruja. Malam tadi tulis takat atas ni je. Pagi ni baru sambung selebihnya :P)

So, petang semalam pukul 4 saya ada spa and facial appointment dekat Amarylizz Spa, Kota Damansara. Terpusing-pusing saya cari spa centre tu. Terima kasih pada GPS kerana dan dan tu jugakkk ko memilih nak jadi gilaa.. Nasib baik jumpa jugak.

Masuk je, disambut dengan senyuman. Mesra gila okay pekerja dia. Terasa dialu-alukan sangat. Hihihi.


Duduk sini kejap isi borang. Sambil minum ginger tea yang sedap. Nyums.


Lepas bilik kita dah ready, dia panggil masuk lah. Semalam saya buat massage dulu baru facial.


Rendam kaki dalam air bunga. Sambil org urutkan gosok-gosok kaki. Bestt wa cakap lu.


Lepas tu, massage selama sejam. Ada buat macam bertungku tu jugak. Lepas tu buat ear candling sekali. Alamak, yang selepas ni saya takde amik gambar la pulak. Sebab sedap tidur. Haha :P

Btw, untuk semua treatment semalam.. Body massage sejam + herbal ball massage (tungku) + ear candling + foot spa + signature facial lebih kurang sejam setengah hanyalah RM 48. Sila percaya.


Tu lah hari tu kan dah suruh beli voucher kat MilkADeal ni jugak tapi degil takmau :P Kan dah tak dapat pergi spa murah. Kih kih


Di samping tu, dapat jugak RM30 cash voucher dan membership selama setahun. Memang sesuai sangat deal ni untuk cheapskate selera besar macam saya ni. Ahaks.

Actually ni bukan kali pertama saya beli spa deal, ni kali ketiga. Tapi yang dua spa saya pergi sebelum ni tak best, tak rasa nak review :P

So, kesimpulanya saya memang sangat suka dengan Amarylizz Beauty ni. Definitely akan pergi lagi, lagipun hari tu saya beli 3 voucher terus. So, paling tidak akan ada lagi 2 appointments. Hihi. Sukaaaaaaaaa~

<--- Nang if you LIKE

Calar

Siapalah punya kerja ni tolak kereta kasar sangat sampai berbekas. Tercalar hati saya ni tahu takkk.. :(

P.s Oh, saya ni duk rumah flat. Parking main block kereta orang. Tak tarik handbrake. Itu pasat lahh kena main tolak-tolak. Tskk
<--- Nang if you LIKE

Thursday, May 26, 2011

hi! Saya sorang2 lunch kt mcd shah alam ni. Baru abis interview td, tengah tunggu nak pegi spa pukul 4 karang. Apsal ramai gila eh kt mcd ni.. Smpi jammed nk masuk td. Ok, saya saje tulis kt sini sbb srious boring menunggu.. Bai. <--- Nang if you LIKE

Wednesday, May 25, 2011

Her 1000km

Hi, it's been a while since I wrote an entry here. Takde apa yang nak dikongsikan di sini nampaknya.

Oh, dan hari ini genap seminggu Baby V bersama saya.

Dan hari ni jugak hantar dia pergi servis yang pertama. Sekejapan je dah 1000 km kan. Kuat berjalan Baby V neh. Ek eh, nak tau. Saya hantar sendiri kereta pergi servis tadi, rasa kagum. Haha. Selama ni Wira tu ayah yang hantar servis. Tiba-tiba rasa dewasa :P Tak sedar diri kan, dah nak kawen pun ada hati taknak rasa dewasa lagi :P

<--- Nang if you LIKE

Monday, May 23, 2011

Snickers Cheesecake

*Gambar sekadar hiasan, ni lama punya cheesecake aku buat ni. Yang semalam tak snap pulak.

Balik rumah hari tu, adik ajak buat Oreo Cheesecake. Tapi saya rasa nak try cheesecake yang lain, godek-godek terjumpa resepi HotMama ni. Biasalah sekarang kan semua di hujung jari je :P

Resepi copy and paste dari blog HotMama tapi saya ada ubah sikit-sikit. Ikut keperluan :D

Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim) *saya tak buang krim pun, campak je semua sekali dalam blender :D
30gm mentega di cairkan

Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik *saya guna 250 gm je
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar

Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream

Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih

Loyang : Loose Base Tin 7"

Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.
Bakar selama 10 minit pada suhu 160C.
Biarkan sejuk dahulu.

2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.

3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.

4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.

6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.

8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka

Untuk topping tu, saya tak ikut resepi di atas, saya guna resepi emak saya sendiri. Guna buttercup, serbuk koko dan susu pekat. Sedap gilak okey ;)

P.s Yang sebenarnya saya tolong guide je. Adik saya yang tukang membuat ni, saya tukang mengarah je :P Asyik menjerit je saya kat dapur sebab dia asyik buat silap. Haha. Tapi syabas okeh kerana hasilnya marvellous, terus habis semalam. Tak sempat nak simpan pun.
<--- Nang if you LIKE

Merambang

Morning ;)

Short recap

1. Saya spent hujung minggu yang lepas bersama keluarga di Perak.

2. Kak As, mintak maaf saya tak singgah rumah. Happy 1st birthday untuk Mat Adif !

3. Tak sempat nak pergi booking fresh flowers hari tu sebab cari kedai tak jumpa. Ataupun dah jumpa kedainya tapi tutup !

4. Rasa frust dan fed up, boleh ke nak teruskan niat DIY hantaran ni.. Ke kena ubah plan?

5. Tak sempat nak pergi booking tukang lukis inai.

6. Nampak gayanya lebih kurang 2-3 minggu lagi, kena balik kampung semula. Makin kerap balik kampung kot lepas ni sebab makin lama makin dekat majlis. Gulp *risau

7. Err, baju raya tak beli lagi.

8. Semalam saya bengang gila dengan housemate saya. Sebabnya, 4-5 hari lepas dia goreng keropok banyak gila. Tak kisahlah kau nak goreng banyak mana pun. Lepas tu dia letak dalam bekas besar tu, ala macam bekas beras tu. Pastu, bawak dari dapur ke depan. Makanya lantai dapur dan depan adalah berminyak. Saya dah mop hari tu tapi guna air je, so masih licin lah. Tapi biar je dulu. Semalam lalu kat situ, rasa licin dan berminyak lagi. Lalu tanya, "Akak tak rasa ke lantai ni berminyak?" "Rasa.." Amboi. Senang hatinya jawab. Saya bengang lalu terus bancuh air sabun dan mop satu rumah!

9. Tak sabar nak pindah masuk rumah baru bulan 8 nanti :)

10. Ok, cukup sepuluh je dulu :P Selamat bekerja.


<--- Nang if you LIKE

Friday, May 20, 2011

Hi, it's raining outsidee.. And if you live in KL, bila hujan.. teman sejatinya adalah _____ (isikan tempat kosong)

Bleh jawab dengan betul tak? Jawapan yang saya maksudkan di sini ialah jammed.

Janganlah hujan lebat sangat plis. Jangan jammed teruk sangat plis. Saya nak balik kampung hari ni, lepas kerja terus gerak ke Shah Alam ambil Kakngah lepas tu terus naik highway ;) Ye, entry ini bisa bikin Nyna sedihlahhh. Awak jangan sedih ok, nanti aku bawak balik banyak-banyak makanan untuk awak ok? :)

Okbai. *takde motif

<--- Nang if you LIKE

Dengan Yes Life, Semuanya Tak Mustahil ;)

Saya dah lama teringin nak ada iPad, tapi poket dan masa belum mengizinkan lagi T__T

Tapi untuk korang yang dah ada iPad, saya nak share sesuatu.

Tau tak, korang sekarang boleh jadikan iPad tu sebagai telefon jugak???? Cool kan? Dengan Yes Life, boleh buat magik iPad bertukar menjadi phone. Hihi.

Nak tau lebih lanjut, klik sini Jadikan iPad anda sebagai telefon juga!

Eh, satu lagi.. join "Say YES, Win BIG" lepas tu lengkapkan slogan dan ada peluang untuk menang iPad 2. Jom cuba nasib sama-sama nak :D

<--- Nang if you LIKE

Thursday, May 19, 2011

Baby V

Ye, yee memang nampak poyo pun siap bagi nama kat kereta. Hahaha. Tapi biarlah, hari ni je nak poyo. Esok-esok saya cuba tak memoyo dah ye? :P

Setelah beberapa minggu menguruskan hal pembelian kereta pertamaku, akhirnya semalam dapat juga kat tangan aku ni. Syukurrr. Penantian memang satu penyeksaan.

Masih berplastik. Tapi saya suruh sales assistant tu togelkan. Takmau saya drive kereta ada plastik lagi.

Inilah kereta pertama saya. Kereta pertama, loan pertama, komitmen pertama. Memang sangat syukur ada rezeki untuk pakai kereta idaman ni :) Dan dekat sini saya berkongsi kegembiraan saya dengan kawan-kawan saya.

Pertama kali Baby V hantar saya ke ofis. Hihi. Excited dan teruja lain macam.

<--- Nang if you LIKE

Kereta

Waktu belajar dulu, masuk tahun ketiga tu dah merengek-rengek nak kereta kat emak ayah. Tu lah dia, ingat emak ayah cop duit ke main mintak-mintak kereta kan. Tapi waktu tu saya muda, mana fikir sangat semua tu.

Emak ayah pula, dah anak kata nak.. Jarang sangatlah diorang nak menghampakan hati anak ni kan. Masa tu emak pakai Proton Wira. Lepas anak sulung mereka ni mengada-ngada nak kereta, maka emak beli kereta baru untuk beliau. Dan bagi saya guna Proton Wira tu. Saya tak kisah kereta lama ke baru, janji ada kereta :)

Ya Allah bila fikir balik, emak ayah sangat baik apa yang anak-anak nak, jarang sangat tak bagi. Rindunya pada diorang, tsk. Takpe, esok nak balik kampung dah :D

Okay. Sambung cerita.

Dah ada kereta, duit pulak tak ada T__T Katanya student kan masa tu, ayahlah yang jaga Wira tu. Nak service ke, tukar itu ini je. Jujurnya saya memang reti bawak je. Jaga hampeh. Basuh kereta pun pemalas weh, sebulan sekali belum tentu. Ye, tau memang hampeh kan. Ee teringat zaman student dulu kan, memang ada tahap miskin takde duit isi minyak kereta RM5 tau tak. Bila ingat balik, Ya Allah macam mana lah aku tergamak isi RM5 untuk kereta. Hahaha. I know, kesian.

Wira ni banyak berjasa pada saya. Bawak saya pergi sana, pergi sini. Pergi kelas. Pergi kerja. Pergi dating pun pernah. Hehe. Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun dah saya pakai.

Sekarang, adik saya dah ada lesen. Dah reti bawak kereta. Maka dia pun jadi macam saya dulu-dulu jugak, nak keretaaa :P

Jadinya sekarang saya sebagai kakak, menurunkan Wira ni pada kakngah pulak. Saya dah kerja, biar saya beli kereta baru. Takkan nak bebankan emak ayah pulak lagi kan. Lagipun adik saya bukan kisah kereta baru ke lama ke. Janji ada kereta kan. Lagipun Wira ni sangat baik perangai dia. Jaranglah dia nak meragam. Kalau meragam pun, sebab silap saya. Saya tak jaga dia. Tapi all in all, semuanya masih dalam keadaan yang baik.

Gambar terakhir di tempat pemandu sebelum menyerahkan Wira kepada si adik. Ish, sentimental tau tak masa saya drive Wira ni semalam sebelum bagi pada adik. Saya sayang kereta tu. Tapi tau, kakngah jaga kereta mesti lagi baik dari saya. Sebab saya bukan reti apa-apa. Hehe. Kakngah tu amik taulah jugak hal-hal kereta ni kan.

Dan berceria dengan kereta baru saya !! Alhamdulillah ada rezeki untuk beli kereta :)

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, May 18, 2011

Lambatnya Masa Berlalu

5.12 petang

Tik tok tik tok

Dari tengah hari tadi saya membilang waktu untuk pulang tau.

Excited :D

<--- Nang if you LIKE

Marilah Mari.. Kita Mengundi

Saya ni kan tak suka minum susu. Dan tak boleh kot. Susu yang bancuh-bancuh tu, rasa nak termuntah kalau bau pun. Not good kan. Jadinya susu penyelamat saya selama ini adalah susu Dutch Lady perisa coklat. Memang kegemaran dulu, kini dan selamanya ;)

Dan sekarang Dutch Lady nak tambah satu perisa baru dalam koleksi susu mereka. Ada 4 calon perisa baru sedang bertanding dengan hebatnya sekarang. Jangan main-main ok, susu pun ada pilihanraya.

Red Bean ; Moo Melon ; Caramel Toffee ; Sweet Corn

Jomlah kita ramai-ramai undi. Teruja juga nak tau calon manakah yang akan menang ni kan.

Klik sini kalau nak undi calon pilihan anda -> Mari Mengundi ;)

P.s Saya undi caramel toffee. Jomlah undi beliau ramai-ramai :D

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, May 17, 2011

Ini Dapur Kita, Bukan Dapur Awak

Hi, hello ;)

Berat tak bontot nak datang ofis esok lepas cuti sehari di awal minggu? Ye, bontot saya berat *jujur T__T

Nak tau sesuatu tak? Saya telah menjumpai satu lagi port makan yang menarik dan best. Min yang suggestkan tempat ni, thanx Min.. Memang best ;)

Ini dapur kita, bukan dapur awak :P

Apa yang best sangat dekat sini? Best, sebab dia murah. Dan sedap. Dan menarik. Dan memang bestlah !!

Lunch buffet, eat all you can only @ RM 7 per head ! What say you?

I said yeayyyyyyy, I can eat everything that I want to without even worry about the price !!

Biasanya kalau makan nasi campur, kan kadang-kadang susah nak buat keputusan nak amik lauk apa kan. Itu nak, ini nak. Last-last amik ayam goreng dengan sayur pun dah RM 6. Kat sini, amiklah semuanya pun kalau lalu nak habiskan, tatap RM 7. Campur air dan dessert ye ;)

Warming up. Hehe. Nasi tu sikit sangat tau sebenarnya. Sila jangan tambah stress tegur aku dah tak diet dan dah gemuk. Haha *gelak dalam risau

Second serving. Ratah lauk je.

Dan ada third serving jugak, tapi lupa nak ambil gambar :P

Bukan lunch buffet aje yang ada tau. Breakfast buffet pun ada @ RM 4 per head. Satu hari nanti nak try breakfast dia pulak.

Eh, lupa nak bagitau kat mana tempat dia :D

No 9 & 9-1
Jalan AWF 3
Ampang Waterfront
68000 Ampang


Dari Ampang Point tu terussssss je. On the way ke Bukit Belacan. Nanti korang akan nampak kedai merah tepi jalan belah kiri ; Coffee, Sugar & Spice nama dia. Tapi bukan kedai tu, depannnn sikit lagi. Nampak signboard kuning Dapur Kita tu. Pergila try tau :)

P.s Sebenarnya risau juga ni, takut berat dah naik semula. Badan jadi berisi semula. Jadi saya isytiharkan mulai saat ini, saya kembali kepada mod diet !! Sila sound sikit kalau saya tak diet ok? Err, sound sikit je lah. Karang saya emosi susah pulak :P

<--- Nang if you LIKE

Monday, May 16, 2011

Prosedur HIV Test

Hi, morning ;)

Saya nak share prosedur macam mana nak buat HIV test untuk bakal pengantin. Mungkin ada yang tak jelas lagi, jadi kat sini bolehlah saya tolong jelaskan, kan?

Mula-mula korang kena check dulu senarai klinik kesihatan yang boleh buat test ni. Sebab rasanya bukan semua klinik ada buat. Lepas tu call untuk setkan appointment. Sebab dia bukan boleh main walk in saje. Waktu dia pulak berbeza, so kena tanya betul-betul waktu set appointment tu.

Macam saya, saya buat kat Klinik Kesihatan Jinjang, Kepong. Waktu dia pukul 2-4.30 petang sahaja.

So, bila dah set appointment.. Lepas tu korang tunggu je hari tu tiba. Pergi klinik tu, amik borang dia. Isi.. dan bayar RM 1 sahaja ;) Nanti dia bagi panduan lah nak pegi bilik mana semua tu. Kemudian, pegawai kesihatan akan amik darah kita.. Ala, sikit je amiknya, macam kita nak check darah tu. Kat hujung jari je :)

Lepas tu, tunggu sekejap dan terus dapat resultnya selepas itu.

Of courselah negative kan :P

Sebenarnya ada niat nak buat talesemia test juga. Tapi hari tu orang ramai pulak, dan saya jadi penakut bila dengar kena amik darah :|

Siapa ada pengalaman buat talesemia test boleh tolong share tak? ;)

<--- Nang if you LIKE

Saturday, May 14, 2011

Idea : Guest Book



Hi, lama tak membebel pasal hal kahwin kan? Hee, 3 bulan 2 minggu adalah satu jangka masa yang takdelah lama sangat. Pejam celik pejam celik, tup tup dah sampai pun our big day :)

Tadi adik saya tweet offer nak design guest book saya. Terus saya rasa hari ni nak menceceh pasal guest book lah. Sejujurnya saya belum betul-betul ready lagi untuk majlis ni. Banyak lagi benda nak disiapkan ni. Tsk, harap sempat. Tak sempat pun kena bagi sempat jugak !

Soooo.. Kat mana kita tadi?

Ohh, guest book.

Hari tu kan masa bincang dengan mak andam saya, beliau ada bagi idea untuk buat guest book tree. Cara beliau cakap, saya dah dapat bayangkan macam mana rupanya. Macam pokok yang kita guna gantung kad raya tu, tapi kali ni kita gantung kad ucapan kecik-kecik comel-comel dari kawan kita :) Idea ni sangat menarik ok. Saya suka sangat. Jadi, saya google tadi..

Jumpa ini.

Credit kepada website ini.

Menarik kan, kita sediakan pasu.. Letak ranting pokok. Dan sediakan kad kecik comel sekali, so tetamu datang.. Tulis dan gantung. Akhirnya di penghujung majlis, pokok kad kita dah berbuah lebat.

Walaupun saya teramat sangat suka gila idea guest book tree ni, tapi rasanya tak praktikal kot dengan majlis saya. Kenduri di kampung, siapa nak sign guest book saya? Kawan-kawan tak tau lah ramai ke tidak datang, musim raya kan.. Dan adakah kena letak seorang penunggu untuk jaga pokok tersebut supaya tidak dikacau oleh budak-budak kecik? Hmm.

Credit kepada sini.

Rasanya mungkin akan stick kepada guest book yang biasa kot. Boleh guna untuk kedua-dua side :)

Tak sabar nak bincang design guest book dengan Nyna. Yeay :D

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...