Hi, hello ;)
Berat tak bontot nak datang ofis esok lepas cuti sehari di awal minggu? Ye, bontot saya berat *jujur T__T
Nak tau sesuatu tak? Saya telah menjumpai satu lagi port makan yang menarik dan best. Min yang suggestkan tempat ni, thanx Min.. Memang best ;)

Apa yang best sangat dekat sini? Best, sebab dia murah. Dan sedap. Dan menarik. Dan memang bestlah !!

I said yeayyyyyyy, I can eat everything that I want to without even worry about the price !!
Biasanya kalau makan nasi campur, kan kadang-kadang susah nak buat keputusan nak amik lauk apa kan. Itu nak, ini nak. Last-last amik ayam goreng dengan sayur pun dah RM 6. Kat sini, amiklah semuanya pun kalau lalu nak habiskan, tatap RM 7. Campur air dan dessert ye ;)


Dan ada third serving jugak, tapi lupa nak ambil gambar :P
Bukan lunch buffet aje yang ada tau. Breakfast buffet pun ada @ RM 4 per head. Satu hari nanti nak try breakfast dia pulak.
Eh, lupa nak bagitau kat mana tempat dia :D
No 9 & 9-1
Jalan AWF 3
Ampang Waterfront
68000 Ampang
Dari Ampang Point tu terussssss je. On the way ke Bukit Belacan. Nanti korang akan nampak kedai merah tepi jalan belah kiri ; Coffee, Sugar & Spice nama dia. Tapi bukan kedai tu, depannnn sikit lagi. Nampak signboard kuning Dapur Kita tu. Pergila try tau :)
P.s Sebenarnya risau juga ni, takut berat dah naik semula. Badan jadi berisi semula. Jadi saya isytiharkan mulai saat ini, saya kembali kepada mod diet !! Sila sound sikit kalau saya tak diet ok? Err, sound sikit je lah. Karang saya emosi susah pulak :P