Wednesday, November 15, 2017

Resepi Homemade Fishball / Resepi Mi Calong

Weekend lepas saya ajak husband beli ikan dekat Pasar Nelayan Kuala Selangor. Jauh jugak pergi semata nak beli ikan haha harga lebih kurang sini je cumanya memang fresh. So haritu husband beli ikan jenahak, tenggiri, lala dan juga sardin. Total damage dalam RM80.

Esoknya saya terus bersemangat nak buat mi calong Kuantan. Sedapnya terbayang mi sup fishball fresh (padahal tak pernah makan pun, pengaruh dari Na ni haha)

Gigih gentel ikan sardin 5 ekor buat fishball. Btw saya memang suka buat bebola homemade pun. Ayam, ikan, dumpling.. bila rajin kita buat banyak banyak lepastu frozenkan. Tapi yang fishball ni 5 ekor takdan frozenkan la. Semua lebur dalam sup dan selesai hehe.

Sedap gila okay sup fishball saya kalini, sendiri masak sendiri kata sedapla :p sepanjang buat fishball selama ni rasanya ni first time buat sup fishball yang terasa sangat kemanisan ikan dia tu, so yummy !


Jom tengok resepi dia,

Resepi Sup Fishball (Homemade)

Bahan bahan
5 ekor ikan sardin
3 sb tepung ubi kayu
Garam
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Lada hitam kasar*

Cara cara
1. Asingkan isi ikan dengan tulang. Saya buang kulit dia dengan pisau lepastu korek guna sudu mana yang melekat lagi tu. Tulang ikan jangan buang, sila rebus buat stok untuk resepi seterusnya (sup fishball, mi calong etc)
2. Kisar isi ikan dan tepung guna food processor. Perasakan dengan garam.
3. Isi ikan yang dah dikisar tadi masukkan dalam bekas lepastu hempas adunan tu dalam 30-40 kali. Tujuan nak bagi fishball kenyal. Ok, ketepikan.
4. Bahan * ditumbuk. Tumis dalam periuk. Bila dah naik bau, masukkan stok ikan yang kita dah prepare di atas.
5. Bila sup dah mendidih, gentel adunan tadi ke dalam sup. Buat bulat comel comel je. Perasakan dan siap.

Simpe je kan ? Memang guna bahan seminimum mungkin sebab nakkan rasa manis ikan dalam sup tu so paling penting kena guna ikan fresh.

Sup ni saya buat base untuk mee calong, sedapnya. Caranya senang sangat, ambil periuk kecil lain, masukkan sup fishball sikit. Masukkan bihun, sawi. Bila mendidih, pecahkan telur. Tutup api. Siap



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...