Tuesday, July 4, 2017

Izza Nak Kurus -- Misi 55 kg Part 2

Hahahahahahahaha ya ampun langsung tak ingat ada tulis post di bawah ni siap bersambung lepas tu lupa terus

Sambunglah ye ?

Okay.. so aku start pakai korset ni dari hujung Jan 2017. Pakai je konsisten setiap kali nak keluar. Nak kata pakai hari hari tu taklah sebab well, I kan surirumah tangga haha manalah rajin nak memakainya di rumah. Tapi kalau keluar memang tahap WAJIB pakai. Masani tak terfikir pun nak timbang berat ke apa

Cuma bila makin lama tengok cermin eh rasa macam dah kurus sikit je aku ni hehe. Baby T pun dah boleh pakai balik takde macam sarung nangka pun

So aku pun beranikan diri pijak penimbang semula (penimbang is musuh ketat pls)

Tak ingatlah bulan berapa tapi masa tu timbang tengok tengok 64kg. Turun 4kg bhaiiiii ! Happy takyah cakap la. Dan sejak itu aku dah jadi obses penimbang plak. Haha tapi korang takyahla timbang hari hari. Takde perubahannya. Try timbang seminggu or 2 minggu sekali

Berat aku makin lama makin turun

68 --> 64 --> 62 --> 60.6 kg

Dalam masa 5 bulan ok. Salah satu faktornya dah tentulah korset. Sebab seriously aku macam takde buat apa pun. Makan je macam biasa tapi maybe portion dah kurang sikitlah sebab pakai korset ni takleh makan banyak, nanti sengkak

Faktor lain maybe sebab still breastfeed so berat tu maintained je. Nah aku share gambar sebelum dan selepas. Actually gambar penimbang pun ada kalau korang tak caye la kann haha tapi kat FB malas nak korek. Pegi tengok kat sana ok


Haaa ada nampak beza tak ? 😊😊 belum sampai berat idaman lagi tapi tupun dah cukup happy dah hehe

Anyway kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal korset ni mehla Whatsapp aku 0196683098

Kalau kat IG atau Facebook search hashtag ni #houseofcorsetbychooyaya

Bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...