Sunday, July 21, 2019
Murahnya Nak Pergi Bercuti
Wednesday, July 3, 2019
Alfatihah Untuk Baba
Dah lama berlalu perkara ni, Baba dah pulang ke pangkuan Ilahi 2 tahun lepas lagi. Cepatnya masa berlalu. I should blog about this for the sake of memory.
10/01/2018
Pukul 6 pagi, husband masih belum tidur rasanya. Ataupun dia dah bangun awal 4 lebih macam tu menyiapkan report. Dulu kerjanya selalu kena berjaga malam siapkan report disebabkan jarak masa antara meeting yang dekat membuatkan terpaksa korbankan waktu tidur menyiapkan kerja. Aku terjaga terdengar suara suamiku menjerit,
Hah, Baba kenapaa ???
Kelam kabut aku bangun pergi tengok husband dekat hall,
Kenapa sayang ?
Baba jatuh. Cepat solat, nak balik rumah tengok Baba.
Aku solat Subuh dengan air mata meleleh di pipi. Macam dapat sense je apa yang terjadi. Tapi tak berani nak buat kesimpulan atau bertanya lanjut lagi.
Selesai solat, cepat siapkan anak anak dan packing baju sekali.
On the way, call kakak iparku nak tanya kami perlu ke hospital atau ke rumah.
Kak iparku menjawab ringkas,
Ba dah takde.
Innalillahi wainnailaihirajiun
Masih teringat lagi kesedihan di waktu itu.
Bila sampai di rumah Mama, melangkah masuk melihat jenazah terbaring di ruang tamu. Jenazah Baba. Pemergian yang sangat mengejut. Kami langsung tak bersedia.
Aku ingat lagi, Baba meninggal pada hari Selasa. Hari Ahad, kami (family kecik kami dan keluargaku) baru pulang dari bercuti di Melaka. Sepatutnya kami semua straight pulang ke rumah tapi Allah gerakkan hati husband untuk singgah rumah Mama, nak ambil jaket motor padahal ambil kemudian pun tak apa. Kebetulan minggu tu pula semua tak balik, kalau tak mesti semua berkumpul di situ bila weekend. Sempatla Baba main dengan Luth malam ni. Luth pun kemain gelak Obba agah dia tau. Lepastu Mama masak kari ayam, beriya iya Baba suruh kami makan tapi kami dah kenyang jadi duduk menyembang ajelah sekejap.
Isnin esoknya mak ayahku pulang ke kampung. Selasa mak ayahku datang ke KL balik nak melawat Mama yang kesedihan.
Baba dimandikan dan dikebumikan di masjid UPM. Sampai sekarang bila solat dekat masjid UPM, lalu depan bilik mandi jenazah, sedihnya rasa. Terbayang lagi kenangan lalu. Masa 10/01/18 tu, husband lah yang paling sibuk uruskan semuanya dengan adik bongsu lelaki. Dua anak lelaki yang diharap menguruskan jenazah.
7 tahun menjadi menantu Baba, Baba layan baik sangat. Kasih pun kata Baba rajin bawa ke taman. Semua rindukan Baba kan. Baba sangat rajin ke masjid dan sangat rajin mengaji. Ternampak nampak rasanya Baba duduk mengaji di hall selepas Subuh :)
Kenangan terakhir kami raya bersama masa raya 2016 di Kuala Kedah, lama dah Mama beli rumah tu. Tapi 2016 Mama tambah baik rumah tu, pasang pagar simenkan semua, cat cantik cantik. Dan Baba Mama stay 3 bulan di sana masa tu sampai anak anak pun rindu lamanya tak jumpa hehe. Sempat juga Baba merasa duduk rumah Kuala Kedah tu,
Itu yang bila tahun ni kami semua sepakat raya sana, kenangan nya la bila sampai sana. Sedih. Sebak. Rindu.
Tapi ini kan lumrah kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Semoga kita akan berjumpa lagi di sana, Baba. Amin.
Saturday, March 30, 2019
Luth Dah Pandai Mengomen!!
Semalam lunch Sushi King dengan Cingah, Mama order Beef set ingat nak makan share dengan Luth sebab Kasih dah makan two plates baby octopus dengan two plates tobikko (sushi telur ikan)
Campurkan nasi panas dengan miso sup, sesuap untuk Luth, respons dia
Sedap!!! Nak nasikkkkk!!
Terkejut Mama dan Cingah dibuatnya 😍😍 first time Luth boleh cakap sendiri sedap. Selalu kalau tanya dia pun, sedap tak? -- dia tak pernah lagi jawab sedap
Aduhai berbunga bunga hati tak sabar nak p jumpa therapist Luth minggu ni nak cerita 😁 Luth sekarang memang dah masuk fasa commenting
Just sharing, fasa budak bertutur ni ada 4
1. Own agenda
2. Requester
3. Early communicator
4. Partner
Ni ulangkaji untuk Mama jugak ni haha nak tulis ni kena refer balik notes dengan therapist Luth masa sesi pertama dulu
So now Luth dah slowly di stage yang ketiga -- Early Communicator. Kadang kadang masih Requester. Still long journey untuk kami, tapi Luth memang sangat improves day by day, Alhamdulillah.
Anyway, disebabkan Adik komen sedap nasi miso sup tu, dengan Kakak sekali sharing one bowl of rice dengan Mama. Positive side, Mama dapatlah kurang makan nasi ye lunch semalam (Mama kan nak #misikurussebelumraya kahkah 😂😂)
Tuesday, February 12, 2019
Kasih First Day At Prasekolah
Monday, January 14, 2019
4 Cara Berkomunikasi Untuk Mendapatkan Perhatian Anak Autisme/Speech Delay
Ni ilmu therapist Luth share last week, simpan sini untuk rujukan, semoga bermanfaat.
Ini 4I untuk mendapatkan attention anak atau get the interaction going,
1) INCLUDE INTEREST
Ikut minat anak, contohnya Luth ni sangat minat numbers & alphabet. Jadi untuk tarik minat dia, guna material berunsur macamni.
2) IMITATE
Tiru apa anak buat. Contohnya Luth ambil pen dan kertas dan menulis nombor 2, Mama pun ikut tulis 2 jugak
3) INTERPRET
Bagi komen tentang apa anak buat. Contoh Luth menulis nombor, Mama komen oh ini five. Ohh.. Luth tulis twoo. Ini membuatkan anak rasa macam, oh my Mama is here. Saya boleh buat apa yang saya suka, Mama tak kacau tapi Mama is here
4) INTRUDE
Yang ni cuma boleh dipraktikkan jika anak OK dengan ketiga tiga method di atas. Contoh, mula mula Mama imitate Luth tulis 2. Mama biar Luth lead. Bila dia dah selesa, Mama cuba lead. Tulis 3 pulak. Bagi Luth ikut.
Atau
Contoh, main puzzle A B C. Mama sorokkan puzzle piece yang seterusnya untuk dapatkan perhatian Luth dan mendorong Luth untuk meminta
Disclaimer - olahan tersendiri berdasarkan penerangan dari therapist. Jika ada kesalahan atau misunderstanding, mohon beritahu ❤
Friday, December 21, 2018
Resepi Homemade Playdoh / DIY Playdoh
HOMEMADE PLAYDOH
Salah satu sensory-messy play untuk kids, bagi uli playdoh sendiri. Resepi ni elok, tak sticky dan boleh mold. Dah banyak resepi saya cuba, ada yang elok ada yang hancuss haha so yang ni memang 👍👍
1 cawan tepung
1/4 cawan garam
Beberapa titis minyak
1/4 cawan air
Pewarna makanan
Gaul semua bahan kecuali pewarna sehingga membentuk doh yang tak melekat. Air tu jangan letak sekaligus, masukkan sikit sikit. Boleh tambah air/tepung ikut keperluan.
Dah elok adunannya bolehla masukkan pewarna. Selepas tu saya balut dengan cling wrap dan restkan dalam chiller lebih kurang sejam. Siap !
Nak main keluarkan je, lepastu tu cling wrap dan simpan dalam chiller semula. Tahan 3 bulan.
Thursday, December 20, 2018
Hari Anugerah Kasih
Sebelum cuti sekolah haritu, ada majlis Hari Anugerah sekolah Kasih. Cikgu siap pesan datang tau, sebab Kasih ada ambil hadiah mata pelajaran terbaik dan top 5 dalam kelas, Alhamdulillah.
Majlisnya waktu malam, konsep potluck so Mama order je brownies. Baru tahu yang Kasih dapat no 2 dalam kelas dan no 3 keseluruhan serta terbaik mata pelajaran BM dan Maths.
Tahniah sayang Mama. Yang penting bukan nombor tapi progress dan improvement. Mama doakan Kasih sentiasa berjaya dan dirahmati Allah, love you




