Wednesday, July 3, 2019

Alfatihah Untuk Baba

Assalamualaikum,

Dah lama berlalu perkara ni, Baba dah pulang ke pangkuan Ilahi 2 tahun lepas lagi. Cepatnya masa berlalu. I should blog about this for the sake of memory.

10/01/2018

Pukul 6 pagi, husband masih belum tidur rasanya. Ataupun dia dah bangun awal 4 lebih macam tu menyiapkan report. Dulu kerjanya selalu kena berjaga malam siapkan report disebabkan jarak masa antara meeting yang dekat membuatkan terpaksa korbankan waktu tidur menyiapkan kerja.  Aku terjaga terdengar suara suamiku menjerit,

Hah, Baba kenapaa ???

Kelam kabut aku bangun pergi tengok husband dekat hall,

Kenapa sayang ?

Baba jatuh. Cepat solat, nak balik rumah tengok Baba.

Aku solat Subuh dengan air mata meleleh di pipi. Macam dapat sense je apa yang terjadi. Tapi tak berani nak buat kesimpulan atau bertanya lanjut lagi.

Selesai solat, cepat siapkan anak anak dan packing baju sekali.

On the way, call kakak iparku nak tanya kami perlu ke hospital atau ke rumah.

Kak iparku menjawab ringkas,

Ba dah takde.

Innalillahi wainnailaihirajiun

Masih teringat lagi kesedihan di waktu itu.

Bila sampai di rumah Mama, melangkah masuk melihat jenazah terbaring di ruang tamu. Jenazah Baba. Pemergian yang sangat mengejut. Kami langsung tak bersedia.

Aku ingat lagi, Baba meninggal pada hari Selasa. Hari Ahad, kami (family kecik kami dan keluargaku) baru pulang dari bercuti di Melaka. Sepatutnya kami semua straight pulang ke rumah tapi Allah gerakkan hati husband untuk singgah rumah Mama, nak ambil jaket motor padahal ambil kemudian pun tak apa. Kebetulan minggu tu pula semua tak balik, kalau tak mesti semua berkumpul di situ bila weekend. Sempatla Baba main dengan Luth malam ni. Luth pun kemain gelak Obba agah dia tau. Lepastu Mama masak kari ayam, beriya iya Baba suruh kami makan tapi kami dah kenyang jadi duduk menyembang ajelah sekejap.

Isnin esoknya mak ayahku pulang ke kampung. Selasa mak ayahku datang ke KL balik nak melawat Mama yang kesedihan.

Baba dimandikan dan dikebumikan di masjid UPM. Sampai sekarang bila solat dekat masjid UPM, lalu depan bilik mandi jenazah,  sedihnya rasa. Terbayang lagi kenangan lalu. Masa 10/01/18 tu, husband lah yang paling sibuk uruskan semuanya dengan adik bongsu lelaki. Dua anak lelaki yang diharap menguruskan jenazah.

7 tahun menjadi menantu Baba, Baba layan baik sangat. Kasih pun kata Baba rajin bawa ke taman. Semua rindukan Baba kan. Baba sangat rajin ke masjid dan sangat rajin mengaji. Ternampak nampak rasanya Baba duduk mengaji di hall selepas Subuh :)

Kenangan terakhir kami raya bersama masa raya 2016 di Kuala Kedah, lama dah Mama beli rumah tu. Tapi 2016 Mama tambah baik rumah tu, pasang pagar simenkan semua, cat cantik cantik. Dan Baba Mama stay 3 bulan di sana masa tu sampai anak anak pun rindu lamanya tak jumpa hehe. Sempat juga Baba merasa duduk rumah Kuala Kedah tu,

Itu yang bila tahun ni kami semua sepakat raya sana, kenangan nya la bila sampai sana. Sedih. Sebak. Rindu.

Tapi ini kan lumrah kehidupan. Yang hidup pasti akan mati. Semoga kita akan berjumpa lagi di sana, Baba. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...