Tuesday, February 16, 2016

Celoteh Kasih

Kasih ni kan, mulutnya cukup pandai berceloteh. Kadang bercakap tak berhenti sampai Mama pun mati kutu nak jawab apa. Soalan dia takkan habis,

Mama, tengok cat tu
Iyer, kenapa..
Cat tu nak pergi mana Mama ?
Cat tu nak balik rumah..
Kenapa cat tu nak balik rumah ?
Sebab dia nak jumpa Mak dia..
Kenapa mak dia dekat rumah ?
Sebab Mak dia dekat rumahlah..
Mama mama, Mak cat dekat rumah ke ?

HAHAHA pening nak menjawabnya..

Aku ni memang selalu ambil Kasih lambat. OT sebulan ni kalau tak cecah RM100++ memang tah sahlah. What to do, kerja terlalu banyak dekat office selalunya tak sempat nak siapkan on time 5.30 balik. Emak pun selalu bising, kerja aku ni penat sangat. Actually kerja ni mana mana pun sama, cuma field ni memang penat kot. Aku kerja bahagian akaun dalam logistics/shipping line, kerja memang takkan pernah stop. Walaupun weekend, walaupun public holiday, shipments takkan pernah stop kan. Dan semuanya mesti kena on time, kena tepat, kena precise.. Kalau tak, jawabnya kena penalty itu dan ini, cargo tak boleh clear on time dan macam macam lagi masalah timbul lah. Ahh, pendeknya kerja sini memang busy. Emak pun asyik bising suruh apply kerja kerajaan T_T Memang aku ada niat pun, tak tertahan kesian dekat Kasih lah kalau asyik balik lambat. Dia pun dah pandai merungut sekarang. Macam semalam, aku sampai taska 6.30 pm pun dia dah pandai mengomel dekat cikgu, mana Mama ni.. Lambatnya Mama ni T______________T

So sorry sayang. Nantilah Mama cuba fikirkan income yang boleh work from home saja :P Sambil tu kita doakanlah supaya rezeki Papa, rezeki kita dimurahkan, diluaskan supaya Mama boleh resign dan duduk rumah HAHA. Okay, kalau Emak baca ni Emak mesti berkerut dahi dan marah. Sebab Emak kata, Emak pun kerja sampai pencen.. Kenapa nak berhenti kerja kalau tak perlu nak buat macam tu (berhenti kerja).

Hari tu aku naik angin sangat dengan Kasih. Aku ni bukanlah penyabar sangat. Baran jugak. Kuat menjerit jugak. Memang kesabaran sangat kurang. Haritu dia buat hal apa ya, aku dah lupa lah tapi memang aku marahlah. Aku taknak cakap dengan dia. Sedih ni sampai sembahyang pun teresak esak haha drama sangat tak.. Masa tu punyalah tersentuh hati, tapi tengok.. sekarang dah lupa apa lah yang Kasih buat masa tu sampai tersentuh sangat hati tu. 

Tak kisahlah pasal tu, tapi masa tu kitorang nak keluar balik rumah Mama. So aku pun kemaslah baju semua. Hall masa tu penuh dengan mainan Kasih bertabur tabur. Kasih nampak aku tengah kemas baju, dia datang dekat nak salam.. Sambil cakap, 

Mama.. Kasih mintak maaf.

Aku ignore je sebab geram sangat. Diam. Dia pun mengadu dekat Papa,

Papa, Kasih dah mintak maaf tapi Mama tu diam je. Taknak cakap dengan Kasih.

Dia datang dekat lagi, cakap lagi sekali,

Mama, Kasih mintak maaf ni..

Aku pun tak sampai hatilah nak berkeras, aku pun panggil dia. Salam, dia pun mintak maaf.. Aku pun bagitau lah dia kenapa aku marah, bebel sikit, peluk cium sambil pesan, lain kali jangan buat lagi ye..

Lepas tu masa aku tengah mengemas tu, tiba tiba aje dia pun mengemas sama segala mainan dia yang bertaburan tu. Pandai betul dia kemas. Aku impressed sangat dalam hati. Tapi taknak la tunjuk teruja kat depan dia. Segala mainan yang patut letak dalam box mainan, semua dia letak situ. Segala barang PlayDoh dia, dia masukkan balik dalam kotak PlayDoh (macam Mama biasa buat). Segala sudu garpu botol yang dia ambil dari dapur Mama semua dia letakkan balik dekat dapur. Bantal bantal kecik, teddy bear semua letak dalam bilik. Flash card dia simpan elok elok dalam kotak, letak dekat rak buku. Eh, serious aku rasa kagum sangat tengok haha bagi can lah siapa lagi nak puji anak sendiri :P terus rasa terpujuk hati yang marah kat dia tadi, pandai betul Kasih ni ambil hati Mama dia..

Love you, sayang.

Monday, February 15, 2016

Speedboat ke Lang Tengah Island

Lagi 3 minggu nak bercuti, excited betul rasanya. Husband siap belikan backpack sebab rasa macam lagi senang nak travel pakai backpack kot. Of course la husband yang sado tu yang tukang angkat bag kan. Then, macam macam la plan dalam kepala ni. Nak pergi beli swimming suit baru Kasih. Hmm, Mama perlu ke swimming suit ? Haha macam bazir je nak beli. Bukan nak selalu guna pun nanti.

Tapi dalam excited tu, ada satu perkara yang merunsingkan kepala otak aku ni. Perjalanan dari Merang Jetty nak ke Lang Tengah tu nak kena naik bot. 45-satu jam perjalanan. Bila tanya dengan resort, mereka cakap naik speed boat. Tanya adik ipar yang pernah pergi Perhentian, dia cakap dia naik speed boat yang macam ni.


Something like this. Ko tak takut pulak tengok ? Huwaa dahlah bawak anak kecil ni. This triggered my panic button hahaha. Lalu aku pun menggoogle lebih banyak lagi imej bot bot yang digunakan untuk transfer dari jetty ke pulau. To my horror, hasil image google semuanya menyeramkan rasa nak cancel trip aje mengenangkan dah bayar semua aje T__T




Tapi untuk tak jadi menggelabah tak tentu hala, aku pun tanyalah dengan Customer Service resort tu since dari awal booking lagi memang Ms Yong ni banyak tolong aku jawab segala soalan soalan berkaitan vacation kalini. 

Lega betul bila Ms Yong reply email aku, dia bagitau not to worry. Transfer boat diorang semuanya covered dan boleh muat 40 paxs. OK, at least ianya quite big dan takdelah rasa bumpy sangat. Nah ni gambar botnya in case ada yang nak pergi ke pulau ni dan duduk dekat resort ni jugak.. 


Hopefully by the time kitorang pergi sana, cuaca bertambah baik dan laut tak bergelora sangat, amin.

Friday, February 12, 2016

Kasih Dah 3 Tahun !

Well, yes actually Kasih turns 3 awal tahun hari tu. Ala ala new year baby jugak kesayangan aku ni. 02/02/2016 - my Kasih Safiyya turns 3 !!! No fancy celebration like last year at the taska. --> Click HERE to read last year celebration.

Tahun ni celebrate kecil kecilan aje dekat rumah MIL. Kebetulan semua sepupu sepupu Kasih ada. Mama pulak masak sedap bihun sup malam tu. Kitorang cuma beli kek je lah itupun dah malam baru nak cari. Memang takde plan betul lah Mama awak ni Kasih. Main sauk je ahaha.
Jadilah ye buat kenang kenangan. Lepas tu keesokan harinya bawak Kasih pergi Farm In The City. Our second visit. Sebab Kasih suka sangat bagi birds makan, kitorang pun bawaklah dia ke sini lagi. Harga tiket tak ingat. Kalau nak baca first visit kitorang, click SINI.


Tahun ni punya lawatan kureng sikitlah. Burung burung dia dah tak menarik. Yang kekecil comel tu semua dah tak ada. Frust lah kitorang. So so aje lah kalini. Tapi tengokkan Kasih happy ni, so happy lah jugak ahaha. Kasih masuk sini masih free. Budak ketinggian bawah 110cm free entry. Tapi kesian jugaklah pasal tak cukup tinggi, tak dapat naik pony. Hehe. Sampai ke harini dia masih ingat lawatan ke petting zoo ni. Asyik asyik sebut nak ke zoo. Nak bagi makan birds, nak tengok rabbit, fishs semua. Alahai, lain kali kita ke taman burung lah pulak sayang. Ataupun kita ke Zoo Negara lah ye buat kali yang ke tiga ke empat entah HAHAHA.

Anyway, since Kasih dah 3 tahun sekarang, cikgu dia tanya nak join playgroup dekat daycare tak. So aku pun setujulah, join playgroup. Lagipun Kasih ni memang suka sangat buat aktiviti semua ni. Arahan pun dah boleh faham, cakap pun tak ada pelat. Kuat lorat lagi adalah. Kadang tak larat nak melayannya. Teringat perbualan dia dengan Cikna masa Cikna ambil dia balik dari taska hari tu,

Situasi - nampak burung terbang

Kasih : Cikna nampak tak burung tu ?
Cikna : Nampak..
Kasih : Bird tu balik kerja. Dia penat. Kesian dia. Macam Cikna jugaklah, penat balik kerja. Kesian kan.
Cikna : .... speechless

HAHA, lawak betul rasanya. Pandai betul cakap. Sekarang ayat favourite dia kalau Mama tak layan ke, Mama marah ke nanti dia pergi satu sudut lepas tu buat buat teresak esak sambil cakap Mama tak sayang Kasih.. ulang ulang ulanggg sampai lah Mama pujuk. Mama pujuk dia peluk peluk sambil nasihat dia lah, tak baik cakap macam tu. Mama sayang sangat Kasih. Taknak dengar dah cakap macam tu, OK ? 

Baik Mama..



Pagi tadi. Bukan main lagi, request nak tocang dua. Lepas tu nak pakai getah pink and blue. Lepas tu Mama suruh senyum je nak ambil gambar, sekali dia posing hahahhaa.

Alahai, rindu pulak dekat buah hati ni. OK nak cepat cepat siapkan kerja dan balik jumpa anak :)


Tuesday, January 26, 2016

Island Getaway

Assalamualaikum,

Haiii betul seperti dikata, mula mula je semangat update blog sampai 2-3 entry sehari haha lepas tu ke lauttt. Sedar sedar dah nak habis bulan pertama di 2016 ni dah. Semoga perjalanan 2016 ni dipermudahkan, dikelilingi keluarga dan kawan kawan yang tersayang. Mak ayah suami anak adik adik semuanya dikurniakan rezeki berpanjangan, sihat tubuh badan dan dilapangkan hati dah fikiran, amin..

Tahun 2016 ni tahun kedua saya bekerja dekat company sekarang ni. Dan mula rasa bosan ni, rasa demotivated, rasa hmmmm Abg, saya nak resignlah ! HAHA suami takde pilihan kecuali mengangguk je la :P tengok suami kat office dia pun dah macam lost focus je. Projek dah nak habis, semua pun macam makin lemau je. So, husband decided we should go for vacation ! For a real getaway yang memang betul betul rileks and rejuvenating. Ikutkan plan asal husband ni, kalau boleh hari ni cakap, minggu depan dah nak pergi. Tapi saya tak suka last minute plan macam tu. Dahlah kita nak pergi lama. Buat plan terkocoh kacah pulak. Seperti biasa, saya lah jadi tukang plannya. Husband jadi banker. Ahaha. Takdelah, kitorang memang ada tabung vacation dari last year bukak. Bolehla tampung sikit sikit duit belanja nak bercuti tu. Plan asal memang nak ke pulau. tapi tak tau pulau mana nak pergi. Cari punya cari, baca sana sini. Mostly saya baca dekat Tripsadvisor lah. Last last dah decided, nak pergi Lang Tengah lah. Pulau yang kecil dan cantik dan crowd tak banyak sangat.


Amik flight je ke Kuala Terengganu sebab malas nak drive. Lagipun kita takde plan nak ke mana mana selain ke pulau je. Kalau drive karang dah makan masa pulak. Lagipun Kasih dah lama sebut sebut nak naik kapal terbang. OK jom Mama dengan Papa bawak :)



Berdasarkan review dekat Tripsadvisor, kitorang pilih untuk stay dekat Summer Bay Resort ni. Hopefully memuaskan hati. So, basically semua dah settled. Cuma tinggal nak cari contact untuk kereta sewa je nanti. Ini first time kami bercuti yang betul betul bercuti punya selepas Krabi holiday 5 tahun lepas HAHA punyalah lama punya cerita. Seminggu terus amik cuti.

Tak sabar :)

Thursday, November 19, 2015

Hampir Kena Ragut - Parents Out There, Please Be Extra Careful !!

Pagi ni berdepan kejadian menakutkan, since aku dah tulis panjang lebar di Facebook maka aku copy paste saje lah di sini.

*****

Perhatian kepada parents yang hantar/ambil anak dekat taska/nursery/sekolah.

Pagi ni, dekat area rumah aku di Subang Bestari, masa on the way nak hantar Kasih ke taska di Desa Subang (dekat je, dalam 10 minit, masih dalam kawasan tu jugak), saya perasan ada dua orang India naik motor, bawak motor slow je. Hati dah rasa tak sedap. Takpelah, potong diorang, perasan yang diorang macam tengok keadaan dalam kereta. Then tengok dari side mirror, tengok diorang asyik tertoleh toleh je, hati dah terdetik jugak ada orang kejar diorang ke apa ? Tak lama kemudian, nampak ada satu lagi motor, sorang India ikut diorang.

Aku lajukan sikit kereta nak cepat sampai ke taska Kasih. Aku belok masuk kawasan perumahan Desa Subang, motor motor tu pun belok masuk. Taska Kasih ni corner lot. Aku parking kereta mengadap pagar taska. Matikan enjin, tunggu sekejap dalam kereta nak tengok India tu ke mana. Yang berdua naik motor tu parking depan sebuah rumah, bukak pagar then masuk. Yang sorang lagi aku perasan berhenti tepi jalan sekejap (ini jalan dalam kawasan perumahan).

Kemudian ada sorang lagi mak budak parking dekat seberang jalan, aku perasan dia tak matikan enjin. Then masa tengah tunggu cikgu turun jemput anak anak ni, kitorang boraklah. Dia bagitau tak sedap hati nampak India tadi. Aku pun cepat cepat bagitau dia aku pun sama tak sedap hati sebab India tu ikut je, baik awak pergi matikan enjin kereta awk cepat ! Kelam kabut dia keluar ke arah kereta, elok pulak masa tu India sorang tu tengah pusing motor dekat dengan kereta dia, rapat ke kereta dia tengah jenguk dalam. Berlari mak budak ni ke arah kereta dia, sempat selamatkan handbag dia. India tu pulak bila kena sergah macamtu terus dia pecut keluar dari kawasan perumahan.

Aku rasa India tu memang berniat ragut. Kebetulan mak budak ni pulak turunkan cermin kereta dia, enjin pun tak matikan. Memang ada la silap dekat situ, kecuaian berlaku. Tapi yang aku nak tekankan dekat sini, korang sila berhati hati kalau hantar anak. Make sure matikan enjin, cabut kunci, kunci kereta tu walaupun depan pagar je. 

Gigil rasanya jari ni menaip. Tak habis lagi nervous. Tadi pesan banyak kali dekat cikgu taska, kunci pintu elok elok. Lepastu aku pun report polis mintak dorang ronda kawasan tu sebab masa tu kejadian baru je berlaku. Tapi aku tak sempat nak tengok sangat no plet dia, polis pulak tanya banyak details. Aku punya panik nama taska Kasih pun tak ingat tadi. Nasib dapat recall nama Desa Subang. Aku syak India dua orang yang duduk situ yang lead kawan dia ke situ. Sebab mak budak tu bagitau masa dia otw, dia nampak diorang pusing pusing dekat area taska lain dekat area situ jugak. Takpelah yang penting lepas ni kena lebih berhati hati.

Take care kawan kawan, jaga anak anak kita baik baik. Semoga Allah lindungi kita semua. Amin.

*****

Tuesday, November 17, 2015

Busy Bags Idea - Aktiviti Kasih di Rumah

Hi hi wah jangan terkejut 3 entry dalam masa dua hari, bravo sangat ni !!!

Jangan lepas tu setengah tahun menyepi kahkah

Sebenarnya dah lama nampak idea untuk busy bags ni duk melintas dekat Facebook. Dah lama ni aku pasang niat nak buat untuk Kasih. Tapi yang selalu lintas tu yang kena jahit guna felt tu alahai mak belum cukup rajin nakkkk

Lepas tu google lagi idea idea lain. Sekali banyak je yang printable version. Yahooo, inilah yang mak mahu ! Senang dan tenang. Punya gigih aku nak buat sendiri untuk Kasih, siap beli printer dengan laminator tu :D :D :D



Semangat Mama kan ?



Simple game je pun, macam ni matching game. Kasih dah pandai kenal bentuk warna semua tu. Game ni simpan dalam satu beg, simpan elok elok. Saya plan nak punch dia dan simpan guna ring file. Nak keluar, kita angkut je beberapa busy bags ni.




Ni pun matching game. Sticks tu dah lama beli, guna untuk ajar warna je tapi tak berkenan sangat la sticks yang beli dekat DIY ni. Warna dia turunlah, me don't like. Kalau tangan kita basah pegang stick tu, habislah. Game ni best, Kasih suka tapi biasalah dia cepat bosan. Baru main satu page dah, Mama lah main !

Ish budak ni kan !

Kalau hari cuti atau hari minggu, aku banyak sikit masa nak melayan. So biasanya ajak dia buat art. Simple art, takdenya Mama nak ajak dia main water color lagi sekarang. Malas ;D

Ada satu buku aktiviti ni beli dekat BBW haritu. Best jugak, tak sia sia husband saya berebutkan buku tu haha. Katanya dia tengok mak mak lain semua beli buku tu, dia pun ikut beli. Haha. Good job darling !



Buat paper string. Mama yang gunting, Kasih gamkan. Ada beli gunting for kids tapi tetap tak berani jugak nak bagi dia pegang gunting lagi. Err adalah sekali dua bagi, tapi macam tak boleh harap lagi je HAHA.


Guna kotak kotak terpakai untuk lekatkan material supaya sturdy sikit.

Sebenarnya yang gigih sangat ni bukan apa. Tak suka nak bagi dia main handphone sesaje. Tapi kadang tak boleh nak elak. Time nak buat kerja, dia main sekejap je mainan ni lepas tu bosan. Dah bosan, kacau Mama. Biasalah nak perhatian kan. Kadang tak larat nak layan, suruh je dia punggah bakul mainan dia tu. Takpelah nanti Mama kemas T_____T


Monday, November 16, 2015

Breakfast at IKEA

Sabtu lepas, keluar rumah awal pagi sebab nak bawak Kasih ke klinik. Batuk teruk pulak dia sekarang. Risau sebab dia tak boleh tidur malam sebelum tu, so esok paginya cepat cepat bawak Kasih ke klinik. Pergi klinik doktor check dada macam berat sikit, banyak kahak so dapat ubat cairkan kahak dan selsema. So far, nampak beransur pulih. Tapi ubat ubatan tu memang buat mengantuk agaknya. Kerjanya tidur je sampai makan pun tak mahu, risau jugak dibuatnya. Aku rasa dia lapar sangat kot semalam makan tengah hari je lepas tu makan ubat terus tidur sampai malam, bangun sekejap sekejap je lepas tu mamai balik, bangun pagi tadi terus mintak nak makan mi. Nasib baiklah memang dah siap masak untuk bekal pergi taska dia kan, so pujuk dia untuk makan dekat sekolah dengan cikgu sebab pagi pagi tak sempat nak layankan dia makan.

Oh, sebenarnya nak cerita lepas jumpa doktor terus ke IKEA. Nak bawak adik breakfast dekat IKEA, lagipun rasa dah lama pulak tak makan karipap IKEA yang super lazat tu. Sampai IKEA pukul 10 lebih macam tu, WOW rasa kagum pulak dengan diri sendiri haha tak pernah pernah sampai mall seawal itu. Aku ni bukan morning person orangnya. Pagi pagi memang malas nak bersiap dan keluar. Suka keluar petang ataupun malam.

Jadinya bila dah sampai mall awal macam tu, rasa bahagia je nak makan dekat cafe dia. Orang tak ramai, beratur pun kejap aje. Tempat duduk pun tak payah berebut. Kalau aku pergi dengan suami, kitorang memang takkan punya ke IKEA di hari minggu. Sebab IKEA tu dekat je, kalau nak pergi memang pergi waktu malam weekdays. 
 

Bawak Ciktin makan meatball. Kasih makan pasta. Mama pulak kekonon eat clean, makan salad dengan raw salmon. Yummy sangat rasanya dah lama tak makan sashimi ni.  Sedapnya, teringat sashimi dekat Zanmai Sushi tapi dah lama tak ke sana since orang share mereka ada guna mirin dalam sesetengah makanan. 

Kebetulan tengah makan tu, Kak Ana pun bagitau dia pun nak ke IKEA. Sempat lah jumpa Kak Ana sekejap hari tu. Aku dah habis makan, Kak Ana masih beratur lagi. Berseri seri sangat time pregnant tau !!

Tak sempat tunggu Kak Ana nak jalan sekali sebab orang dah semakin ramai, kitorang pun nak pusing pusing cuci mata tengok barang barang dalam IKEA kejap.


Jumpa Cik Ely, Kasih berkenan sungguh nak angkut bawak balik haha tapi mahal laa plush toys ni RM 60 kot lain kali je lah Kasih ye. Nasib awak pun tidur kan, Mama pun letak le balik Cik Ely tu. Cuba bodek Papa kot kot Papa nak belikan haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...