Pagi ni berdepan kejadian menakutkan, since aku dah tulis panjang lebar di Facebook maka aku copy paste saje lah di sini.
*****
Perhatian kepada parents yang hantar/ambil anak dekat taska/nursery/sekolah.
 Pagi ni, dekat area rumah aku di Subang Bestari, masa on the way nak 
hantar Kasih ke taska di Desa Subang (dekat je, dalam 10 minit, masih 
dalam kawasan tu jugak), saya perasan ada dua orang India naik motor, 
bawak motor slow je. Hati dah rasa tak sedap. Takpelah, potong diorang, 
perasan yang diorang macam tengok keadaan dalam kereta. Then tengok dari
 side mirror, tengok diorang asyik tertoleh toleh je,
 hati dah terdetik jugak ada orang kejar diorang ke apa ? Tak lama 
kemudian, nampak ada satu lagi motor, sorang India ikut diorang.
 Aku lajukan sikit kereta nak cepat sampai ke taska Kasih. Aku belok 
masuk kawasan perumahan Desa Subang, motor motor tu pun belok masuk. 
Taska Kasih ni corner lot. Aku parking kereta mengadap pagar taska. 
Matikan enjin, tunggu sekejap dalam kereta nak tengok India tu ke mana. 
Yang berdua naik motor tu parking depan sebuah rumah, bukak pagar then 
masuk. Yang sorang lagi aku perasan berhenti tepi jalan sekejap (ini 
jalan dalam kawasan perumahan).
 Kemudian ada sorang lagi mak 
budak parking dekat seberang jalan, aku perasan dia tak matikan enjin. 
Then masa tengah tunggu cikgu turun jemput anak anak ni, kitorang 
boraklah. Dia bagitau tak sedap hati nampak India tadi. Aku pun cepat 
cepat bagitau dia aku pun sama tak sedap hati sebab India tu ikut je, 
baik awak pergi matikan enjin kereta awk cepat ! Kelam kabut dia keluar 
ke arah kereta, elok pulak masa tu India sorang tu tengah pusing motor 
dekat dengan kereta dia, rapat ke kereta dia tengah jenguk dalam. 
Berlari mak budak ni ke arah kereta dia, sempat selamatkan handbag dia. 
India tu pulak bila kena sergah macamtu terus dia pecut keluar dari 
kawasan perumahan.
 Aku rasa India tu memang berniat ragut. 
Kebetulan mak budak ni pulak turunkan cermin kereta dia, enjin pun tak 
matikan. Memang ada la silap dekat situ, kecuaian berlaku. Tapi yang aku
 nak tekankan dekat sini, korang sila berhati hati kalau hantar anak. 
Make sure matikan enjin, cabut kunci, kunci kereta tu walaupun depan 
pagar je. 
 Gigil rasanya jari ni menaip. Tak habis lagi nervous. 
Tadi pesan banyak kali dekat cikgu taska, kunci pintu elok elok. Lepastu
 aku pun report polis mintak dorang ronda kawasan tu sebab masa tu 
kejadian baru je berlaku. Tapi aku tak sempat nak tengok sangat no plet 
dia, polis pulak tanya banyak details. Aku punya panik nama taska Kasih 
pun tak ingat tadi. Nasib dapat recall nama Desa Subang. Aku syak India 
dua orang yang duduk situ yang lead kawan dia ke situ. Sebab mak budak 
tu bagitau masa dia otw, dia nampak diorang pusing pusing dekat area 
taska lain dekat area situ jugak. Takpelah yang penting lepas ni kena 
lebih berhati hati.
 Take care kawan kawan, jaga anak anak kita baik baik. Semoga Allah lindungi kita semua. Amin.
*****
