Wednesday, January 25, 2012

Krabi : Koh Phi Phi Tour

Kitorang ambil pakej Koh Phi Phi Tour untuk aktiviti hari kedua di sana. Aktiviti ni termasuk snorkeling lepas tu dia bawaklah pusing-pusing pulau di sana. Memang kalau korang ambil pakej macam ni, senang. Tak payah nak fikir apa dah untuk satu hari sebab aktiviti dia full day, 8 pagi smpi 5 petang.

Untuk pakej ni, harga dia 1200 baht seorang. 

Harga ni depends pada tempat yang korang ambil, tapi basically saya tengok lebih kurang je harga dia. Lagipun kitorang semua ambil melalui hotel je, diorang lebih tahu kan agency mana yang best semua tu :D


Kalau korang engaged pakej ni semua memang tak payah risau pasal transport, dia akan pick up dekat hotel. So dari hotel kitorang nak ke jeti ni dalam setengah jam kot. Naik speed boat untuk island tour ni. Air semua tak payah bawak pun tak apa. Dia dah sediakan dalam tu.


Tempat first yang dia bawak atas ni, Maya Bay kalau tak silap. Hehe memori dah mulai memudar lah ni. Maklumla banyak tempat dia bawak, dah tak ingat sangat dah saya apa tah nama dia :p


Snorkeling ada dua tempat dia bawak. Tempat pertama di Loh Sama, tempat kedua pula di Hin Klang. Tapi kan korang, saya ni penakut air. Penakut nak masuk air, penakut nak masukkan muka dalam air. So, ini pengalaman pertama saya buat snorkeling. Masa kat Pangkor dulu, suami ada buat snorkeling juga tapi saya duduk tepi je tengok. Yes again, penakut air.

Ikutkan hati memang taknak saya masuk air ni, tapi dah datang jauh-jauh gila kau taknak buat kan ? Air dia dahla crystal clear biru memang cantik sangatlah. Saya pun beranikan diri, dari speed boat nak terjun masuk air pun dah satu hal. Haha. Lepas tu bila dah masuk air, setengah jam pula suami nak tenangkan saya. Lepas tu nak pujuk saya lagi supaya masukkan kepala dalam air, ajar nak imbangkan badan lagi semua. Haha. Kesian dia buang masa dah sebab nak tenangkan isteri.

Dan akhirnya saya berjaya juga buat aktiviti snorkeling ni *muka bangga. Haha

Memang cantikkkkk dalam tu, dengan ikan warna warni. Terumbu karang semua. Tempat first pergi tu masa air tengah surut, jadi kena pakai life jacket takut terpijak terumbu karang. Tapi kalau dah namanya saya, kat mana-mana pun mestilah kena pakai life jacket. Bukan reti nak berenang kan :p

Ingatkan bila dah bertenang boleh buat snorkeling tu kat tempat first tu kan, bila dah bawak pergi tempat kedua takdela masalah. Rupanya masalah yang sama berulang lagi. Hahahaha. Serius kesian suami tak dapat dia menikmati sangat aktiviti ni. Mana taknya, isteri nak berpegang setiap masa. Tak boleh lepas, kalau lepas jadi macam takut sangat. Tak tentu arah jadinya T_T

Jomlah saya share sikit-sikit gambar pulau kat sini. 


Ini dekat Phi Phi Island. Kat sini macam ada satu bandar lain. Kalau korang suka night life yang happening, bolehla stay dekat sini. Banyak juga orang berjual-jual kat sini. Harga barang, ada yang murah dari Ao Nang, ada yang mahal melampau. Katanya pulau kan, apa je yang tak mahal ?

Lunch pun dekat Phi Phi Island ni. Semuanya under tour. Lunch dia best tauuuu, banyak gila lauk. Takpayahla korang nak keluar duit lagi untuk makan lauk pauk Thai kat restoran kat luar kan :D


Viking Cave. Cantik kan air dia. Ni tempat apa, sila la google untuk info lebih lanjut.


Air kat sana memang jernih cantik suka sangat. Best. Subhanallah, pemandangan dia memang sangat cantik.


Ini destinasi terakhir. Bamboo Island. Pantai putih bersih pijak lembut je rasa. Boleh mandi semua dekat sini. 

Join tour ni memang best. Kira memang dia jagala customer dia. Makanan semua memang banyak, terlebih-lebih pula tu. Tak cukup dengan lunch, dalam bot tu bekalan air mineral dia banyak gila, minumlah sebanyak mana nak pun. Dengan buahnya lagi, dengan kek lagi. Kata main air kan, haruslah cepat lapar.. Tempat yang dia bawak pun best, rasanya berbaloi dengan harga :)

P/s 100 baht lebih kurang RM10 ye

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, January 24, 2012

Krabi : First Night

Malam first di Krabi, kitorang pusing-pusing aje. Cari idea nak buat apa, nak makan apa semua. Btw, kitorang stayed dekat hotel ni.




Tak nampak kan nama hotel dia. Hehe. Nama hotel ni Haleeva Resort. Saya pilih sebab rate dia yang tinggi dekat Agoda.com. Owner dia pun very friendly and helpful. Info pasal hotel ni entry lainlah.

Dinner malam tu, nak try local food. Dekat Ao Nang tu, depan McD memang banyak local and halal food. Memang situ pun tumpuan pelancong nak cari makan.


Ni rupa gerainya. Gerai yang disambung dengan motor. Panggil apa entah saya pun tak sure. Tut-tut jugak ke?


Pad thai ! Sedap walaupun gerai tepi jalan je. 40 baht je. Standard makanan gerai ni dalam 40 - 60 baht. Air biasanya 20 baht. Tapi kalau beli kat 7e, murah pulak kat sana. Coke tu baru 14 baht.


Jalan-jalan tepi pantai. Entah mana port saya ambil gambar ni entah :D


Dan malam tu lepas sembang dengan Mr Sun (owner hotel), maka kitorang dah ada plan nak buat apa esoknya. Semuanya booking dekat kaunter hotel je. Senang dan mudah :D

Oh, lupa nak cerita sebelum ni.. First night in Krabi pun saya dah ajak suami pergi massage :P hot oil massage cuma 300 baht. 


<--- Nang if you LIKE

Friday, January 20, 2012

Berlepas ke Krabi

Yeyeah, mari update pasal short vacation saya dan suami ^_^


Ini consider honeymoon lah ye? Haha walaupunnnn dah 5 bulan berkahwin, tetap nak feeling honeymoon pengantin baru kan. Yang pergi Pangkor tu lain, itu pre honeymoon :p

Ada-ada je la saya ni.

Flight kitorang 14 Jan hari tu, pukul 1.30 petang. Sekarang kan dah senang, boleh buat web check-in je. Jadinya tak payah nak pergi airport awal sangat.


Tiket flight beli setahun awal ye. Hoho nak murah begitulah ye caranya. RM278 sahaja untuk dua orang pergi balik. Gatal sangat kan, sebelum kahwin lagi dah beli tiket nak bercuti sama :p


Sejam setengah dari LCCT - KIA


Clear imigresen dulu semua. Masa ni kitorang masih blur-blur. Hehe masih tak ada plan apa pun. Kita redah je, sampai Krabi baru kita fikir :) 

Dah arrange untuk airport transfer tapi bila keluar cari nama kitorang tak ada pun T_T

Blur sebentar kat situ, terpinga-pinga nak pergi mana. Hehe. Tapi rileks lagi sebab contact number semua ada.

Adalah tunggu dalam 5 minit macam tu, baru terperasan ada abang tu pegang card nama kitorang. Yay, jom pergi hotel. Masa ni perut memang dah kelaparan sangat, nak hantar barang lepas tu memang nak cari makan.


On the way ke pantai Ao Nang. Krabi ni besar kawasan dia, so yang kitorang stay ni di area Ao Nang.

Dari airport nak ke Ao Nang dalam 45 minit.

Sampai hotel je, check in, terus keluar cari makan. Memandangkan Abg Fifie saya ni dah pergi sana hari tu, so adalah guide sikit nak pergi mana, pergi mana semua. Sankyu abg



Our first food in Krabi. Makanan halal senang nak cari kat sini sebab majoriti penduduk Ao Nang adalah Muslim jadi pasal makanan, rasanya memang tak ada masalah.

Sebabkan lapar sangat, order macam-macam end up bill 250 baht untuk makan tepi jalan dekat gerai tu aje T_T 

P/s pasal cost dan bajet semua tu, nanti saya akan summarizekan dekat entry yang terakhir ye (which is lambat lagi nak sampai ke entry tu. Heheheee)

<--- Nang if you LIKE

Krabi : Teaser


Saya nak buat entry day by day tapi tak tahan pula tengok suami ni sakan add gambar dekat Facebook tu. Jadi, share satu dulu ye kat sini.

Insya Allah malam nanti saya update lagi ;)

<--- Nang if you LIKE

Thursday, January 19, 2012

Resepi Kek Coklat Dengan Lapisan Keju (Moist Chocolate Cake Layered w Cheese)

Hai semua !!

Ada yang rindu tak ? Hehe untuk yang taktau, saya pergi bercuti sebab tu lama tinggalkan blog :)

Sorry pembukaan update blog ni saya update resepi dulu ye sebab dah lama sangat berjanji dengan orang nak update resepi ni tapi masih tak update sampai baru ni tadi kawan ingatkan, barulah rasa alamak dah janji tapi tak tunaikan T_T

So, ini dia resepinya ye.


Bahan-bahan

Bahan A
1 tin susu cair
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
1 tsp esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Cara-cara
1. Campur semua bahan A, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan bahan B, pukul sehingga sebati. Jangan sampai terlebih pukul.
3. Bahagikan adunan kepada dua.

Untuk lapisan cheese dia pulak, resepi dia macam ni :

Bahan-bahan

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
2 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
15 g tepung gandum

Cara-cara
1. Pukul cream cheese bersama telur sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

----------------------------

Ok cara- cara nak buat dia. Panaskan kukusan. Ni kukus ye, bukan bakar. Lepas tu lapiskan loyang kek dengan kertas surih. Tuangkan 1 bahagian adunan kek coklat tadi. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak (cucuk tengah kek dengan lidi, kalau masih basah sila kukus lagi).

Selepas lapisan kek dah masak, masukkan lapisan cheese pulak dan kukus sehingga masak. Last step, tuangkan 1 bahagian adunan kek coklat tadi dan kukus sehingga masak juga. Kalau rajin bolehla buat berlapis-lapis ye.

Kek ni memang sedap dan lembap. Memang bestlah makan, tryla buat ye :)

<--- Nang if you LIKE

Friday, January 13, 2012

Mee Ketam

Ni salah satu pengaruh blog jugak ni :p


Salahkan blog Kak Jemah. Sapa suruh dia sanggup datang dari Seremban semata-mata nak makan mi ketam dekat Shah Alam sedangkan saya yang duduk Shah Alam ni pun tak pernah tau kewujudan restoran ni :p

Hehe.

Nasiblah suami saya rajin melayan kehendak bini dia yang comel ni kan. Bluwek :p


Mi ketam yang sedap. Tapi kalau takde tambah ketam tu lagi best kot. Lecehlah nak makan ketam ni. 

Mi ketam plain = RM4
Mi ketam plain + ketam kecil = RM7
Mi ketam plain + ketam biasa = RM8


Saya dengan Nyna makan mi ketam plain + ketam biasa. Suami pulak makan nasi goreng ketam. Suami kata ketam kat Bagan Lalang lagi best. Ala sayang, tu lain la sayang. Itu memang betul-betul fresh baru naik dari laut. Mana nak sama, kan ? Apapun, saya suka je kuah mi kari dia. Sedap.

Kat mana ?

Dekat Seksyen 7 Shah Alam, belakang kedai Hakim lama tu. Dekat Kompleks Anjung. Atas dia ada kedai D'Attap Seafood.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, January 12, 2012

I'm blue


Salah satu baju yang dibeli secara berjemaah dengan #gengshopping. Hehe. Eh bukan baju je, seluar pun sama :p Itu seluar ye, baggy pants. Sumpah selesa gila terus rasa eh kenapa aku tak beli je ketiga-tiga warna yang ada :p

Riza, kalau tak silap Riza pun ada beli blouse tu kan? Hehe.

P/s expression muka tu bukan bajet comel ke apa, colleague saya malas nak layan saya mintak tolong ambil gambar maka dia main snap je masa saya tak ready. Haha.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...