Sunday, September 11, 2011

Lagi Gambar Sekitar Majlis Nikah

OK mari update secara ekspress. Kesian suami ditinggalkan sorang-sorang sebab isteri curi masa nak update blog kejap.

Saya nak share gambar sekitar majlis nikah ni.

Lelaki kesayangan. Sangat kacak pada malam tersebut *jantunglaju

Ayah sendiri yang mengakadkan :)

Wajah emak dan ayah selepas menerima menantu sulung. Hehe.

Perempuan nervous. Waktu ni dah selesai semua urusan tau, tinggal nak batalkan air sembahyang dengan serahkan mas kawen.

Terima kasih sayang.

Upacara pembatalan air sembahyang. Hati sangat gembira dan automatik tersenyum bila terpandangkan cincin ni :)

Mmuah, sayang bini abang *kata beliau di dalam hati

Husband and wife.

Emak dan ayah tercinta.

Adik beradik tersayang, adik lelaki je tak join sebab sibuk di luar. Sangat reliable adik lelaki saya ni, tsk terharu. Lapanploh kali dah puji dia neh, mesti kembang dah tu. Haha

Mama dan baba.

Girlfriends !

Oh btw, saya rasa beruntunglah. Ex gf En Suami siap bagi tips pemakanan En Suami kat saya. Korang ada ex gf suami yang concern pasal life korang ? Takde kan, takde kan ??? Haaa, saya ada.. Jangan jealous ;) Thanks ye, buat susah-susah je share tips yedak ?

Kbai.


<--- Nang if you LIKE

Saturday, September 10, 2011

Isteri Masuk Dapur

Mana boleh suami masuk dapur je cerita. Isteri masuk dapur pun nak jugak eksyen kat sini kan :)

Tapi isteri masak simple je. Sangat-sangat simple. Pastu reti pulak tu menyukat untuk dua orang makan. Memang sedang elok je, cukup-cukup kenyang sekali makan.

Nasi putih, daging blackpepper, kailan ikan masin dan telur dadar.

Ngehehe, masak ni pun nak cerita kat blog kan. Ala, kasi can lah. First time I masak untuk suami ni :)

Kailan ikan masin yang tak berupa seperti kailan ikan masin sangat. Hehe. Tu ikan masin yu tau, beli kat Pangkor hari tu. Sedap jugak, tak masin sangat lah. Mungkin sebab dah rendam dia dengan air kot :D

Nasib baik daging blackpepper saya tak liat. Bukannya reti masak sangat pun, selama neh masak untuk tekak sendiri je. Nasib En Suami ok je walaupun kan saya tahu beliau tu cerewet jugak sikit pasal makan ni :p

<--- Nang if you LIKE

Friday, September 9, 2011

Sikit-sikit Dulu Ye

Saya ni kan dah menggeletis nak update pasal cerita kahwin ni ha. Masalahnya internet dekat rumah tu gila. Kat ofis pulak busy. Tapi hari ni ada masa sikit, kita share je lah apa yang ada dulu yedak ?

Tapi bagi amaran awal siap-siap, semuanya gambar vain aje neh. Gambar dengan En Suami takdak. Kat laptop, tu pun curik-curik dari kamera adik. So jadilah dulu dari tak ada. Dari bertangguh, ujung-ujung hapah pun takde kan.

Nikah selepas Maghrib. Pukul 7 pun tok kadi dah call saya ingatkan nikah pukul 8, pengantin lelaki jangan lambat. Pastikan saksi semua ada bla bla bla. Buat selepas Maghrib sebabnya lepas Isyak dah fully booked. Haha.

Baru je selesai make up masa ni. Tengah tunggu rombongan. Tihihihihihi.

Oh, tapi saya kecewa sebab tok kadi tu rushing sangat. Tak sempat nak panggil saya keluar bilik pun. Penat je saya dah prepare mini pelamin semua. Sobs. Tak dapat dengar En Suami lafazkan akad nikah :( Nasib baik ada video. Tunggu video dah siap, merasalah saya tengok suasana masa tu :)

Full view baju nikah saya. Ada setengah orang sewakan baju nikah kan selepas majlis. Ada terfikir macam tu, tapi ada rasa sayang jugak nak bagi orang lain pakai. Hehehe. Business minded betul, belum apa-apa lagi dah fikir nak sewakan #kelaskaujah

Sedih sikitlah suasana malam tu. Sebab lepas Maghrib, jadi masa nak bersiap lepas sembahyang tu sikit sangat, ayah saya tak sempat nak pakai samping pun :( Memang nampak kelam kabut sikitlah. Dengan saya yang ternanti-nanti bilanya nak keluar neh. Tau-tau je Ngah masuk bilik mata berair bagitau,

Yong.. Awak dah jadi isteri orang pun.


Hahaha. Sumpah saya mengamuk membebel dalam bilik masa neh. Bukan reti nak sebak ke syahdu ke apa, mengamuk lah pasalnya saya nak keluar. Haha. Nak dengar okeh. Takpelah, dah lepas. Janji dah selamat semua kan. Yang penting, kita semua happy :p

Kakngah la yang menolong saya mengemas dan menghias bilik pengantin. Simple je. Sebab saya adalah memang suka benda yang simple je. Tak suka serabut-serabut ni. Kalau tengok pelamin saya pun, simple je. Ikutkan hati, nak buat private wedding, ajak family dan kawan rapat je. Wah, bajet #retis kau kan. Haha.

Terharu Cik Eno ni datang tau. Terkejut akak. Hihi, ingatkan Eno tak datang. Thanks <3

Lepas habis majlis nikah kan, saya dan En Suami terus keluar. Keh keh. Bukan pergi datinglah. Nak pergi amik gambar sekeping dua. Kat tempat saya ni, penuh dengan lampu. So ada sekeping dua gambar waktu malam penuh lampu pun dah cukup puas dah hati ni :D

Lepas tu tak sedar diri pulak tu masa keluar tu dompet, handphone ke hapah semua tak bawak. Ada hati pulak tu nak singgah minum kat kedai. Haha nasib baik kedai makan tu tutup. Gigih sangat kan nak keluar minum berbaju pengantin T_____T

Orang kuat saya. Kesayangan saya. Bff for 10 years. I heart both of you soooo much. Thanks soo much. Tak retilah nak buat ucapan jiwang-jiwang neh. Cukup korang tau yang aku sangat-sangat berterima kasih kat korang. Yang menemankan aku dari sebelum majlis sampailah ke sudah.

Terima kasih sangat untuk semua yang menolong menjayakan majlis perkahwinan kitorang. Mana yang terkurang tu, saya bagi pihak keluarga memohon maaf. Biasalah kenduri pertama kan, adalah terkurang sana sini..

Love,
Izza.

P/s Eh tetibe ujung-ujung jadi macam surat pulak. Hihi layankan ajelah.

<--- Nang if you LIKE

Thursday, September 8, 2011

Suami Masuk Dapur

Morning !

Ada yang tunggu kite update cerita kawen ke ? Sorry, tak sempat lah nak godek-godek folder gambar tuu.. Malam jap g naa, boleh kan ? Hehe semalam cakap malam ni, hari ni pun cakap malas ni jugak kan. Sebenarnya saya pun rasa tak sabar nak update neh, banyak sangat cerita nak share di sini. Karang bertangguh-tangguh, lupa pulak kan..

Anyway, semalam En Suami offer untuk masakkan dinner. Haruslah isterinya senyum lebar je kan, sebab saya ajak makan luar je semalam. Kih kih. Belum sampai semangat memasak la uols. Letih tak hilang lagi neh. Kenduri gotong-royong neh letih dia lain macam kan. Gila ka 2 malam sebelum kenduri tidur lebih kurang 3-4 jam je. Itu cara-cara pengantin. Cara-cara adik pengantin, diorang memang tak tidur langsung ! Kesian adik-adik saya. Nasib baik semuanya bertanggungjawab dan rajin nak menolong. Ce bayangkan adik-adik saya ni pemalas, matik lah kakak diorang neh. Sankyu adik-adik tersayang

Mak ayah saya meman dah cakap dah, lepas neh kenduri kita buat katering je. Kihkih, penat sangat tau tak. Mak ayah saya memanglah orang yang paling penat sekali. Tapi kenduri dah lepas ni, lega dah diorang tu :) Memang sangat-sangat berterima kasih pada family saya, mmmuuuahh !!

Ok, bila dah start buat ucapan penghargaan neh mulalah melalut kan. Itu nanti saya buat entry lainlah :)

Berbalik kepada cerita asalnya, nak cerita je yang semalam En Suami masakkan dinner. Hehehee.


Sedap okey. Mesti ada perencah tambahan a.k.a kasih sayang neh. Kahkah, muntah ijaulah korang, bluwek ;p

Thanks syg ! Malam neh saya pulak masak ye ?

*tengah google resepi..*

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, September 7, 2011

Salam semua,

Selamat Hari Raya !!! Wah, baru sempat saya nak wish kan..

Hari neh 1st day masuk kerja selepas lebih kurang 13 (tertinggal 3 lah Na !!!!) hari bercuti. Tehehehee. Maunya tak lemau kan..

Baru beberapa hari bergelar isteri neh, perasaan adalah lain macam. Dan rasa nak tayang jari yang berinai neh kat semua orang sambil kata, weols dah kawen uols. Hahaha. Gurau ok gurauu..

Tengah belek-belek gambar kawen neh, rasa tak sabar nak update blog. Tapi malas, hehe. Dan kekangan masa, ececee. Yelah, dah kat rumah bila masanya nak mengadap laptop lama-lama. Karang kena jeling dek suami pulak kan :p

Ok, jap lagi kita sambung sembang lagi ye.

Bai


<--- Nang if you LIKE

Sunday, September 4, 2011

Alhamdulillah..

Selesai sudah majlis :)

<--- Nang if you LIKE

Saturday, September 3, 2011

Saya Nak Kawen !

STICKY MODE SEHINGGA HARI KEJADIAN :)

Kawan-kawan,

Saya ni bukannya seorang yang well-organized sangat. Kelam kabut je orangnya. Dan serabut. Jadinya, mintak maaf awal kalau ada nama yang tercicir tak dapat kad jemputan saya T__T Sorry, saya tak ada buat list nama pun.

Tapi, tak dapat kad jemputan tak bermakna tak dapat jemputan ye :) Melainkan awak jenis yang kalau takde kad, taknak datang. Itu saya tak dapat nak tolonglah.

Dengan rasa rendah hati, saya ingin menjemput kawan-kawan yang ada kelapangan sudilah kiranya untuk menghadirkan diri memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya minggu depan.

Ini map belah perempuan di Kuala Kangsar pada 3hb September.

Ini map belah lelaki di Seri Kembangan pada 17hb September.

Mana yang tak berpeluang nak pergi Kuala Kangsar tu, aci je kalau nak datang kat Seri Kembangan, okay ?

Kalau datang kenduri saya ni, cuit-cuitlah ye. Nanti boleh ambil gambar sesama ;)

See you !


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...