Tuesday, April 12, 2011

Keiki Kookies

Salam.

Hadoi. Nak taip blog pun fikir panjang tau. Blog ni bila dah kaum keluarga makcik pakcik sepupu sepapat semua baca, banyak benda kena ditapis ;)

Okay.

En tunang kan, dia kan.. Dah lama memekak kat telinga ni cakap teringin nak makan macarons. Sikit-sikit tanya, sayang.. kat mana ada jual macarons ye? Padahal time tu aku dah order dengan Chics ni, tapi saje lah den nak buat suprise kan. So senyap je lah, tahan telinga. Pastu usik dia, cakap nak rasa macarons tunggu hantaran kawen nanti. Kih kih.

Budak macarons. Tengok tu, muka pun dah nak sama bulat dengan macarons tu. Hihi. Jangan marah sayang, belum jadi isteri lagi takpe buli awak :P

Ni lah macarons. Untuk siapa yang tak tau lagi macarons tu apa. Macam sejenis biskut kot? Haha. Aku pun kurang pasti apa spesis dia ni.

Aku order daripada Chics di Keiki Kookies. Dah alang-alang kita ke Shah Alam kursus kahwin, jadi terus set appointment lah dengan Chics. Thanx for the lovely macarons ♥

Yummeyh macarons. Makan sikit-sikit je boleh. Sebab dia manis :)

<--- Nang if you LIKE

Monday, April 11, 2011

Lesen Kahwin

Salam. Hola guys !!!!

Srious weekend ini adalah yang tersangat penat memang tak ada yang lebih penat melainkan ini lah yang paling penat !!

We went to pre-wedding course at Shah Alam. Dekat bangunan SUK tu, depan Masjid Shah Alam. Penceramah dia not bad. Boleh tahan lah. Ada yang kelakar tak hengat, tapi adalah seorang dua yang buatkan peserta ni super sleepy. Aiyoyoo!

Minggu lepas, aku memang penat dan tak cukup tidur. Sabtu pulak bangun seawal 5.45 pagi sebab nak kena ada dekat shah alam pukul 7.30 pagi. Bersiap je dah amik masa sejam kan uols :P

Ahad pulak, lambat sikit lah baru balik. Pukul 6.30 pagi. Pun masih ngantuk mata terkulat-kulat. So dua-dua hari ni, lunch break je aku amik peluang melelapkan mata sekejap :D

Aimy, kita pinjam bantal awak buat tidur. Hehehe. Jangan risau, takde air liur meleleh. Hahaha.

Dan akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran menghadiri kursus pra perkahwinan selama 2 hari..

YEAY !! Dah dapat sijil kahwin. Jom kahwin yang :P

// Sapa suruh suka main-main masa aku nak amik gambar, rasakan letak gambar terpotong kat dalam blog. Hahahaha :P

Oh, satu pesanan kepada diri sendiri dan semua. Pergi kursus kahwin ni memanglah boring sikit. Dan rasa malas je nak pergi kan. Pergi pun sebab nak kahwin kan. Tapi, seeloknya bila kita pergi tu.. Kita ikhlaskan hati, niat datang majlis ilmu.. Untuk tambah ilmu pengetahuan. Kan lebih bagus begitu :)

<--- Nang if you LIKE

Jangan pandang belakang

Jumpa adik-adik semalam. Semua nak excited cakap aku dah kurus. Nyeh nyehhhh~

Ni yang menyemarakkan lagi semangat nak diet dengan tegar balik. La ni kan diet yang yok je :P

<--- Nang if you LIKE

Sunday, April 10, 2011

Sah! Kau memang jantan

Helo, salam girls ! And guys ! :D

Happy weekend uols. Macam mana weekend? Best tak? Aku tersangat amat penat gila 2 hari tak sentuh laptop ni. Tak larat, balik je terus tidur.

So, sementara ni.. Kasi update yang ringan-ringan dulu lah. Sementara aku mencari kerajinan untuk update aktiviti hujung minggu. Heheh. Macam kau kisah je aku rajin ke tak kan :P

Hari tu, bawak en sugar glider pergi office lagi. Again, bukan aku punya. Sebab aku tak mampu nak beli sekor di saat-saat genting nak kawen ni :) Ni cik Iman punya. Aku tolong jagakan untuk beberapa hari.

Behave gila uols. Bonding dah dia ngan aku. Miahahaha. Habislah, orang punya tapi bonding dengan aku dulu :P Minat sangat lah aku dan en tunang dengan menatang yang sekor ni. But we can't afford untuk menabur-nabur duit ye sekarang T______T

Takpe yang, lepas kawen kita beli ye ye ye??

Ni aku share video, tengok tau!


Sah, binatang ni memang jantan. Gatal!! Haha. You have to see the video first to understand :P

Tata uols, have a nice weekend.

P.s Kot ada yang nak tau, sekor sugar glider ni harga dia rm 260. Ini harga yang housemate aku jual lah. Kalau nak pakej sekali dengan cage, shampu, pallet dan bonding pouch.. rm 350. Sekian.

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 8, 2011

Meh sini nak story lah ni!

OKAY!!

Nak cerita lah ni. Hehe. Ceh, bunyi macam orang tak bersedih je kan. Bukan sedih pun, tapi marah.

Ni cerita dia,

Malam tadi aku dengan en tunang pergi Tesco Extra Cheras, Taman Midah lepas Maghrib sebab nak jumpa official photographer untuk wedding kami nanti. Discuss kat cafe kat sana kan.

Kami park kereta dalam kawasan Tesco, parking bawah bumbung. Tepi pintu masuk je. Lepas tu dah jalan nak masuk Tesco, hati tergerak nak patah balik tengok kereta kunci ke tak. OK! Kunci. Ternampak bag pack en tunang kat back seat tapi entah kenapa tak membebel suruh bawak pulak. Selalunya aku lah manusia paling bising kalau tinggalkan barang even beg kosong dalam kereta. Ternampak beg tu sekali pandang, terus jalan masuk Tesco.

Lepas tu, pergi dinner. Pergi jumpa photographer. Adalah dalam 2 jam lebih dalam Tesco.

Pukul 10.30, kami pun gerak balik. Masa pergi kat kereta tu, pelik tengok pintu tak kunci. Tunang tanya, eh pintu tak kunci ke tadi? Pastu aku cakapla, kunci. Kan dah double checked tadi. Dia cuba masukkan kunci nak bukak pintu tak boleh, pintu stucked. Manual punya ni, takde alarm. Tu yang kena cucuk kunci.

Pastu okaylah, dia cakap. Kita lupa nak kunci kot tadi. Walaupun aku nak sambung bebel, tapi senyap je lah. Taknak panjangkan cerita.

Lepas tu, en tunang kata, Amiklah kain sayang dalam beg kat belakang tu. Pusing-pusing belakang, aku terus cakap.. Eh, where's your bag sayang!!!


Ha, panik terus! Terus bukak dashboard checked. Smart tag hilang. Sah kereta kena pecah. Bukanlah pecah secara literasinya. Tapi kena umpil. Bodoh punya penyangak!!

Dan benda-benda yang dia ambik tu bukan berguna kat dia pun. Tapi aku paling bengang dan marah sebab dia curik kain bridemaids akuuuuuuuuuuuuuuu!!!!! Huwaawawaaaa, damn you penyangak bodoh!! Ingat senang ke aku nak pilih, nak deal masa beli kain hari tu. Bersusah payah aku pilih tau tak! Pastu kau pergi rembat nak buat apa dol? Kau nak buat baju kurung 6 pasang dengan kain yang sama pastu nak jual? Bongoksss!!

Benda-benda lain yang hilang, smart tag, hard disk, resit-resit deposit hal kawen, borang-borang nak kawen, ASB book. Ha, ni duit hantaran ni weh. Nasiblah ASB book tu orang tak boleh keluarkan duit suka-suka hati kan.

Syukurlah takde benda berharga sangat yang hilang. Nasib baik kami berdua tak bawak laptop masa tu. Kalau tak, lagi nangis lah. Nilah nama dia benda nak jadi, sebab masa en tunang nak datang rumah saya tu, dah keluar rumah pastu kain tu tertinggal. Dia patah balik amik kain tu. Takpelah, sorry ye dayang-dayangku, I'll buy another kain untuk korang. Later :)

Srious ralat pasal kain tu je. Sebab suka sangat dan dah pilih yang terbaik untuk bridemaids :( Takpelah, bukan rezeki lah tu kan. Hehe, ayat pujuk diri sendiri.

So, peringatan kepada semua. Jangan tinggalkan barang dalam kereta even cuma beg kosong yang takde apa yang kita rasa, takkan la orang nak amik kan. Eh, jangan pikir camtu. Penyangak ni mana ada akal. Dan takde duit. Agaknya kebulur sangat nak makan la kot tu sampai kemaruk nak amik benda-benda yang tah pape kan.

So, be extra careful okay uols! Nak-nak lagi kat Tesco Extra tu.

<--- Nang if you LIKE

Pagi Jumaat yang tak berapa nak indah

Bad news :(

<--- Nang if you LIKE

Thursday, April 7, 2011

Vain

Dasar vain :P

En tunang lebih suka tengok aku pakai tudung biasa dari pashmina lilit-lilit yuna style tu. Hihi. Tapi aku lebih suka pakai style lilit-lilit tu. Hmm, percanggahan pendapat :P

P/s Pemilik blog yang dicari ni masih tak menampilkan diri eh? Takde sapa pun nak mengaku atau nak beritau saya kot-kot dia kenal tuan punya blog tu :(

<--- Nang if you LIKE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...