Thursday, April 7, 2011

Apa sudah jadi????




Huwaaaaa~ Apa dah jadi pada aku punya Atkins diet ni!!!!!!!!!!

Nasi, yes. I can avoid. And still avoiding. Dah lama tak makan nasi pun. Tapi lately ni nafsu makan ni tak beradap sangat. Itu nak makan, ini nak makan. Fast food, nescafe, biskut, mi, kuetiau semua dia sebat!!

Syukur je berat maintain tang situ je. At least tak naik kan walaupun takde penurunan. Tskkkkk. Sedihhh dan geram!!! :(

Izza, chayokkkk!! Kuatkan sikit azam tu. 4 bulan je lagi pun. Lepas tu hantam saja lah :p Eh tak tak tak, pas kahwin pun akan tetap jaga badan. Hik3.

<--- Nang if you LIKE

Wednesday, April 6, 2011

Pemilik blog dicari

Salam and morning all ;)

Eee, nak tanyalah. Siapa punya blog ni ye?

http://siijauchocolatmanis.blogspot.com

Tuan punya blog boleh angkat tangan tak? Aku teringin nak tau siapa je sebab ini private blog.

Check referrals kat Nuffnang, perasan hits dari link ini macam banyak jugak. Sajelah curious nak tau siapa tuan punya blog ni :D
Ada tak orang nak tampil mengaku ini blog dia ye? Kerana sesungguhnya sriously aku tersangat amat curious. Apa yang membuatkan hits banyak dari sana. Hmmmmm.

<--- Nang if you LIKE

Tuesday, April 5, 2011

Persoalan

Kenapa kebanyakan blogger sekarang kisahkan BE dan Nuffnang je?

Kenapa banyak kisahkan backlinks?

Kenapa kisahkan sangat followers berapa?

Kenapa kisah sangat pasal unique visitors?

Kenapa kisahkan sangat pasal cara-cara nak up traffic blog?

Kenapa nak berkawan bukan sebab ikhlas sangat tapi sebab nak up traffic blog sendiri?

Kenapa follow orang tapi bila orang tak follow balik cepat-cepat unfollow dia?

Tanya je. Sebab pergi sana sini orang dok kecoh pasal hal-hal di atas. Dalam chatbox pun itu je lah dikisahkan. Why?

Macam muak sebenarnya bila jenguk blog orang, asyik cakap cara-cara nak up kan traffic blog lah, cara nak tarik pengomen lah, cara nak maximumkan income Nuffnang lah, cara nak suruh orang follow kita lah. Dalam chat box pulak, bukan nak tegur say hi ke, tanya khabar ke apa. Asyik-asyik tinggalkan sebaris ayat, "BW here." atau "Upkan traffic sini" atau "Follow u already, pls follow me back" atau macam-macam lagi lah. Korang tak muak eh? Or it is just me and only me yang fikir macam ni?

Yes, it is good to improve our blog kan. Siapa tak suka banyak komen. Siapa yang tak suka banyak visitors. Siapa tak suka banyak backlinks. Siapa tak suka ramai followers. Kan. Tapi berpada-pada lah.

Peringatan lagi sekali, bukan semua macam ni. Dan ini hanyalah pendapat aku je.

<--- Nang if you LIKE

Monday, April 4, 2011

Bridemaids

Salam.

Balik dari kenduri Erina dan Amir ni, ajak en tunang singgah Jakel. Saya mau cari kain pasang :)

Bosan menunggu adik Jakel tu pergi cari kain kat stor. Adik tu pun bijak pandai sangat, dia dah potong part baju. Main potong je, tak kira dulu cukup ke tak cukup. Ujung-ujung lebih suku meter je kain tu. Nyarissss je kan. Kalau tak cukup menjawablah kau.

Lepas tu part kainnya pulak, memang tak cukup kain pun. Patutnya kira dulu kain dengan baju cukup ke tak baru potong. Ni kau dah buat silap, terpaksalah gantikan aku dengan kain yang lebih mahal. Hihi. Suka~

Ada ke mula-mula dia nak campur je kain tu. Means mana yang cukup je. Selebih tu dia bagi je kain lain. Hello, of course aku melenting. Tu yang dia ganti kain lain tu.

Baju bridemaids saya dah dibeli. Meh meh datang amik. Hehehe.

Oh, harapnya mereka suka lah. Sebab aku tak suka orang yang tak bersyukur dan banyak complaint ni :P tapi aku tau gadis-gadis kesayangan baik-baik je semuanya. Sebab tu lah mereka kesayangan ♥

<--- Nang if you LIKE

Sunday, April 3, 2011

Erina dan Amir

Salam.

Selamat hari minggu korang ;)

Indahnya rasa weh hari Ahad dapat bermalas-malas je kat rumah. Sebab semalam dah cuti, dan dah dating :P Jadi hari ni ada chance duk rumah bermalas-malas je. Best gila dapat tidur dengan puas.

Saya amik cuti semalam semata-mata nak pergi kenduri Puan Erina ni ha. Lepas tu, terserempak dengan bekas kekasih. Haha. Lalu kat tepi, tapi aku buat-buat tak nampak je. Karang kalau tertegur karang, takut jadi drama pulak kat situ. Maklumlah, kes tak pernah selesai :)

Anyway, congrats to Ena dan Amir ! Cantik dan handsome korang berdua tau. Pelamin cantik. Makanan best. Paling best ada kambing golek uols~

Khemah kat luar dewan, ada tea corner. Ada rojak. Ada aiskrim. Ada kambing golek~ Nyums.

Dua orang penggemar kambing yang ceria dapat makan. Hahaha.

Lelaki kesayangan.

Tengok orang kahwin, naik pelamin bagai. Terasa tak sabarnya tunggu bulan 9 sampai :D

Tapi kan. tapi kann.. Ralat betullah tak ambil gambar dengan pengantin semalam! Masa sampai tu diorang tengah sibuk tukar baju semua. Mekap semua. Jadinya takde lah gambar dengan pengantin :(

Again, congrats to both of you. Maaf saya curik gambar di FB :P

<--- Nang if you LIKE

Friday, April 1, 2011

Cadar pengantin

Salam.

Hari tu ada berjalan-jalan saja tengok cadar kahwin nanti. Tengok cadar pun hati berbunga-bunga. Haih, macam ni ke feeling orang nak kawen. Miahahaha :P

First round, sangat suka yang ini

Very nice and simple. I loike. Cadar pengantin aku tak perlu serabut-serabut serebeh-serebeh semua tu. Bilik pengantin nanti pun tak perlula nak pasang backdrop ke apa ke. Less is more.

Second round, terjumpa yang ini lalu meroyan sebab melonjak-lonjak hati ni nak sangat yang ini

Very very very very very nice and simple and elegent !! At least pada pandangan mata aku lah :)

Both are from Akemi.

Dinding bilik aku dah kaler merah dan pink. Jadi kaler-kaler hiasan ni kenalah tone downkan dia. Takleh amik kaler terang-terang jugak. Baju dah la merah jugak nanti ^_^

Sekali tengok, macam suka sangat yang second tu. Dua kali tengok rasa suka yang first tu. Tiga kali tengok suka yang second balik. Empat kali tengok, haih !!! Tak larat nak tengok dah :P

Aku memang ada masalah sikit nak buat pilihan ni. Macam masa nak pilih cincin tu lah, boleh tak sampai pening-pening kepala tengok cincin. Sampai kena keluar dulu dari kedai tu, kena pegi jalan-jalan kejap dulu. Minum jap tenangkan fikiran. Baru boleh masuk balik dah pilih. Hahaha.

Yes, I am that complicated :P

Masalahnya dalam nak kawen ni, banyak betul keputusan nak kena buat. Kan?

<--- Nang if you LIKE

Busy sangat

Salam. Helo morning all ;)

Gila busy lah sekarang ni. Semalam nak auto publish entry pun tak sempat. Biasanya aku tulis entry waktu malam tau. Bukan waktu office hour. Auto publish siap-siap untuk pukul 10 pagi dan 2 petang. Itu terpaling malas lah. Kalau terpaling rajin pun dua gak :P Oh tak, kalau terpaling rajin. Jadi tiga sebab malam-malam kalau rajin taip iklan. Hihi.

Bila dah nak dekat bulan 6 ni, mula la menggelupur kan. Akaun tak siap lagi. Audit nak kena setel sebelum bulan 6. Masakkkkkkkk~

Rasa macam 2-3 hari ni sampai sakit-sakit belakang aku bekerja. Tu dia, punya gigih tak gigih kan uols. Muda-muda lagi dah lenguh sana sini, apa citer weh?

Aku??

Masih mampu tersenyum :)

Walaupun seminggu dua ni asyik bengang dengan CEO aku ni. Bengang sesaje. Degil, nak ikut kata dia je. Memang la dia bos kan, tapi degil sangat aku malas nak layan. Pastu banyak songeh lak. Pastu kalau dia ada kat office, tak senang duduk aku dibuatnya. Baru je duduk, dia interkom panggil. Balik bilik balik, baru je duduk kejap. Interkom lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Haih, kesabaran nak menipis dah ni.

Sebab penat terlampau la uols. Kerja waktu maksimum, cuti yang paling minimum. Rasa macam nak cari kerja lain je :P

Dah kawen nanti ingat nak cari area kerja area Cheras lah. Laki bini kerja dekat, senang sikit kan. Ni sorang utara, sorang selatan. Balik rumah dah penat. Ewah, dah fikir 5 bulan kehadapan la uols. Maaf, excited pulak. Hehehe.

Terima kasih sudi baca aku mengadu :P

<--- Nang if you LIKE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...